Izinkan aku turut memberi pendapat mengenai iklim politik di Malaysia sejak kebelakangan ini. B4 that, msg aku kpd teman2 semua... jgn takut2 utk berbicara ttg politik!, beri pendapat dan hormati pendapat... kita perlu terus ambil tahu segala yg berlaku...
Ehm nak mula dari mana ek....
BTW tahniah kpd calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Umno, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kerana diberi amanah oleh Parti masing2 sbg calon pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu P036... Bertandinglah dgn baik dan jujur, kemukakan visi n misi, idea & manifesto masing2 untuk di nilai oleh rakyat terutamanya pengundi2 KT... apa yg boleh aku katakan; rakyat sudah semakin cerdik utk membuat penilaian, berilah kebebasan kpd kami utk memilih pemimpin kami...Apapun yg anda / parti anda berdua kempen dan tawarkan.... utamakan lah rakyat terbanyak...
Aku sbg rakyat malaysia mengharapkan sebuah negara yg rakyatnya dapat hidup dgn harmoni, ekonomi negara dipacu dgn hebat, semua kaum dapat sama2 hidup dgn baik dan saling membantu membangunkan negara, agama dapat dilaksanakan sebagai a way of life dlm setiap bidang kehidupan, jenayah dan keruntuhan sosial dapat di atasi, ilmu pengetahuan dan teknologi dapat berkembang dgn pesat... pendek kata aku impikan sebuah negara seperti zaman kegemilangan islam di Cordova dan Andalusia...
Kadang-kadang lelah n letih gak rasanya bila mengikuti rencah politik di negara sendiri.. sampai kadang2 give up dan rasanya tak nak dah ambil tahu pasal politik! Tapi nak tak nak kena terima itulah yg dinamakan politik.. sentiasa bergelora and unpredictable.. tapi bagi aku ianya adalah realiti yg berlaku dalam masyarakat.. Kita tak boleh lari dari realiti ini, kita perlu turut berperan semampu mungkin, at least ambil tahu apa yg sedang berlaku...
Mengenai Political party.... rasanya masing2 boleh buat pertimbangan... byk pros and cons, cuma msg aku sila ambil tahu dan dengar hujah dan info dari kedua-dua belah pihak! then dgn tuntunan hati dan akal yg rasional insyaAllah kita boleh buat penilaian.. jangan terlalu fanatik kpd mana2 pihak.. jika hujah dan fakta yg dikemukan rasional dan sesuai dgn hukum Allah, kita kena nyatakan sokongan tanpa was-was, tak kesah lah hujah tu dtg dari mana2 pihak.. yg benar perlu dibenarkan, dan yg salah perlu dinyatakan salah walaupun ianya tidak disukai..
Kesimpulannya... kepada semua rakyat Kuala Terengganu.. selamat menjalankan amanah yg diberikan sebaik mungkin. pilihlah mana pemimpin yg anda kehendaki dan jgn lupa setiap kita akan dipertanggungjawabkan diatas apa yg kita lakukan..
Buat sahabat2 semua.. jangan takut utk berbicara dan ambil tahu ttg politik, yg penting kita jgn fanatik dan menyokong terburu-buru tanpa fakta dan hujah yg jelas.. kita perlu kritis dalam berfikir.. and yg paling penting utamakan stdy!!!! sbg batu besar yg perlu diingat.. setiap rupiah yg kita belanjakan dari alaun yg mara/jpa kasi.. akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt kerana ianya adalah wang semua Rakyat Malaysia!. so amanah tu sgt2 berat..
Ok nak sambung stdy.. sekadar berkongsi suara hati ..
i'm sorry akmal.. im gonna comment something here... 'yg benar perlu dibenarkan, dan yg salah perlu dinyatakan salah walau ianya pahit..' for its not menyatakan yang salah walaupun ia pahit.. but menyatakan yang benar walaupun ia pahit.. mcm tu.. hahaha..
BalasPadamthanks for the correction.. nanti aku ubahkan
BalasPadam