Nota Kepada Diri ini sudah lama menyepi... Tetiba terasa ingin bermonolog kembali dalam blog ini buat Nota bagi diri aku di masa depan... Pejam celik dah hampir setahun aku coass.. terakhir aku berkongsi cerita di blog ini semasa aku stase Bedah di purwakarta... Selepas itu aku stase Internal Medicine di RSUD Koja, D&V (kulit kelamin) di RS Husada, Ophthalmology di RSM Yap Jogja, O&G di RS E.Etaham Purwakarta.. dan sekarang aku stase Radiology di RS Bakti Yudha Depok..
Sebelum aku berkongsi pengalaman suka duka aku semasa coass, aku ingin menyeru kepada sahabat2 semua utk terus berusaha mengoptimal kan sebaik mungkin kesempatan Ramadhan kali ini dalam rangka memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah.. Cabaran semasa koas/HO menuntut kita kuat mental dan fisikal dalam menghadapi persoalan demi persoalan ataupun lebih tepat lagi ujian yg datang silih berganti. Ramadhan mendidik kita utk berserah dan berharap hanya kepada Allah swt. Insyaallah setiap persoalan dan ujian yg datang dapat kita hadapi jika yakin dan harap kita hanya pada Allah semata...
Kali ini aku nak sambung perkongsian aku berkenaan dengan Koas di Interna RSUD Koja... yang telah aku lewati hampir 20 minggu yang lalu.. Pertama sekali, kalau ditanya apa yang masih melekat di kepala setelah lewat 20 minggu ini?? Hehe jawapan aku dah banyak yg lupa!! mungkin 40-50% je yang masih menempel dalam kepala ni... itu pun semua kasus2 yang aku presentasikan dan hadapi selama koas di sana.
Internal / Medicine merupakan satu bagian yang sangat penting bagi seorang doktor, kerana hampir 50-60% patient datang dengan keluhan berkaitan dgn bidang ini... Demam, batuk lama, nyeri ulu hati, diare, sesak, batuk darah, nyeri dada, mual muntah dan macam2 lagi. Sign and symptoms yang sering tidak sesuai dgn apa yg ada dalam teks book menyebabkan kadang2 kita bingung sendiri utk mendiagnosa penyakit.. Kat sini lah pentingnya 'jam terbang' ataupun pengalaman dengan pelbagai kes yang kita dapat di bangsal (ward) poli dan IGD (emergency) ...
Kat sini penyakit2 rakyat yg wajib kita kuasai seperti TBC, Asma, DM, HT, DHF, Typhoid, GE, CHF dan MCI. At lease kita dapat mengarah dan tahu nak buat apa kalau patient2 dengan penyakit itu datang... Huhu kadang2 susah juga, sebab SOP ataupun protap di antara masing2 Konsulen berbeza, tapi minimal penanganan awal dan pemeriksaan lab dan diagnostik perlu kita kuasai...
Satu hal yang aku kira sangat berguna sbg bekalan buat masa depan adalah Research / Penelitian. Di Koja aku buat penelitian tentang ACT (Asthma Control Test) menggunakan questionaire dan Peak Flow Meter. Mula2 pening kepala dan rasa macam tak bermanfaat je.. tapi bila difikir2kan bagus juga, sebagai pengalaman buat aku jika nak sambung specialist nanti.
Selain itu, Koja banyak mengajar aku untuk selalu berlapang dada, sabar dan saling bertolak ansur. Sebab jika setiap hal dan isu yg aku golongkan dalam 'batu kecil' aku tanggapi, pasti aku stress dan hilang fokus!. Tak semua yg kita lakukan dapat memuaskan org lain dan begitulah sebaliknya... So berlapang dada lah untuk saling memberi dan menerima.. Mungkin ini juga realiti yg aku akan hadapi bila dah kerja nanti...
Mungkin setakat ini saja yang dapat aku kongsikan tentang stase interna aku di Koja.. Buat Konsulen2 aku yg telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar.. jutaan terima kasih aku ucapkan.. begitu juga buat teman2 seangkatan yg telah banyak membantu aku sepanjang aku di Koja.. InsyaAllah nanti posting berikutnya aku share pengalaman aku di Kulit Husada dan Mata jogja lak.. Yuk teruskan istiqomah dan meningkatkan amalan dan penghayatan kita di bulan yang suci ini.. Moga kita dapat keluar menjadi hamba Allah yang bertaqwa.. amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan