Rabu, 25 Mac 2009

Berbaloikah semua ini???

Sudah lebih 48hari negeri aku yg dicintai terumbang-ambing, penuh dengan pelbagai drama, sketsa dan mainan politik yang tidak ada penghujungnya.... Berbaloikah semua ini??? Dr MAZA .. aku pun tertanya2, apa sebenarnya yg telah di atur oleh Allah swt.. yang pastinya ianya mempunyai hikmah yg tidak kecil utk kita tafakuri..

Terus terang setiap episod yg berlaku; aku ikuti dengan dekat dan penuh pengharapan... Harapan agar segala yg berlaku akhirnya akan memberi manfaat pada rakyat terbanyak. Alhamdulillah segala pengorbanan, doa dan munajat rakyat Perak semakin menunjukan hasilnya... Episod baru kini bermula.. PRK P059 Bukit Gantang; dan yg bertambah menariknya calonnya adalah MB Nizar..

First time aku jumpa mb ini masa sebelum PRU12 dulu; tak pernah kenalpun sapa dia ni, aku siap makan sekali semeja dengan dia ketika menemani ayah aku kempen... Dengan perwatakan yg bersahaja dan mudah mesra, berkaliber dan beriman, ditambah dengan loghat perak nya yg pekat, maka tidak hairan lah dalam masa yg singkat Ir Nizar telah menjadi satu aset yg berharga buat rakyat Perak... Malah aku yakin Ir Nizar boleh pergi jauh diperingkat nasional. Itu penilaian aku, tergantung kepada pengundi Bukit Gantang utk membuat keputusan..

Berbalik kepada krisis berkepanjangan di negeri aku yg tidak sudah-sudah; semalam makamah persekutuan memutuskan agar kes itu didengar oleh makamah tinggi semula yg mungkin memberi sedikit cahaya di sebalik kegelapan yg berpanjangan.. apapun bagi aku, kembalikanlah kepada rakyat Perak untuk menentukan siapakah yg layak utk memimpin negeri ini... cukuplah dengan segala yg sudah berlaku.. sekali lagi berbaloikah semua ini??? semata-mata kuasa yg menjadi rebutan, rakyat dikorbankan..

Sebagai generasi muda; aku mula memikirkan apa yg akan berlaku 10-20 tahun akan dtg? apa yg akan berlaku kepada generasi aku? Agama dan bangsa aku?... Mungkin ramai di antara sahabat2 semua lebih selesa menjadi penonton, malah mungkin tidak pernah mengambil tahu (aku tidak pedulisme) tentang segala yg berlaku ini... Kita sibuk memikirkan macam mana nak lulus exam, macam mana masa dah jadi doktor nanti, nak posting kat mana, kerja kat hospital mana, nak pakai kereta apa, rumah macam mana dll.. Kita mula memikirkan nak berkeluarga dan memberi kebahagian kepada keluarga dan anak2 kita.. Aku sangat bersetuju!! memang itu yg perlu kita fikirkan; tapi adakah sudah cukup dengan itu semua??. aku tinggalkan sahabat2 semua dengan persoalan itu....

Ayuh sama2 kita memperbaiki diri; berusaha seoptimal mungkin utk menjadi testimoni yg terbaik sebagai seorang doktor/engineer/lawyer/guru yg BERTAQWA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan