Pejam celik dah habis cuti rupanya dan exam menanti tanpa henti. Tak tahu lah nak cakap, rasa macam byk benda lg je aku tak cover.. padahal dah dekat 2 minggu stdy (byk gak buang masa.. hehe). Bahan obgyn ni byk sgt lak, alang2 dah habis duit 650k beli buku william; terpaksalah aku baca gak, kalau tak rugi lak rasanya...
Bagi yg terbaik untuk diri kamu.. bpk mama doakan kejayaan kamu di sana, Jangan hampakan mama n bpk k
Msg yg ayah aku kasi malam semalam... JANGAN HAMPAKAN HARAPAN KELUARGA!!!... bersemangat skit rasanya nak belajar, mana tak nya harapan keluarga, harapan masyarakat, harapan agama, harapan umat islam untuk terus berlajar sungguh2; menyiapkan diri utk menjadi manusia yg bermanfaat di masa depan. Wah macam besar sungguh je amanah ni, mampu ke aku nak pikul???
Ehm.. dari kecik aku bukanlah pandai sgt dan boleh diharapkan, sekolah rendah tak pernah dapat no 1,2,3 pun. kalau tak silap paling bagus pun no 5 dalam kelas. Masuk sekolah menengah kat sultan muhammad parit, barulah ok skit.. alhamdulillah PMR lepas utk masuk MRSM Qber.. kat mrsm jgn cerita lah, budak sekolah luar bandar masuk mrsm dan berkumpul dgn ramai mbr yg sekolah bagus2.. lagi r aku tak perform, paling baik pun maybe top 50 dari 300 student r kut... hehe again maybe dah rezeki or takdir Allah kut, tetiba SPM aku ok r dan melayakan aku masuk KMB... hoho, kat sini lagi r dasyat, semua best student sbp n mrsm berkumpul.. rasa rendah diri giler aku. apapun aku belajar mana termampu and cuba PD / membina keyakinan diri.. result ok r, boleh lah diharapkan utk further stdy ke oversea.. hahahaha.
Again kita merancang, Allah juga merancang; dan perancangan Allah lah yg terbaik!.. Allah takdirkan aku sambung belajar di Jakarta, Indonesia. Negara yg penuh warna warni dengan pelbagai jenis dan ragam manusia, especially kat jakarta ni... Mula2 sampai aku sedih r gak, huhu sampai hampir 2 sem membawa diri (nak tahu tanya member aku kat sini). Aku pun tak tahu kenapa aku jd macam tu.. bila teringat balik, rasa nak gelakkan diri sendiripun ada..
Siang malam, sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku kat sini... macam2 ujian dan cubaan yg Allah kasi and barulah terasa hikmahnya kenapa aku tak lepas masa kat KMB dulu, and kenapa Allah hantar aku belajar kat sini. tapi lain kali r ek aku kongsi... Oh ya apasal tetiba aku cerita benda2 ni ek?? huhu aneh2. Teringat kisah lalu... nak pujuk diri agar terus berusaha sgh2, jangan mengalah kerana pelbagai ujian dan susah payah dari sekolah sampai uni telah aku lalui. Tak akan r sudah hampir 15 tahun aku menuntut ilmu, hasilnya biasa2 aja.. Aku kena buktikan selama ini usaha aku tidak sia2, again aku kena buktikan yg aku akan menjadi manusia yg bermanfaat kepada parents, keluarga, negara dan terutama sekali kepada agama!
Ok lah, nak sambung stdy semula. Moga Allah permudahkan aku dan teman2 yg lain untuk menjawab exam dgn baik... Doakan kami.....
Nota kepada teman2 juga..
BalasPadamBuat yang terbaik semua!!
tiap satu yg Allah berikan mesti ada hikmahnya..
BalasPadambersangka baik dgn Allah..
peace~
Hoho Dah ada blog ya ko Akmal!
BalasPadam-FAFA-