Ahad, 8 Mac 2009

PPSMI - cukuplah kita berpolitk!!

Salam buat sahabat semua, akhirnya dapat gak aku update blog ni... rasanya dah lebih 2 minggu tak update blog.. Apapun aku tak nak ketinggalan utk ulas dan beri pendapat aku tentang isu PPSMI.. tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat di malaysia kerana telah keluar beramai-ramai utk menyatakan pendirian kita terhadap isu ini.. Terkilan juga rasanya sebab tak dapat join. Kawan aku cerita, gas tu pedih giler.. rasa macam nak nangis... takpe-takpe, itu semua adalah pengalaman yg sgt berharga, pahit dan manis dalam kehidupan. Jika dibandingkan dengan ramai orang diluar sana yang hanya pandai mengkritik dan mengata, korang semua jauh lebih baik dari mereka2 yang punya ijazah dan PHD, tapi takut menyatakan yang benar...

Tahniah kepada sasterawan negara A. Samad Said dan sahabat2nya kerana telah berjaya memimpin rakyat menyatakan pendirian. Dulu masa kat KMB, aku hanya boleh berbangga dengan novel2 dan sajak yg dihasilkannya, tapi sekarang aku berbangga kerana dia berani turun padang untuk membela bahasa yang dia cintai...


Terus terang, dari kecil aku sekolah kat S.K.Bota Kiri; sekolah kat kampung dan luar bandar, lepas tu ke SMK Sultan Muhammad Parit, sambung ke MRSM Kuala Berang.. Sepanjang aku belajar memang guna bahasa melayu sebagai pengantar Sains dan Matematik. Start matrik dan kmb, baru belajar dalam bahasa inggeris, sampai lah sekarang ini; aku lebih suka baca text book english.. sebab ayat dia mudah dan jelas (lagipun aku tak reti sgt speaking indon, hehe).

Apa yang aku nak cakap adalah.. aku TIDAK setuju belajar sains& math dalam bahasa inggeris terutama utk budak2 sekolah rendah dan budak2 sekolah kat kampung macam aku dulu.. Mungkin ada sahabat2 yg sekolah kat bandar rasa tidak ada masalah, tapi terus terang.. adik aku sendiri masa kat kampung selalu tanya soalan matematik kat aku, bila aku terangkan.. rupa-rupanya masalah utama dia utk memahami konsep dalam bahasa inggeris!. Dari situ dia dah kurang minat nak belajar dan ambil tahu lagi, mana tak nya, basic concept pun dia susah nak faham!!!..

So isunya kat sini, bukan nak menafikan yang english itu sangat penting; malah memang perlu sangat utk kita kuasai agar tidak ketinggalan.. tapi pendapat aku, yang lebih penting lagi, pada masa sekolah rendah terutamanya, asas dan minat mereka pada sains dan matematik perlu dibina dan diperkuatkan!.. lagipun dari segi psikologinya, anak2 sekolah rendah perlu ditekankan dengan hal2 macam ini.. bukan dibebankan dengan perkara yang menyebabkan minat dan perasaan ingin tahu mereka terbantut!.. aku cakap dari sudut pandang budak2 yg bersekolah di kampung dan luar bandar terutamanya... byk lagi pendapat yg lebih ilmiah yg korang semua blh baca.. aku hanya bagi pendapat ikut logik dan rasional je..


Sekarang aku nak cerita bab yang tak abis-abis orang perkatakan... malah ada yang kelihatannya bersungguh2 utk mempertahankan hal ini.. BAB KETUANAN MELAYU!!!. Artikel 152 perlembagaan malaysia jelas menyatakan bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Wahai perjuang-perjuang ketuanan melayu sekalian, mari sama-sama kita selamatkan bahasa kita, kalau bukan kita yang kedepan.. tak akan lah nak mengharapkan org cina dan india nak membela bahasa kita??. Kalau betul kita nak perjuangkan ketuanan melayu.. inilah masanya... Tapi yang menghairankan aku, orang yang sibuk bertempik cakap pasal ketuanan melayu, dorang pulak yang hanya duduk dan lihat menyaksikan bahasa bangsa mereka diperlakukan sedemikian... Cukuplah bab ini....



Akhir sekali, sesuai dengan tajuk post ni... aku nak sentuh bab politik. Sekali lagi, cukuplah kita berpolitik.. tak akan lah semua benda kita nak politikkan. Aku tak rasa isu PPSMI ini adalah isu politik, malah jelas orang yang memimpin penentangan isu ini adalah para perjuang2 bahasa dan sasterawan negara.. Kenapa kita tidak boleh ketepikan sentimen parti dan kelompok, utamakan kepentingan rakyat; dalam hal ini orang melayu terutamanya... Kita boleh berbeda pendapat, tapi bila menyangkut soal bahasa yg merupakan jiwa bangsa kita.. kepentingan politik harus diketepikan...

Dan bila cakap soal ketuanan melayu.. kita perlu berdepan dengan realiti semasa, kita sendiri yg perlu membuktikannya. Yang nak jadi doktor, ayuh kita berusaha sungguh2 agar kita dapat jadi doktor yang terbaik dan bertaqwa, biar orang hormati kita atas dasar skill dan kelebihan yang kita ada. Yang nak jadi engineer, lawyer dll.. kita semua lah yg perlu menaikan nama melayu dan nama Islam terutamanya dengan jadi yang terbaik!!. Inilah yang aku faham dengan ketuanan melayu... bukan kita bising sana sini orang lain merampas hak kita.. Hak kita telah dijamin oleh perlembagaan!. Orang melayu akan terus layu dan ditertawakan jika kita terus beretorik, tapi hakikat dan realitinya kita sendiri yg lemah, malas dan sering berilusi.. sekali lagi ilusi akan sentiasa kalah dengan realiti...

Moga Allah SWT beri kita taufik dan hidayah untuk terus memperbaiki diri....


4 ulasan:

  1. Pelik nye org yg memperjuangkan ketuanan Melayu, ketuanan Sultan dsb berlebih-lebihan. Ketuanan Allah siapa perjuangkan? Tuh orang Islam hina agama sendiri dengan tunggang arak banyak kat Bangsar tu, tak ke hina Allah? ada demo? memorandum? Belom kira orang Islam yang tidak sembahyang lagi. Menghina perundangan Allah jugak. Silap-silap orang yang berarak sakan memperjuangkan Sultan dan Melayu tu pun solat tak cukup.

    Mata tu jangan nampak dunia je. Tengok-tengok lah akhirat sekali sekala.

    Hang Tuah kata: "takkan Melayu hilang didunia!"

    Allah kata: "setiap kamu akan dihisap di akhirat kelak!"

    BalasPadam
  2. ibarat kata mahathir MELAYU MUDAH LUPA

    BalasPadam
  3. Salam.

    Ape yg penting adalah kita kna FAHAM sesuatu ilmu itu. Dengan memahaminya, baru laa kita dapat apply and implement dalam kehidupan ini.

    Persoalannya, adik2 ni faham ke apa yg diajar tu?
    Nope. Sains n maths in English telah menyebabkan ramai budak2 sekolah (terutama yg dr kampung) gagal memahami dgn baik apa yg diajar. Drpd nak blajar, mereka dh x semangat lagi.

    Habis tu, klu x ajar dlm english, camne nak maju?
    Bahasa hanyalah alat dlm komunikasi. Untuk maju, kita x perlu meminjam bahasa org lain. Dengan memartabatkan bahasa sendiri, kita tetap bleh maju selama mana kita faham dengan setiap apa yg diajar. Sebagai contoh, Jepun n korea boleh maju ape eventho english diorg tergagap2.

    Namun, ini x bermaksud kita bleh abaikan bahasa English as international language ni. Nak terer English? Kna rajin cakap. Mcm sy kate, bhs kan alat dlm komunikasi =)

    So, tuk isu kali ni, kita izinkn adik2/ anak2 kita FAHAM dlu the new knowledge k.

    ** setuju ngan anak najib. Ehe =)

    BalasPadam
  4. suatu keanehan. dasar yang tidak dsokong oleh hampir semua rakyat tak kira kaum,agama dan fahaman politik. tidak juga menguntungkan dari segi survival politik. tapi masih diteruskan.
    ada apa ini?

    kate kawan aku
    "anwar agen amerika dan zionis"

    BalasPadam