Rabu, 28 Januari 2009

Hari Keluarga Alang Zahari mengeratkan silraturahim..

Alhamdulillah; first time keluarga besar aku buat Family day di Villa Nur Raihan Hulu Langat. Semua pakcik dan makcik, sepupu dan sedara mara hadir dalam rangka nak mengeratkan silraturahim.. Tak sangka lak, sekali-sekala berkumpul ramai2 macam ini sangat best. Sehari semalam kat sini memang betul-betul rilex n enjoy. Urusan harian di rumah dan pejabat dilupakan... Moga acara seperti ini dapat terus diadakan di tahun2 mendatang dan ianya menjadi wadah kepada kami sekeluarga untuk mengeratkan sulraturahim...



Paknyah sebagai Pengerusi penganjur menyucapkan terima kasih kpd semua yg hadir; beliau menyatakan kegembiraannya kerana kami semua dapat berkumpul....



Sesi bergambar..



Aku tak tahu lak nama permainan ni.. tapi best giler r main dengan ramai anak-anak saudara.. memang betul-betul rasa macam budak-budak skolah semula.. hehe (Danish pun main)

Time ni dah tak ada rasa malu-malu dah... emak2pun nak cuba main dengan anak-anak...


Doa selamat dan tahlil untuk arwah opah bisah dan tok Alang



Kalau emak2 sibuk di dapur, bapak2 pulak sibuk di kolam pancing.. Adalah ikan patin, baung dll. Tak pasal-pasal kena masak gulai tempoyak dan bakar ikan.....



Kak Nor... pengarah program yg telah bersusah payah merancang event ini sejak 2 bulan yg lalu. Terima kasih kak nor!



Banglo kepunyaan Dr Yusof (saudara Pak Nyah). Terima kasih dari kami kerana sudi meminjamkan banglo yg sangat mewah dan best ini.. hehe teringin jugak nak mempunyai banglo seperti ini....



Dalam perjalanan pulang, tiba2 ternampak kebesaran Allah. Kami singgah sebentar di tepi highway untuk ambil gambar ini. Gerhana matahari......

Moga acara-acara seperti ini dapat diadakan lagi di tahun akan datang. Moga Kemesraan dan hubungan sesama anggota keluarga yg wujud dan tersimpul erat di sini dapat dikekalkan. . .

1 ulasan: