Sabtu, 14 Mac 2009

Kejayaan Cemerlang seorang anak nelayan.. cabaran buat aku!!!

Subhanallah.. maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu... Membaca kisah adik Madihah (disini) sangat-sangat mengharukan dan memberi satu cabaran pada diri aku... seorang anak nelayan yg serba susah telah berjaya membuktikan kepada kita semua yg kejayaan adalah milik semua... Kejayaan adalah milik mereka yg tekun berusaha demi mencapai sesuatu yg di cita-citakan...

Terus terang.. aku berasa sedikit malu dan tercabar dengan kejayaan adik madihah ini... mana taknya, jika dibandingkan dengan adik ini.. Allah kuniakan kpd aku dengan bermacam2 kemudahan dan keselesaan untuk menuntut ilmu.. tapi malangnya aku lupa dengan segala nikmat yg diberikan!! sehingga kurang bersyukur dan berusaha utk belajar sebaik mungkin...
Teringat dengan kisah2 ilmuan dan ulama2 islam dahulu yang bersusah payah bermusafir beratus2 batu demi mencari ilmu!. Pengorbanan masa, harta dan wang ringgit sudah menjadi satu kemestian dalam rangka utk berjihad menuntut ilmu....

Tahniah kepada adik madihah dan tahniah juga kepada kedua orang tuanya... saudari telah membuktikan yang kejayaan itu hanya dari Allah swt. Kejayaan bukan kerana kita punya wang ringgit, bukan kerana kita punya buku text yg mahal2, kejayaan bukan hanya kerana kita belajar dari guru2 hebat di kelas2 tambahan.. kejayaan yg sebenar hanya dari Allah swt. Tugas kita adalah yakin dengan syariatNya (kejayaan hanya dari Allah) dan menyempurnakan sunnahtullahNya (berusaha bersungguh2 mencari ilmu). Aku turut berbangga dengan adik ini dan berdoa agar Allah terus bimbing dan beri kekuatan kepada nya utk menjadi seorang Ahli Fizik Muslimah dan Melayu yg bertaqwa....

Ayuh sahabat2 semua... kita sahut cabaran yg telah dibuktikan oleh adik ini... yang orang Islam dan melayu juga boleh berjaya jika kita punya keazaman dan kesungguhan di samping pertolongan Allah swt..

"Orang melayu masih belum bersedia untuk bersaing... kita masih perlukan tongkat utk berjaya, kita akan kalah dengan orang non-bumi jika hak kita dinafikan"... aku harap ungkapan2 seperti ini tidak lagi keluar dari mulut kita... Bukan kita tidak mahu mempertahankan hak keistimewaan kita (sekali lg ianya telah dijamin oleh perlembagaan); aku sgt setuju jika hak ini terus kita perjuangkan, tetapi jangan sampai kita menjatuhkan maruah bangsa sendiri dengan terus layu mengharapkan subsidi dan bantuan orang shj!!.. Kalau kita rasa nak membela melayu, sahutlah cabaran adik madihah ini, buktikan yg kita juga akan turut mencipta sejarah sebagai anak melayu yg cemerlang...

Tapi yg terlebih penting lagi menurut aku, kita perlu membuktikan dan berusaha agar zaman kegemilangan keilmuan Islam seperti di Andalusia akan berulang lagi dan kita adalah pemain utamanya, bukan hanya penonton!. Tentunya semua ini bukanlah hal yg mudah; tetapi ianya perlu diusahakan walaupun dengan selangkah kehadapan.... ayuh sama2 kita berperan untuk menjadi testimoni yg terbaik kepada orang lain yg Islam is the Best Way of Life....

1 ulasan:

  1. Salam ama achik dah email...cth langsir mama....Kalo dapat email gth..k

    BalasPadam