Putera Akhirat adalah org yg mempertahankan kebenaran Islam, sedia menghindari dan memerangi segala yg berbentuk mungkar dan maksiat. Putera akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yg sebenar serta amalan yg bersumberkan syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.
Isnin, 19 Januari 2009
Selamat Hari Lahir Mama....
Hari ini 19 jan, hari lahir mama aku yg dicintai seterusnya hari permulaan pencen mama setelah berpuluh tahun bekerja sebagai jururawat terlatih di Hospital Changkat Melintang...
Selamat Hari lahir Mama; moga sentiasa diberi kesihatan dan panjang umur oleh Allah swt. Selamat memulakan zaman pencen ; moga segala tugas dan kerja yg telah mama lakukan dapat menjadi bagian dari ibadah yg akan dihitung oleh Allah swt....
Sebagai anak aku mengerti.. Sekurang-kurangnya dua perkara ini yang diharap-harapkan dan akan mengembirakan emak ayah kita. Pertama, akhlak yg baik.... Sentiasa mendoakan mereka, bersopan dan menghormati mereka, menurut kata, boleh diharapkan, sentiasa menjaga solat dan macam2 lagi. Pokoknya mereka teringin sangat mempunyai anak yg soleh/solehah; anak yg akan mendoakan mereka dikemudian hari nanti.... Moga aku dapat berbuat yg terbaik utk emak ayah aku!...
Lagi satu hal yg mengembirakan mereka adalah stdy/result yg cemerlang... mereka akan berbangga jika anak mereka dapat keputusan yg baik. Tanpa segan silu mereka akan memberitahu jiran-jiran dan sahabat handai... tetapi hal sebaliknya akan berlaku jika result anak mereka kurang memuaskan.. Inilah hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak... kita telah mengecewakan emak ayah kita jika kita tidak bersungguh-sungguh semasa belajar, lebih-lebih lagi jika byk gagal dan result yg kurang memberansangkan!..
Yuk sahabat-sahabat ku, mari sama-sama kita berusaha untuk mengembirakan emak ayah kita.. sama-sama kita memperbaiki diri agar menjadi anak yg soleh/solehah... sama-sama kita berusaha utk belajar dgn bersungguh-sungguh utk mendapatkan result yg cemerlang dalam perlajaran kita..
Ya Allah beri aku kekuatan utk belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat menjadi doktor yg terbaik dan cemerlang serta dapat menjadi seorang anak yang soleh...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan