Jumaat, 16 Januari 2009

Apabila Kepala Babi di letakkan di dalam Surau Uni. Malaya...


KURANG 24 jam menjelang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu esok, 17 Junuari masyarakat kampus Universiti Malay gempar dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di surau Akademi Islam dalam kampus universiti berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh seorang mahasiswa yang hendak mengerjakan solat Subuh pagi tadi.
Kepala babi itu dibelah dua diletakkan atas bendera Parti Islam SeMalaysia (Pas) dengan tertulis perkataan PAS, Pro-M dan PMI.
Perkataan Pas itu dimaksudkan kepada parti Pas manakala Pro-M kepada golongan yang menamakan mereka Pro-Mahasiswa yang kini sedang bertarung dengan golongan Aspirasi dalam pilihan kampus yang kini sedang berlangsung.

Sementara perkataan PMI itu pula dimaksudkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam, universiti berkenaan. baca lanjut

Ehm... terkejut gak aku bila baca berita ini... tak tahu apa yg nak diungkapkan... Yang pasti terkilan dan sedih dengan apa yg berlaku. Lebih-lebih lagi ianya berlaku di sebuah universiti yg menjadi kebanggaan negara kita.. Tak tahu lah kenapa sang perlaku marah sangat sehingga tidak sempat berfikir dengan akal yg waras... Benda (babi) yg dianggap paling jijik oleh org islam, diletak ditempat yg paling mulia (surau).. Ish3 kenapa sampai macam itu sekali....

Aku lagi tidak akan dapat terima jika si pelaku tersebut muslim!!! Harap2 bukan, jika didapati yg melakukannya itu adalah muslim..... sudah jelaslah kerusakan akhlak dan akidah yg berlaku dikalangan umat islam dewasa ini... so apalah yg boleh kita harapkan??? Kerusakan demi kerusakan menimpa... malangnya masih ramai yg selesa menjadi penonton....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan