Rabu, 28 Januari 2009

Hari Keluarga Alang Zahari mengeratkan silraturahim..

Alhamdulillah; first time keluarga besar aku buat Family day di Villa Nur Raihan Hulu Langat. Semua pakcik dan makcik, sepupu dan sedara mara hadir dalam rangka nak mengeratkan silraturahim.. Tak sangka lak, sekali-sekala berkumpul ramai2 macam ini sangat best. Sehari semalam kat sini memang betul-betul rilex n enjoy. Urusan harian di rumah dan pejabat dilupakan... Moga acara seperti ini dapat terus diadakan di tahun2 mendatang dan ianya menjadi wadah kepada kami sekeluarga untuk mengeratkan sulraturahim...



Paknyah sebagai Pengerusi penganjur menyucapkan terima kasih kpd semua yg hadir; beliau menyatakan kegembiraannya kerana kami semua dapat berkumpul....



Sesi bergambar..



Aku tak tahu lak nama permainan ni.. tapi best giler r main dengan ramai anak-anak saudara.. memang betul-betul rasa macam budak-budak skolah semula.. hehe (Danish pun main)

Time ni dah tak ada rasa malu-malu dah... emak2pun nak cuba main dengan anak-anak...


Doa selamat dan tahlil untuk arwah opah bisah dan tok Alang



Kalau emak2 sibuk di dapur, bapak2 pulak sibuk di kolam pancing.. Adalah ikan patin, baung dll. Tak pasal-pasal kena masak gulai tempoyak dan bakar ikan.....



Kak Nor... pengarah program yg telah bersusah payah merancang event ini sejak 2 bulan yg lalu. Terima kasih kak nor!



Banglo kepunyaan Dr Yusof (saudara Pak Nyah). Terima kasih dari kami kerana sudi meminjamkan banglo yg sangat mewah dan best ini.. hehe teringin jugak nak mempunyai banglo seperti ini....



Dalam perjalanan pulang, tiba2 ternampak kebesaran Allah. Kami singgah sebentar di tepi highway untuk ambil gambar ini. Gerhana matahari......

Moga acara-acara seperti ini dapat diadakan lagi di tahun akan datang. Moga Kemesraan dan hubungan sesama anggota keluarga yg wujud dan tersimpul erat di sini dapat dikekalkan. . .

Isnin, 19 Januari 2009

Selamat Hari Lahir Mama....


Hari ini 19 jan, hari lahir mama aku yg dicintai seterusnya hari permulaan pencen mama setelah berpuluh tahun bekerja sebagai jururawat terlatih di Hospital Changkat Melintang...

Selamat Hari lahir Mama; moga sentiasa diberi kesihatan dan panjang umur oleh Allah swt. Selamat memulakan zaman pencen ; moga segala tugas dan kerja yg telah mama lakukan dapat menjadi bagian dari ibadah yg akan dihitung oleh Allah swt....

Sebagai anak aku mengerti.. Sekurang-kurangnya dua perkara ini yang diharap-harapkan dan akan mengembirakan emak ayah kita. Pertama, akhlak yg baik.... Sentiasa mendoakan mereka, bersopan dan menghormati mereka, menurut kata, boleh diharapkan, sentiasa menjaga solat dan macam2 lagi. Pokoknya mereka teringin sangat mempunyai anak yg soleh/solehah; anak yg akan mendoakan mereka dikemudian hari nanti.... Moga aku dapat berbuat yg terbaik utk emak ayah aku!...

Lagi satu hal yg mengembirakan mereka adalah stdy/result yg cemerlang... mereka akan berbangga jika anak mereka dapat keputusan yg baik. Tanpa segan silu mereka akan memberitahu jiran-jiran dan sahabat handai... tetapi hal sebaliknya akan berlaku jika result anak mereka kurang memuaskan.. Inilah hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak... kita telah mengecewakan emak ayah kita jika kita tidak bersungguh-sungguh semasa belajar, lebih-lebih lagi jika byk gagal dan result yg kurang memberansangkan!..

Yuk sahabat-sahabat ku, mari sama-sama kita berusaha untuk mengembirakan emak ayah kita.. sama-sama kita memperbaiki diri agar menjadi anak yg soleh/solehah... sama-sama kita berusaha utk belajar dgn bersungguh-sungguh utk mendapatkan result yg cemerlang dalam perlajaran kita..

Ya Allah beri aku kekuatan utk belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat menjadi doktor yg terbaik dan cemerlang serta dapat menjadi seorang anak yang soleh...

Jumaat, 16 Januari 2009

Apabila Kepala Babi di letakkan di dalam Surau Uni. Malaya...


KURANG 24 jam menjelang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu esok, 17 Junuari masyarakat kampus Universiti Malay gempar dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di surau Akademi Islam dalam kampus universiti berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh seorang mahasiswa yang hendak mengerjakan solat Subuh pagi tadi.
Kepala babi itu dibelah dua diletakkan atas bendera Parti Islam SeMalaysia (Pas) dengan tertulis perkataan PAS, Pro-M dan PMI.
Perkataan Pas itu dimaksudkan kepada parti Pas manakala Pro-M kepada golongan yang menamakan mereka Pro-Mahasiswa yang kini sedang bertarung dengan golongan Aspirasi dalam pilihan kampus yang kini sedang berlangsung.

Sementara perkataan PMI itu pula dimaksudkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam, universiti berkenaan. baca lanjut

Ehm... terkejut gak aku bila baca berita ini... tak tahu apa yg nak diungkapkan... Yang pasti terkilan dan sedih dengan apa yg berlaku. Lebih-lebih lagi ianya berlaku di sebuah universiti yg menjadi kebanggaan negara kita.. Tak tahu lah kenapa sang perlaku marah sangat sehingga tidak sempat berfikir dengan akal yg waras... Benda (babi) yg dianggap paling jijik oleh org islam, diletak ditempat yg paling mulia (surau).. Ish3 kenapa sampai macam itu sekali....

Aku lagi tidak akan dapat terima jika si pelaku tersebut muslim!!! Harap2 bukan, jika didapati yg melakukannya itu adalah muslim..... sudah jelaslah kerusakan akhlak dan akidah yg berlaku dikalangan umat islam dewasa ini... so apalah yg boleh kita harapkan??? Kerusakan demi kerusakan menimpa... malangnya masih ramai yg selesa menjadi penonton....

Rabu, 14 Januari 2009

Politik Kampus

Salam teman-teman, dah bosan stdy jiwa sampai dah nak sakit jiwa aku dibuatnya.. nak rilek jap. Ehm aku just nak kongsi dengan teman2 suasana pilihanraya kampus yg tidak akan pernah kita rasakan.. Al maklumlah kampus life styles tak pernah di rasa sepanjang kita di ukrida..

Maaf aku tak leh nak ulas panjang lebar, sebab byk lg tak stdy ni.. cuma nak pesan, politik kampus dan politik kepartaian sudah byk persamaan. Memang kita perlu kepada realiti masyarakat di luar, tapi janganlah lebih2 sangat berpolitiking; jangan rendahkan tahap kita kepada org yg tidak berilmu dan tidak intelektual!. Seharusnya mahasiswa perlu lebih bijak berpolitik, perlu penuh dengan hujah dan pendapat, saling menerima dan memberi pendapat dengan fakta dan rasional. Jangan kita terikut-ikut dengan politik kepartaian di luar sana. Kalau kita anak muda yg tidak mahu merubah budaya politik baru ini, siapa lagi???.

Terus terang aku Pro-Mahasiswa r!!!

Di sini link2 yg korang boleh buka utk mengetahui suasana politik kampus di negara kita:
Calon pro-Mahasiswa dakwa terima 'surat TNC' tawar ganjaran lompat parti
Pro-Mahasiswa pertikai pembatalan kemenangan calonnya
Pelajar UM buat laporan polis
Pro-Aspirasi kekal penguasaan di UTM
Pilihan raya kampus: Enam kerusi UTM menang tanpa tanding
PKPIM bantah istilah pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa...

K doakan aku ek... politik-politik gak, stdy harus di utamakan!! Jangan lupa tu....

Selasa, 13 Januari 2009

Yuk berbuat sesuatu.....

Polemik Hudud disebabkan politik....

Salam semua.. haahhhh capek giler seminggu ni. exam tak abis.. btw moga Allah terus bagi kekuatan..

Ehm aku nak share skit, perasan tak aku ada letak poll kat side bar tu tentang hudud... daripada 12org, 11 yg mengatakan wajar.. mungkin masing2 ada pendapat dan hujah. aku tak nak bincangkan pasal tu.. Cuma kebetulan isu hudud ini telah panas semula, cuma sayangnya ianya seolah-olah telah menjadi polimik politik yg tak pernah selesai.... kadang-kadang kita sampai bosan dan malas nak ambil tahu lg tentang isu ini, sebab kita dah beranggapan isu hudud adalah isu politik! bukan isu agama......

Aku cuma nak ajak sahabat2 semua sedar isu utamanya disini.. Isunya>>> sama ada kita yakin atau tidak undang-undang Allah adalah yg terbaik!!. Bukan isu kita sokong Pas / Umno!! Please make it clear.

Allah perintahkan kita sembahyang, puasa, zakat dll.. kita akur sebab kita yakin sebagai seorang islam kita perlu tunduk dgn segala perintah Allah. Allah juga perintah kita supaya jangan berzina, minum arak, berjudi, riba dll.. kita juga akur. Allah perintahkan kita berlaku adil, tidak menzalimi dan sbgnya... kita juga yakin kerana semua yg diperintahkan Allah adalah baik utk manusia..

Pencipta kereta membekalkan manual kpd pengguna kereta itu agar menggunakan minyak sbg bahan bakar, bukan air. Takde seorangpun yg membantah manual ataupun perintah sang pencipta kereta itu... sebab apa?; sebab hanya sang pencipta yg lebih tahu tentang benda yg diciptakannya, dimana kekuatan dan kelemahan dan sbgnya.... Samalah juga dgn kita, sang pencipta kita telah bekalkan manual (Al-quran) supaya kita dapat ikut dan jalani kehidupan ini dengan baik. Tapi malangnya kita tidak yakin dan mengambil sebahagian2 sahaja....

Berbalik semula pasal isu hudud ini... aku harap kita semua jelas. ini bukan isu politik!.. ini isu kita sebagai seorang islam.. kita wajib meyakini dan berusaha agar ianya boleh menjadi kenyataan. Walaupun realiti politik di malaysia tak memungkinkan hal ini berlaku., tapi sekurang2kan prinsip dan pendirian kita jelas bila ada org bertanyakan pasal isu ini.. jawapan kita adalah undang-undang Allah adalah yg terbaik!!. Cuma sekarang kita perlu bijak berhadapan dgn realiti semasa... Aku yakin jika semua org bukan islam faham dan jelas tentang isu ini, naluri fitrah mereka pasti akan bersetuju dan menyokong. So tugas kita sekarang adalah memahami dulu hukum dan hikmah undang2 hudud ini, kemudian cuba sebarkan dan berkongsi dengan sahabat2 kita terutama yg bukan islam... insyaAllah kita harus berusaha kearah itu, kerana itu yg akan ditanya oleh Allah, hasilnya terserah pd Allah swt.

Memang hudud bukan segala-galanya dalam islam, kerana ianya adalah sebahagian dari aturan Allah dalam islam... Tapi ini tidak bermakna kita tak perlu peduli langsung dgn isu ini dengan alasan banyak lagi urusan agama yg lain belum selesai... "Solatpun tak beres lg, dah cakap pasal hudud", "akhlak pun masih teruk, buat apa lah bising-bising pasal hudud ini", alasan yg sering digunakan bila memperkatakan tentang isu ini... Sekali lagi, pendapat aku; mungkin ada benarnya.. solat, akhlak perlu dititik beratkan, tapi jangan sampai kita tidak peduli langsung bila ada yg memperkatakan tentang isu ini!!!, seolah-olah ianya tidak diperintahkan oleh Allah...

Kesimpulannya, make it clear.. hudud bukan isu pas vs umno, hudud adalah isu semua org yg mengaku mentauhidkan Allah............

Selasa, 6 Januari 2009

Sehari sebelum exam....

Salam semua....
Pejam celik dah habis cuti rupanya dan exam menanti tanpa henti. Tak tahu lah nak cakap, rasa macam byk benda lg je aku tak cover.. padahal dah dekat 2 minggu stdy (byk gak buang masa.. hehe). Bahan obgyn ni byk sgt lak, alang2 dah habis duit 650k beli buku william; terpaksalah aku baca gak, kalau tak rugi lak rasanya...

Bagi yg terbaik untuk diri kamu.. bpk mama doakan kejayaan kamu di sana, Jangan hampakan mama n bpk k

Msg yg ayah aku kasi malam semalam... JANGAN HAMPAKAN HARAPAN KELUARGA!!!... bersemangat skit rasanya nak belajar, mana tak nya harapan keluarga, harapan masyarakat, harapan agama, harapan umat islam untuk terus berlajar sungguh2; menyiapkan diri utk menjadi manusia yg bermanfaat di masa depan. Wah macam besar sungguh je amanah ni, mampu ke aku nak pikul???

Ehm.. dari kecik aku bukanlah pandai sgt dan boleh diharapkan, sekolah rendah tak pernah dapat no 1,2,3 pun. kalau tak silap paling bagus pun no 5 dalam kelas. Masuk sekolah menengah kat sultan muhammad parit, barulah ok skit.. alhamdulillah PMR lepas utk masuk MRSM Qber.. kat mrsm jgn cerita lah, budak sekolah luar bandar masuk mrsm dan berkumpul dgn ramai mbr yg sekolah bagus2.. lagi r aku tak perform, paling baik pun maybe top 50 dari 300 student r kut... hehe again maybe dah rezeki or takdir Allah kut, tetiba SPM aku ok r dan melayakan aku masuk KMB... hoho, kat sini lagi r dasyat, semua best student sbp n mrsm berkumpul.. rasa rendah diri giler aku. apapun aku belajar mana termampu and cuba PD / membina keyakinan diri.. result ok r, boleh lah diharapkan utk further stdy ke oversea.. hahahaha.

Again kita merancang, Allah juga merancang; dan perancangan Allah lah yg terbaik!.. Allah takdirkan aku sambung belajar di Jakarta, Indonesia. Negara yg penuh warna warni dengan pelbagai jenis dan ragam manusia, especially kat jakarta ni... Mula2 sampai aku sedih r gak, huhu sampai hampir 2 sem membawa diri (nak tahu tanya member aku kat sini). Aku pun tak tahu kenapa aku jd macam tu.. bila teringat balik, rasa nak gelakkan diri sendiripun ada..

Siang malam, sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku kat sini... macam2 ujian dan cubaan yg Allah kasi and barulah terasa hikmahnya kenapa aku tak lepas masa kat KMB dulu, and kenapa Allah hantar aku belajar kat sini. tapi lain kali r ek aku kongsi... Oh ya apasal tetiba aku cerita benda2 ni ek?? huhu aneh2. Teringat kisah lalu... nak pujuk diri agar terus berusaha sgh2, jangan mengalah kerana pelbagai ujian dan susah payah dari sekolah sampai uni telah aku lalui. Tak akan r sudah hampir 15 tahun aku menuntut ilmu, hasilnya biasa2 aja.. Aku kena buktikan selama ini usaha aku tidak sia2, again aku kena buktikan yg aku akan menjadi manusia yg bermanfaat kepada parents, keluarga, negara dan terutama sekali kepada agama!

Ok lah, nak sambung stdy semula. Moga Allah permudahkan aku dan teman2 yg lain untuk menjawab exam dgn baik... Doakan kami.....

Isnin, 5 Januari 2009

Iklim Politik Malaysia semakin Panas di Pantai Timur.....

Izinkan aku turut memberi pendapat mengenai iklim politik di Malaysia sejak kebelakangan ini. B4 that, msg aku kpd teman2 semua... jgn takut2 utk berbicara ttg politik!, beri pendapat dan hormati pendapat... kita perlu terus ambil tahu segala yg berlaku...


Ehm nak mula dari mana ek....
BTW tahniah kpd calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Umno, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kerana diberi amanah oleh Parti masing2 sbg calon pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu P036... Bertandinglah dgn baik dan jujur, kemukakan visi n misi, idea & manifesto masing2 untuk di nilai oleh rakyat terutamanya pengundi2 KT... apa yg boleh aku katakan; rakyat sudah semakin cerdik utk membuat penilaian, berilah kebebasan kpd kami utk memilih pemimpin kami...Apapun yg anda / parti anda berdua kempen dan tawarkan.... utamakan lah rakyat terbanyak...

Aku sbg rakyat malaysia mengharapkan sebuah negara yg rakyatnya dapat hidup dgn harmoni, ekonomi negara dipacu dgn hebat, semua kaum dapat sama2 hidup dgn baik dan saling membantu membangunkan negara, agama dapat dilaksanakan sebagai a way of life dlm setiap bidang kehidupan, jenayah dan keruntuhan sosial dapat di atasi, ilmu pengetahuan dan teknologi dapat berkembang dgn pesat... pendek kata aku impikan sebuah negara seperti zaman kegemilangan islam di Cordova dan Andalusia...

Kadang-kadang lelah n letih gak rasanya bila mengikuti rencah politik di negara sendiri.. sampai kadang2 give up dan rasanya tak nak dah ambil tahu pasal politik! Tapi nak tak nak kena terima itulah yg dinamakan politik.. sentiasa bergelora and unpredictable.. tapi bagi aku ianya adalah realiti yg berlaku dalam masyarakat.. Kita tak boleh lari dari realiti ini, kita perlu turut berperan semampu mungkin, at least ambil tahu apa yg sedang berlaku...

Mengenai Political party.... rasanya masing2 boleh buat pertimbangan... byk pros and cons, cuma msg aku sila ambil tahu dan dengar hujah dan info dari kedua-dua belah pihak! then dgn tuntunan hati dan akal yg rasional insyaAllah kita boleh buat penilaian.. jangan terlalu fanatik kpd mana2 pihak.. jika hujah dan fakta yg dikemukan rasional dan sesuai dgn hukum Allah, kita kena nyatakan sokongan tanpa was-was, tak kesah lah hujah tu dtg dari mana2 pihak.. yg benar perlu dibenarkan, dan yg salah perlu dinyatakan salah walaupun ianya tidak disukai..

Kesimpulannya... kepada semua rakyat Kuala Terengganu.. selamat menjalankan amanah yg diberikan sebaik mungkin. pilihlah mana pemimpin yg anda kehendaki dan jgn lupa setiap kita akan dipertanggungjawabkan diatas apa yg kita lakukan..

Buat sahabat2 semua.. jangan takut utk berbicara dan ambil tahu ttg politik, yg penting kita jgn fanatik dan menyokong terburu-buru tanpa fakta dan hujah yg jelas.. kita perlu kritis dalam berfikir.. and yg paling penting utamakan stdy!!!! sbg batu besar yg perlu diingat.. setiap rupiah yg kita belanjakan dari alaun yg mara/jpa kasi.. akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt kerana ianya adalah wang semua Rakyat Malaysia!. so amanah tu sgt2 berat..

Ok nak sambung stdy.. sekadar berkongsi suara hati ..

Ahad, 4 Januari 2009

Bangkitlah Wahai Perjuang-Perjuang Islam...

Semakin hari semakin ganas Israel mengebom rakyat Palestin... Ya Allah hikmah apakah yg Engkau ingin kami pelajari dari ujian Mu ini???


Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. -TGHH


Sabtu, 3 Januari 2009

MB Teman, yop yong.. mike tido je ke.. moh kite ke palestin!!!!

Ir Nizar bersama rakyat Perak berdemonstrasi di masjid negeri setelah solat jumaat....

Jumaat, 2 Januari 2009

Exam.. Exam.. Exam...

Hampir keseluruhan cuti ni aku habiskan dgn study.. hehe tapi tak fokus sgt r, still ada malas2 lagi. Nak buat macam mana, buka je kuliah terus exam berderet2 sampai dua minggu. tak tahu r, kdg2 rasa demotivate lak nak stdy ni. Mana taknya bahan byk sgt!...




Sapa suruh ko nak jadi doktor akmal, tak ada jalan mudah. memang sunnahtullah da macam tu. Nak berjaya kena r berusaha, kena korbankan masa utk bersantai2. Kena fokus and istiqamah, bila dah optimal baru tawakal pd Allah.... Syariatnya pula, kena yakin yg ilmu tu hanya milik Allah, Dia yg beri kita faham dan mengerti. So kepadaNya lah kena minta dan mohon kemudahan... Stdy2 gak, stay up sampai tgh malam, tapi Solat jangan lambat2kan esp solat subuh. Tadipun nasib baik r tak terlepas solat subuh...



Apapun aku kena stdy sungguh2, baru boleh buktikan aku yg terbaik! dan bermanfaat utk semua org... Mohon doanya ek. Nak sambung stdy (tido/stdy???- hehe).

Khamis, 1 Januari 2009

Antara Dua Nilai























Sang Semut & Sang Lebah, indahnya ciptaan Allah



Bila ada semut jalan berputar, ertinya dia sdg mencari makanan utk kaumnya. Bila menemukan sisa makanan, semut yg seekor itu pasti tidak akan menghabiskannya ataupun makan sendirian. Dia akan berputar-putar sejenak utk mengukur dan menghitung berapa pasukan semut yg diperlukan. Kemudian semut itu akan pulang ke sarang dgn melepaskan sejenis bhn dari ekornya yg akan menjadi tanda bagi para pekerja semut yg akan melaluinya dgn penuh disiplin. Cubalah meletakkan apa2 benda manis yg lain disamping jalur tadi, pasti mereka tak akan tergoda!.

Mereka tidak bersuara, namun tetap terus bekerja. Menimbun makanan utk musim yg lebih panjang dari usia mereka, tetapi bukan utk kepintingan peribadi, melainkan kepentingan kaum dan bangsa!. Jangan cuba2 utk menabur gula dan sbgnya di jalur yg telah ditetapkan tersebut, kerana pasukan semut tidak akan terangsang oleh umpan ataupun provokasi itu. Tujuan & sasaran mereka jelas. Amal jama'i mereka sgt teguh. Disiplin mereka tinggi. Itulah sang semut yg sepertinya sangat kecil dan lemah, tetapi byk pengajaran yg kita boleh dapat darinya....




Sang lebah pula diperintahkan oleh Allah utk memakan yg baik-baik dan menghasilkan yg baik-baik dan sangat berguna bagi kesihatan dan penyembuhan. Mereka berdengung disarang seperti pasukan mujahid di zaman RasulullahSAW, mendengungkan zikir di malam hari setelah siangnya berjihad membela kebenaran.

Sang lebah tidak suka mengganggu sesiapapun, namun jgn cuba-cuba utk melempari sarang mereka, meraka akan datang seluruh pasukan untuk membalas dan mempertahankan sarang mereka.

Muslim yang tak bersengat berjuang seperti semut, dan yang sudah bersengat berjuang seperti lebah!


Saudaraku... setiap kita punya peran yg perlu dilaksanakan, sama ada kita punya sengat(kemampuan) atau tidak, kita tetap perlu berperan! Seperti sang semut yg begitu jelas matlamat dan tujuannya sehingga mereka tidak peduli pelbagai provokasi dan cabaran, dengan penuh kerjasama dan disiplin mereka terus berusaha sebaik mungkin!. Mari kita sama-sama belajar dari semut, selagi kita jelas tujuan dan matlamat kita, pedulikan segala celaan dan kutukan org.. teruslah melangkah dan berusaha dengan penuh yakin akan bantuan dan pertolongan Allah...

Marilah sama2 kita berbuat dan berperan utk berbuat sesuatu bagi membantu saudara2 kita yg dizalimi di palestin khasnya dan umat islam seluruhnya... Jangan tanya apa yg kita dapat dari Islam, sebaliknya tanyalah apa yg kita sumbangkan untuk agama Allah ini... Sebab soalan yg sama akan diajukan kpd kita bila tiba masanya nanti......