Putera Akhirat adalah org yg mempertahankan kebenaran Islam, sedia menghindari dan memerangi segala yg berbentuk mungkar dan maksiat. Putera akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yg sebenar serta amalan yg bersumberkan syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.
Rabu, 25 Mac 2009
Berbaloikah semua ini???
Terus terang setiap episod yg berlaku; aku ikuti dengan dekat dan penuh pengharapan... Harapan agar segala yg berlaku akhirnya akan memberi manfaat pada rakyat terbanyak. Alhamdulillah segala pengorbanan, doa dan munajat rakyat Perak semakin menunjukan hasilnya... Episod baru kini bermula.. PRK P059 Bukit Gantang; dan yg bertambah menariknya calonnya adalah MB Nizar..
First time aku jumpa mb ini masa sebelum PRU12 dulu; tak pernah kenalpun sapa dia ni, aku siap makan sekali semeja dengan dia ketika menemani ayah aku kempen... Dengan perwatakan yg bersahaja dan mudah mesra, berkaliber dan beriman, ditambah dengan loghat perak nya yg pekat, maka tidak hairan lah dalam masa yg singkat Ir Nizar telah menjadi satu aset yg berharga buat rakyat Perak... Malah aku yakin Ir Nizar boleh pergi jauh diperingkat nasional. Itu penilaian aku, tergantung kepada pengundi Bukit Gantang utk membuat keputusan..
Berbalik kepada krisis berkepanjangan di negeri aku yg tidak sudah-sudah; semalam makamah persekutuan memutuskan agar kes itu didengar oleh makamah tinggi semula yg mungkin memberi sedikit cahaya di sebalik kegelapan yg berpanjangan.. apapun bagi aku, kembalikanlah kepada rakyat Perak untuk menentukan siapakah yg layak utk memimpin negeri ini... cukuplah dengan segala yg sudah berlaku.. sekali lagi berbaloikah semua ini??? semata-mata kuasa yg menjadi rebutan, rakyat dikorbankan..
Sebagai generasi muda; aku mula memikirkan apa yg akan berlaku 10-20 tahun akan dtg? apa yg akan berlaku kepada generasi aku? Agama dan bangsa aku?... Mungkin ramai di antara sahabat2 semua lebih selesa menjadi penonton, malah mungkin tidak pernah mengambil tahu (aku tidak pedulisme) tentang segala yg berlaku ini... Kita sibuk memikirkan macam mana nak lulus exam, macam mana masa dah jadi doktor nanti, nak posting kat mana, kerja kat hospital mana, nak pakai kereta apa, rumah macam mana dll.. Kita mula memikirkan nak berkeluarga dan memberi kebahagian kepada keluarga dan anak2 kita.. Aku sangat bersetuju!! memang itu yg perlu kita fikirkan; tapi adakah sudah cukup dengan itu semua??. aku tinggalkan sahabat2 semua dengan persoalan itu....
Ayuh sama2 kita memperbaiki diri; berusaha seoptimal mungkin utk menjadi testimoni yg terbaik sebagai seorang doktor/engineer/lawyer/guru yg BERTAQWA...
Sabtu, 14 Mac 2009
Kejayaan Cemerlang seorang anak nelayan.. cabaran buat aku!!!
Subhanallah.. maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu... Membaca kisah adik Madihah (disini) sangat-sangat mengharukan dan memberi satu cabaran pada diri aku... seorang anak nelayan yg serba susah telah berjaya membuktikan kepada kita semua yg kejayaan adalah milik semua... Kejayaan adalah milik mereka yg tekun berusaha demi mencapai sesuatu yg di cita-citakan...Terus terang.. aku berasa sedikit malu dan tercabar dengan kejayaan adik madihah ini... mana taknya, jika dibandingkan dengan adik ini.. Allah kuniakan kpd aku dengan bermacam2 kemudahan dan keselesaan untuk menuntut ilmu.. tapi malangnya aku lupa dengan segala nikmat yg diberikan!! sehingga kurang bersyukur dan berusaha utk belajar sebaik mungkin...
Teringat dengan kisah2 ilmuan dan ulama2 islam dahulu yang bersusah payah bermusafir beratus2 batu demi mencari ilmu!. Pengorbanan masa, harta dan wang ringgit sudah menjadi satu kemestian dalam rangka utk berjihad menuntut ilmu....
Tahniah kepada adik madihah dan tahniah juga kepada kedua orang tuanya... saudari telah membuktikan yang kejayaan itu hanya dari Allah swt. Kejayaan bukan kerana kita punya wang ringgit, bukan kerana kita punya buku text yg mahal2, kejayaan bukan hanya kerana kita belajar dari guru2 hebat di kelas2 tambahan.. kejayaan yg sebenar hanya dari Allah swt. Tugas kita adalah yakin dengan syariatNya (kejayaan hanya dari Allah) dan menyempurnakan sunnahtullahNya (berusaha bersungguh2 mencari ilmu). Aku turut berbangga dengan adik ini dan berdoa agar Allah terus bimbing dan beri kekuatan kepada nya utk menjadi seorang Ahli Fizik Muslimah dan Melayu yg bertaqwa....
Ayuh sahabat2 semua... kita sahut cabaran yg telah dibuktikan oleh adik ini... yang orang Islam dan melayu juga boleh berjaya jika kita punya keazaman dan kesungguhan di samping pertolongan Allah swt..
"Orang melayu masih belum bersedia untuk bersaing... kita masih perlukan tongkat utk berjaya, kita akan kalah dengan orang non-bumi jika hak kita dinafikan"... aku harap ungkapan2 seperti ini tidak lagi keluar dari mulut kita... Bukan kita tidak mahu mempertahankan hak keistimewaan kita (sekali lg ianya telah dijamin oleh perlembagaan); aku sgt setuju jika hak ini terus kita perjuangkan, tetapi jangan sampai kita menjatuhkan maruah bangsa sendiri dengan terus layu mengharapkan subsidi dan bantuan orang shj!!.. Kalau kita rasa nak membela melayu, sahutlah cabaran adik madihah ini, buktikan yg kita juga akan turut mencipta sejarah sebagai anak melayu yg cemerlang...
Tapi yg terlebih penting lagi menurut aku, kita perlu membuktikan dan berusaha agar zaman kegemilangan keilmuan Islam seperti di Andalusia akan berulang lagi dan kita adalah pemain utamanya, bukan hanya penonton!. Tentunya semua ini bukanlah hal yg mudah; tetapi ianya perlu diusahakan walaupun dengan selangkah kehadapan.... ayuh sama2 kita berperan untuk menjadi testimoni yg terbaik kepada orang lain yg Islam is the Best Way of Life....
Rabu, 11 Mac 2009
Realiti seorang student medic, tapi aku masih berilusi!!!
Masa aku sekolah rendah dulu, selalu dengar yang kalau nak jadi doktor mesti terperuk dalam bilik je, kena stdy sungguh2... tak blh nak lepak2 dan santai2 sangat. huhu.. lagi satu, dulu aku sering ingat yang nak jadi doktor mesti pakai spect mata, maklumlah dorang semua kena 24jam ngadap buku.. so mata cepat rabun. hehe. Dulu gak, aku sering takut nak jumpa doktor... bukannya apa, serius sokmo, macam jarang bersembang2 dgn org merata kedai kopi or simpang jalan. hehe... Sebab tu lah masa sekolah rendah dulu, kalau org tanya aku nak jadi apa, aku akan jawab yang aku nak jadi jurutera, bukan doktor!.. "macam mana nak jadi doktor, darah pun takut", alasan yg sering aku kasi bila pakcik or kawan2 aku tanya...
Tapi, sekarang realitinya aku dah jadi medical student... dan yang bestnya, aku cuba menafikan hal-hal yg aku kata tadi, aku tak nak org nampak aku stdy je.., so aku rilex dan santai2, tak fokus sungguh2... maklumlah dalam usaha nak menafikan yang doktor kena stdy sepanjang masa. Aku cuba berillusi yang tak semestinya nak jadi doktor yg baik kena stdy je mengadap buku, aku berillusi yang doktor ni kenalah main game, nonton, gi shopping, futsall.. pendek citer macam student2 course lain lah....
Hehe, sekarang.. dah final sem ni baru lah aku rasa yang aku sering in a state of denial.. buat kata ust has, ilusi pasti kalah dengan realiti!. Memang sem ni aku kena catch up gear 5 kut, nak cover semua benda b4 masuk koas nanti, hai rasa macam banyak benda je yg aku tak tahu... Insyaallah aku akan cuba kembali ke realiti.. realiti yg tidak boleh kita nafikan, yang nak jadi doktor memang kena korban masa yg byk utk stdy, kena fokus dengan apa yg kita belajar, kena tahu ilmu kedokteran itu setahu2nya.. bukan utk exam je... ehm aku harap, aku masih tidak terlambat dan Allah mudahkan urusan aku utk cari ilmu sebanyak mungkin, kerana aku nak jadi dokter ISLAM, MELAYU yang terbaik.....
Ayuh sahabat2 semua, sama2 kita bergotong-royong, saling membantu dan mengingatkan dalam usaha kita utk jadi doktor yg terbaik. Kalau kita nak berjuang utk islam paling tidakpun, dalam skop kita as a doctor, kita perlu jadi testimoni kepada doktor yg beragama lain yang islam adalah agama yang terbaik melalui akhlak, ilmu, achievment dan performance kita dari segi skills and knowledge in medical (macam zaman2 ibnu sina dll)... Kalau kita nak berjuang dan risaukan ketuanan melayu.. kita juga perlu membuktikan yg doktor2 melayu jauh lebih hebat dan power. Jangan kita salahkan non-muslim dan non-bumiputera kerana mereka juga harus berusaha seperti kita....
Ehm.. semangat2, moga Allah tuntun dan bimbing kita dalam mengejar cita2 yg diimpikan.. amin.
Ahad, 8 Mac 2009
PPSMI - cukuplah kita berpolitk!!

Tahniah kepada sasterawan negara A. Samad Said dan sahabat2nya kerana telah berjaya memimpin rakyat menyatakan pendirian. Dulu masa kat KMB, aku hanya boleh berbangga dengan novel2 dan sajak yg dihasilkannya, tapi sekarang aku berbangga kerana dia berani turun padang untuk membela bahasa yang dia cintai...

Terus terang, dari kecil aku sekolah kat S.K.Bota Kiri; sekolah kat kampung dan luar bandar, lepas tu ke SMK Sultan Muhammad Parit, sambung ke MRSM Kuala Berang.. Sepanjang aku belajar memang guna bahasa melayu sebagai pengantar Sains dan Matematik. Start matrik dan kmb, baru belajar dalam bahasa inggeris, sampai lah sekarang ini; aku lebih suka baca text book english.. sebab ayat dia mudah dan jelas (lagipun aku tak reti sgt speaking indon, hehe).
Apa yang aku nak cakap adalah.. aku TIDAK setuju belajar sains& math dalam bahasa inggeris terutama utk budak2 sekolah rendah dan budak2 sekolah kat kampung macam aku dulu.. Mungkin ada sahabat2 yg sekolah kat bandar rasa tidak ada masalah, tapi terus terang.. adik aku sendiri masa kat kampung selalu tanya soalan matematik kat aku, bila aku terangkan.. rupa-rupanya masalah utama dia utk memahami konsep dalam bahasa inggeris!. Dari situ dia dah kurang minat nak belajar dan ambil tahu lagi, mana tak nya, basic concept pun dia susah nak faham!!!..

So isunya kat sini, bukan nak menafikan yang english itu sangat penting; malah memang perlu sangat utk kita kuasai agar tidak ketinggalan.. tapi pendapat aku, yang lebih penting lagi, pada masa sekolah rendah terutamanya, asas dan minat mereka pada sains dan matematik perlu dibina dan diperkuatkan!.. lagipun dari segi psikologinya, anak2 sekolah rendah perlu ditekankan dengan hal2 macam ini.. bukan dibebankan dengan perkara yang menyebabkan minat dan perasaan ingin tahu mereka terbantut!.. aku cakap dari sudut pandang budak2 yg bersekolah di kampung dan luar bandar terutamanya... byk lagi pendapat yg lebih ilmiah yg korang semua blh baca.. aku hanya bagi pendapat ikut logik dan rasional je..

Sekarang aku nak cerita bab yang tak abis-abis orang perkatakan... malah ada yang kelihatannya bersungguh2 utk mempertahankan hal ini.. BAB KETUANAN MELAYU!!!. Artikel 152 perlembagaan malaysia jelas menyatakan bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Wahai perjuang-perjuang ketuanan melayu sekalian, mari sama-sama kita selamatkan bahasa kita, kalau bukan kita yang kedepan.. tak akan lah nak mengharapkan org cina dan india nak membela bahasa kita??. Kalau betul kita nak perjuangkan ketuanan melayu.. inilah masanya... Tapi yang menghairankan aku, orang yang sibuk bertempik cakap pasal ketuanan melayu, dorang pulak yang hanya duduk dan lihat menyaksikan bahasa bangsa mereka diperlakukan sedemikian... Cukuplah bab ini....

Akhir sekali, sesuai dengan tajuk post ni... aku nak sentuh bab politik. Sekali lagi, cukuplah kita berpolitik.. tak akan lah semua benda kita nak politikkan. Aku tak rasa isu PPSMI ini adalah isu politik, malah jelas orang yang memimpin penentangan isu ini adalah para perjuang2 bahasa dan sasterawan negara.. Kenapa kita tidak boleh ketepikan sentimen parti dan kelompok, utamakan kepentingan rakyat; dalam hal ini orang melayu terutamanya... Kita boleh berbeda pendapat, tapi bila menyangkut soal bahasa yg merupakan jiwa bangsa kita.. kepentingan politik harus diketepikan...
Dan bila cakap soal ketuanan melayu.. kita perlu berdepan dengan realiti semasa, kita sendiri yg perlu membuktikannya. Yang nak jadi doktor, ayuh kita berusaha sungguh2 agar kita dapat jadi doktor yang terbaik dan bertaqwa, biar orang hormati kita atas dasar skill dan kelebihan yang kita ada. Yang nak jadi engineer, lawyer dll.. kita semua lah yg perlu menaikan nama melayu dan nama Islam terutamanya dengan jadi yang terbaik!!. Inilah yang aku faham dengan ketuanan melayu... bukan kita bising sana sini orang lain merampas hak kita.. Hak kita telah dijamin oleh perlembagaan!. Orang melayu akan terus layu dan ditertawakan jika kita terus beretorik, tapi hakikat dan realitinya kita sendiri yg lemah, malas dan sering berilusi.. sekali lagi ilusi akan sentiasa kalah dengan realiti...
Moga Allah SWT beri kita taufik dan hidayah untuk terus memperbaiki diri....
Sabtu, 21 Februari 2009
Sekadar satu lagi nota kepada diri
Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada penghapus. Sang guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada penghapus. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat penghapus ini, maka berserulah "Penghapus!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Namun lambat laun, mereka bisa beradaptasi dan tidak lagi sulit.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk membalik sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sulit bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan kalian mulai mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik nilai."
"Pacaran tidak lagi sesuatu yang tabu, selingkuh dan zinah tidak lagi jadi persoalan, pakaian mini menjadi hal yang lumrah, sex before married menjadi suatu hiburan, materialistis dan permisive kini menjadi suatu gaya hidup pilihan, tawuran menjadi trend pemuda... dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, kalian sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Ibu Guru kepada murid-muridnya.
"Paham buu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Bu Guru melanjutkan. "Bu Guru punya Qur'an, Ibu letakkan di tengah karpet. Nah, sekarang kalian berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa menginjak karpet?" Nah, nah, nah. Murid-Muridnya berpikir keras. Ada yang punya alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, ia gulung karpetnya, dan ia ambil Qur'annya. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet.
"Anak-anak, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-injak kalian dengan terang-terangan... Karena tentu kalian akan menolaknya mentah mentah. Premanpun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kalian perlahan-lahan dari pinggir, sehingga kalian tidak sadar."
"Jika seseorang ingin membangun rumah yang kuat, maka dibangunnyalah pondasi yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau membongkar pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, lemari disingkirkan dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mencopot kalian. Mulai dari perangai kalian, cara hidup kalian, model pakaian kalian, dan lain-lain, sehingga meskipun kalian muslim, tapi kalian telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kalian... Paham anak-anak?"
"Paham buu!"
"Kenapa mereka tidak berani terang-terangan menginjak-injak Islam, Bu? " tanya mereka.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terangan menyerang, semisal Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sadar, akhirnya ambruk. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
Kalau saja ummat Islam di Ambon tidak diserang, mungkin umat Islam akan lengah terhadap sesuatu yang sebenarnya selalu mengincar mereka.
Paham anak-anak?" "Paham Buu.."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.
Jumaat, 20 Februari 2009
My New Laptop...tx2520AU
Aku beli laptop ni harganya RM2999, kat low yat. Dia kasi gift external HD 160G dan Hp mouse seperti kat atas ni dan ladi satu beg laptop r...
Ehm.. bukak sem ni kena ikat perut r jawabnya... huhu elaun habis kat sini jer, tu pun aku bodek emak aku separuh... Tapi bagus gak, dekat sebulan duk rumah ni.. makan tido je, BBSC (berat badan selepas cuti) naik r!!! aku rasa dekat 5 kilo gak.. hehe.
InsyaAllah isnin ni (23feb09) aku balik jakarta, kelas start 2 mac... saje balik awal sebab rindu cewek-cewek jakarta.. huhu... Family aku nak jalan2 jakarta, so kena blk awal seminggu r... oklah, aku nak layan laptop baru, banyak lagi tak setup....
Isnin, 16 Februari 2009
Kemelut Politik VS Kemelut Rakyat.....
Firstly, Isu lompat - melompat. Ehm aku sgt kagum dgn YB kg aku.. dia bukan saje blh lompat kedepan macam katak biasa, tapi boleh lompat keblkg lagi... huhu katak pun kalah!.. Sampai sekarang YB aku tu masih tak berani balik ke kg ni.. Mana taknya, dah berlonggok kasut disiapkan utk dibaling.. Hai kengkadang org kampung ni satu hal gak, semangat sgt... Buat 3 ekor katak yg melompat tu, pesan aku... YB adalah wakil rakyat, setiap hari harus bertemu dengan rakyat, tapi kalau dah takut dan malu utk bertemu rakyat... aku rasa better letak jawatan je r. Sampai bila nak menyorok, lalu ke hidup sengsorang.. Aku dengar citer, YB Hee (Adun Jelapang yg melompat tu) bukan saje dia dipulaukan oleh org cina jelapang, keluarga diapun sama!. Larat ke yong, bapak dia nak beli sayur kat pasarpun tak nak cina jelapang tu jual kat dia.. Hai tu lah padahnya bila maruah dan prinsip dijual dgn wang ringgit...
Kedua isu DERHAKA!!!. Ehm aneh2, tak pasal2 isu ni lak diulang2 oleh media. Isu utama tentang rampasan kuasa, rasuah, jual beli dan ugut mengugut, langsung senyap!. SPRM, GERAK langsung takde suara. Kalau masa YB Bota buat lompatan pertama kemarin, cepat SPRM buat kenyataan nak siasat... tapi sekarang senyap sunyi. aneh2..... Nizar derhaka, Karpal Derhaka, semua pembangkang derhaka!! Habis satu malaysia berarak, junjung kasih dan berdemonstrasi.. Karpal singh cipta rekod dunia sbg org yg paling byk terima report polis!! (sampai sekarang dah sembilan puluh lebih). MB Nizar dituduh penderhaka kerana tak nak letak jawatan.. macam2 lagi.. Yang lebih menghairankan aku, citer Tun M pinda perlembagaan ttg kuasa raja thn 1993 takde lak dibangkitkan sebagai derhaka...
Ketiga isu Rusuhan di Kuala Kangsar... anak kawan emak aku bekerja di ibupejabat bukit aman. Dia cerita yg pak lebai, pak imam yg duk tahan kereta raja muda dan baring atas jalan tu sebenarnya adalah SB2 yg nak mulakan provokasi.. itu cerita dia r, tak tahu betul ke tak. Aku harap tak betul r, kalau betul tak tahu r nak kata apa.
Keempat bubar DUN. ada yg kata Sultan tak nak bubar dun sebab isu ekonomi yg sedang meruncing dan tak nak habis masa berkempen siang malam. Ada benarnya... tapi aku rasa boleh je kalau nak buat snap election, dalam masa seminggu je. memang benda ini ada dalam bidang kuasa spr. So dapat jimatkan masa dan duit. Bubar dun adalah cara yg terbaik utk selesaikan kemelut ini, biar rakyat yg tentukan.. isu ini sampai sekarang dan bila2 takkan selesai selagi dun tak bubar. bila2 masa je katak2 tu boleh melompat semula.. Pelabur pun tak berani lah nak masuk sebab tak yakin dengan kestabilan politik... Ini lagi mendatangkan masalah ekonomi...
Akhir sekali kemelut rakyat... hari2 ada yg kena buang kerja, ekonomi semakin merudum, banyak yg menganggur.. nak cari kerja punya r susah. harga barang tidak menentu.. kemiskinan bertambah.. rakyat terpaksa bergelut siang malam utk mencari rezeki. "Itu lah berpolitik tak abis2, bila nak buat kerja??" ada sahabat aku yg mengeluh. Aku lak nak kata " Itulah sapa suruh merampas kerajaan yg dipilih rakyat, bagilah peluang dorang memerintah.. kalau tak ok, tahulah rakyat nak menjatuhkan dorang nanti"...
Apapun aku sangat berharap segala yg berlaku ini akan segera berakhir.. dan yang pasti semuanya sudah diatur oleh Allah swt.. biar masa yg menentukannya....
Khamis, 12 Februari 2009
Ulasan aku tentang hasil undian di sebelah.....
Untuk dapat gambaran yg lebih menyeluruh or sampling yg lebih besar, aku copykan hasil kajian Merdeka Center buat sahabat2 semua....
Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.
Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.
"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.
Ehm more and less lebih kurang sama dengan hasil undian yg aku buat kat sebelah ni, so tergantunglah kepada kita semua untuk menafsirkannya.... Mungkin ada yg mengatakan majoriti tidak semestinya benar, mungkin kita boleh pakai hujah itu terutamanya bila majoriti itu bertentangan dengan hal2 yg sedah jelas ada dalil dan faktanya... Tapi bagi kes di negeri yg aku cintai ini, bagi aku inilah suara or kehendak rakyat di bawah sana. Adalah lebih bijak dan adil untuk mengembalikan hak memilih tersebut kepada rakyat...Aku lihat kedua2 belah pihak, sama ada BN atau PR mendakwa yg merekalah yg mengikut perlembagaan.. sampai pening kepala dibuatnya. BN mendakwa mereka mempunyai sokongan majoriti dengan melompatnya 3 ekor katak itu.. tapi yg aku peliknya kenapa 3 katak itu tak masuk BN je, kenapa jadi bebas??? kemudian mendakwa yg mereka sokong BN... ish3 aneh2. PR lak mendakwa mereka masih kerajaan yg sah selagi MB Nizar tidak dijatuhkan lewat undi tidak percaya dalam DUN... So buat apa pening kepala, Sultan benarkanlah utk diadakan sidang khas DUN, then BN kemukakan usul tidak percaya kepada MB... selesai masalah... Tapi lagi sekali aku pelik, kenapa lah sultan/BN tidak menggunakan saluran ini?????
Apapun biarlah masa yg menentukannya, kita sebagai pelajar or mahasiswa hanya mampu melihat dan memikirkannya dengan kritis.. Baca dan timbangkan hujah kedua-dua belah pihak.. Bukan kerana kita nak sibuk2 berpolitik; (belum tiba masanya), cuma kita perlu ambil tahu sebagai proses untuk membuat persediaan sebelum berdepan dengan realiti masyarakat semasa...
"aku nak jadi doktor, tak perlu ambil tahu hal-hal ini semua.., politik2 ni kotor dan mengarut je...".
"Buat apalah ko sibuk2 ambil tahu pasal politik, baik fokus pada usaha utk betulkan diri sendiri dulu, baru sibuk hal orang lain."
" Apa yg ko faham tentang politik dalam islam???, tak payahlah nak sibuk2 kalau takde ilmu tentang hal itu"
Soalan2 ini mungkin akan sahabat2 hadapi bila cuba berbicara tentang politik... masing2 ada hujah dan pandangan. Cuma apa yg nak aku katakan.. politik sangat dekat dengan realiti masyarakat, terutamanya masyarakat melayu... Mungkin kita telah banyak membaca tentang idea2, teori dan fikrah2 yang sangat bagus dan lengkap... tapi akhirnya kita tetap perlu berhadapan dengan realiti masyarakat di bawah sana.....
Moga Allah menuntun dan membimbing kita dalam mencari kebenaran...
Study dan Pkpmi.....
Macam mana aku tak risau, sem kemarin adalah sem yg aku paling malas.. stdypun byk yg tak sungguh2 dan last minute. Nasib baik r banyak pass yr, kalau tak mau merudum aku dibuatnya... Lebih-lebih lagi dengan urusan pkpmi yg tak pernah abis, terkejar ke sana ke mari... ulang alik kedubes. Nasib baik r result aku tak banyak efek dek kerja2 pkpmi.. Alhamdulillah masa yg pendek menyebabkan aku kena lebih fokus dan disiplin dalam memanfaatkannya..
Banyak benda dan pengalaman yg aku dapat belajar dari berpersatuan ni.. macam mana nak buat keputusan, macam mana nak planning, nak ajukan proposal dan permohonan, nak selesaikan masalah yg sensitif, macam mana nak minta kerjasama dari ajk dan ahli-ahli... macam2 lagi. InsyaAllah bulan 3 or awal bulan 4 ni aku nak resign, skang ni pun tgh pening nak fikirkan kongres lak. Tapi apapun semua pengalaman ini aku tak akan dapat dalam kuliah! Bila dah rasai dan lalui semua amanah dan tanggungjawab ni, barulah aku tahu yg tak mudah untuk memimpin dan mengorganise persatuan ini... Maybe lebih mudah utk mengkritik dan memberikan pendapat.. tapi belum tentu kita mampu melaksanakannya...
Buat sahabat-sahabat dan adik2 junior yg mungkin masih berbelah bagi utk join persatuan dengan alasan stdy.... ehm nak cakap camne ek, sibuk-sibukkan lah diri sebelum kita disibukkan dengan benda2 yg mungkin kita tak sedari. Yang penting, kita kena jelas matlamat dan tujuan kita. Begin with the end of mind. Kalau kita dapat atur priority yg tepat dan benar, insyaAllah berpersatuan bukan satu penghalang utk stdy.. malah mungkin menjadi satu enzime or katalisator utk kita success dalam stdy...
Ok lah mungkin ini je yg aku dapat kongsikan, nak cakap lebih2.. aku lagi banyak yg tak betulnya.. hehe again, nak cakap memang senang.. tapi belum tentu lagi mampu buat ke tak... Moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita utk sentiasa memperbaiki diri...
Selasa, 10 Februari 2009
Pulang Dari Mahkamah.....
Jalan Ipoh - Lumut memang banyak roadblock polis kerana kes politik Perak yg masih bercelaru sehingga kini... Nak dijadikan cerita ayah aku lambat sampai 5 menit ke mahkamah disebabkan roadblock dan jalan jam... Sampai-sampai waran tangkap sudah dikeluarkan, itu yg keluar TV dan internet tu... tapi alhamdulillah sudah ditarik balik....
InsyaAllah kes ayah aku ditunda ke 15&16 Jun 2009, lebih-lebih lagi yg 2 org tu dah melompat ke sana. dorang dah tak nak guna peguam yg sama..... Aku tak nak komen banyak sangat tentang tuduhan yg ayah aku hadapi, biar makamah yg tentukan... Cuma apa yg aku nak katakan disini, selama 23 tahun aku hidup sekeluarga.. tak pernah sekalipun ayah aku bawak duit or beri duit beribu-ribu kepada kami sekeluarga. Mana tak nya, aku nak beli barangpun di tanyanya satu persatu, suruh berjimat.. jangan membazir.. Masa dia jadi Adun dulupun sama, rasanya hampir separuh gaji Adun tu digunakan utk maslahah org ramai, sampai kadang2 kami sekeluarga terasa lak.. huhu nak buat macam mana keluarga ahli politik, perlu saling memahami dan mendukung...
Oklah lain kali kalau sempat aku uploadkan kisah direct dari ayah aku dari A to Z tentang tuduhan rasuah yg dia hadapi. banyak sangat member yg bertanya, so jalan mudah nanti r aku uploadkan bila mahkamah dah bersidang bulan jun nanti.... Moga Allah bagi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi ujian ini....
Sabtu, 7 Februari 2009
Mahathir: Sultan boleh disaman
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.
Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.
"Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau," katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang pernah berhadapan dengan isu krisis Perlembagaan Persekutuan semasa kepimpinannya menjelaskan, dalam keadaan seumpama itu Nizar tidak boleh berbuat demikian untuk tempoh yang lama kerana DUN perlu bersidang untuk membentangkan bajet dan sebagainya.
Ketika ditanya sama ada orang Melayu akan kecewa dengan tindakan saman seumpama itu, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai seorang Melayu tidak bersetuju dengan langkah tersebut tetapi ramai orang Melayu yang menyokong Karpal.
"Inilah Melayu moden, saya ini orang tua," kata Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 ini ketika ditemui wartawan di Seri Kembangan hari ini.
Menjawab soalan berkaitan dengan krisis perlembagaan dengan keengganan Nizar dan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar baru, Dr. Mahathir berkata, Pakatan perlu membuktikan kes mereka jika wujud pencabulan undang-undang.
"Kita ada undang-undang. Anda kena patuhinya sama ada anda suka ataupun tidak. Selagi ada undang-undang, anda kena mematuhinya," kata beliau.
selanjutnya..
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/7/mstar_mutakhir/2009020714472Solat Hajat di Rumah MB...
Ya Allah kami serahkan mereka kepadaMu untuk membuat keputusan terhadap tindakan mereka menzalimi dan mengkhianati kami semua rakyat di Negeri Perak...
Doa inilah yang berulang kali di aminkan dalam setiap solat hajat dan Qunut Nazilah yg di buat di Rumah MB Nizar setiap malam... Alhamdulillah malam tadi, aku turut berpeluang mengaminkannya... Sejak dari rampasan kuasa yg penuh dramatik itu... setiap malam solat hajat diadakan di rumah MB nizar. Melayu, Cina dan India beramai2 datang memberi sokongan moral kepada MB Nizar untuk terus berjuang mempertahankan kerajaan pilihan rakyat pimpinan beliau.
Aku difahamkan hanya ada 3 cara menurut undang2 tubuh Negeri Perak untuk sesebuah kerajaan ditumbangkan... Pertama jika Sultan membubarkan DUN (tapi ini telah ditolak), kedua jika MB dan seluruh Exconya meletakkan jawatan ( mereka tetap bertegas untuk mempertahankan hak mereka), so last choice adalah undi tidak percaya di DUN. Hanya 3 cara ini je.. seperti apa yg Ku Li dan Tun Mahadir katakan.. selain itu apa2 cara utk menjatuhkan kerajaan adalah tidak sah!!! Entahlah terserahlah kepada yg maha arif, so tunggulah keputusan makamah.....
First time aku dapat peluang pergi ke rumah rasmi MB. Malam tu dari Bota ke Ipoh ada 3 roadblock polis... huhu cuak gak, tapi insyaAllah tak ada apa2, kitorang pergi sebab nak bagi sokongan moral dan nak solat hajat sekali.... Aku nak kongsi sikit suasana malam tu dengan korang semua, tapi lewat gambar je r ek.. malas nak taip banyak2. hehe
Selepas solat isyak dan solat hajat malam tadi, terdengar cerita dan ura2 yang Unit Tindakan Khas (Unit polis yg terlibat dalam mengebom Altantuya dengan c4) akan menangkap MB Nizar untuk dimasukkan ke ISA!!.. Ayah aku segera mengajak kami satu family untuk segera meninggalkan rumah MB, takut ada hal yang tidak diingini berlaku.. kalau ikutkan aku dan ayah aku je.. kitorang nak tunggu perkembangan selanjutnya.. tetapi memikiran emak dan kakak aku serta 2-3 orang lagi kaum ibu yang mengikut kami, kami terus pulang ke rumah dengan doa dan pengharapan agar tidak berlaku apa-apa pada MB Nizar.. Alhamdulillah semua selamat...
Sebelum naik kereta kami terserempak dengan Mb Nizar yang baru pulang.. kelihatan masih ceria dan bersemangat!! sedikitpun tiada wajah kecewa dan pasrah tentang segala yang berlaku kepada kerajaan pimpinan beliau.. Dia sempat pesan kat ayah aku, "Biarlah kalau mereka nak ambil saya malam ini, saya akan terus lawan mempertahankan hak rakyat" begitulah lebih kurang...
Akhirnya, aku sangat-sangat berharap agar segala yang berlaku ini dapat mematangkan kita semua.. Yang penting kita kena yakin terhadap segala ketentuan Allah. Yang Haq pasti akan menang, itu janji Allah... sama ada kita terus istiqamah dan turut berbuat sesuatu ataupun kita hanya menjadi penonton sambil terus mengkritik dan menyalahkan.. masing-masing punya pilihan. Sekali lagi, kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita pilih di hadapan Allah swt kelak....
Khamis, 5 Februari 2009
Sedikit cerita yang dikongsikan oleh Isteri MB Nizar.....

Semalam saya mengambil kesempatan masa yang ada selepas program Fiesta Feminin dengan menziarahi anak saya di Sekolah Izzuddin. Selesai dari itu adik bongsu saya dari Rawang datang ke kediaman menziarahi saya sekeluarga.
Sebelah malamnya saya tidak ke mana-mana tetapi suami tetap dengan jadualnya yang padat. Jam 7 petang beliau di Kuala Sepetang menghadiri majlis raya cina dan terus bergegas ke Belanja untuk Ceramah Perdana Bersama Y.B Wahid Endut, Kapten Usaili dan Ustaz Misbahul Munir. Tiba di kediaman sudah jam 2.00 pagi.
Seperti kebiasaan, suami akan menyampaikan kuliah subuh setiap hujung minggu di sekitar masjid-masjid Ipoh. Sempat tidur 2 jam suami bangun bersiap untuk ke Masjid Muttaqin Bandar Baru Putra, Bercham untuk program Kuliah Subuh.
Tiba di kediaman jam 8.00 pagi, suami bersiap untuk Mesyuarat Pakatan Rakyat pada jam 9.00 pagi. Selesai mesyuarat diadakan Sidang Akhbar dan berakhir jam 11.00 pagi. Dalam masa yang sama saya menghadiri satu program bersama muslimat iaitu perjumpaan dengan seluruh Ketua-ketua Muslimat Negeri Perak bertempat di Markaz PAS Gopeng. Perbincangan mengenai peranan muslimat dalam memberi kebajikan dan menyalurkan bantuan ditekankan.
11.30 tiba di rumah suami sudah menunggu dan kami terus ke Kampar untuk Majlis Raya Cina. Ketibaan kami disambut dengan tarian naga dan program tersebut mendapat kehadiran yang amat menggalakkan. Dari Kampar terus bergegas pulang ke Ipoh untuk program Ceramah Agama bersama Dato Dr. Haron Din. Selepas solat saya dan suami terus turun ke Dewan Program.
Program Ceramah Dato' Haron Din mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kehadirin melebihi dari ceramah-ceramah yang diadakan sebelum ini. Pada majlis tersebut turut dilancarkan Tabung Fatimah yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan. Ia diuruskan oleh Unit Kebajikan MESRA (Ikatan Mesra Wanita Perak).
Di dalam ceramah kali ini, saya turut menjemput peniaga-peniaga untuk membuka gerai jualan mereka di dalam kediaman. Ada gerai jualan makanan-makanan ringan, buku-buku dan minuman. Selesai program waktu Asar dan hadirin solat berjemaah di Surau baru kediaman.
Habis sahaja program ceramah agama, suami menerima kunjungan dari pimpinan pakatan rakyat bagi menyelaras dan berbincang mengenai isu Perak. Ia berlarutan sehingga Maghrib dan bersambung selepas solat sehingga jam 11.00 malam.
Semoga negeri Perak mendapat lindungan dari Allah dan segala yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya.
http://datinserifatimah.blogspot.com/
Warkah MB Nizar Kepada Sultan Perak...

Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa ke hadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
Merafa’ sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun.
YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adunberkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Ulasan Blogger Pilihan tentang Pergolakan di Perak....
Dan hujun yang kini turun rintik-rintik yang disulamkan dengan bunyi guruh juga dihantar olenNya, mungkin sebagai simpati atas apa yang berlaku.
Pergolakan politik di Perak – usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat telah pun berakhir. Segala usaha oleh Pakatan untuk mempertahankan kerajaanya berusia 11 bulan sia-sia sahaja.
Keadaan, kuasa dan pengadil tidak memihak kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memihak kepada mereka. Surut pengosongan dua Adun tidak dilayan sewajarnya. Istana juga telah memberi keadilan yang perlu diterima sebagai bijaksana.
Jadi semuanya sudah selesai dan berakhir. Yang ada kini hanya kesalan dan air mata sahaja di pihak Pakatan Rakyat. Kesal dengan apa yang berlaku harus diterima ia adalah kesilapan diri kita semua. Dan air mata yang berladum adalah banjir duka kerana musibah itu menimpa Pakatan.
Sekarang ini jangan ungkit jangan lagi persenda. Jangan kata apa-apa. Mahkota kerajaan yang dipegang itu kini akan bersalin tangan dan biarlah BN meletakkan di atas kepala mereka.
Pihak Pakatan rakyat, termasuk Mohamad Nizar Jamaluddin atau sesiapa harus memujuk diri sendiri. Bayangkan bagaimana kecewa, kesal dan marahnya Tajol Mohd Rosli Ghazali selepas 3 Mac tahun lalu apabila kerajaannya runtuh dan beliau terlepas menjadi MB Perak, maka beitulah apa yang ada kini. Namun bagaimana Tajol Rosli dapat menerima hakikat itu maka begitulah juga harus diterima oleh Nizar dan pihak Pakatan.
Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati sakit dan remuk radam. Tunjukkan kita berjiwa besar dan sedia menerima hakikat. Marilah pula sama-sama kita lihat bagaimana BN membentuk kerajaanya dan mentadbir Perak.
Selama sebelas bulan Pakatan memerintah macam-macam dakwaan dan tuduhan dilemparkan ke atas kerajaan Pakatan. Semoga segala kecacatan dan kepincangan itu diperbetulkan oleh kerajaan BN selepas. Adun Pakatan boleh menjadi pemantau kepada apa yang berlaku selepas ini.
Apa yang perlu Pakatan lakukan kini ialah memperkuatkan semangat perpaduan di kalangan mereka. Susun semula dan perbetulan apa yang pincang. Kesemua 28 Adun Pakatan jadilah wakil rakyat yang profesional dalam DUN Perak. Menjadi pembangkang yang berkualiti, membela rakyat dan menjadi penegur kerajaan baru yang konstruktif.
Adalah lebih baik kalau Pakatan memperkemaskan barisan, menyusun agenda dan memantapkan hubungan untuk merampas balik bukan dalam sehari dua ini. Tindakan begitu bukan bijak, tetapi pacaklah semangat baru untuk merampas dan berkuasa balik dalam pilihan ke-13 kelak.
Gunakanlah masa tiga tahun setengah akan datang itu untuk membina semangat juang yang jitu dan sebagai bekalan untuk menghadapi pilihan raya ke-13 kelak. Sekali lagi dijelaskan usah kecewa dan bersedih dengan apa yang berlaku. Peristiwa hari ini dan akan datang adalah pengalaman yang akan mendewaskan semua orang.
Kepada mereka yang menggenapkan korum untuk membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri berbanggalah dengan apa yang saudara dan saudari lakukan. Percayalah nama saudara akan tercatat dalam buku sejarah sebagai Adun yang menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat.
Syabas kerana saudara berjaya meletakkan nama saudara dimercu itu. Apakah nama saudara harum dan kuburan saudara wangi atau busuk, itu soal lain sebab dalam politik sekular tidak ada dosa dan pahala yang diperhitungkan. Kerana mereka yang tahu dosa pahala dari awal lagi tidak akan melangkahkan kaki ke dalam gelanggang politik sedemikian.
http://www.msomelayu.blogspot.com/