Putera Akhirat adalah org yg mempertahankan kebenaran Islam, sedia menghindari dan memerangi segala yg berbentuk mungkar dan maksiat. Putera akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yg sebenar serta amalan yg bersumberkan syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.
Jumaat, 30 Oktober 2009
Selamat Berwisuda teman-teman...
Alhamdulillah......
akhirnya setelah 4 tahun bertungkus lumus stdy teori, insyaAllah besok (31okt 2009) semua angkatan 05 ukrida akan berwisuda (konvo).. Congratulations buat sahabat2 seangkatan semua.. kita telah berjaya melewati satu fase yg agak panjang selama 4 tahun ini...
Bila dikenang-kenang... rasa sangat cepat lak.. lepas ni dah kena masuk stase Koas yg aku pun tak tahu di mana lg.. risau gak dibuatnya.. Masing-masing kena bawa diri, survive dan pandai-pandai mencari ilmu sebanyak mungkin.. Semua tergantung kepada diri kita! Aku sangat2 berharap agar kita semua sama2 saling membantu walaupun kita berjauhan dan berlainan stase... Mari kita kongsi pengalaman dan cerita di tempat masing2 dgn sahabat2 yg lain.. Sekarang terserah pada kita untuk membuktikan bila pulang Malaysia nanti; lulusan Ukrida tidak kalah jauh dgn universiti yg lain... malah mungkin lebih hebat lagi!! Insyaallah..
Buat teman2 seangkatan 05 yg aku cintai... aku nak ucap jutaan terima kasih pada korang semua kerana selama ini telah banyak membantu aku... begitu juga kalau ada salah dan silap, terasa hati, terlepas kata, terlebih bicara... mohon dimaafkan. Jangan lupa utk saling mendoakan.. teruskan contact dan komunikasi... InsyaAllah sama-sama kita masuk Koas.. dan sama-sama juga kita pulang dgn membawa seribu satu pengalaman dan kenangan.. ayuh kita buktikan yg kita akan berusaha utk menjadi doktor yg terbaik dan bertaqwa... amin..
sekali lagi.. tahniah dan selamat berwisuda...
Ahad, 25 Oktober 2009
Selesai satu lagi episod.. Padas 2005
Semasa koas nantilah kita nak kenal siapa kawan @ sahabat yg sejati.. semasa koas nantilah kita di uji macam mana nak berdepan dgn provokasi yg pastinya menuntut kita sentiasa bersabar dan kuat utk menahan amarah... Dan tak salah jika aku kata semasa koas jugalah kita nak mengenal diri kita sendiri!
Masa tu kita kenal di mana tahap kemampuan kita, sejauh mana kita tahan dgn segala ujian sama ada fisik mahupun mental.. setakat mana kita boleh menahan marah, bosan, geram dan macam2 lagi... Dan yg penting sekali sejauh mana kita perlu bertahan dgn prinsip yg selama ini kita pegang kuat.. Waktu inilah ego kita teruji... walaupun kdg2 kita di pihak yg benar.. tetapi hakikat dan realiti semasa koas nanti cukup berbeza!!
Trias Koas: "Ya Doc, Maaf Doc, Terima kasih Doc"
Apapun insyaAllah kepada semua batch Ukrida 05... ayuh sama2 kita saling bergotong royong dan membantu.. agar kita dapat mengoptimumkan masa koas kita nanti sebaik mungkin.. Jangan pernah terlintas dalam diri kita utk menjatuhkan mbr, mari sama2 kita masuk koas nnt dgn semangat utk menggali ilmu dan skillss sebanyak mungkin.. Moga Allah tuntun dan mudahkan kita semua
Isnin, 19 Oktober 2009
Di sebalik tabir di Koja...
Sebenarnya aku nak kongsi dengan sahabat2 semua cerita-cerita sampingan ataupun halwa telinga kitorang terutamanya bila makan bareng ataupun bila kumpul2 sesama kami.. hehe hot2!.. Ada cerita gosip2... ada cerita hantu... ada cerita pelbagai ragam teman2 semasa padas... huhu kelakar dan ada juga yg menyeramkan!...
Ehm aku mulakan dengan cerita pengalaman kelompok aku sendiri di Bilik Koas diklat... Malam minggu kemarin, kelompok aku kena jaga malam di Bangsal IPD. Jaga malam padas aku yg terakhir... Di bangsal tak banyak kasus yg menarik seperti di IGD.. kami cuma sembang2 dengan kakak koas mengenai Koas di Koja (penting utk persediaan mental). Huhu malam tu hujan agak lebat disertai kilat yg sangat kuat.. seperti RS koja di panah petir lak bunyi nya.. Kebetulan kitorang berada di lantai 6... Jam 11pm suster ajak kami utk round bangsal, TTV (Tanda-tanda vital = Tensi, nadi, suhu & RR) , suntik obat dan ganti infus..
Selesai round, kitorang lepak semula di ruang rapat... kebetulan selepas itu ada pasien yg sepertinya sedang sakit berat @ sakarat!. Diagnosa bapak tu 4 in 1 !; CKD, DM, Asidosis metabolik & TB... Suster suruh aku tensi.. aku raba nadi dia.. tak teraba.. keringat dingin, muka dan ekstremitas agak pucat.. capillary refill > 2detik.. So after konsul, doktor suruh infus Dobuject (dobutamin) inotropik (+).. agar jantung dia bisa kontraksi dgn kuat.. Ehm kesian juga aku lihat family bapak tu.. setia menunggu dgn penuh pengharapan.. setelah selesai infus Dobuject, kitorang decide utk pergi tidur di diklat sebab jam sudah hampir 1.30am.. tak larat nak tunggu bapak tu.. Tak lama selepas kami pulang, bapak itu meninggal dunia.. Moga allah ampuni dosa dia dan golongkan di kalangan org yg beriman..
Sampai di diklat, kitorang tidur di ruangan koas ukrida.. diklat kosong, cuma kami berlima aja yg tidur pada malam tu.. baru mula aku nak melelapkan mata.. tiba mbr aku mengadu yg katil dia seperti bergoyang2.. bukan sorang je, tapi sampai yg tidur di lantai pun terasa...
"eh lo terasa gempa ga?.. kayaknya seperti gempa sih.. iyalah gempa kali... yuk2 turun..2 kita keluar aja" huhu aku yg tengah mamai2 tu terus keluar duluan.. hehe cuak gak dibuatnya, maklum r tgh musim gempa...
Kitorang turun mahu ke lapangan.. kami terserempak dgn pak satpam. " Pak tadi ada terasa gempa ga?, aku tanya ke bapak tu... "Kayaknya ga ada deh, emangnya kenapa?", soal bapak itu kehairanan.. huhu lg bertambah cuak r kitorang! Tak kan r diklat je yg terasa goyang, tempat lain tak?? hehe nasib baik r berlima, kalau aku sorang.. comfirm dah lari.. Ruang diklat kitorang tidur tu memang dekat dgn Instalasi kamar jenazah.. dan kebetulan wajah bapak td yg sedang sakarat tu masih terbayang di fikiran kami.. tu yg agak seram skit..
Hai takut lak nak ke diklat lagi... so kitorang pergi makan nasgor di tepi jalan besar tu.. jam dah nak pukul 2.30am.. Abis makan kami tak tahu mahu tidur di mana.. hehe lucu gak, tak pernah di buat orang!.. kitorang berlima lepak and tidur kejap di ruang ATM... kat situ sejuk r.. ada AC.. takut kena tegur dgn pak guard, kami decide utk tidur dalam mobil je ramai2.. hai sakit tengkuk aku... dah r nyamuk banyak!.. huhu malam terakhir ni lak yg banyak ujiannya.. takpe2 best gak buat kenangan... Aku tak tahu r, tadi kitorang betul2 terasa goyang or kami semua tgh mamai dan penat..
">Cerita2 camni rupanya dah banyak berlaku.. aku ada dengar kisah di VK lak; ward bersalin.. Ward di kat lantai dua... kebetulan malam yg sama. Kali ini ada teman yg boleh terasa/ melihat sesuatu yg lain... Kebetulan juga malam tu ada bayi IUFD (intra uterin fetal death), tapi tak tahu r ada kaitan ke tak.. Teman yg cerita tu kasi tahu yg dia terlihat bayi pegang2 kaki ibu tu.. dia terus lari ke ruang rapat VK... walaupun time tu byk perawat n teman2 yg lain.. tapi sekali lg cuma dia sorang yg boleh terasa.. member yg lain aneh gak kenapa dia tergesa2 ke ruang rapat VK.. bila sembang2 tiba2 dia menceritakan kisah itu.. Ehm bagi aku sama ada benar atau tak... terserah pada kita . Cuma ruang ibu bersalin memang banyak darah dan sisa uri ibu yg melahirkan.. mungkin agak kotor. So makhluk seperti itu suka duduk..
Lagi satu.. mungkin tugas kita sebagai doktor nanti utk menasihati pasien dan keluarganya.. bukannya apa selama 3 minggu di sini, aku rasa ramai pasien yg tidak solat!.. even di VK tu macam takde sorang pun yg mengazankan bayi yg baru lahir tu.. sepertinya kesedaran terhadap hal2 tersebut masih rendah.. So ini boleh jadi ladang dakwah utk kita sebagai doktor.. kerana selalunya org yg sakit ini pasti dengar apa yg doktor cakap...
Ehm aku rasa setakat ini dulu lah aku share pengalaman2 di Koja.. Gosip2 lain tu mungkin lain kali r kut.. hehe. nak sambung buat tugasan skit lagi.. pastu nak tido... mohon doanya, salam..
Ahad, 18 Oktober 2009
Dunia realiti mendewasakan kita...
Mengimbau kembali tentang PKPMI... terus terang sepanjang aku memegang amanah sebagai YDP pkp pusat sesi yg lalu; terlalu banyak yg aku dapat belajar terutamanya tentang realiti kehidupan.. Realiti bagaimana utk beroganisasi.. bagaimana utk menyatukan matlamat dan tujuan, bagaimana utk membuat keputusan yg kadang2 bertentangan dgn keinginan kita, bagaimana utk memberi pengarahan dan menerima arahan dari atasan, bagaimana utk meyakinkan mbr2 lain tentang keputusan yg kita buat dan byk lagi... semua ini mungkin mudah secara teori, tetapi hakikatnya sangat memerlukan kekuatan dan kerjasama yg baik dari semua..
Apa yg boleh aku simpulkan dari semua ini adalah... selagi kita yakin dan punya rasional yg kuat terhadap apa sahaja yg kita lakukan, teruskan shj.. kerana yg pasti kita tidak mungkin mampu memuaskan hati semua orang.. Yang penting kita boleh bertanggungjawab dan bersedia utk menjawab sama ada di dunia dan lebih2 lagi di akhirat kelak...
Berbalik kepada artikel sahabat aku tadi, aku tak dapat memberikan ulasan panjang lebar kerana aku sendiri tidak ada di situ.. cuma jika berdasarkan ini:
"Tapi hujungnya, pasti ada keluhan mengenai sedikit mainan emosi dalam kata-kata yang seolah-olah sangat sangat kasar dan tidak relevan. Hanya bagi saya disini, kita perlu jelas akan setiap yang ditimbulkan dan jangan terpancing dengan emosi. Perkara itu mudah saja."
Tahniah kepada Pkpmi jakarta dan semua sahabat yg hadir.. anda semua bertuah kerana berpeluang utk belajar bagaimana utk berdepan dgn realiti!! Realiti yg kadang2 kita terlepas pandang... Maksud aku, kadang2 kita terlalu idealistik sehingga terlupa yg kita berurusan dgn 1001 macam manusia yg tentunya di luar kawalan kita.. Hehe benda ini juga ditekankan kepada kami semua semasa padas ini... Kalau masa kuliah dulu, mungkin kita blh berlajar mandiri.. semuanya ada dari buku dan internet... tapi sgt berbeza utk koas! kita perlukan sahabat2 kita yg lain utk berjaya.. kita perlu berdepan dgn pelbagai kerenah konsulan, perawat dan juga mbr yg lain.. So fisikal n mental perlu benar2 kuat...
Apapun nak tak nak kita perlu berdepan.. perlu belajar memberi pendapat dan menghormati pendapat.. Perlu pandai menjaga emosi kita dan mengawal emosi org lain... Semua benda ni adalah proses!! perlu dirasai dan dilalui.. sebab itu kita perlu berpersatuan dan berorganisasi, semua ini tidak mungkin kita dapat di kuliah..
Cuma kadang2 sampai juga ketahap terpaksa menzahirkan emosi.. kerana kita semua manusia biasa!. So jangan teragak2 menzahirnya nya.. maybe ianya boleh membantu kita semua menyedari akan realiti!.. hehe dah belit2 aku tulis ni, silap2 aku sendiripun tak faham.. huhu... Senang cerita, Intinya kita semua dalam proses belajar dan memperbaiki diri.. takde salah dan benar... yg penting kita punya keyakinan diri yg tinggi utk berdepan dgn realiti di luar sana nanti..
Bagaimanapun aku tertarik dgn komen sahabat aku ini tentang artikel tadi...
insyaAllah.
p/s: maaf tak pegi pun mesyuarat pkmpi.
Salam..
Hehe lebih tertarik lagi kerana komen ini dtg dari tuan yg punya diri... yg pasti aku cukup mengenalinya... hahaha..
K moga bermanfaat utk semua.... Yuk PD kan diri anda utk berdepan dgn realiti...
Khamis, 15 Oktober 2009
'Guru Besar paling muda' di dunia yang berusia 16 tahun
BERJUTA-JUTA kanak-kanak di seluruh dunia tidak mendapat pendidikan sewajarnya kerana keluarga mereka terlalu miskin.
Di India, seorang budak sekolah cuba mengubah nasib kanak-kanak miskin.
Budak itu ialah Babar Ali, "guru besar" sekolah yang baru berusia 16 tahun dan boleh dikatakan "guru besar termuda" di dunia.
Babar Ali ialah remaja yang bertanggungjawab mengajar ratusan pelajar di kawasan belakang rumah keluarganya.
Cerita remaja berasal dari Murshidabad di barat Bengal ini mencerminkan keinginannya yang meluap-luap untuk mendidik para pelajar.
Setiap hari, Babar Ali akan bangun pada awal pagi untuk membuat kerja-kerja rumah.
Kemudian dia akan menaiki beca sejauh 10 kilometer (km) untuk pergi ke Sekolah Raj Govinda dan terpaksa berjalan kaki untuk beberapa km terakhir.
Sekolah Raj Govinda adalah sekolah kendalian kerajaan yang terbaik di barat Bengal dan terdapat ratusan pelajar lelaki dan perempuan.
Kelas-kelas di sekolah ini tersusun walaupun kurang kemudahan awam. Pun begitu, ianya tetap dilengkapi kerusi meja, papan hitam dan guru-gurunya adalah komited dan berkelayakan.
Ketika kedatangan para pelajar yang lain, Babar Ali akan duduk di tengah-tengah barisan hadapan.
Babar Ali ialah seorang pelajar yang tinggi, remaja yang kurus, rajin belajar dan segak berpakaian seragam rona biru dan putih.
Beliau rajin mengambil nota-nota pelajaran dan merupakan pelajar contoh. Dia juga ahli keluarga pertama yang mendapat pendidikan sempurna.
Babar sangat beruntung kerana pada waktu itu, mereka belajar secara percuma. Bagaimanapun, Babar Ali hanya perlu membayar baju seragamnya, buku-bukunya dan menaiki beca untuk pergi ke sekolah.
Namun keluarganya tetap perlu mengeluarkan kira-kira 1,800 rupees setahun untuk perbelanjaan sekolah.
Jumlah wang tersebut adalah besar ketika itu. Kebanyakan keluarga miskin yang lain tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah, walaupun pelajaran adalah percuma. Bagaimanapun, Babar Ali nekad untuk membantu rakan-rakannya yang miskin di kampungnya. Sejurus habis kelas, Babar Ali tidak akan bermain seperti rakan-rakan yang lain tetapi terus bergegas pulang untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekampungnya.
Babar Ali akan membunyikan loceng apabila sampai di rumahnya. Rakan-rakannya berpusu-pusu datang untuk menunggu "kelas" Babar.
Babar Ali dan kanak-kanak itu akan menyanyi lagu kebangsaan sebelum pelajaran bermula.
Dengan gaya berdiri di atas satu pentas, Babar Ali mengajar 'pelajar-pelajar'nya tentang disiplin sebelum pembelajaran bermula.
Babar Ali mengajar mereka sebagaimana dia mendengarnya daripada guru-gurunya. Sesetengah kanak-kanak duduk di atas lumpur serta bangku yang usang dan agak goyah.
Babar Ali baru berusia sembilan tahun apabila dia mula "mengajar" beberapa kawannya secara suka-suka. Kawan-kawan pula gemar mengikuti "kelasnya".
Sekarang "sekolah" itu mempunyai 800 pelajar. Semuanya berasal dari keluarga miskin. Kebanyakan datang belajar selepas bekerja atau bercucuk tanam di padang.
Pihak berkuasa tempatan mengiktiraf "sekolah" itu kerana ia meningkatkan kadar celik huruf di kampung itu. Babar Ali telah memenangi pelbagai anugerah kerana jasanya berkongsi ilmu.
Isnin, 12 Oktober 2009
Pengalaman padas di VK: Kasih Ibu mengatasi kesakitan yg ditanggungnya
Alhamdulillah aku berpeluang melihat 3 partus pervaginam (partus normal). Cuma ibu2 yg dimasukkan di sini mempunyai pelbagai kelainan seperti KPD (ketuban pecah dini / preterm rupture membrane), CPD (cephalopelvic disporpotion), PEB (preeklampsia berat), distocia, Placenta previa dll. Semalam ada kasus yg perlu SC, tapi takde rezeki lak nak lihat sebab doktor tak dapat dtg...
Untuk kes yg pertama, Ibu tu dah G3P2A0 (Gravid 3,Partus 2, Aborsi 0), umur dia 40thn!.. Working diagnosis: PEB + KPD, ibu tu dah masuk dari petang lagi.. dan dari petang sampai malam dia merungut-rungut sakit dgn kuat... "mama.. sakit, mama.. sakit.." huhu di ulang-ulang sampai suster tu naik marah kat dia.. agak lucu juga... tapi mungkin dia benar2 tidak tahan kesakitan tersebut.. masa tu pembukaan (effacement) dia baru 3 cm. Rencananya kalau malam tu tidak ada kemajuan juga, mungkin akan di SC. Tapi alhamdulillah setelah lebih 8 jam menderita kesakitan, akhirnya cervical effacement and cervical dilatation dia membuka lengkap; 10cm & position kepala bayi dia dah sampai houge 2...
"Ibu ngejannya yg benar... lehernya ditekuk, lihat perutnya.. giginya dirapat.. pegang kakinya.. bila udah mules.. ngejan yg keras ya.. kayak mau BAB"
"Ayo ibu semangat.. dikit lagi, kepalanya bayinya udah kelihatan tu.. yuk semangat, pasti bisa.. kasian bayinya kelamaan.. yuk ibu; bismillah" bidan2 cuba memimpin ibu itu utk mengejan (push).
Alhamdulillah segalanya berakhir setelah kepala si bayi berjaya keluar langsung di sambut oleh bidan dan di suction saluran nafas dan mulutnya.. Hehe tangisan sang bayi melega kami semua yg turut sama tegang dan berharap agar kesakitan yg ditanggung si ibu utk melahirkan segera berlalu... Setelah second stage (dari fasa aktif sehinggalah bayi dilahirkan), bayi tersebut dibersihkan dan plasenta dia dipotong; cuma di lap dengan kain sahaja, tidak menggunakan air agar vernix caseosa yg ada di kulit bayi tidak hilang. Vernix atau bahan seperti wax ini berguna utk memelihara suhu tubuh bayi agar tidak terlalu sejuk...
Masih belum selesai, sekarang masuk pada third stage; plasenta delivery... setelah dilakukan perasat kusner.. seharusnya plasenta dapat keluar dgn sendirinya.. setelah keluar, plasenta diperiksa, takut ada bahagian yg tertinggal sehingga boleh menyebabkan pendarahan yg hebat... Setelah itu, sampailah ke fase hecting (jahit) kesan robekan perineum.. Hehe boleh tak bayangkan hecting tanpa anestesi??.. sekali lagi kesakitan perlu ditanggung oleh sang ibu, demi melahirkan seorang anak!..
Sebenarnya terus terang aku sungguh kagum dengan semangat seorang lagi ibu ini.. Ibu ini juga mengalami masalah distocia.. setelah hampir sejam dipimpin oleh bidan utk mengedan, dia masih tidak mampu lagi.. kelihatannya seperti sudah keletihan.. Akhirnya setelah di konsul dgn Dr Obgyn yg bertanggungjawab, ibu itu telah dianjurkan utk di vaccum anaknya (Vaccum extraction). Dr dari IGD(ER) telah dipanggil utk melakukan vaccum tersebut.. Alhamdulillah kami sekelompok berpeluang melihat bagaimana vaccum dilakukan. selama ini hanya baca teori di buku je.. at lease kepala mesti sudah sampai houge 3..Kesan Vaccum di kepala bayi.. tapi dalam seminggu bentuknya akan kembali normal.
Kenapa aku sangat kagum dgn ibu ini... dari awal masuk sedikitpun dia tidak mengeluh kesakitan yg ditanggungnya.. walaupun dari mukanya jelas kelihatan yg dia berusaha semampu mungkin demi melahirkan seorang anak yg di nanti-nantikannya.. Sang suami dan ibunya setia menanti di luar ward dgn penuh doa dan pengharapan agar isterinya selamat melahirkan..
Aku turut sama berdoa dan mengharapkan agar Allah beri kekuatan kepada ibu tu selama proses vaccum itu berlaku.. Melihat cara doktor itu menarik anak itu keluar... risau lak aku takut anak itu terlepas jatuh ke bawah, tapi bidan dah ready utk menyambut. Alhamdulillah setelah hampir 5 minit di cuba dan diepistomi.. bayi yang bertuah itu akhirnya berjaya dilahirkan.. sekali lagi rasa terharu dan insaf dengan sendirinya datang dalam diri aku.. wajah emak di rumah segera muncul mengingatkan aku tentang besarnya jasa dan pengorbanan sang ibu yg bersusah payah mengandung dan menahan kesakitan utk melahirkan aku...
" Adik bila besar nanti jadi anak yang baik... gembirakan ibubapa yg telah byk berkorban utk kita... jadilah anak yg soleh dan solehah.. penuhi harapan mereka yg pastinya tinggi utk melihat anaknya berjaya... sekurang-kurangnya dua kegembiraan dan kebahagian yg sentiasa didambakan oleh emak ayah kita... Anaknya punya AKHLAK yg baik, dan juga BERJAYA dalam pelajaran dan kerjaya.." kalau bayi itu boleh memahami apa yg aku cakap, hal inilah yg ingin aku pesan pada dia dan juga pada diri aku...
Kesimpulannya.. pengalaman jaga malam di VK malam semalam benar2 mengingatkan aku akan kesakitan dan kesukaran yg terpaksa di tanggung oleh seorang ibu sehingga tidak ada alasan utk aku utk berbakti sebaik mungkin dan membalas jasa ibu aku... Yuk teman-teman, mari sama-sama kita berusaha utk mengembirakan dan membalas jasa ibu ayah kita dengan cuba menjaga Akhlak dan belajar sungguh2 sehingga kita boleh berjaya dalam stdy mahupun kerjaya kita kelak.... Moga Allah permudahkan..
Sabtu, 10 Oktober 2009
Tugasan Keseimbangan Cairan Dr Mardi
Zahril Akmal b Usaili NIM:10-2005-145
Tuan A, 66 tahun; BB:70kg, muntah-muntah 6x/hari, 1x muntah 150cc. Buang Air Kecil(BAK): 9x/hr, 1x BAK 225cc. Penderita ada DM. Panas badan pada waktu ke rumah sakit. Suhu: 39*, tugor <, elastisitas<, Orang sakit(OS) tidak bias makan cukup, hanya lebih kurang ½ mangkok 3x/hari masing-masing 125cc(300kCal). OS bias minum 3 ½ gelas/24jam. Diperlukan infuse makanan dan cairan.
Pilihan infuse di rumah sakit: RD, RL, RA, KA-EN 3B, D10,NS 0.9%, Triofusin 600, Triofusin 1000, Triparen 1, Triparen 2.
Buat pilihan cairan & perbandingan cairan serta berapa tetes per menit.
1) Kebutuhan cairan Tn A:
Kebutuhan seharian: 25cc x 70kg = 1750cc
Balans cairan; Input: Makan= 125cc x 3 = 375cc Output: Muntah= 150cc x 6= 900cc
Minum= 3 ½ x 200cc = 700cc BAK= 225cc x 9= 2025cc
: 1075cc IWL= 800cc (demam )
: 3725cc
Balans cairan Tn A= 1075cc – 3725cc = -2650cc
Kebutuhan keseluruhan cairan Tn A = 1750cc + 2650cc = 4400cc (4500cc=9kolf)/24jam.
2) Kebutuhan Kalori Tn A:
25kCal x 70kg = 1750 kCal
Kalori yg dipenuhi per oral = 300kCal x 3 = 900kCal
Kalori yg masih diperlukan (perenteral) = 1750kCal – 900kCal = 850kCal
3) Kebutuhan Protein Tn A:
1-2g/kgbb/hari = 1g x 70 = 70g/hari.
4) Kebutuhan elektrolit Tn A:
Na: 100meq/hari, K: 1 meq/kgbb/hari = 70meq/hari.
Pilihan cairan
Cairan | Kalori (kCal/L) | Protein | Na (mEq/L) | K(mEq/L) | Kemasan (ml) |
KA-EN3B | 108 x 4 | - | 50 x 4 | 20 x 4 | 500 x 4 |
RL | - | - | 130 x 4 | 4 x 4 | 500 x 4 |
Dextrose 10% | 400 x 1 | - | - | - | 500 x 1 |
Total | 832 | - | 720 | 96 | 4500 |
Rancangan perbandingan cairan; D10 : RL : KA-EN3B = 1:4:4 / 24jam
Metode pemberian cairan : Menggunakan Infus set makro (15tetes/1cc), Infus 9 kolf/24 jam = 1kolf/2,7jam secara bergantian dengan 46 tetes / menit.
(500cc x 15tetes) / (2,7jam x 60 menit)= 46 tetes/menit
Selasa, 6 Oktober 2009
Di ICU... hari ke-8 padas
Di ICU, aku jumpa beberapa kasus yg kalau sebelum ini sepertinya tak percaya.. sebab Dr Mardi sering buat kasus seperti itu dalam ujian IPD.. hehe Kasus CKD, DM type II dan MCI... selain itu ada kasus MCI.. ehm kat sini baru terasa manfaatnya belajar ECG doktor didi tu.. tetapi kadang2 bingung juga aku dibuatnya... Just nak sharing hasil EKG tu kat sini:
Ehm kalau di analisa EKG ini.. pasien ini terdapat STEMI pada LIII & AVF, ada LAD (left axis deviation), ada Q wave pada L III, AVF dan V1. So Infark dia maybe berada di area ventrikel kanan bawah...
Selain itu aku belajar cara fluid ballance di ICU.. Intake: enteral(lewat NGT) & perenteral (biasanya utk pasien jantung I kolf/24jam 1 kolf=500cc). Utk output: dari kateter, NGT, IWL(invisible water lost = 10cc/kgbb, kalau dia demam, 1 celcius meningkat ditambah 10% dari jumlah IWL yg dah dikira td). Ok utk pasein di atas tadi doktor instuksikan 1 kolf/24 jam. meaning 500cc/24j. Infus set yg biasa di pakai di RS koja 1cc=15 tetes; so (500x15)/(24x60)= 6 tetes/menit yg perlu dimasukan ke pasein tersebut. 6 tetes/menit.. so setiap tetes 10detik (utk set up alat infus tu)..
Ehm tu sedikit sebanyak yg leh aku belajar dan leh share utk hari ini.. hehe malamnya aku berjalan2 di mall of indonesia... skang balik kosan baru nak start stdy skit2.. k moga ada manfaatnya... mohon doanya.
Ahad, 4 Oktober 2009
Pengalaman Padas di Koja 2
Sudah seminggu kami padas di koja, tinggal lg 3 mgg baru selesai.. kemarin aku berkesempatan untuk oncall di IGD (ER) dari jam 4 pm sampai 5 am besoknya.. pulang kosan kejap, pastu masuk semula ke VK (bagian obsetrik) sampai jam 11 am.. Alhamdulillah banyak pengalaman dan tindakan baru yg dapat aku lakukan.. yg paling penting kena fit!! sebab almost 80% kena berdiri..
Kes pertama aku kena anamnesa (history taking) ibu yg dtg dgn keluhan sesak nafas dan nyeri bagian epigastrikum.. aku diminta utk membuat status rumah sakit pasien tersebut.. dari anamnesa sampailah pemeriksaan tanda2 vital (HR, BP, RR, Temp). Untuk setiap pasein baru yg datang, benda ini yg pertama kali perlu dilakukan.. setelah selesai, beri pada doktor yg bertugas ketika itu.. utk pasien yg dtg dgn keluhan sesak nafas, langsung pasang oksigen tube, 2L/min utk sesak biasa.. >4L/min utk yg sesak berat.
Selain itu, aku berpeluang utk melihat kes stroke.. BP: 240/120, bila doktor suruh angkat kedua tangan dan kaki.. hanya sebelah kiri aja yg mampu diangkat.. so doktor suspect stroke, aku di suruh utk buat ECG, sementara doktor mencadangkan CT scan utk memastikan stroke hemorrhagic / ischemic. Ada juga kes anak CP (cerebral palsy), appearance dia sgt khas.. seolah2 kejang2 dgn mata yg agak menonjol ke luar dan anggota ekstremitas yg sedikit hiperfleksi.. selain itu terdapat banyak pasien anak yg dtg dgn keluhan diarrhea, kejang demam, infeksi bronchopneumonia.. yg susahnya pada anak ini bila nak pasang infus set.. anak satu kes tu, sampai ke-empat2 eks dia di tusuk tapi masih gagal.. hampir sejam anak tu menangis tanpa henti.. ibunya pula sampai tak sanggup nak lihat dan turut menangis.. alhamdulillah nasib baik jumpa juga vena dia utk infus..
Malam tu juga aku berpeluang melihat kes trauma sayat di daerah dahi akibat terkena kaca.. agak dalam juga luka dia, lepas debridement langsung di hecting (jahit) tipe satu satu.. ada gak pasein yg ibu jarinya putus kerana terkena mesin, utk kes ini langsung dirujuk ke rs cipto ui kerana di koja tak blh nak sambung balik ibu jari tu.. so bagian yg putus tu kena masuk dalam plastik dan diletak ais di luarnya.. seboleh2nya dalam masa setengah jam pasien tersebut kena segera ke cipto sebelum jaringan itu rosak...
Selain itu ada 2 org datang dgn simptom BPH, bapak2 yg sudah >60thn dgn keluhan nyeri ketika miksi (kencing), kes yg pertama langsung pasang kateter, aku lihat cara perawat tu pasang.. utk kes yg kedua aku diminta oleh perawat tu utk pasang sendiri kateter.. huhu cuba mem 'PD'kan diri.. aku pasang je.. tapi ada prob lak.. sebab bapak tu maybe ada stiktur pada urethra dia.. doktor cuba pun masih tak leh.. lepas tu langsung doktor decide utk buat pungsi vesica urinaria dia.. baru boleh keluar air kencing dia dgn lancar...
Malam tu aku jumpa kes DHF, Typhoid, Asma, Tumor di suprapubis yg sgt besar, kes Miom, suspect appendicitis, vertigo, cacar air... ehm banyak giler yg dah lupa. kena baca lagi ni.. this time for sure aku baca dgn tujuan dgn lebih jelas... iaitu apa yg aku perlu lakukan bila berhadapan lagi dgn kes macam itu...
For now onwords, insyaallah aku akan cuba sharing segala pengalaman aku semasa padas mahupun koas nnt di dalam blog ni.. mungkin dgn lebih details kes demi kes sebagai nota bagi diri aku sebagai doktor di masa depan. sebenarnya aku bercadang untuk wujudkan satu blog khusus buat semua koas2 anak malaysia di ukrida utk sama2 sharing kes2 yg dorang presentasikan.. alang2 kena siapkan utk presentasi konsulan... tak salahnya kalau langsung je di upload di blog sebagai rujukan teman2 dan adik2 junior yg lain... insyaAllah nanti aku usulkan... moga dapat bermanfaat utk semua...
Sabtu, 3 Oktober 2009
Pengalaman Padas di Koja 1
Bila dah di rumah sakit ini memang sangat berlainan rasanya... tujuan aku semakin jelas, aku nak mengetahui sebanyak mungkin apa sahaja mengenai kedoktoran. Pokoknya aku mesti faham dan menguasai sesuatu penyakit itu... sebab aku sendiri akan berhadapan dgn pesakit aku..
“ Doc mahu makan apa?.. mahu pakai senduk ga?” Tanya ibu cafe koja kat aku...
“Terima kasih ya doc”
“Anak saya ni dari kemarin ga bias tidor doc..”
Huhu walaupun baru padas.. pasien dah panggil aku doc dah.. hehe mungkin kitorang pakai snelly macam doctor benaran kut.. bila dengar macam tu rasa segan lak aku dibuatnya.. Tapi nak tak nak kena berusaha semampu mungkin utk mencari ilmu sebanyak yg boleh... walaupun sangat meletihkan.. tapi hakikat inilah yg perlu ditempuhi... Mana taknya hari2 sebelum jam 7am dah kena ada di rumah sakit.. kadang ada kuliah pembimbing.. jam 9-12pm kena rotasi poliklinik.. rehat jap sampai jam 1pm.. setelah itu ada rotasi bangsal ataupun tindakan sehinggalah jam 4pm... 80% masa tak leh duduk... Kalau tiba giliran jaga malam, kena masuk jam 4pm sehinggalah jam 5am besoknya.. balik kosan kejap, mandi dan siap2... jam 7 kena masuk RS Koja lagi..
Bagi aku masa padas ni sebenarnya adalah pendedahan kepada bakal calon2 koas tentang suasana kerja di rumah sakit.. intinya bagaimana pengurusan dan keperluan setiap bagian yg perlu dilakukan ketika koas nnt.. satu lagi sebagai persiapan dari segi fizikal dan mental! Mental kena kuat... sehingga ada yg membuat trias koas: “Ya Doc”... “maaf Doc”...“Terima kasih Doc”... Pokoknya koas kena bersedia dan banyak bersabar berhadapan dgn semua ini... dengan kondisi penatnya.. kena marah dgn doctor di depan perawat.. dengan kekangan waktu utk menyiapkan status pasien.. tugasan dosen.. dan macam2 lagi... senang cerita mental perlu kuat!!
Dari segi ilmu ataupun penguasaan teori pula... memang ada sedikit kelainan dari masa kuliah kemarin.. semuanya mengutamakan praktis klinis. Kita perlu benar2 menguasai sesuatu penyakit tersebut!... kerana dari A to Z doctor akan Tanya satu persatu.. dari pasien masuk sampailah dia sembuh.. apa yg nak kita lakukan... Sekali lagi reality!! Anamnesis dan pemeriksaan fisik sangat penting.. tapi kalau nak mantap kat anamnesis.. ilmu tentang penyakit itu kenalah mantap.. baru kita boleh mengarahkan pertanyaan kearah working diagnosis dan mengajukan pertanyaan untuk menyingkirkan differential diagnosis kita..
Lagi satu yg aku nak share kat sini... team work dan kekompakkan sangat penting.. kalau semasa kuliah mungkin kita boleh belajar dan menguasai sesuatu topic itu sendirian... tetapi lain halnya dengan koas..Jangan sesekali rasa kita semua dah tahu, kerana pasti kita membutuhkan member utk memantapkan pengetahuan kita.. semua kena bekerja dan saling sharing dalam satu team.. kena saling hormat menghormati.. aktif berdiskusi... lontarkan pendapat.. bantah dgn hujah dan rasional... semua ini dibutuhkan semasa koas... Jangan takut2 utk menjawab bila ditanya.. kerana bila kita respond walaupun salah, sebenarnya lagi menyebabkan kita lebih igt...
Ish3 banyak benda yg perlu aku belajar dan perbaiki lagi... utk menjadi doctor yg baik dan hebat bukan senang.. kena banyak berkorban dan berusaha seoptimal mungkin.. kerana kita dihantar ke sini bersama2 satu amanah yg sangat berat .. bukan hanya sekadar menjadi doctor biasa.. tetapi sekurang2nya kita dapat menjadi doctor yg hebat dan luar biasa terutama dari segi ilmu, skills dan attitude nya.. InsyaAllah mohon doa dari teman2 semua agar Allah bagi kekuatan dan memudahkan kepada kami untuk menunaikan amanah ini sebaik mungkin.....
Khamis, 1 Oktober 2009
Mendambakan sebuah keadilan...
Semalam Kes perbicaraan ayah aku bersambung semula.. setelah lebih dari setahun tangguh demi tangguh dgn pelbagai alasan . Sebagai seorang anak agak tidak adil untuk aku mengulas kes ini kerana sudah pasti aku akan menyebelahi ayah aku... Tetapi lagi sekali.. jauh di sudut hati aku... aku yakin dgn ayah aku, kerana dialah yg menjadi idola aku selama ini...
Aku membesar dalam keluarga yg berpolitik... di sebabkan politik ayah aku telah membuat pilihan dalam hidupnya utk berhenti berkhidmat sbg kapten dalam angkatan tentera darat.. di sebabkan politik ayah aku sanggup siang malam mengorbankan sebahagian besar masa dan tenaga utk turun ke akar umbi menolong dan berkhidmat kepada masyarakat.. dan kerana politik juga ayah aku terpaksa berdepan dengan pertuduhan rasuah ini yg aku sendiripun tidak tahu bila akan selesai...
Aku tidak menyalahkan politik.. kerana ianya juga adalah sebahagian dari yg dituntut agama.. Cuma aku terkilan kerana politik manusia sanggup melakukan apa sahaja cara demi mengejar kuasa yg diimpi-impikan..
“ Ko nanti tak payahlah nak terlibat dgn politik, nanti jadi macam bapak” pesan kakak aku...
“Dah lama dah bapak ko berpolitik.. tapi satu apapun tak dapat.. keluar duit sendiri lagi adalah, dia tak peduli apa orang nak kata, walaupun sering diperlekehkan.. dia tetap juga nak berpolitik”
Bila difikirkan ada benarnya juga... dari aku kecil aku lihat ayah aku bertungkus lumus bekerja dan bergerak menjadi ahli politik.. dari kecil lagi aku terdedah dengan pelbagai cerita dan ragam org politik.. setiap kali ayah aku bersembang di rumah dgn member2 politik dia, sekali sekala aku curi2 dengar.. so sedikit sebanyak sepak terajang reality orang berpolitik aku tahu dan pernah dgr... Di luar kelihatan semuanya baik dan tenang, kerana masing2 berpura-pura... hakikat yg aku dapat lihat adalah dalam politik semua benda blh terjadi.. hari ini mungkin menjadi kawan yg paling rapat.. tapi besok mungkin menjadi musuh yg paling utama... kerana masing2 mengejar kuasa yg barangkali mereka lupa yg kuasa itu akan memperlambatkan perhintungan mereka di perbicaraan Allah kelak...
Perebutan kuasa politik di negeri Perak sejak Mac 2008 yg lalu tidak pernah selesai selagi DUN tidak dibubarkan dan hak dikembalikan kepada rakyat utk memilih pemimpin pilihan mereka... Kehilangan kuasa yg tidak pernah dibayangkan oleh mereka sejak 52thn yg lalu menyebabkan episode demi episode yg sangat memalukan dan tidak berkesudahan... disebabkan 3 org manusia habis satu kerajaan pilihan seluruh rakyat perak tumbang!.. malangnya kerajaan kudeta yg naik itu tetap mendakwa rakyat bersama2 mereka.. ironinya mereka takut utk berdepan dgn rakyat dgn membubarkan DUN...
Mengenai kes pertuduhan rasuah yg ayah aku hadapi, aku harap makamah dapat menyelesaikannya dgn segera dan adil.. Terus terang aku tidak akan pernah malu berhadapan terutamanya dgn sahabat2 aku kerana aku yakin ayah aku sekalipun tidak akan mengambil rasuah... jika dia mahu dari dahulu lg, masa dia jadi ADUN 1999 dulupun dia boleh menerima tawaran yg jauh lebih besar lg... Tambahan pula sejak dari dulu tak pernahpun ayah aku mempunyai duit yg banyak sehingga blh dirasai oleh kami sekeluarga... malah banyak dari wangnya dihabiskan dalam perjuangan politik dia...
Apapun sebagai anak aku akan terus memberi sokongan kepada ayah aku untuk terus berjuang semampu mungkin dalam mengejar cita2 politiknya utk terus berkhidmat dan memperjuangkan harapan rakyat... Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada ayah aku dalam menghadapi ujian yg Allah berikan ini.
Sudah 2 hari aku di RS Koja, padas agak penat dan meletihkan!... tapi Alhamdulillah semakin byk yg dapat aku perlajari. InsyaAllah next time aku akan kongsi pengalaman aku selama aku ber Padas (preclinical) di sini.. mohon doanya teman2, mohon doanya juga agar kes makamah ayah aku dapat diselesaikan dgn adil dan segera ....