"Allahhumma Laka Najib Razak 3x, Allahhumma Laka Annuar Zaini 3x, Allahhumma Laka Jamalludin3x, Allahhumma Laka Osman Jailu 3x..."
Ya Allah kami serahkan mereka kepadaMu untuk membuat keputusan terhadap tindakan mereka menzalimi dan mengkhianati kami semua rakyat di Negeri Perak...
Doa inilah yang berulang kali di aminkan dalam setiap solat hajat dan Qunut Nazilah yg di buat di Rumah MB Nizar setiap malam... Alhamdulillah malam tadi, aku turut berpeluang mengaminkannya... Sejak dari rampasan kuasa yg penuh dramatik itu... setiap malam solat hajat diadakan di rumah MB nizar. Melayu, Cina dan India beramai2 datang memberi sokongan moral kepada MB Nizar untuk terus berjuang mempertahankan kerajaan pilihan rakyat pimpinan beliau.
Aku difahamkan hanya ada 3 cara menurut undang2 tubuh Negeri Perak untuk sesebuah kerajaan ditumbangkan... Pertama jika Sultan membubarkan DUN (tapi ini telah ditolak), kedua jika MB dan seluruh Exconya meletakkan jawatan ( mereka tetap bertegas untuk mempertahankan hak mereka), so last choice adalah undi tidak percaya di DUN. Hanya 3 cara ini je.. seperti apa yg Ku Li dan Tun Mahadir katakan.. selain itu apa2 cara utk menjatuhkan kerajaan adalah tidak sah!!! Entahlah terserahlah kepada yg maha arif, so tunggulah keputusan makamah.....
First time aku dapat peluang pergi ke rumah rasmi MB. Malam tu dari Bota ke Ipoh ada 3 roadblock polis... huhu cuak gak, tapi insyaAllah tak ada apa2, kitorang pergi sebab nak bagi sokongan moral dan nak solat hajat sekali.... Aku nak kongsi sikit suasana malam tu dengan korang semua, tapi lewat gambar je r ek.. malas nak taip banyak2. hehe
Unit amal setia menjalankan tugas untuk menjaga pagar dan keselamatan rumah MB. Hanya orang yang diyakini penyokong sahaja dibenarkan masuk... Dengar cerita ada 2 orang yang dipercayai SB terlepas masuk.. huhu macam mana nak kenal, kalau dorang berkopiah berjubah gak...
Inilah rumah rasmi MB Perak, Mb Nizar dan keluarganya bertekad untuk terus berada di rumah ini sehingga beliau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam DUN, kerana itu yg diminta oleh undang2 tubuh negeri perak...
Selepas solat masing berkumpul mendengar cerita dan perkembangan terkini.. macam2 spekulasi dan situasi yang aku dengar, tak payahlah aku cerita kat sini ek...
Bilik blogers yang disediakan untuk memberi liputan dan maklumat terkini... First time aku jumpa MSK, selama ni aku just baca blog dia je kat perakexpress.com
Selepas solat isyak dan solat hajat malam tadi, terdengar cerita dan ura2 yang Unit Tindakan Khas (Unit polis yg terlibat dalam mengebom Altantuya dengan c4) akan menangkap MB Nizar untuk dimasukkan ke ISA!!.. Ayah aku segera mengajak kami satu family untuk segera meninggalkan rumah MB, takut ada hal yang tidak diingini berlaku.. kalau ikutkan aku dan ayah aku je.. kitorang nak tunggu perkembangan selanjutnya.. tetapi memikiran emak dan kakak aku serta 2-3 orang lagi kaum ibu yang mengikut kami, kami terus pulang ke rumah dengan doa dan pengharapan agar tidak berlaku apa-apa pada MB Nizar.. Alhamdulillah semua selamat...
Sebelum naik kereta kami terserempak dengan Mb Nizar yang baru pulang.. kelihatan masih ceria dan bersemangat!! sedikitpun tiada wajah kecewa dan pasrah tentang segala yang berlaku kepada kerajaan pimpinan beliau.. Dia sempat pesan kat ayah aku, "Biarlah kalau mereka nak ambil saya malam ini, saya akan terus lawan mempertahankan hak rakyat" begitulah lebih kurang...
Akhirnya, aku sangat-sangat berharap agar segala yang berlaku ini dapat mematangkan kita semua.. Yang penting kita kena yakin terhadap segala ketentuan Allah. Yang Haq pasti akan menang, itu janji Allah... sama ada kita terus istiqamah dan turut berbuat sesuatu ataupun kita hanya menjadi penonton sambil terus mengkritik dan menyalahkan.. masing-masing punya pilihan. Sekali lagi, kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita pilih di hadapan Allah swt kelak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan