[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.
Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.
"Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau," katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang pernah berhadapan dengan isu krisis Perlembagaan Persekutuan semasa kepimpinannya menjelaskan, dalam keadaan seumpama itu Nizar tidak boleh berbuat demikian untuk tempoh yang lama kerana DUN perlu bersidang untuk membentangkan bajet dan sebagainya.
Ketika ditanya sama ada orang Melayu akan kecewa dengan tindakan saman seumpama itu, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai seorang Melayu tidak bersetuju dengan langkah tersebut tetapi ramai orang Melayu yang menyokong Karpal.
"Inilah Melayu moden, saya ini orang tua," kata Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 ini ketika ditemui wartawan di Seri Kembangan hari ini.
Menjawab soalan berkaitan dengan krisis perlembagaan dengan keengganan Nizar dan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar baru, Dr. Mahathir berkata, Pakatan perlu membuktikan kes mereka jika wujud pencabulan undang-undang.
"Kita ada undang-undang. Anda kena patuhinya sama ada anda suka ataupun tidak. Selagi ada undang-undang, anda kena mematuhinya," kata beliau.
selanjutnya..
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/7/mstar_mutakhir/2009020714472
Tiada ulasan:
Catat Ulasan