Rabu, 11 Mac 2009

Realiti seorang student medic, tapi aku masih berilusi!!!

Ehm.. penat nya buat homework opthalmology td.. nak rest jap. Btw aku nak nasihat diri sendiri ni, makin lama, makin malas lak rasanya.. dah sem 8 dah, insyaAllah bln 9 dah nak koas/clinical... but am I ready??????????? Ish3 risau lak aku rasanya, macam byk benda je yg aku tak belajar (walaupun dah hampir 4 tahun belajar teori). Dah lah tu.. org putih cakap.. always in the state of denial. Terus menerus nak menafikan realiti as medical student, dan terus berillusi yg aku akan jadi doktor yg terbaik (tapi usahanya, jauh panggang dari api). Hai akmal2...

Masa aku sekolah rendah dulu, selalu dengar yang kalau nak jadi doktor mesti terperuk dalam bilik je, kena stdy sungguh2... tak blh nak lepak2 dan santai2 sangat. huhu.. lagi satu, dulu aku sering ingat yang nak jadi doktor mesti pakai spect mata, maklumlah dorang semua kena 24jam ngadap buku.. so mata cepat rabun. hehe. Dulu gak, aku sering takut nak jumpa doktor... bukannya apa, serius sokmo, macam jarang bersembang2 dgn org merata kedai kopi or simpang jalan. hehe... Sebab tu lah masa sekolah rendah dulu, kalau org tanya aku nak jadi apa, aku akan jawab yang aku nak jadi jurutera, bukan doktor!.. "macam mana nak jadi doktor, darah pun takut", alasan yg sering aku kasi bila pakcik or kawan2 aku tanya...

Tapi, sekarang realitinya aku dah jadi medical student... dan yang bestnya, aku cuba menafikan hal-hal yg aku kata tadi, aku tak nak org nampak aku stdy je.., so aku rilex dan santai2, tak fokus sungguh2... maklumlah dalam usaha nak menafikan yang doktor kena stdy sepanjang masa. Aku cuba berillusi yang tak semestinya nak jadi doktor yg baik kena stdy je mengadap buku, aku berillusi yang doktor ni kenalah main game, nonton, gi shopping, futsall.. pendek citer macam student2 course lain lah....

Hehe, sekarang.. dah final sem ni baru lah aku rasa yang aku sering in a state of denial.. buat kata ust has, ilusi pasti kalah dengan realiti!. Memang sem ni aku kena catch up gear 5 kut, nak cover semua benda b4 masuk koas nanti, hai rasa macam banyak benda je yg aku tak tahu... Insyaallah aku akan cuba kembali ke realiti.. realiti yg tidak boleh kita nafikan, yang nak jadi doktor memang kena korban masa yg byk utk stdy, kena fokus dengan apa yg kita belajar, kena tahu ilmu kedokteran itu setahu2nya.. bukan utk exam je... ehm aku harap, aku masih tidak terlambat dan Allah mudahkan urusan aku utk cari ilmu sebanyak mungkin, kerana aku nak jadi dokter ISLAM, MELAYU yang terbaik.....

Ayuh sahabat2 semua, sama2 kita bergotong-royong, saling membantu dan mengingatkan dalam usaha kita utk jadi doktor yg terbaik. Kalau kita nak berjuang utk islam paling tidakpun, dalam skop kita as a doctor, kita perlu jadi testimoni kepada doktor yg beragama lain yang islam adalah agama yang terbaik melalui akhlak, ilmu, achievment dan performance kita dari segi skills and knowledge in medical (macam zaman2 ibnu sina dll)... Kalau kita nak berjuang dan risaukan ketuanan melayu.. kita juga perlu membuktikan yg doktor2 melayu jauh lebih hebat dan power. Jangan kita salahkan non-muslim dan non-bumiputera kerana mereka juga harus berusaha seperti kita....

Ehm.. semangat2, moga Allah tuntun dan bimbing kita dalam mengejar cita2 yg diimpikan.. amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan