Lagi seminggu genap 5 Tahun aku berada di bumi Walisongo ini.. Tepat jam 9 am 25 Ogos 2005, aku memijak bumi yg penuh dengan seribu satu macam ragam dan jenis manusia... bumi yg kaya dengan kepelbagaian budaya dan suku bangsa.. bumi yg bagi aku cukup utk mentadabbur kehebatan dan keagungan Allah swt dgn kepelbagaian kerukunan dan kehidupan hamba2nya di muka bumi ini...
Jalan Tg Duren selatan , Kecamatan Tg duren, kelurahan Grogol Pertamburan, Jakarta Barat, Indonesia.... Di sinilah aku bermusafir jauh meninggalkan keluarga dan kampung tercinta, demi mengejar cita-cita dan harapan yg pastinya menuntut seribu satu pengorbanan... Banyak yang aku belajar, selami dan hargai tentang kehidupan pahit manis di kota Jakarta yg penuh dgn pelbagai mehnah dan cabaran ini...
Bagi aku, 5 tahun di sini sudah cukup utk mengenali masyarakat Indonesia yg pastinya di antara 230 juta lebih jiwa ini terdapat pelbagai ragam dan karakter... Dari sehebat-hebat, sekaya-kaya dan sebaik-baik manusia sampailah yg sebaliknya; hingga jurang di antara yg kaya dan miskin sgt besar... Dan tentunya tidak mudah bagi negara islam yg mempunyai penduduk terbanyak di dunia ini untuk melakukan reformasi total terutamanya dari segi minda dan sosial rakyatnya... Namun aku yakin Indonesia mampu utk terus memangkin pertumbuhan ekonomi dan sosialnya yg ternyata sudah mula meninggalkan negara kita sama ada dari segi perkembangan ekonomi (FDI) maupun sistem demokrasinya...
Namun begitu, terus terang aku agak sedih dan terkilan dengan episode demi episode yang berlaku terhadap hubungan kedua negara serumpun yg menurut aku penuh dengan persamaan, keunikan dan kehebatan sejarah yg boleh dibanggakan.. Lebih-lebih lagi bila memikirkan yg hubungan persaudaraan sesama muslim pun tidak mampu menjadi ikatan yg ampuh dalam menyelesaikan segala persoalan yg timbul.... Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan geografi, sejarah dan agama yg sgt dekat yg seharusnya menjadi kelebihan bagi kedua-dua negara utk saling menghargai dan membantu.. Tapi malangnya ia tidak mampu dan mungkin telah dilupakan dek kerana isu-isu yg terus di main dan dibangkitkan terutama oleh media kedua2 negara...
Masing2 sibuk mempertahankan dan menyatakan yg kebenaran di pihak mereka sehingga mereka lupa persoalan yg lebih penting dan utama.... bagaimana kedua rakyat negara ini boleh menjadi hebat dan membina identiti tersendiri samaada dari segi ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat yg penuh dgn nilai-nilai keagamaan dan akhlak yg terpuji.. Bagaimana kita boleh membangun semula tamadun yg pernah dicatat dalam lipatan sejarah.. Kita sering hilang fokus dek kerana isu-isu yg menurut aku hanya 'batu-batu kecil' yg sering mencuri masa kita utk terus kedepan membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat terbanyak!
Tidak dapat aku nafikan yg terdapat masyarakat di sini memiliki emosi yg agak labil.. tapi mungkin tidak adil utk kita menunding jari tanpa cuba memikirkan pokok permasalahan yg sebenarnya... Kesusahan mencari rezeki dan perjuangan utk meneruskan kehidupan, penindasan dan sikap tidak pedulisme sesetengah dari kita utk saling membantu dan memberi mungkin menjadi punca kepada masalah ini. Yang kaya terus mengejar kekayaan, yg miskin terus dibiarkan tanpa pembelaan.. Persaudaraan dan nilai kasih sayang sudah lama ditinggalkan... sehingga golongan ini mudah tersinggung dan digunakan.
Buat sahabat2 aku di Malaysia.... apa yg boleh aku katakan.. jangan menilai masy Indonesia hanya dari pekerja2 mereka yg mencari rezeki di negara kita sahaja.. tidak keterlaluan aku katakan mungkin masyarakat di sini lebih banyak yg hebat2 dan pintar dari kita. Tidak adil dan tidak bijak bagi kita utk terus terperangkap dgn persepsi tanpa mencari tahu isu dan persoalan yg sebenar.. Jangan pernah berasa selesa dgn apa yg ada kerana masih byk yg perlu kita lakukan terutamanya dalam membina masyarakat yg berIMAN dan berTAQWA kepada Allah swt...
Buat temen2 di Indonesia... hanya dengan saling menghargai dan menghormati sahaja dapat merungkai segala isu dan permasalahan yg timbul. Persahabatan dan persaudaraan yg terjalin selama kita kuliah bersama menjadi bukti atas komitmen kita kedepan utk sama-sama maju dan menyumbang buat rakyat dan negara kita masing2. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memahami, menyampaikan dan seterusnya merungkaikan segala permasalahan timbul.. Dan pastinya persahabatan yg terjalin merentas sempadan negara, bangsa dan juga agama...
Terakhir,.. aku yakin dan percaya... hanya dengan persaudaraan sesama Islam dan sesama manusia sahaja mampu menyatukan kita semua... Atas dasar agama kita bersaudara, atas dasar kemanusiaan kita saling menghargai.. Moga Ramadhan yg hadir ditengah2 kita ini dapat mengeratkan tali persaudaraan di antara kita.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan