Selasa, 10 Februari 2009

Pulang Dari Mahkamah.....

Sekali lagi aku tak sempat untuk mengiringi dan bersama-sama ayah aku di mahkamah... Pada mulanya ayah aku diberitahu yang makamah akan bersidang pada pukul 2 ptg tadi, so kami sekeluarga memang dah plan untuk pergi mahkamah sama2 lepas makan tengahari... tiba-tiba ayah aku dapat tahu yg perbicaraan di awalkan ke sebelah pagi, jam 9am. Dia dapat tahu dalam pukul 8.15am, apa lagi kelam kabutlah ayah aku bersiap dan bertolak ke Mahkamah tinggi Ipoh.. Mula aku nak ikut skali, tapi tak sempat siap lak, dia dah pergi dulu.. So aku dan family aku yg lain menyusul kemudian....

Jalan Ipoh - Lumut memang banyak roadblock polis kerana kes politik Perak yg masih bercelaru sehingga kini... Nak dijadikan cerita ayah aku lambat sampai 5 menit ke mahkamah disebabkan roadblock dan jalan jam... Sampai-sampai waran tangkap sudah dikeluarkan, itu yg keluar TV dan internet tu... tapi alhamdulillah sudah ditarik balik....

InsyaAllah kes ayah aku ditunda ke 15&16 Jun 2009, lebih-lebih lagi yg 2 org tu dah melompat ke sana. dorang dah tak nak guna peguam yg sama..... Aku tak nak komen banyak sangat tentang tuduhan yg ayah aku hadapi, biar makamah yg tentukan... Cuma apa yg aku nak katakan disini, selama 23 tahun aku hidup sekeluarga.. tak pernah sekalipun ayah aku bawak duit or beri duit beribu-ribu kepada kami sekeluarga. Mana tak nya, aku nak beli barangpun di tanyanya satu persatu, suruh berjimat.. jangan membazir.. Masa dia jadi Adun dulupun sama, rasanya hampir separuh gaji Adun tu digunakan utk maslahah org ramai, sampai kadang2 kami sekeluarga terasa lak.. huhu nak buat macam mana keluarga ahli politik, perlu saling memahami dan mendukung...

Oklah lain kali kalau sempat aku uploadkan kisah direct dari ayah aku dari A to Z tentang tuduhan rasuah yg dia hadapi. banyak sangat member yg bertanya, so jalan mudah nanti r aku uploadkan bila mahkamah dah bersidang bulan jun nanti.... Moga Allah bagi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi ujian ini....

1 ulasan:

  1. semoga Allah mudahkn semuanya bro. ujian tu tandanya Allah nak naikkan pangkat tu, naik dari pangkat iman yg lama :)

    BalasPadam