Ahad, 1 Februari 2009

Huru-hara politik di Perak- sekadar perkongsian....

Salam buat semua....

Kebetulan huru-hara politik di negeriku tercinta ini berlaku masa aku sedang bercuti di Malaysia. So dapatlah aku ikuti dengan lebih dekat.. Tambahan pula ianya dicetuskan oleh ADUN Bota, Yb Nasa... satu Kg dengan aku lagi! ish3.... ehm camne nak start ek?? b4 that ni just perkongsian dari sudut pandang aku n dari apa yg aku dengar.. maybe ada benar dan salahnya.. so korang buatlah tafsiran masing2 ek..... yg penting baca dari pelbagai maklumat, jgn baca dr sebelah pihak je...

ok aku mula dari sini. Masa aku tgh family day dekat hulu langat minggu lepas... tiba2 dengar berita yg YB Nasarudin nak masuk PKR... tiba2 je, habis satu Malaysia terkejut. Akupun terkejut gak r, pastu tak henti2 Hp bos aku berbunyi bertanyakan kepastian; maklumlah yg melompat tu penah jd lawan ayah aku dulu.... Itu episod pertama..

selepas hari keluarga, aku balik kg hari ahad... tak sabar-sabar nak dengar citer and respond org Kg.. pengundi2 di Bota khususnya. Sampai je pekan bota kanan.. Penuh bendera macam nak pilihanraya lagi... huhu semangat sungguh org2 kg ni... Aku pun macam waswas je dgn berita penghijrahan tu... maklumlah satu malaysia huru-hara di buatnya....

Besoknya riuh rendah gak org kg ni.. org datang rumah tak henti2 sampai malam. mesyuarat sana sini... huhu aku jadi penonton je, sambil terus melayari internet baca berita terkini dan blog2. Ingat kat kg aku je yg kelam kabut, rupanya kat blog pun sama... macam2 teori dan hujah diberikan.... ada yg kata dah kena beli, ada yg kata dah lama rancang, ada yg kata takde tawaran... macam2... sampailah ceramah mesra rakyat besar2an kat stadium bakri rais bota kanan... ramainya orang.. aku salah sorang darinya. hehe... Aku nak dengar sendiri apa yg YB Nasa tu cakap kat orang kampung... dia cakap dia bukan melompat, tapi dia berhijrah!. so korang tafsirkan lah ek..... Habis malam tu dengan satu sejarah tersendiri org bota/bote/boston.. huhu.

Besoknya.. episod ketiga lak berlaku... khabar angin 2 exco PKR nak masuk BN, dan Yb Nasa ditawarkan jadi MB jika masuk BN semula... sebagai catatan, kalau tiga org ini masuk BN semula, kerajaan Perak akan bertukar tangan! Subhanallah. riuh rendah lagi r dibuatnya... sampai berkejar2 org UMNO n PKR ke rumah YB Nasa... Ada yg nak memujuk, ada yg nak melindungi.... Huhu sangat menarik dan sangat dramatik.. Ada yg dah nak berarak ke rumah YB Nasa, ada yg berkumpul nak atur strategi nak iring YB Nasa ke Ipoh.... macam2 ada.. hehe. Again, aku sekadar jadi penonton dan membuka liang telinga ni di surau dan kedai2 kopi... nak dengar apa reaksi org kampung.. Macam2 cerita dan spekulasi aku dengar....

Episod seterusnya... tiba2 terdengar lak khabar angin yg 2 org exco tu hilang dan tidak dapat dihubungi... Ada yg kata dorang ambil cuti sakit, ada yg kata diculik dan dilarikan, ada yg kata melarikan diri, ada yg kata memang dorang dah lama nak lari... huhu tak pasal2 aku pun turut berlari sana sini nak dengar cerita dan perkembangan terkini..

Tup2 buka internet pagi td.. mb cakap 2 org exco hilang, kerajaan Perak nak buat report polis... berita jam 1.30pm.. pak lah cakap kemungkinan ada Adun yg akan melompat ke BN.. huru hara skali lg lah.. berita 8.oopm tetiba 2 org Exco letak jawatan.. pilihanraya kecil Dun Changkat Jering dan Dun Behrang!! aik aneh b. ajaib... tadi pak lah cakap nak melompat, ni tiba2 letak jawatan dan ada pilihanraya kecil lak... ish3, aku tak puas hati... aku terus search blog.. Rupa2nya adun2 Pakatan Rakyat dah awal2 buat surat perletakan jawatan tanpa tarikh masa angkat sumpah dulu... kalau dorang keluar parti, kerusi Dun kena dikosongkan!.. ehm strategi yg baik, maybe dorang dah sedar dari awal yg kerajaan dorang tak stabil... bila2 boleh tumbang kalau ada yg melompat. sebab tu lah awal2 dah buat perjanjian...

Drama tak abis kat sini.. tiba2 ada lagi khabar angin yg sorang lg Adun DAP nak masuk MCA!.. huhu semakin menarik dan dramatik lagi lah. Kerajaan Perak berada di hujung tanduk!!! nasib baik khabar angin itu tidak benar, DAP menafikan.... Kemudian... berita terkini dan mengelirukan keluar lagi... 2 exco menafikan yg dorang letak jawatan dan nak cabar speaker dewan!... hai apa nak jadi r.. bingung aku dibuatnya... memang huru-hara satu malaysia.... tak sabar nak tunggu episod seterusnya (macam nak tunggu episod naruto lak.. hehe)....

Apapun pun yg telah dan akan berlaku semua dalam pengetahuan dan perancangan Allah.. semua pasti ada hikmahnya! dan aku tak sabar2 nak tahu apa hikmah di sebalik apa yg telah Allah atur dan rancangkan ini....

Cuma apa yg aku harapkan... di sebalik segala percaturan politik ini, janganlah perbodohkan rakyat!!! Moga-moga drama ini berakhir dengan kemenangan kepada rakyat!!!!

4 ulasan:

  1. smoga y terbaek utk rakyat menyerlah.,menarik btol politik skrg..huhu

    BalasPadam
  2. Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

    Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

    Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

    Sungguh memalukan!

    Short Talk

    BalasPadam
  3. btol2.. sungguh memalukan.. pendirian xkukuh langsung..

    semua jd buta bila duit depan mata.. jawab la depan tuhan nti kt sana..

    BalasPadam