Isnin, 16 Februari 2009

Kemelut Politik VS Kemelut Rakyat.....

Sudah sebelas hari politik Perak bergelora dengan pelbagai kisah dan mehnah yang melelahkan.. Pelbagai hujah dan isu ditimbulkan. Sangat melelahkan, tapi byk hikmah dan pengajaran yg boleh kita pelajari dari apa yg Allah telah atur dan rancangkan ini... Aku just nak komen dan dan bagi pendapat aku sendiri terhadap isu2 yg ditimbulkan... Ini pendapat aku dan jangan lupa pendapat tidak ada benar dan salah.. yang penting rasionalitasnya....

Firstly, Isu lompat - melompat. Ehm aku sgt kagum dgn YB kg aku.. dia bukan saje blh lompat kedepan macam katak biasa, tapi boleh lompat keblkg lagi... huhu katak pun kalah!.. Sampai sekarang YB aku tu masih tak berani balik ke kg ni.. Mana taknya, dah berlonggok kasut disiapkan utk dibaling.. Hai kengkadang org kampung ni satu hal gak, semangat sgt... Buat 3 ekor katak yg melompat tu, pesan aku... YB adalah wakil rakyat, setiap hari harus bertemu dengan rakyat, tapi kalau dah takut dan malu utk bertemu rakyat... aku rasa better letak jawatan je r. Sampai bila nak menyorok, lalu ke hidup sengsorang.. Aku dengar citer, YB Hee (Adun Jelapang yg melompat tu) bukan saje dia dipulaukan oleh org cina jelapang, keluarga diapun sama!. Larat ke yong, bapak dia nak beli sayur kat pasarpun tak nak cina jelapang tu jual kat dia.. Hai tu lah padahnya bila maruah dan prinsip dijual dgn wang ringgit...

Kedua isu DERHAKA!!!. Ehm aneh2, tak pasal2 isu ni lak diulang2 oleh media. Isu utama tentang rampasan kuasa, rasuah, jual beli dan ugut mengugut, langsung senyap!. SPRM, GERAK langsung takde suara. Kalau masa YB Bota buat lompatan pertama kemarin, cepat SPRM buat kenyataan nak siasat... tapi sekarang senyap sunyi. aneh2..... Nizar derhaka, Karpal Derhaka, semua pembangkang derhaka!! Habis satu malaysia berarak, junjung kasih dan berdemonstrasi.. Karpal singh cipta rekod dunia sbg org yg paling byk terima report polis!! (sampai sekarang dah sembilan puluh lebih). MB Nizar dituduh penderhaka kerana tak nak letak jawatan.. macam2 lagi.. Yang lebih menghairankan aku, citer Tun M pinda perlembagaan ttg kuasa raja thn 1993 takde lak dibangkitkan sebagai derhaka...

Ketiga isu Rusuhan di Kuala Kangsar... anak kawan emak aku bekerja di ibupejabat bukit aman. Dia cerita yg pak lebai, pak imam yg duk tahan kereta raja muda dan baring atas jalan tu sebenarnya adalah SB2 yg nak mulakan provokasi.. itu cerita dia r, tak tahu betul ke tak. Aku harap tak betul r, kalau betul tak tahu r nak kata apa.

Keempat bubar DUN. ada yg kata Sultan tak nak bubar dun sebab isu ekonomi yg sedang meruncing dan tak nak habis masa berkempen siang malam. Ada benarnya... tapi aku rasa boleh je kalau nak buat snap election, dalam masa seminggu je. memang benda ini ada dalam bidang kuasa spr. So dapat jimatkan masa dan duit. Bubar dun adalah cara yg terbaik utk selesaikan kemelut ini, biar rakyat yg tentukan.. isu ini sampai sekarang dan bila2 takkan selesai selagi dun tak bubar. bila2 masa je katak2 tu boleh melompat semula.. Pelabur pun tak berani lah nak masuk sebab tak yakin dengan kestabilan politik... Ini lagi mendatangkan masalah ekonomi...

Akhir sekali kemelut rakyat... hari2 ada yg kena buang kerja, ekonomi semakin merudum, banyak yg menganggur.. nak cari kerja punya r susah. harga barang tidak menentu.. kemiskinan bertambah.. rakyat terpaksa bergelut siang malam utk mencari rezeki. "Itu lah berpolitik tak abis2, bila nak buat kerja??" ada sahabat aku yg mengeluh. Aku lak nak kata " Itulah sapa suruh merampas kerajaan yg dipilih rakyat, bagilah peluang dorang memerintah.. kalau tak ok, tahulah rakyat nak menjatuhkan dorang nanti"...

Apapun aku sangat berharap segala yg berlaku ini akan segera berakhir.. dan yang pasti semuanya sudah diatur oleh Allah swt.. biar masa yg menentukannya....

2 ulasan:

  1. tu la.. media malaysia masih di takuk lama. paper, tv main stream sume hanya sampaikan agenda2 sebelah pihak je. tak berani nk berlaku adil. ada harakah kne rampas. aku kesal sungguh dgn provokasi2 ttg derhaka kt tv and paper. tak habis2. kalau pembangkang buat mcm ni mesti da keluar kat paper 'jangan menggunakan sultan' lah, 'henti libatkan institusi raja dgn politik' lah, 'hentikan provokasi' lah. sure lah tajuk2 tu keluar kt main page akhbar.

    papepun rakyat dah muak dengan permainan berat sebelah ni. ibarat berlawan sebelah pihak tanpa senjata. bacul singguh! rakyat dah muak sampai menimbulkan sakit hati. inilah budaya politik yg dibentuk oleh BN sejak 50tahun dahulu. Harap pakatan rakyat tak terikut rentak politik kotor ni. Kalau bertanding dgn adil barulah gentleman. barulah boleh mengaku kalah dgn jika tewas. Nak berundur dr MB pn tak kisah. Knowledge base politics(k-politics), world class parliamentary, politik berlandaskan agama itu yg kita mahukan. tak tau bila mesia boleh capai. jujurnya media indon lebih adil dlam menyampaikan info. eh byknye aku tulis. bkn ape geram. nk tgk berita pn xbest. bernama tv(channel 502) pn same je. kalau takde internet mmg xtau mende da kot ttg pakatan rakyat ni.

    btw akmal ko tulis la sket ttg mahathir 1993 tu. aku search internet da xde cite la ttg tu. teringin nak tau detail ape yg terjadi sampai tak dilabel penderhaka pun.

    BalasPadam
  2. salam.
    bagus la ko pun dah start ade blog.bole la tau sikit2 citer korang.nak chat sll pun xde ms sgt.ok la,nak ulas sikit psal entri ni ek.
    1)ttg parti mn yang ptt memerintah perak,secara peribadi aku rs neither PR nor BN adalah pemerintah yang bagus tp jika kedua-duanya berkerjasama yakni yang memerintah menjalankan tggjwb sbg pemerintah yang adil dan bagus dan pembangkang pulak jd pembangkang yg konstruktif dan bertindak sbg check and balance dalam sesebuah pemerintahan, insyaAllah kita dpt sebuah kerajaan yang lebih baik. kalo betul berjuang untuk rakyat x semestinya kene jd pemerintah.jd pembangkang pun boleh supaya pemerintah x memerintah sesuka hati.so, masing2 jalankan lah tggjwb masing2.
    2)psal lompat2 plak, aku rasa perbuatan tu blh jd salah, blh jd jg betul.sumer ikut niat sbb ape die melompat.kalo melompat sbb untuk membantu rakyat,jd perkara tu betul la.tp kalo melomoat untuk duit, jadi perkara tu salah la.lgpun parti tu pd aku hanya sbg alat sdgkan tggjwb adun tu plak adalah pd rakyat dan bkn pd parti.kat akhirat nnt ketua2 ni akan ditanya ttg tggjwb mereka pd rakyat,bkn tggjwb pd parti.
    3)psal penyigkiran nizar,psal derhaka ni,nak sng citer mcm ni je la.aku ikut pendapat dan juga saranan mufti perak.nak mntk aku ulas aku xpandai tp sbg rakyat aku patuh keputusan sultan perak sbb aku xrs keputusan baginda sesuatu yang bertentangan dgn agama atau undang2.
    4)PR dan BN masing2 ade kelemahan dan kelebihan.jd kalo mana2 antara diorang bt sesuatu yang baik,kita puji la.kalo die bt yg xbaik,kt tegur la.so jgn la sbb xsuke BN atau PR,ape sj yang diorang bt walopun baik kt bangkang atau kecam.xelok la mcm tu.

    lastly,politik,politik jg.tp tggjwb jgn lupe.drpd berpecah lbh baik kt bersatu.

    BalasPadam