" Iaitu mereka (umat islam) yg kami berikan kekuasaan (kerajaan) memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebajikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan ingatlah kepada Allah jualah kesudahan segala urusan" Al-Haj [7:41]
Al-haj:41, ayat inilah yg sering di ulang2 oleh MB Nizar dalam setiap kali ceramahnya. Masih terngiyang2 di telinga aku.. " Allah perintahkan keme yg Allah takdirkan jadi MB untuk ngajok kome semue rakyat Perak dirikan sembahyang, bayor zakat dan suruh keme kabor pada yop yong semue jom kite buat baik... tinggal'n buat maksiat".. lebih kurang macam tu lah yg MB Nizar cakap.. Terus terang aku sangat2 berbangga mempunyai MB seperti ini... walaupun dituduh boneka DAP oleh org umno... tapi aku tetap yakin yg MB Nizar punya prinsip dan kaliber yg jauh lebih baik. Inilah MB yg boleh jadi imam, bagi tazkirah, bagi motivasi, bagi khutbah, boleh pelbagai bahasa termasuk bhs cina, seorang engineer yg profesional, berjiwa islami dan yang paling penting sangat berjiwa rakyat....
Tetapi terus terang aku rasa cukup terkilan dengan apa yg berlaku hari ini... Kerajaan PR yg dipilih oleh rakyat secara sah pada 8 mac yg lalu telah tumbang dek kerana kerakusan manusia yg dahagakan kuasa.... Kuasa, pangkat dan wang ringgit menyebabkan manusia buta!, buta utk menilai yg mana intan yg mana permata! buta utk menghormati pilihan dan kehendak rakyat!...
Aku lagi rasa terkilan... kerana YB kampung aku, dan yg 3 org lagi di atas ni memusnahkan harapan rakyat, memperbodohkan rakyat dan mempermainkan rakyat! " Saya tidak akan berbohong kerana emak saya tidak pernah mengajar saya berbohong". ayat ini yg dikatakan oleh beliau di hadapan beribu-ribu rakyat di Bota malam ceramah kemarin.....
Tak apalah.. mungkin terdapat seribu satu hikmah disebalik apa yg ditakdirkan Allah ini... Aku sangat yakin Allah itu maha adil dan Dialah sebaik-baik perancang.... Kepada DS najib... tahniah kerana kehadiran DS di Perak berjaya meruntuhkan kerajaan yg dipilih rakyat!! Cuma apa yg hendak aku cakapkan.... Aku tidak sanggup untuk mengaku dan menerima bakal PM seperti DS....
haha bro....jangan emo2 sangt...aku pon bengang gak...diorang ni btol ke brjuang utk rakyat@ kejar duit smata2....doakan je lah PR amik blk smua krusi plihanraya lpas ni..xde yg main lompat2 cam katak lagi....
BalasPadamp/s: aku exam jiwa sok....thanks kasi kisi2....mintk2 la kluar...hehe
kerjaan perak still ok..iAllah..mga Allah lembutkan hati sultan buat PR semula
BalasPadamsemoga dun dapat dibubarkan..InsyaAllah
BalasPadamrakyat perak tahu siapa yang salah siapa yang betul!kalo ade pr smula,insyaAllah misti PR menang bsr..terbuktilah siapa y keji sbnrnye