Ahad, 28 Jun 2009

Bersediakah aku setelah 4 tahun belajar???


Alhamdulillah sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku bermusafir menuntut ilmu di bumi wali Songo yg penuh dengan seribu satu macam ragam dan rencah kehidupan... 25 ogos 2005, mula2 aku menjejak kaki di sini dgn penuh semangat utk mencari ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin... Walaupun dtg dengan sedikit kekecewaan kerana kurang berjaya semasa di KMB, aku tetap yakin dan berusaha utk membuktikan yg aku akan menjadi seorang doktor yg terbaik dan bermanfaat utk byk org!

Nah setelah 4 tahun belajar bersusah payah melewati exam demi exam sampailah ke exam yg terakhir aku isnin ini(29/6/09 :Forensik).. timbul pertanyaan dalam diri aku, bersediakah aku utk ke fasa yg seterusnya (Koas / clinical).. ehm kalau nak bayangkan semula macam mana susah payah nak stdy dari sem satu sampailah sem 8 ni, rasanya tak sanggup lagi kut nak ulang semula... huhu dah tak larat dah nak hafal anat, parasit, mikrob, farmako dll...

Mungkin aku nak berkongsi dengan sahabat2 semua terutamanya junior2 ukrida yg sedang dan masih lagi menempuh episod2 yg bagi aku hanya utk menguji kesungguhan dan keazaman kita utk menjadi seorang doktor... Bukan maksud aku nak kata anatomi, parasit dan mikrob yg dulu aku hafal babi buta tak penting.. tapi terus terang kalau korang tanya aku pasal benda2 tu semua, mungkin 30% je kut yg aku ingat!... Point aku kat sini (out of the box), kesungguhan korang utk berusaha menghafal dan mengingat subjek2 tu menunjukan mujahadah dan kesanggupan korang utk menjadi doktor!! Senang cakap, takde jalan pintas dan mudah!!

Cuma kalau boleh nasihat aku.. bila korang dah mula belajar subjek2 seperti PK, PA, IPD, Bedah, Obgyn dll... cubalah anggap korang dah jadi seorang doktor!! Apa yg nak aku buat bila aku dapat patient macam penyakit ini dll... tanya pada diri dan cuba bayangkan dalam dunia realiti!!.. Korang beruntung sebab berpeluang belajar dgn sistem KBK, so dah jelas dan terarah kasus dan penyakit secara klinis.. So manfaatkanlah PBL tu sebaik mungkin demi utk menjadi seorang doktor yg terbaik!, bukan demi utk siapkan dan bagi dosen check....

Buat sahabat2 seperjuangan batch 05, perjalanan kita masih jauh... jatuh bangun selama 4 tahun ini pastinya menjadi bekalan kita utk menempuh koas nanti.. yuk teruskan gotong royong dan saling bantu membantu dalam usaha kita menjadi doktor yg terbaik.. Mungkin masa koas nanti masing2 akan membawa diri, masing2 perlu compete dan survive selama 2 tahun kedepan ini.., inilah masanya kita mencari dan mengutip ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin... agar amanah dan tanggungjawab di atas bahu kita ini dapat dipenuhi dgn sebaik mungkin... Aku cuma mengharapkan kita semua dapat sama2 pulang ke malaysia dan membuktikan doktor lepasan Indonesia, khususnya ukrida.. kalau tak lebih baikpun, setidak2nya setaraf dgn doktor dari negara2 lain.. Ayuh kita buktikan yg doktor2 dari Indonesia lebih baik, agar org boleh respect dan tak pandang rendah dgn kita...

Apapun... sahabat2 semua, luruskan dan betulkan niat kita dalam menuntut ilmu.. Syariatnya kita kena yakin yg hanya Allah swt pemilik segala ilmu dan Dialah yg mengizinkan kita menuntut ilmuNya yg maha luas ini... bukan sebab buku, bukan sebab dosen dll.. So kita kena mendekatkan diri padaNya dan sentiasa bermohon dan berharap hanya pada Allah...
Sunnahtullahnya.. kita kena berusaha bersungguh2.. kerana janji Allah sapa berusaha dia pasti akan dapat!!, kita perlu mengoptimumkan cara dan usaha kita dalam menuntut ilmu...

InsyaAllah moga Allah memudahkan urusan kita dalam usaha kita mengejar cita2 dan harapan... utk menjadi seorang doktor yg terbaik, bertaqwa dan bermanfaat pada banyak orang.....



Jumaat, 12 Jun 2009

Jangan Putus Harap dgn Allah....

"Aku dah study sungguh2... tapi masih takleh gak. Memang dah nasib kut... orang lain tak stdy betul2pun boleh buat, rasa macam tak adil je, penat stdy sungguh2, tapi hasilnya tetap sama!"

" Aku dah cuba sedaya upaya dah... memang aku yg lembap kut"

" Tah r, rasanya macam dah tak mampu je nak teruskan, penat.. letih.. bosan.. dah malas nak belajar.."

Mungkin kita pernah mengucapkan kata2 seperti di atas, kita seolah-olah putus harap dek kerana segala apa yg kita buat masih tidak membuahkan hasil yg diharapkan.... Akupun kadang2 seperti terfikir adakah Allah itu adil??? Adakah Allah menepati janji yg dibuatNya?? Adakah Allah memberi ujian yg hambaNya tidak mampu melakukanNya??.. Maha suci Allah dari segala sifat2 itu!!

"Terus kenapa Allah tak nak bantu aku?, Kenapa Allah tak nak memudahkan aku menuntut ilmuNya, kenapa Allah tidak berikan hasil yg aku harap2kan.. sedangkan aku sudah berusaha sungguh2, aku sudah belajar sedaya upaya aku.. cuma mungkin nasib tidak menyebelahi aku...."

Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambaNya, Allah tak mungkin menzalimi kita, Allah tak mungkin membiarkan kita terus berduka cita dan bersedih. Yakinlah sahabatku.. segala yg Allah takdirkan itu adalah yg terbaik utk kita.. dan pasti kita mampu menghadapinya!..

Jangan sekali-kali putus harap kepada Allah!! kerana itulah yg diharapkan oleh musuh kita (syaitan)!.. Teruskan berusaha memohon keampunan dari Allah, teruskan berusaha mendekatkan diri kita kepadaNya, teruskan usaha dgn yakin yang Allah pasti akan membantu kita selagi kita masih berharap hanya pada Allah..

Yakinlah sahabatku, segala apa yg kita hadapi pasti ada hikmahnya.. yakinlah yg memberi kita ilmu itu hanyalah Allah swt... yg beri kita kefahaman dan kekuatan utk belajar hanyalah Allah swt.. yg mengatur segala sesuatu dalam hidup kita hanyalah Allah swt!!.. oleh itu marilah sama2 kita terus berusaha mendekatkan diri padaNya. Hanya Allah tempat kita mengadu dan berharap!!

Amanah yg terpikul di bahu kita memang sangat berat, harapan keluarga dan masyarakat menggunung tinggi.. malah cita-cita dan harapan yg kita kejar masih jauh dan banyak yg perlu kita lakukan.. teruskan hadapi satu persatu dgn meletakkan keyakinan dan pengharapan hanya pada Allah swt. InsyaAllah moga Allah mudahkan segala apa yg buat demi mendekatkan diri kepadaNya...

Khamis, 11 Jun 2009

Epilog diri..

Ya Allah terasa jauh sungguh diri ini dgn Mu..
Semakin hari semakin aku melupaiMu... aku sibuk dgn hari-hari aku belajar menuntut ilmu Mu yg maha luas, tapi aku lupa utk mendekatkan diri ku kepada pemilik ilmu tersebut..
Aku sibuk menelaah buku2 tebal setiap hari.. tapi aku lupa utk menyemak ayat-ayatMu buat peringatan diriKu..
Aku sering berusaha mengurangi tidur aku utk terus belajar demi masa depan hidup ku.. tapi aku masih tak mampu utk bangun dari tidur ku untuk sujud menyembahMu....

Ampuni ku ya Allah, bimbing dan tuntunlah diriku jalan menuju syurgaMu... Aku mengaku segala dosa dan maksiat yg telah aku lakukan.. hanya keampunanMu yg aku harapkan...




Kala senja itu tiba, ku termenung sendirian...
Terasa diriku ini, jauh dari rahmat Tuhan..
Dosa yg aku lakukan menerjah ruang fikiran..
Masihkah ada utk Ku keampunan???

Gelap rasa dunia ini, tanpa cahaya ilahi..
Baru kini ku sedari, jalan yg aku lalui..
Memusnah pedoman hidup..
Melempar hati ku ini, kelembah kehinaan..

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMu..
Memandu hamba Mu menuju imam..
Menginsafi diri dgn ketaqwaan dan kesabaran..

Kau terangi jalanKu menuju syurgaMu..
dan Kau tunjuki.. dgn hidayahMu..
Hanyalah kepadaMu kuhadapkan diri, mohon keampunan


Hidayah Milik Allah... Tapi kita perlu berusaha utk mendapatkannya..


Kisah menarik kehidupan Malek Noor, seorang jaguh bina badan negara yang seharusnya kita contohi. Beliau hanyut dalam kemahsyuran dan kemewahan yang dikecapi, namun akhirnya diberikan hidayah untuk kembali menyembah Allah.

Semalam masa balik warkop, Faiz cerita pasal Malek Noor kat aku... Kisah insan2 bertuah yang dipilih oleh Allah swt utk menerima hidayahnya... Kebetulan tadi aku terjumpa kisah ini dalam blog, so aku nak kongsikan dgn sahabat2 semula.

Moga Allah beri kita hidayah dan pertunjuk utk menjalani kehidupan ini... dan semoga Saudara Malek Noor terus diberikan kekuatan oleh Allah swt utk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepadaNya...

Penghijrahan Malek Noor

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@ utusan.com. my

MALEK Noor menangis ketika menceritakan segala dosa yang telah dilakukannya sepanjang merantau di Amerika dan Hong Kong.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkatheavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Jumaat, 5 Jun 2009

Buku oh Buku.. Mari baca buku....

Salam buat sahabat semua.. entry kali ini aku nak kongsi dgn sahabat semua koleksi buku2 yg aku ada.. mai r datang rumah kalau nak pinjam..

First of all, membaca memang salah satu hobi aku utk release tension or bila dah bosan stdy... dan masa yg aku paling suka membaca adalah sebelum tidur.. hehe. Terus terang aku suka baca buku2 sejarah dan bliografi.. buku yg menceritakan kisah2 dan pengalaman hidup yg mungkin boleh di jadikan pengajaran...

Kat bawah ni adalah antara buku2 yg aku dah kumpul selama hampir 4 tahun di sini, ada yg aku beli di sini, ada juga yg aku beli di Malaysia...


Ini buku koleksi Ustaz Hasrizal, buku Aku Terima Nikahnya dan Rindu Bau Pohon Tin aku dah abis baca. Sangat2 di anjurkan utk yg mahu menikah dan yg mahu menyelami kehidupan sebagai seorang mahasiswa di negara org. Rindu Bau Pohon Tin sangat menginsafkan diri.. byk yg perlu diusahakan utk menjadi seorang dai'e!

Buku2 kat atas ini pula adalah buku2 sirah kehidupan Rasullulah dan kisah perjuangan sahabat2.. Buku tulisan Abdul Latib Talip ni menyampaikan bentuk perjuangan para pejuang2 Islam, penceritaan dalam bentuk novel. Kalau dah baca, rasa macam tak sabar nak tahu ending cerita tersebut... Semangat jihad demi Islam meninggi!!!


Ini pula koleksi buku Tn Guru Nik Aziz.. Sedikit berfakta, tapi penyampaiannya sangat berhikmah seperti penulisnya..


Buku Tulisan Muhammad Yunus ini sangat memberi inspirasi, pemenang hadiah nobel ekonomi ini telah melontarkan satu idea yg sangat bernilai utk diusahakan bersama... 'Mencipta Dunia Tanpa Kemiskinan'. DVD dia pun ada juga.. Buku Rahsia Bisnes Cina ni aku baru je beli masa balik Malaysia kemarin.. tak sempat baca lg.

Yang ini pula buku berunsur politik.. sangat menarik kalau berdasarkan tajuknya lah. Sebab aku belum baca lg. Apapun politik Turki memang sangat aku minati, dari sistem Khalifah sampailah sistem sekular, sarat dgn peristiwa yg perlu kita tafakuri...

Hehe.. kalau yg ini, komfirm pasal politik.. Buku ini special skit, sebab Dr Junaidi (Pengarah MSD) hadiahkan ke aku... buku tulisan dia ni!. Penuh dgn fakta dan alasan terutama berkenaan dengan AUKU. Nantilah bila2 aku share tentang buku ini.. aku dah baca separuh, tak abis lg....

Buku2 ini tentang bliografi tokoh2.. Ibn Khaldun, Khalifah Umar Abdul Aziz... Latar belakang Aa Gym pun ada, kisah bagaimana dia boleh terjun dalam bidang dakwah...

Kalau buku ini pula... biasanya di pakai di usrah2 ataupun liqo'... At lease buku Fathi Yakan ttg Apa Ertinya Saya Menganut Islam ini perlu kita semua baca... agar jelas tujuan dan erti bila kita mengaku kita Islam...

Yang ini buku2 Hassan Al Banna dan cerita Palestin, sangat informatif dan menjelaskan ujung pangkal konflik yg tidak pernah berkesudahan ini...

Buku ini, walaupun dah lama aku beli.. tapi masih tak sempat nak baca... takpe2 blh disimpan sampai tua.. hehe.

Yang ini pula adalah DVD cerita Indonesia yg sangat best, aku beli tadi.. nak kasi family aku kat Malaysia lihat. Ehm cerita Perempuan Berkalung Sorban ini, sangat2lah aku anjurkan utk semua kaum2 hawa tonton. Kalau blh aku nak suruh sapa2 anjurkan tayangan perdana kat semua kaum2 hawa di ukrida... hehe semangat dia utk lakukan perubahan sangat2 perlu dihayati oleh sahabat2 kaum hawa semua.. hehe.

Yang ini pula DVD Ahmed dedat, Dr Zakir Naik dan Asma ul Husna ESQ.

Ni rak buku aku.. huhu tersusun kemas... adakah sebagai hiasan??? Jangan risau, buku2 boleh simpan sampai bila2, malah blh beri pada anak cucu nanti. hehe.. bab2 membeli buku ni memang hobi aku, so aku tak berkira sangat r.. tapi bab2 membaca buku ini.. insyaAllah akan diusahakan.. sebab aku hanya baca bila dah boring stdy or b4 tidur je... InsyaAllah moga bermanfaat... Aku tak mampu utk baca buku2 or kitab2 tebal (primary source), sebab kekurangan ilmu di dada. So aku lebih suka baca buku2 sekunder or yg telah ditulis oleh orang, sebab lebih mudah dan tak perlu buat tafsiran sendiri....

Yang ini pula, buku2 medic aku... tak tahu lah boleh habis baca or sekadar hiasan je... Again buku2 ini pun insyaAllah aku simpan sampai bila2....

Kesimpulannya... jangan fikir byk kali utk beli buku... baca atau tak belakang kira. sebab kalau dah tak ada, comfirm kita tak baca!! So beli je r... Kalau nak pinjam buku2 aku ni semua, sangat2 dialu-alukan.... mai je datang rumah ambil.... Moga bermanfaat buat semua....
















Allah Sang Tabib


InsyaAllah PKPMI Jakarta akan anjurkan prog Bedah buku 'Allah Sang Tabib'.

Tarikh: 12 jun 2009(Jumaat malam Sabtu)
Tempat: Masjis Nurul Hikmah, Tg Duren Selatan 3, UKRIDA.
Masa: Jam 7pm (ba'da isyak)
Pembicara: Dr H, Briliantono M. Soenarwo, SpOT, FICS, MD, PhD, MBA.
Dr Briliantono atau lebih dikenali dgn panggilan Dr Tony telah
mengabdikan diri selama 2o tahun sbg dokter, beliau praktik di Halimun
Medical Centre, Jakarta.




Aku dah beli buku ni, tapi belum habis baca lg.. baru baca skit2 je. Dr ni banyak cerita pengalaman2 dia sendiri menyaksikan kebesaran Allah dan hakikat bahawa yang menyembuhkan adalah Allah swt. Doktor sebagai asbab ataupun alat yg merupakan ahli utk menyembuhkan pasien. Hakikatnya Allah yg menyembuhkan... Sesuai dgn tajuk buku ini: 'Allah Sang Tabib"....

So aku harap, temen semua dapat meluangkan masa utk sama2 mendengar pembicaraan langsung dari Dr Briliantono ini. Menurut aku pesanan tentang hakikat yg menyembuhkan ini perlu betul2 diyakini oleh semua orang terutama kita sebagai calon Doktor muslim... Menjadi tanggungjawab kita utk mendakwahkan ataupun memberi pesanan kepada pesakit kita kelak akan hakikat ini... Yuk mari kita ramai2 datang prog ini, agar dapat sama2 ambil hikmah dan pengalaman doktor Briliantono..

Oh ya buku ini akan dijual pada malam tersebut, ada harga promosi khusus utk malam itu. Kalau kat kedai buku, harganya Rp120k, malam tu dijual dgn harga Rp100k. Oklah sahabat2 semua moga ianya bermanfaat sebagai bekalan kita dalam rangka berusaha utk menjadi doktor yg terbaik dan berTAQWA...

Khamis, 28 Mei 2009

Buatlah atas keyakinan dan kepercayaan diri....

"Aku buat kerana aku yakin dan percaya dgn apa yg aku rasa, dan aku yg akan bertanggungjawab di atas keyakinan aku, malah aku bersedia berhadapan dgn akibat dari keyakinan itu sama ada baik atau buruk!"

Setiap manusia diberi peluang oleh Allah utk membuat pilihan dan tentunya kita akan ditanya oleh Allah terhadap pilihan yg kita buat... Tentunya setiap dari kita mempunyai alasan dan jawapan yg tersendiri.. yg penting kita perlu yakin terhadap pilihan kita, walaupun mungkin tidak tepat!!

Dengan keyakinan ini aku teruskan melangkah setiap saat dan detik, kadang2 aku tak peduli apa yg org kata (walaupun sering merunsingkan fikiran), kerana aku yakin dgn pilihan aku!!.. huhu ada baik buruknya, kalau terlampau PD sangat susah gak, nanti org cakap sombong lak..

Aku sudah memilih utk menjadi doktor, dan aku percaya dan yakin yg aku akan jadi doktor yg terbaik!! Tentunya aku harus berusaha ke arah itu. Tak kiralah aku belajar di mana, kerja di mana... yg penting aku akan berusaha sebaik mungkin untuk memikul amanah dan harapan yg sgt besar ini...

Aku harus dan wajib memikirkan masa depan aku... arah tuju hidup aku setelah menjadi doktor... Adakah cukup jadi GP or nak sambung sampai specialist... Adakah aku nak kawin awal or tunggu sampai selesai jd doktor...Dengan siapa pilihan utk menjadi pasangan hidup aku... Adakah aku nak terus makan gaji di hosp kerajaan or aku nak buka klinik sendiri... Adakah aku nak bergerak dalam bidang kedoktoran shj or bidang2 lain seperti politik dan bussiness juga... Semua ini sudah mula berlegar dalam fikiran aku... dan aku harus membuat pilihan!! malah perlu berani membuat pilihan..

Walaupun semua itu sudah diatur oleh Allah swt.. tapi sekali lagi Allah beri kita peluang utk buat pilihan... tentunya aku mengharapkan taufik dan hidayah dari Tuan empunya dunia ini, Tuhan yg berkuasa terhadap segala sesuatu, Tuhan yg memiliki akan segala sesuatu... rezeki, jodoh pertemuan, hidup dan mati semua telah ditetapkan oleh Allah... so kepadaNya sahajalah aku berharap....

Rabu, 27 Mei 2009

Mengejar cita-cita dan harapan... dimanakah aku??

Sedar tak sedar sudah 3thn 9 bulan 26 hari aku bermusafir di bumi Walisongo ini.... bumi yg penuh dgn seribu satu macam ragam dan jenis manusia... bumi yg banyak mengajar aku utk mengejar cita-cita dan harapan....

25 ogos 2005, jam 9.30wib mula2 aku menjejak kaki di jakarta... waktu itu penuh dgn iltizam dan semangat utk berusaha sebaik mungkin mencari ilmu di tempat orang. Walaupun diiringi dgn sedikit kekecewaan setelah kurang berjaya di KMB, aku tetap cuba meyakinkan diri yg aku akan menjadi doktor yg terbaik!.. walaupun aku belajar di sini...

Nah, sekarang apa yg telah aku raih??? apa yg telah aku belajar?? apa yg telah aku cari selama hampir 4 tahun ini??? Ehm.. berat juga aku nak jawap. Aku rasa amanah yg aku pikul ini masih banyak yg belum aku laksanakan... Aku masih belum yakin utk meneruskan koas ujung thn ini. Rasa macam byk lg yg aku belum belajar, or sudah aku belajar... tapi hanya semata2 utk exam!!. Dah masa2 ujung macam ini barulah rasa macam menyesal... Hanya aku yg tahu apa yg aku sudah tahu!!... so aku tak boleh tipu diri sendiri...

Buat adik2 junior, aku nak berkongsi pengalaman dgn korang.. Rasanya, korang dah kena mula ubah cara fikir dan cara belajar korang; dari belajar utk lepas exam ke belajar utk benar tahu dan faham ilmu tersebut... jangan jadi macam aku, rasa macam 4 tahun ni tak betul2 di manfaatkan.. Mungkin sistem modul korang itu agak padat dan cepat... dan maybe kalau aku pun belajar guna sistem itu, aku pun susah nak catch up!!. cuma korang perlu sesuaikan dgn cara korang belajar. Perlu lebih proaktif dalam mencari ilmu, kena usaha lebih skit dan banyakkan diskusi antara korang. Kalau nak minta tolong seniorpun di alu-alukan.. sebab kitorangpun boleh recall balik subjek2 yg lepas tu.. Tah r, tak berani nak komen byk, sebab seperti kata amin.. cakap mmg senang, tapi nak buatnya tu yg susah...

Memang nak jadi doktor bukan senang, banyak yg perlu kita korbankan.. masa, tenaga, wang ringgit, enjoy, dan macam2 lagi. Dan nak jadi doktor yg terbaik dan bertaqwa lagilah perlu bermujahadah dan berkorban.

Bila fikir2 balik.. rasa macam dah penat dan jemu lak belajar ni. Member2 lain ramai yg dah ada duit poket, dah punya kereta sendiri, motor sendiri, malah ramai yg dah punya keluarga. Bila sembang dgn dorang dah tak cerita ada kelas ke tak?, cuti bila? dll... huhu cerita macam mana bos, tempat kerja, cerita pasal nak beli kereta...

Hai tak apa r kut.. kena besabar lg dua tahun je.. tu pun kalau mmc tak jadi nak tambah 6 bulan. Kalau tak tua belajar je lah aku kat sini... Apapun aku tetap bersyukur sebab Allah beri peluang utk menuntut ilmu jauh ditempat orang. Banyak hikmah dan pengajaran yg aku dapat setelah 4 thn di sini.. insyaAllah moga dapat aku manfaatkan kelak.

Sekali lagi.. mengejar cita-cita dan harapan.. banyak yg perlu dikorbankan! Yuk sahabat2 kita sama2 saling bantu membantu, jatuh bangun bersama dalam berjuang utk mengejar cita-cita dan harapan.. walaupun mungkin masing2 sudah ada arah tujuan.. kemana kita nak pergi selepas ini, yg pasti semua kita memikul satu amanah dan harapan yg sangat besar!! Amanah dari seluruh rakyat Malaysia yg sponsor kita dan harapan menggunung emak ayah serta keluarga utk kita penuhi...

Moga setiap rupiah yg kita belanjakan.. dan setiap detik yg kita abiskan dapat menjadi saksi jika kita ditanya di hadapan Allah swt kelak tentang amanah yg kita pikul ini.. Ayuh!! demi cita-cita dan harapan.. kita sama2 buat yg terbaik!. Moga Allah mudahkan dan tuntun kita.. amin.

Sabtu, 23 Mei 2009

Ironi dan Tragedi Bahasa dan Bangsa - PPSMI


"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara.

Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal. Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini. Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik.

Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa. Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya."

Datuk Dr Anwar Ridhwan, 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009.

Selasa, 19 Mei 2009

Antara Gincu dan Garam...

Antara gincu dan garam... dua benda yg sangat kontradik. Gincu dapat dilihat warna dan kecantikannya.. malah sering menjadi keperluan utama dalam menonjolkan diri di khalayak ramai. Ia juga mungkin boleh melambangkan status dan latar belakang si pemakainya... pendek kata dari jauh boleh nampak dan ianya bertujuan utk ditontonkan pd org ramai..

Garam... bila letak atas lidah akan hilang, tapi meninggalkan rasa yg sangat jelas pd org itu. So hanya org itu saja lah yg dapat merasai kehadiran garam tersebut dalam lidah dia. orang lain tidak akan nampak...

Persoalannya sekarang... antara gincu dan garam, mana yg kita pilih??? huhu kalau jawapan aku tergantung objek yg kita nak pertimbangkan... Kalau kita bicara soal study.. mana yg lebih penting, nilai atas kertas (Gincu) ataupun ilmu dan pemahaman dalam diri (garam)?? Kalau cakap soal skills / kemahiran lak.. Faham cara nak buat/teori (garam) ataupun mahir dan dapat buktikan cara nak buat (gincu)??.. utk kasus pertama, aku pilih garam, utk kasus kedua aku pilih gincu..

Ada benda perlu kita pertontonkan pd org ramai, ada benda tidak perlu.. Kita perlu zahirkan yang kita 'skillfulls' agar org dapat yakin dengan kemampuan kita. Tapi ada benda yg kita tak perlu sibuk2 zahirkan kerana manfaatnya hanya utk diri kita..

Bukan maksud artikel aku ini nak perdebatkan masalah itu... Sebetulnya aku cuba nak kaitkan apa yg diulas oleh Ust muchlis malam tadi... Mengenai negara Islam atau undang2 islam... Mungkin isu ini sensitif bagi banyak org , tapi hakikatnya ianya perlu terus diperkatakan dan dibincangkan.. agar terus bercambah dan berkembang...

Setiap org islam yg bersyahadah perlu meyakini yg :
Tidak ada yg berhak menentukan hukum selain Allah (6:57 , 6:114 , 12:40)
Tidak ada berhak memerintah dan melarang selain Allah (7:54)
Tidak ada yg berhak menentukan undang-undang selain Allah (42:21)

Kita perlu yakin dgn sepenuh hati yg hanya undang2 dan aturan Allah lah yg terbaik utk diikuti.. kerana Allah yg menciptakan kita dan hanya Dia sahajalah yg tahu segala sesuatu yg sesuai dgn kehidupan kita..

Kereta diciptakan oleh penciptanya dgn aturan2 yg khusus utk ciptaan tersebut.. pencipta itu menyatakan dalam manual kereta tersebut segala sesuatu prosedur dan aturan yg perlu dipatuhi oleh si pemakai... Sama juga seperti kita.. Allah swt menciptakan kita dan seisi alam semesta ini.. dan Allah menyertakan Al-quran dan Rasul (sunnah) sebagai ikutan dan panduan yg perlu kita patuhi...

Berbalik pada persoalan aku.. antara gincu dan garam. Objeknya adalah undang2 dan aturan Allah swt.. Yang mana pilihan kita??? Adakah kita memilih untuk dilihat alim, melaksanakan Islam utk dilihat dan dipuji orang.. Kita berbangga kerana berjaya membuktikan yg kita sudah melaksanakan Islam... Penerapan nilai2 islam, Islam itu, Islam ini, negara islam contoh, dan sebagainya... Kita berbangga jika dapat menegakkan langsung hukum Hudud dan Qisas, kerana menurut kita itu mencerminkan negara Islam sudah tertegak?? Memang hudud dan Qisas adalah salah satu undang2 Allah yg wajib kita yakini dan perjuangkan.. tetapi menurut aku umat islam perlu dipersiapkan... bukan hanya gincu sahaja yg perlu diperjuangkan... tetapi untuk hal ini garam itu perlu diutamakan...

Kita perlu merasai kehadiran islam dalam kehidupan seharian kita.. Kita perlu rasai keadilan dan kejujuran yg Islam anjurkan.. kita perlu rasai persaudaraan dan kasih sayang sesama islam dan sesama manusia yg dituntut oleh Islam.. kita perlu rasai nikmat keamanan dan keselamatan yg dijamin oleh Islam... kita perlu benar2 merasai dan menyedari roh Islam setiap saat dan minit dalam dalam kehidupan kita...

Setelah masinnya garam dapat di rasai dan diketahui oleh setiap daripada kita... dengan sendirinya Islam akan terpancar dari diri seorang muslim, setiap keluarga, setiap kelompok, setiap masyarakat mahupun negara... Keindahan dan kehebatan Islam akan menjadi tontonan dan bukti kepada masyarakat bukan Islam...

Ehm sangat mudah dan senang utk menulis dan menyusun kata... hakikatnya masih byk yg perlu diusahakan terutamanya dalam memperbaiki diri... Mulakan dgn diri kita.. yuk kita berusaha sebaik mungkin utk menjadi testimoni kpd akhlak dan kehidupan Islam.. Ayuh berusaha utk menjadi yg terbaik... jadi Doktor yg terbaik dan berTAQWA, jadi jurutera, peguam, arkitek, guru ataupun apa saja bidang yg kita lalui dgn bersungguh2 dan membawa Islam dalam kehidupan kita.. kerana ianya merupakan ladang dakwah buat diri kita.... Moga Allah tuntun kita semua dalam rangka menjadi manusia yg bermanfaat dan berTAQWA...

Sabtu, 16 Mei 2009

'Selamat Hari Guru' to all my teachers...



"wlkslm akmal! M so happy 2 hear from u! T.k atas ucapan mu, but actually tc day is 16th may.. But tq all d same. :) Akmal sihat? Happy? Balik Malaysia? Bila balik tu, come visit me? Cikgu masih boleh bayang wajah mu.. Jaga diri ye n all the best. Salam sayang.." 15 may 2009 7:11am.


"wlkmslm.. i am fine, thank you. And i am delighted to hear from you.. So, you have 3 papers? Stay calm,focus in your readings. Comprehend the question and answer accordingly.. InsyaAllah, when you put in honest efforts, you will be positively rewarded.. Sleep and rest well. Eat well, ok.. Goodluck.. and be happy always.." 18 Mar 2007 2:47pm

"wlkmslm. Yes, i am fine and hope u r 2. Goodluck in your biochem exam.. dont be 2 anxious b'cos that will criple u. N not 2 overconfident cos that will make u careless. Think, strategies then write. May Allah watch over u n keep u well. N may you reap success in all your efforts.. Much love. Take good care.." 3 Dec 06 8:24pm


Semua kat atas ni antara msg2 yang dikirim oleh cikgu aku, Pn Badriah.... saje nak kongsi dgn sahabat semua, maybe ada nasihat yg boleh kita ambil bersama.. Hari ini 16 mei 2009, adalah hari yang sangat bermakna buat semua guru2 di Malaysia...

Pertama-tama aku nak ucap selamat hari guru kepada semua guru2 di Malaysia amnya dan cikgu2 aku khasnya... dari cikgu tadika aku: Cikgu Fauziah, Cikgu SK Bota Kiri: Cikgu Hawa, Cikgu wook, Cikgu SMK Sultan Muhammad: Cikgu Sarimah, Ustz Ismi, Cikgu MRSM Qber: Cikgu wawa, Cikgu Aida.. Cikgu KMB: Pn Bad, Pn Mus, En Azhar... (Yg aku tulis ini adalah cikgu2 yg aku agak rapat dan byk berkongsi nasihat dan tunjuk ajar dgn aku - tak igt nak listkan semua nama:D)

"Terima kasih cikgu.. atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan.. moga segala ilmu yg cikgu berikan diberkati dan dapat saya manfaatkan untuk masa depan saya.. Teruskan berusaha tanpa penat jemu utk mendidik anak bangsa agar menjadi orang yg bermanfaat dan berTAQWA.. Semoga Allah beri kekuatan dan bimbing cikgu semua..." amin.



Ok aku nak share di blog ini ttg cikgu yg sgt2 byk beri aku nasihat dan tunjuk ajar, bukan saje utk jadi a good student, but also to be a good man.. Gambar dan msg yg aku letak dalam artikel ini adalah dari Pn Badriah.. cikgu Pure Math aku masa di KMB.. She teaches me a lotssss... sifat ke'ibu'an nya membuatkan kebanyakan student dia di KMB sgt2 senang utk berbincang dan meminta nasihat.. sama ada masalah pure maths ( yg memang sgt2 memeningkan kepala) or masalah2 yg lain.

Hehe.. tapi aku agak terkilan sikit, sebab tak dapat results 7 / A utk pure math masa exam final IB dulu... terus terang, aku macam malu lak nak jumpa cikgu aku ini.. She is the best math teacher i ever meet.. Dia menyebabkan aku sgt2 minat math masa kmb dulu.. tapi nak buat macam mana, semua Allah dah atur, takde rezeki kut...



Another one is Pn Mus... cikgu biology aku kat kmb dulu... hehe aku masih terhutang something dgn Pn Mus.. nak tahu apa?? Aku pernah tanya dia kenapa perlu ada Q wave di ECG.. masa tu Pn Mus minta aku cari jawapannya n bila dah jadi doktor nnt aku kena terangkan pada dia... hehe.. Alhamdulillah i got the answer already..

To Pn Bad n Pn Mus, insyaAllah panjang umur kita bertemu lagi... teruskan perjuangan dan semoga segala ilmu yg cikgu curahkan dapat menjadi ladang amal buat cikgu...

InsyaAllah segala ilmu dan nasihat yg cikgu semua berikan aku aku manfaatkan sebaik mungkin untuk menjadi manusia yg bermanfaat utk banyak orang... Terima kasih cikgu!! tanpa bimbingan dan tunjuk ajar cikgu siapalah aku...

"Selamat Hari Guru" buat semua kaum Guru




Isnin, 11 Mei 2009

Kebenaran pasti akan datang!!!



Alhamdulillah... maha suci Allah dengan segala perancangan dan ketetapannya... akhirnya Allah zahirkan juga kebenaran di sebalik pelbagai drama keegoan dan ketamakan kuasa.... Allah berkuasa untuk beri kerajaan kepada sesiapa yg Dia kehendaki dan Dia juga berkuasa menarik semula kerajaan dari sesiapa yg dia kehendaki.... Allahu Akbar! ! !

Kalau korang baca 2 posting aku sebelum ini, memang aku sangat3 kecewa, marah dan geram terhadap segala yg berlaku... mungkin korang blh kata aku emosional, fanatik!... tapi itulah yg zahir dari hati aku ('fatwa hati' dari hati yg kotor)..... Aku blh terima dan cuba menimbangkannya dengan rasional... tapi segala fakta dan realiti yg berlaku dan kemuncaknya ketika sidang DUN 7 mei kemarin... menyebabkan aku perlu mengatakan pendirian aku tentang isu ini... Aku jemu, bosan dan muak dengan segala permainan dan kerakusan politik yg berlaku!! Apapun seperti aku katakan tadi, mungkin semua ini telah di atur oleh Allah swt dan pasti ia punya hikmah yang tidak sedikit buat kita taffakuri...

Mungkin ada yang mengatakan aku anak org pembangkang... so sebab itu pendapat aku byk ke arah pembangkang.. Kalau ayah aku or keluarga aku org sebelah sana pun, insyaAllah aku akan tetap pertahankan prinsip dan keyakinan aku... Aku sokong kerana dasar dan prinsip memperjuangkan Islam dan Rakyat! bukan kerana individu....

Berbalik kepada isu kemelut politik di negeri kelahiran aku ini... aku harap Tuanku Sultan dapat memperkenankan utk membubarkan DUN... kembalikan kepada rakyat utk memilih siapa yg layak utk memimpin mereka... Cukuplah dengan denial syndrome selama ini yg menafikan keinginan dan kehendak rakyat!.. Jika anda yakin anda diterima oleh rakyat (mohon restu rakyat).. kenapa takut utk bubarkan DUN??? Restu rakyat hanya boleh didapat lewat pilihanraya!! rakyat tidak boleh dipaksa2.. kerana mereka semua tidak lagi bodoh!....

Moga dengan pengishtiharaan mahkamah; MB Perak yg SAH adalah Ir Nizar... pihak sebelah sana dapat menerima hakikat yg kebenaran pasti akan datang, dan kebatilan pasti akan hancur!!.. Moga Allah memberi kita taufiq dan hidayah utk sentiasa memperbaiki diri dalam rangka menjadi hambanya yg beriman dan berTAQWA...

Jumaat, 8 Mei 2009

Teman dah tak larat memikio nye yop oii..!!

OK ... aku nak lepaskan emosi dalam artikel ini... Kalau nak baca sila, kalau tak suka tak perlu sibuk2 komen... ini blog aku, hak aku nak tulis apapun!...

Marah, Geram, Sedih, Malu, Lawak,.. semua ada dalam hati aku sekarang ni... semuanya gara-gara negeri aku yg sudah porak peranda dek kerana gila kuasa politik!!

Rakyat dah buat pilihan 8 Mac dulu.... tak terima kerana dah 50tahun tak pernah hilang kuasa!!.. bermulalah episod tawar menawar, muzakarah, muqabalah... tak berjaya... kemudian episod perangkap pula.. rasuah tanah, rasuah seks... ugut dan umpan sana sini... tup2 2 org ADUN masuk jerat.... Turun naik makamah pula...

Pastu timbul isu Kerajaan Boneka... beri tanah pada cina (yg miskin x blh, yg kaya takpe!).. hak org melayu tergadai... org melayu terpinggir... NGO melayu berarak tunjuk perasaan sana sini... (tak kena tangkap lak).. Hidup melayu3x!...

Tiba2 sibuk PRK Kuala Terengganu lak, 2 minggu kempen sana sini.. Yg menang gembira, yg kalah kecewa... nak tebus malu... umpan yb kampung teman utk melompat... gembira sungguh pihak kome.. bebelas ribu sambut di mini stadium Bota (termasuk r aku.. padan muka!).. sekali lagi umpan dah mengena... episod culik menculik lak bermula... hilang takde khabor berita... tup2 muncul di TV dgn selamber je!!.. keme nak melompat! jadi bebas, tapi sokong belah sana.... Haru biru satu negara!! dek kerana tiga ekor katak.. runtuh satu bahtera...

Mula lak episod kudeta!! teman dah dapat sokongan majoriti di DUN, kome turun ler.. jangan derhaka!! Keme tak mahu turun... rakyat bersame keme, kalau tak percaye Bubar DUN!.. Turun naik makamah.. keluar masuk istana... kome tak ikut undang2... keme ikut.. kome derhaka raja, tak nak ikut cakap raja... sembah derhaka!!

Pertahankan kemenangan Rakyat, rakyat bersame keme, kalau tak caya Bubar DUN!!, mane ade, keme sekarang majoriti.. katak2 itu sokong keme... mana buktinyer?? buat ler undi tak percaye, yg kome takut tu kenape??

SUK dikepong topi merah!! udah macam war zone... kome tak blh masuk, keme dah ambil alih kuasa!!.. kosongkan pejabat, keluar dari rumah mb, bagi balik camry.. keme nak lelong!.. keme patriotik, tak nak gune kereta import (Terengganu: mercedes, Sabah: Volvo)..

Keme tak puas hati... MB n Exco digantung oleh speaker... nak buat sidang DUN, tak blh.. kena kepung lagi... tak pasal2 cipta rekod, sidang DUN bawah pokok!!.. sidang tak sah, langgar undang2, cari publisiti, memalukan.... keme nak buat bawah syiling, kome kepung tak bagi masuk, keme buat bwh pokok kome kutuk macam2...

Turun naik makamah lagi.. menang, rayu... kalah,.. harus diputuskan oleh makamah persekutuan.. tak makamah tinggi... pergi makamah persekutuan lagi... dok bolak-balik... Rakyat bosan!!!! Bubar Dun!!!.. Tak nak.... keme majoriti di Dewan, keme nak mohon restu rakyat di Bukit Gantang,... Rakyat tak restu... Bubar Dun!!!..

Kali ini keme nak buat sidang Dun, usul nak pecat speaker, s/u Dun lak yg beri surat.. mana boleh beritahu speaker, keme nak jatuhkan dia!.. tunggu ler dulu makamah putuskan sape menteri beso sah, sape yg haram... keme nak buat juge, keme ada kuasa... rakyat bersame keme... mohon Sultan tangguh ler dulu, nanti kecoh dan huru hara, teman tak dapat nak kawal...
Sidang Dun tetap di teruskan!!..

Tup-tup.. sekali lagi SUK jadi war zone, topi merah siap sedia jalankan arahan... kome nampak je org pakai baju hitam terus tangkap!! jgn byk tanye, sekali lagi huru hara... belah luar dewan kena tangkap sana sini.. MP, Adun, tua, muda.. tgh makan, tgh jalan... pokoknya sape pakai baju hitam semua kena.. Dalam dewan kena tarik, kena pekik.. sidang dalam sidang, tutup mikropon deme.. buka yg keme punya aje... usul nak pecat speaker, semua angkat tangan.. tiba2 datang speaker haram... siap pakai jubah n angkat sumpah kejap tu lagi... woi.. keme masih speaker!! keme tak letak jawatan lg.. yg itu speaker haram!!.. peduli ape... keme ada kuasa!. Seret dia keluar Dewan.. mari semua masuk.. pokoknya turunkan dia dari kerusi speaker tu... huhu dah macam main musical chair masa besday je... semua berebut kerusi....

hai aku nak tulispun rasa macam malu dan penat... kenapa r sampai macam ini sekali... kalau dari dulu bubarkan Dun kan senang... serah je semula pada rakyat utk buat pilihan... dah penat teman memikio nye yop oiii... Rakyat dah penat, dah bosan!!! Bubar Dun... pastu bertanding semula.. tengok sapa yg rakyat pilih.. lagi lama kome biarkan... lagi byk rekod tercipta!!! udah ler tu.... teman nak sambung blajo balik... Tugas teman belajo leklok, teman cuma blh lepaskan geram n marah kat sini je ler... belum sampai masanya lagi... Kena belajo pandai2 dulu... bila dah jadi specialist, baru teman memikio utk turun padang...

Again... aku curhat sebagai nota kepada diri aku... apapun aku yakin semua ini pasti ada hikmahnya... Moga diberi jalan keluar oleh Allah....

Isnin, 4 Mei 2009

Kongres Pkpmi, Imigrasi & MMC...

Lepas satu satu masalah Allah kirimkan sebagai ujian kepada kita semua.... dan yg pasti, Allah tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu utk menghadapi ujian itu.... Ehm terus terang kadang2 aku rasa down dan demotivated lak bila fikir masalah yg datang tanpa henti ni... sory lah kalau apa yg akan aku tulis ni lebih pada curhat aku kepada diri aku.. sebab itu aku namakan blog aku 'Nota Kepada Diri'...

Masalah utama yg merunsingkan kepala aku sekarang ni adalah aku masih tak boleh fokus dan buat persediaan yg baik sebelum masuk koas (clinical) ujung thn ini... Aku tak tahu sama ada hampir 4 tahun aku belajar teori ni, benar2 dapat membantu aku utk buat persediaan sebelum koas... kadang2 tertanya2 gak... apa yg aku dah belajar selama ni??? huhu cuak juga dibuatnya, macam tak tahu apa2 je...

Second, masalah2 yg aku tulis dalam tajuk entry aku ni... Kenapalah aku lak sibuk2 pening kepala utk fikirkan benda ni semua?? Kalau ikutkan hati aku, mmg malas nak fikir dah... aku datang sini nak belajar, bukan urusan aku utk fikir hal2 ini semua... tapi nak tak nak, aku kena fikirkan dan wajib fikirkan juga.... sebab dah tanggungjawab. Kalau tak mahu fikir, sapa suruh awal2 dulu terima amanah dalam persatuan. Dan aku rasa masa macam inilah sesebuah persatuan dapat dilihat bermanfaat atau tidak kepada ahlinya!... Cuma aku harap, semua ahli dapat sama2 saling membantu agar suara dan kepentingan kita semua dapat didengar dan diberi perhatian..

Aku tak berniat utk cerita satu persatu masalah kongres, imigrasi ataupun mmc dalam blog aku ini. Sebab ini bukan tempatnya... Blog ini hanya tempat aku meng'evaluasi' diri... di samping tempat aku lontarkan idea dan pendapat aku... So semua berkaitan dengan hal aku secara peribadi... bukan persatuan.

Apapun, aku dapat peluang bagaimana utk berusaha mencari jalan dan solusi yg terbaik bagi masalah2 ini... Huhu baru terasa pentingnya berada dalam jemaah or kelompok yg saling dapat membantu... Memang kita tidak akan mampu utk menyelesaikan segala benda sendirian, sebab itu memang sudah sunnahtullah... manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Takde istilah menjaga tepi kain orang, sebab kita bertanggungjawab utk saling tegur menegur dan menasihati terutamanya dalam melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar....

Yang ada kuasa : boleh menggunakan kuasanya, yg ada kelebihan dgn lidahnya: boleh melaksanakan dgn perkataannya, yg tidak berkemampuan dari kuasa dan perkataannya: boleh menggunakan hatinya..

Sama juga utk masalah ini... Yg ada kuasa, boleh gunakan saluran dan pengaruhnya.. sama ada secara diplomasi mahupun politik, Yg ada idea dan cadangan2, boleh disalurkan lewat perbincangan mahupun tulisan2 korang di blog2 dan sebagainya, dan yg tak mampu or malas nak fikir hal2 ini semua.. sebab 'aku tidak pedulisme'... aku harap korang juga dapat berperan, sekurang2nya dapat berdoa dan support member2 yg lain dalam mencari penyelesaian yg terbaik utk manfaat kita bersama....

Ok lah, aku rasa benda ini semua tidaklah terlalu rumit utk dicari jalan penyelesaiannya.. intinya kita perlu bergerak dalam jemaah... saling bantu membantu dan berkerja sama... Moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam rangka mendekatkan diri kepadaNya...