Salam semua.. haahhhh capek giler seminggu ni. exam tak abis.. btw moga Allah terus bagi kekuatan..
Ehm aku nak share skit, perasan tak aku ada letak poll kat side bar tu tentang hudud... daripada 12org, 11 yg mengatakan wajar.. mungkin masing2 ada pendapat dan hujah. aku tak nak bincangkan pasal tu.. Cuma kebetulan isu hudud ini telah panas semula, cuma sayangnya ianya seolah-olah telah menjadi polimik politik yg tak pernah selesai.... kadang-kadang kita sampai bosan dan malas nak ambil tahu lg tentang isu ini, sebab kita dah beranggapan isu hudud adalah isu politik! bukan isu agama......
Aku cuma nak ajak sahabat2 semua sedar isu utamanya disini.. Isunya>>> sama ada kita yakin atau tidak undang-undang Allah adalah yg terbaik!!. Bukan isu kita sokong Pas / Umno!! Please make it clear.
Allah perintahkan kita sembahyang, puasa, zakat dll.. kita akur sebab kita yakin sebagai seorang islam kita perlu tunduk dgn segala perintah Allah. Allah juga perintah kita supaya jangan berzina, minum arak, berjudi, riba dll.. kita juga akur. Allah perintahkan kita berlaku adil, tidak menzalimi dan sbgnya... kita juga yakin kerana semua yg diperintahkan Allah adalah baik utk manusia..
Pencipta kereta membekalkan manual kpd pengguna kereta itu agar menggunakan minyak sbg bahan bakar, bukan air. Takde seorangpun yg membantah manual ataupun perintah sang pencipta kereta itu... sebab apa?; sebab hanya sang pencipta yg lebih tahu tentang benda yg diciptakannya, dimana kekuatan dan kelemahan dan sbgnya.... Samalah juga dgn kita, sang pencipta kita telah bekalkan manual (Al-quran) supaya kita dapat ikut dan jalani kehidupan ini dengan baik. Tapi malangnya kita tidak yakin dan mengambil sebahagian2 sahaja....
Berbalik semula pasal isu hudud ini... aku harap kita semua jelas. ini bukan isu politik!.. ini isu kita sebagai seorang islam.. kita wajib meyakini dan berusaha agar ianya boleh menjadi kenyataan. Walaupun realiti politik di malaysia tak memungkinkan hal ini berlaku., tapi sekurang2kan prinsip dan pendirian kita jelas bila ada org bertanyakan pasal isu ini.. jawapan kita adalah undang-undang Allah adalah yg terbaik!!. Cuma sekarang kita perlu bijak berhadapan dgn realiti semasa... Aku yakin jika semua org bukan islam faham dan jelas tentang isu ini, naluri fitrah mereka pasti akan bersetuju dan menyokong. So tugas kita sekarang adalah memahami dulu hukum dan hikmah undang2 hudud ini, kemudian cuba sebarkan dan berkongsi dengan sahabat2 kita terutama yg bukan islam... insyaAllah kita harus berusaha kearah itu, kerana itu yg akan ditanya oleh Allah, hasilnya terserah pd Allah swt.
Memang hudud bukan segala-galanya dalam islam, kerana ianya adalah sebahagian dari aturan Allah dalam islam... Tapi ini tidak bermakna kita tak perlu peduli langsung dgn isu ini dengan alasan banyak lagi urusan agama yg lain belum selesai... "Solatpun tak beres lg, dah cakap pasal hudud", "akhlak pun masih teruk, buat apa lah bising-bising pasal hudud ini", alasan yg sering digunakan bila memperkatakan tentang isu ini... Sekali lagi, pendapat aku; mungkin ada benarnya.. solat, akhlak perlu dititik beratkan, tapi jangan sampai kita tidak peduli langsung bila ada yg memperkatakan tentang isu ini!!!, seolah-olah ianya tidak diperintahkan oleh Allah...
Kesimpulannya, make it clear.. hudud bukan isu pas vs umno, hudud adalah isu semua org yg mengaku mentauhidkan Allah............
Hmm...
BalasPadamada gak point kalau cakap solat,akhlak and benda2 basic lain mesti dikuatkan dulu...
Apa yg kita patut buat,dengan azam ingin mengamalkan hudud,kuatkan dulu basic Islamic di kalangan rakyat Malaysia yang muslim,and secara x langsung,bila semua dah kembali ke basic dan kuatkan basic,secara x langsung kita akan sedar dan terima rasional dan keperluan hudud dlm hukum Malaysia,btul x??
Assalamu'alaikum,
BalasPadamNak mencelah sikit. saya pertama kali baca bolg ini.
Kita nak kuatkan basic Islam kita. Tapi tak ikut penguatkuasaan Islam. Macam mana tu? Apa kita boleh buat pada orang yang tak sembahyang kalau ikut undang-undang sivil mahupun undang-undang mahkamah syariah yang ada sekarang?
Permasalahan sekarang, ramai yang tak faham apa itu undang-undang hudud. Sebut hudud, yang deme tahu hanyalah "potong tangan".