Selasa, 28 April 2009

Sajak dari sahabatku Khairul Shakir...

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi

Ya Allah,
Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa,
saya gembira,
Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang

Ya Allah,
Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya,
buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
na`uzubillah,
Berpisah mati,
inshaAllah,
Pengubat hati,
do`a rabitah.

Isnin, 27 April 2009

Komen aku kepada artikel MSO..

ini artikel saudara MSO Berkenaan Hero yg tiada kuasa...

Saudara MSO.. izinkan saya komen dari kaca mata anak muda yg lahir dan membesar di Perak.... Ir Nizar memang seolah2 lahir dan bersinar dek kerana krisis rampasan kuasa di Perak...

Tapi saya percaya, sedikit pun tidak terlintas di hatinya yg dia akan di pilih oleh Allah utk memimpin rakyat perak...Bagi kami generasi muda di Perak... beliau adalah satu icon baru perjuangan rakyat menuntut kebenaran...

Oleh itu saya tidak bersetuju jika tuan MSO menyatakan yg Pas dan rakyat Perak kehilangan seorg pemimpin yg berbakat besar...

Hakikatnya saya dan ramai lagi kawan2 segenerasi dgn saya sudah mula sedar dan celik politik, hanya kerana isu rampasan kuasa ini....Realitinya mungkin benar pendapat tuan MSO yg sultan Perak tidak mungkin menerima IR Nizar sebagai MB lagi... tapi itu bukanlah keperluan utama kami... keperluan kami anak2 muda adalah seseorang yg blh dijadikan icon, contoh dan ikutan dalam perjuangan.. dan Ir Nizar adalah salah sorangnya..

Terus terang icon pimpinan politik saya sbg anak muda adalah DSAI, TGNA, DS Nizar, YB saifudin, YB salehudin Ayub, YB Yusmadi, YB Nik Nazmi. YB Nurul Izzah.. org2 inilah yg akan mewarnai pentas politik malaysia 10-20 thn akan datang....

Apapun moga saya dapat turut sama berjuang bersama2 mereka kelak demi agama dan negara kita..

- AKMAL

Ahad, 26 April 2009

Adakah Kau Lupa????

Adakah Kau lupa, kita pernah berjaya, adakah kau lupa kita pernah berkuasa...
memayungi 2/3 dunia.. merentas benua, melayari samudera...

Keimanan juga ketaqwaan rahsia mereka capai kejayaan..

Bangunlah wahai anak bangsa.. kita bina kekuatan jiwa teguh ditangan perjuangan.. Gemilang generasi yg silam.. membawa arus perubahan.. keikhlasan hati dan nurani... ketulusan jiwa mereka berjuang...

Sejarah telah mengajar kita.. budaya islam diserata dunia... membina tamadun berjaya... berubah mengangkat maruah...






Sesekali terkenang dan menghayati lagu di atas.. menyebabkan aku tertanya2 apakah yg telah aku sumbangkan demi kebangkitan agama ini??? Malah aku sendiri byk menjadi penghalang dek kerana pribadi dan akhlak aku yg masih jauh dan tidak cocok dengan Islam...

Aku berjuang datang jauh2 ke negara orang demi menuntut ilmu dan mengejar cita2 aku... Oh ya.. apa cita2 aku ek?? Ehm niat di hati nak jati seorang doktor specialist or neurologist yg bermanfaat utk byk orang... Aku bercita2 utk memiliki rumah sakit sendiri... aku bercita2 utk menjadi seorang doktor yg terbaik... aku nak orang akui ilmu dan skill yg aku ada...

Tapi... sekali lagi adakah aku lupa????? adakah aku lupa apa yg perlu aku lakukan demi kebangkitan Islam!.. Subhanallah... ampuni aku Ya Allah jika selama ini aku tidak bersungguh2 utk memperbaiki diri demi menjadi seorang mukmin yg terbaik... yang mampu menyumbang dan memainkan peranan dalam kebangkitan Islam...

Apapun... bagi aku, ladang dakwah aku adalah dalam bidang aku sebagai seorang doktor.. Aku perlu melengkapkan diri aku dengan sebanyak mungkin ilmu Allah dalam bidang kedokteran ini.. Aku perlu sesungguh mungkin utk mengobati diri dan jiwa aku, sebelum aku dapat mengobati fisik dan jiwa pesakit aku... Ya Allah bantulah aku ... janganlah engkau sibukan aku dengan perkara2 yg menyebabkan aku lupa kepada tanggungjawab aku ini.. janganlah engkau palingkan hati aku dari terus memperbaiki diri dan membantu agama mu...

Sabtu, 25 April 2009

Meshary Alarada - Farshy AlTurab Islamic Nasheed






Ayuh sahabat2 semua kita buat persiapan utk sesuatu yg PASTI!!!!... manusia yg paling bijak adalah manusia yg paling byk mengingati mati, dan membuat persiapan utk menghadapinya....

Jumaat, 24 April 2009

The Complete Human

Thanks usop for this amazing video...
For more, just visit this website


Khamis, 23 April 2009

Ape cerite DUN mike yop!!!

Dah nak masuk 3 bulan sejak krisis politik melanda negeri Perak yg aku cintai.... sampai sekarang seperti tiada penghujungnya... lepas satu episode selesai, timbul pula episode yg lain... turun naik mahkamah.. keluar masuk balai polis... turun naik bukit... jual beli camry.. derhaka sana sini... sidang media merata alam... aku benar, ko salah... aku dah menang... mohon restu rakyat... pertahankan kemenangan rakyat.... hina DUN.. Hina makamah... Hina Masjid... huhu tak larat aku nak tulis, macam2 ada... sampai aku pun pening kepala memikirkan masa depan rakyat di negeri Perak ni....

Apapun aku tetap yakin dan berharap segala yg berlaku ini mempunyai hikmah yg tidak sedikit utk kita tafakuri.. Kita merancang, Allah swt juga merancang dan pastinya perancangan Allah yg terbaik.....

Dalam menanti 7 mei ini.. macam2 andaian dan jangkaan org ramai ttg apa yg berlaku di sidang DUN Perak itu nnt... aku nak share andaian yg ditulis oleh sahabat kita ni... hehe... pening, bingung, menarik, lawak... semua ada....

Aku pastekan kat bawah ni.. nak baca lengkap di sini...

Aku ni masih takut lagilah, sebab aku rakyat marhaen. Semangat tak tinggi tara mana. Kemudian aku belek-belek lagi blog dalam internet. Rupa-rupanya ada sorang lagi. Peguam Hanifa Maidin. Dia ni bukan sekadar buat tak kesah dengan deklarasi mahkamah Persekutuan yang diumum dalam Utusan Malaysia, tapi siap tulis macam-macam hujah lagi yang mengatakan deklarasi itu nilainya satu sen. Macam-macam istilah yang dikemukakan. `Perintah certiory’lah, perintah `mandamus’lah dan entah apa-apa lagi. Selama ni aku tahu `Saya yang menurut perintah’ je. Rupa-rupanya macam-macam perintah ada.

Yang lawaknya Hanipa Maidin bukan berhujah dalam mahkamah, tapi dalam blog di internet. Hujah di mahkamah dah habis, kira macam dah tiup wisel la. Hanipa Maidin pi berhujah lagi diluar mahkamah. Tulis macam-macam dan minta sekalian rakyat Malaysia baca.
Mungkin ramai yang marah bila aku kata Hanipa Maidin macam buat lawak. Tapi yang aku lebih terkejut lagi, ada yang lebih lawak lagi. Dalam Hanipa Maidin pi berhujah di luar mahkamah tu, rupa-rupanya Dato’ Hafarizam peguam UMNO pegi sambut pulak hujah tu dan berhujah di luar mahkamah jugak. Macam-macam dia tulis, mintak rakyat Malaysia baca jugak..

Itu yang lawak tu, ibarat main bola la.. Tiba-tiba kita dengar macam bunyi wisel panjang, tanda permainan dah habis. Ada satu kumpulan bersorak kata `team’ dia menang, kemenangan bersejarah. Tapi `team’ satu lagi buat tak kisah je, terus jugak ambil bola dan gelecek-gelecek bola tu nak `score’ ke pintu gol lawan. Yang lawaknya `team’ yang mengaku menang tadi pergi patah balik jugak ke padang berebut bola tadi. Suruh jugak orang ramai tengok. Kalau dah mengaku menang, balik rumah laa, cuci kasut bola. Ini tidak, patah balik pergi berebut bola tadi.


Itu yang aku penin dan celaghu, sapa yang tiup wisel tadi? Pengadil ke penjaga garisan? Kalau pengadil yang tiup, kira settle la, tapi kalau penjaga garisan yang tiup, itu pasal la `team’ yang kononnya kalah tu selamba saja pi sambung main bola dan `team’ yang kononnya menang tu terpaksa sambung balik perlawanan. Masalahnya sapa patut jadi pengadil? Kedua-dua `team’ sudah minta supaya sekalian penonton tengok, maknanya mereka minta penonton (rakyat) jadi pengadil ke?


Patah balik pada DUN Perak. Aku cukup risau bila DUN bersidang 7 Mei nanti. Bukan apa, malam tadi aku tengok berita. Ada perlawanan bolasepak di Argentina disiarkan dalam berita malam tadi. Dihujung perlawanan, pemain-pemain bergaduh satu sama lain. Bukan pemain saja, pengadil pun tumbuk menumbuk dengan pemain. Bukan pengadil saja, penonton kat `stand’ pun turun pi balon sekali sapa yang depa tak puas hati.

Itu yang aku risau, takut peristiwa lawak sedih kat stadium Argentina tu berlaku kat DUN Perak. Maklumlah, punca-puncanya ada. YB Nizar pun ada sebut, bila DUN bersidang acara pertamanya ialah pertandingan berebut kerusi Menteri Besar dulu, sebab dia tak pernah letak jawatan Menteri Besar. Mahkamah pun tak isytihar jawatan Menteri Besar dia gugur. Lepas tu berebut tempat pulak sapa kerajaan dan sapa pembangkang. YB Hamidah dari UMNO pun ada sebut, Speaker berkuasa penuh menentukan tempat duduk ADUN.

Lepas tu apa pulak akan jadi tak tahulah. Takkan nak bawak polis dan FRU masuk dalam Dewan Persidangan. Takat letak polis dan FRU kat pintu pagar bangunan SUK boleh lah. Kalau bawak masuk polis dan FRU sekali dengan water cannon masuk dalam dewan, tu lagilah lawak.. Peristiwa sangat bersejarah.

Kalau Speaker YB Sivakumar tiba-tiba jadi Adun lompat macam 3 ekor katak tu mungkin UMNO/BN boleh kata masalah mereka selesai. Tapi dalam keadaan Pakatan Rakyat menang 4 kali pilihan raya kecil, adakah YB Sivakumar yang begitu tegas melawan BN sebelum ini akan melompat?

Entahlah, `thrill’ sungguh aku rasa DUN Perak ni.. Macam siri cerita-cerita `box office’ kat TV je..

http://suaradarigunung.blogspot.com/2009/04/dun-perak-celaghu-penin-dan-lawak.html


Hehe... jangan apa yg diceritakan ini betul2 berlaku dah lah... malu aku nak jadi org Perak lagi....

Selasa, 21 April 2009

Indahnya kebersamaan di Jalan Allah...

Aku sangat merindukan suasana seperti dalam youtube dibawah ni... ramai member2 masa kmb dulu, jealous lak lihat dorang dapat sama2 membina fikrah dan melatih diri dalam rangka menjadi pejuang2 di jalan Allah.....


Jumaat, 17 April 2009

Menjelang AGM Pkpmi Jakarta...

Alhamdulillah akhirnya PKPMI Caw Jakarta menetapkan 19/4/09, Ahad ini untuk mengadakan Mesyuarat Agung.. Selamat bermesyuarat aku ucapkan.. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Nabeih dan barisan kepimpinan Pkpmi Jakarta sesi lalu kerana telah berjaya mengemudi pkpmi dgn baik...

Sekali lagi aku nak ingatkan... persatuan wujud kerana adanya ahli-ahli yg sama-sama mendukung visi dan misi persatuan.. Oleh itu ahli adalah objek dan target kepada persatuan utk memberi manfaat sebanyak mungkin kepada mereka... Tanpa ahli yg sama2 mendokong dan bergotong-royong menjayakan misi dan matlamat persatuan, tak mungkin persatuan itu dapat berfungsi dengan optimum...

Terus terang aku lihat ramai sahabat2 semua yg semakin kurang peduli dan ambil tahu tentang persatuan pelajar; Pkpmi khususnya.... Memang di Jakarta kita boleh hidup sendiri tanpa memperdulikan hal-hal orang lain; mungkin kita hanya memerlukan persatuan dalam urusan imigrasi sahaja.. selesai masalah kitas dan ERP, kita tak perlu ambil tahu lagi hal2 lain....

"Ada program apa kat kedubes ahad ini? Tak tahu pun...."

"Malas lah nak datang, kena bayar teksi lagi.. kalau bas disediakan boleh r"

"Tak boleh datanglah... minggu depan ada exam, banyak lagi tak study ni... lagipun aku dah ada urusan lain"

"Tengoklah nanti, tak boleh janji... kalau rajin saya datang lah"

Di antara jawapan2 yg diberi bila aku tanya pasal AGM Pkpmi Ahad ini.... Mungkin aku pun akan beri jawapan yg sama jika aku tidak terlibat apa2 dengan pkpmi... cuma aku teringat apa yg sering Ust Hasrizal katakan tentang Aku tidak pedulisme yg banyak melanda terutama generasi2 seumur dengan aku... Bagi aku, kita semua sudah bergelar mahasiswa, bukan budak sekolah lagi!.. tak perlu dipaksa2, sebab masing2 boleh fikir dan membuat pilihan... Aku rasa cukup bab ini...

Kepada sahabat2 semua.. marilah sama2 kita datang dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli kepada sesebuah persatuan... marilah sama2 kita bermesyuarat dan berbincang mengenai apa sahaja masalah yg timbul terutama mengenai kebajikan dan pengajian kita.. Moga dengan kehadiran kita semua sedikit sebanyak dapat memberi idea dan pendapat untuk manfaat kita bersama...

Aku akui sebagai student medic, masa kita tak banyak utk beri komitmen kepada semua aktiviti persatuan.. tapi aku rasa tak rugi jika kita meluangkan masa separuh hari pada hari minggu ini untuk mesyuarat agong yg hanya setahun sekali... sekurang2nya kita menunjukan sikap peduli kita dan tidak hanya mementingkan diri sendiri....

Selamat bermesyuarat dan selamat memilih kepimpinan Pkpmi Jakarta yg baru utk sesi 09/10...

Rabu, 15 April 2009

Mengutip hikmah di sebalik Percutian Aku di Bali...


Hari Pertama 8/4/09

Flight pukul 1030 dari bandara sokarno hatta dan sampai di Bandara Ngurah Rai Bali jam 1330.






Hari Kedua 9/4/09
Banyak tempat yg kami pergi: Pasar Ubud, Kintamani, Goa Gajah, Tapak Siring, Besakih, Batu Bulan


Tample Tapak Siring Bila aku lihat bagaimana mereka sembahyang di tengah-tengah panas macam ni, aku rasa sangat2 bersyukur.. bertapa mudah dan indahnya Islam. Solat kita sangat mudah utk dilaksanakan jika dibandingkan dgn agama lain; Tapi malangnya solatlah benda yg paling berat utk kita laksanakan....









Penyucian diri dari segala dosa dan kesilapan yg kita lakukan di dunia... Masyarakat Hindu Bali percaya, air suci di kolam ini dapat menghapuskan dosa mereka...
Buat kita yg muslim, penyucian diri perlu dilakukan setiap saat dan minit... hanya kepada Allah kita bertaubat dan memohon keampunan..









Hehe kenangan yg penuh keinsafan... Alangkah baiknya jika mereka juga berpeluang utk mengenal Allah swt. Kesungguhan mereka dalam mengamalkan agama menyebabkan aku sangat kagum dgn masyarakat hindu di Bali.. Terus terang aku dapat melihat agama hindu dalam kehidupan seharian mereka... bukan di kuil sahaja... Islam is a way of life, bukan hanya di masjid dan surau sahaja, sama2lah kita cuba menghayatinya...







Temple Besakih
Menurut Mas Nengah yg menjadi tourist guide kami, Besakih adalah pusat ataupun kuil utama di Bali.. Kalau macam agama kita, seperti di Kaabah di Kota Mekah..
Setiap waktu pasti ada penganut agama hindu bersembahyang di sini walaupun tengah malam.

Kebetulan semasa kami datang sini, ada perayaan keagamaan Hindu yg disambut 10 tahun sekali... Memang sangat besar kuil ini...

Menziarah kuil sambil mensyukuri nikmat iman dan Islam yg diberi... Moga satu hari nanti hidayah dan nur islam akan sampai di sini..



Batu Bulan: Tarian Kecak Masyarakat Bali

Tarian Kecak ini mengisahkan bagaimana seorang suami Prince Ramayana berusaha utk menyelamatkan isterinya sita dari diculik oleh King Rahwana dengan mengunakan kuasa jahat. Setelah berusaha melawan kuasa jahat tersebut, akhirnya Prince Ramayana berjaya menyelamatkan Sita...
Kasih sayang seorang suami kepada sang isteri berjaya menewaskan kuasa jahat.... 'The Power of Love'



Hari ketiga 10/4/09
Hari ini kami ke Nusa Dua utk water sports, Shopping ole-ole di Krisna, Tanah Lot.


Nusa Dua

Kat sini kami semua main water sport; aku main Parasailing Rp70k, Fly Fish Rp150k... hehe best giler!! gayat gak aku mulanya.. tapi ok r, best3....

Cheng, faiz, zafran, fathul dan atiqah gi scuba diving.. hehe aku tak berani r, dah le tak pandai berenang... lagipun nak save budget.. Scuba mahal sgt lak 300k termasuk bergambar di dalam laut..



Tanah Lot

Sambil menanti sunset yg tak kunjung tiba..
Tanah lot ni pun sangat cantik pemandangan dia, senang cakap antara tempat yg wajib pergi lah bila datang Bali...
Sungguh, aku menjadi saksi kepada kebesaran dan keindahan ciptaan Allah...







Waktu ini air surut, so boleh lah turun sampai sini....















Hari keempat 11/4/09
Hari ini kami ke Uluwatu, Goa Lawah dan Jinbaran


Uluwatu

Kat sini lawa giler clift dia, sangat mengkagumkan alam ciptaan Allah.
Katanya kat sini Kuil yg penuh dengan monyet.. hehe, tapi masa kami datang monyet tak banyak sangat lak, tapi yg bestnya dapat lihat life aksi olimpik monyet terjun dalam kolam mandi. hahaha....






Lepak di pinggir clift menikmati pemandangan yg sangat cantik dan tiupan angin yg menyegarkan!..












Goa Lawah

Kalau di Uluwatu tadi temple yg banyak monyet, kat Goa Lawah pula banyak kelelawar...

Malangnya kami tak dapat masuk gua sebab ada upacara keagamaan...









Aku perhatikan setiap tempat yg cantik dan seperti ada sesuatu yg luar biasa, pasti ada kuil di situ... Nah naluri semulajadi manusia yg ingin menyembah sesuatu yg hebat dan luar biasa... Semua keindahan dan kecantikan tempat2 itu adalah tanda2 kebesaran Allah swt. So pada Nya sahajalah yg layak kita sembah...






Jinbaran

Dinner beramai-ramai di Bali Beach Cafe...
Kat sini kami makan seafoods, boleh lah tahan.. kena bayar Rp90k seorang...

Sangat best sekali sekala makan ramai-ramai macam ni, kat tepi pantai lak tu... hehe nanti aku nak bawa isteri dan anak2 aku makan kan sini suatu hari nanti... hehe.









Menikmati sunset sambil menunggu makanan siap....













Alangkah riang dan gembiranya member2 aku ni. Mana tidaknya, pergi Bali lupa segala hiruk pikuk dan study di Jakarta... Tapi lepas ni mati r kitorang, sebab exam beratur menunggu.....










Hari kelima
Hari ini hari terakhir kami melawat, kami per Lovina dan Berdugul.

Lovina
Jam 2am kami sudah bergerak naik Bas dari hotel, sebab perjalanan ke Lovina mengambil masa hampir 2 jam.
Kat sini kami melihat dolffin yg sangat byk di sini.. hehe pengalaman yg sangat menarik, selama ini aku hanya tengak kat zoo dan TV je, skang dapat tengok life!.






Jauh gak nak ketengah laut tu, sampai ada yg tertidur atas kapal!..

Tapi semuanya gembira dan puas dapat melihat dolffin...














Bedugul

Ini destinasi terakhir kami...
Kat sini kawasan tanah tinggi, sejuk macam kat Bandung... Di sini ada satu danau atau tasik yg sangat menenangkan jiwa...

Kalau korang perasan, bangunan yg belakang aku itu ada kat wang kertas Rp50k....










Seperti yg aku katakan tadi, masyarakat Hindu di Bali sangat mengamalkan agama mereka... Malah anak2 kecil macam ini pun sudah mula dididik utk mengamalkan agama dan tradisi mereka....















Alhamdulillah.. terasa sungguh bila sangat susah untuk mencari masjid di Pulau Bali ini...

Setelah puas keluar masuk kuil... bila dapat solat kat masjid ini, sangat menenangkan jiwa mensyukuri dan menafakuri kebesaran ilahi...

Aku harap masyarakat minoriti Islam di sini dapat menghidupkan dan mengimarahkan masjid ini sebagai mana masy Hindu di Bali mengimarahkan kuil2 mereka....









Hari Keenam 13/4/09
Hari ini hari terakhir kami di Pulau Bali, so aktiviti bebas...


Pantai Kuta
Pagi tu kami menghabiskan masa mandi manda di Pantai Kuta, Jam 12 check out dan terus ronda2 Kuta untuk ambil gambar di Pantai dan memorial Bom Bali. Selepas tu jam 3 bas dah tunggu utk ke Spa dan terus ke bandara... Flight pukul 9pm








Memorial Bom Bali 2003

Orang yg dituduh melakukan pengeboman ini sudah pun dijatuhi hukuman gantung... cuma iktibar dan kesan dari pada peristiwa ini perlu kita perlajari...

Sesungguhnya Islam itu agama perdamaian, penuh dengan kasih sayang sesama manusia... Masih banyak yg kita perlu lakukan utk memberitahu masyarakat agama lain yg Islam bukan agama yg menggalakkan keganasan....







Pulang Ke Jakarta

Setelah penat dan poket kering selama 6 hari 5 malam, akhirnya kami pulang ke Jakarta dengan seribu satu kenangan pahit dan manis... yang pasti akan kami cerita dan kenang di masa hadapan....

Kebersamaan percutian bersama kawan2 seperti ini sangat best... insyaAllah next time kita pergi Bromo di Malang ....

Kita Manusia Terpilih

Kita manusia terpilih yg diberi pilihan utk memilih arah tuju kehidupan kita....


Selasa, 14 April 2009

Lorongkan laluan Perubahan Diri

Bila aku baca artikel dari saifulislam.com ini, seperti ada sesuatu yg sangat penting buat kita semua.. terutama bagi anak2 muda islam yg penuh semangat utk berjuang membela agama tetapi kadang2 lupa kepada realiti semasa...
Aku sangat terkesan dgn apa yg dikomentarkan... perubahan bermula dari diri sendiri. Kita diberi pilihan utk berubah.. dan kita bertanggungjawab utk membenarkan dan menyahut perubahan ini... Ayuh sahabat semua sama kita berusaha memperbaiki diri...

Aku paste kan di sini... utk artikel lengkap klik di sini.

BERUBAH MANHAJ ILMU

Dalam soal ilmu, isunya berbangkit juga.

Ketika saya tiba di Jordan, saya tidak Salaf, tidak juga Khalaf. Hanya insan biasa.. seperti kebiasaan yang ada.

Saya dan rakan-rakan menadah kitab mengaji Syarah Ibn Aqil dan Kutaib Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah setiap hari selepas subuh. Di peringkat itu, saya mengukuhkan kefahaman saya tentang apa yang telah saya pelajari semasa di Malaysia. Mengemaskan hujah-hujah dan cara berfikir sebagai seorang Khalaf tanpa pernah mendefinisikan diri sebagai Khalaf.

Tetapi walaupun ketika itu saya kira saya seorang yang selesa dengan manhaj Khalaf, syukur Alhamdulillah saya tidak mencaci Salaf. Saya tidak bernafsu besar membongkar dan mengumpul hujah bagi menentang lawan, kerana semasa saya mendalami manhaj Khalaf, saya mendalaminya kerana mahu menyembah Allah, bukan kerana mahu menyembelih Ibn Taimiyah.

Walaupun saya amat kasih dan cinta kepada guru yang mendidik saya itu, ia tidak sampai saya mengikat diri kepada peribadinya. Penghormatan dan kasih sayang saya kepada Ustaz Ahmad al-Kaf adalah setinggi-tinggi kasih sayang seorang murid kepada gurunya.

makanbertalam.jpg

Bersama Ustaz Ahmad al-Kaf di sebelah kiri saya

Sebab itulah, apabila Ustaz Ahmad al-Kaf menegur kemungkaran segelintir pelajar dan mereka mahu membelasah beliau, saya tidak teragak-agak bersama rakan yang lain untuk mempertahankan Ustaz Ahmad al-Kaf, walaupun terpaksa mengangkutnya lari di malam hari.

Tetapi proses pengajian itu berterusan. Selepas satu demi satu subjek di universiti diambil, dan atas keterbukaan diri yang saya syukuri, saya memberanikan diri mengkaji pula aliran Salaf.

Saya percaya, isu ini sensitif. Maka untuk mengkaji dan memahami tentang seseorang atau sesuatu topik, maka jangan mulakan kajian dengan membaca komen penyokong atau komen musuh. Pergi kepada hasil kerjanya sendiri.

Apabila saya mahu memahami tentang Ibn Taimiyah, saya mulakan dengan meneliti kitab-kitab karangan Ibn Taimiyah. Bermula dengan kitab sekecil Ubudiyyah, hinggalah kepada Minhaj al-Sunnah, saya bertemu dengan Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang sejahtera. Memang ada satu dua tempat yang keras dan kasar, tetapi apabila terkenangkan ganasnya jiran-jiran Arab di sekeliling rumah saya, maka saya boleh berusaha memahami dan bertolak ansur pada pendekatan Ibn Taimiyah kepada manusia di zamannya. Pendekatan tidak jadi masalah, tetapi fakta yang dikaji untuk jadi penentu.

Semasa kita kecil, kita mungkin berdendam sehari dua apabila ayah mencubit kita yang bermain hujan. Tetapi semasa kita menjadi ayah, tanpa sedar kita melakukan perkara yang sama semasa anak kita bermain hujan. Ia soal pendekatan… lain zaman, lain caranya, lain umur, lain kaedahnya.

Saya tidak membaca kitab-kitab musuh Muhammad bin Abdul Wahhab atau kitab-kitab pemuja dan pemujinya. Tetapi saya pergi kepada kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri.

Alhamdulillah, saya boleh bertenang.

Apabila saya semakin selesa (saya tidak guna istilah ’saya rasa semakin betul”) dengan manhaj Salaf, saya menoleh ke belakang dan Alhamdulillah jika saya mahu beralih manhaj, saya tidak ada luggage yang terbeban di dalam sirah hidup. Maka saya berubah dengan tenang. Kasih sayang saya kepada guru-guru yang mendidik manhaj Khalaf, tidak terusik walaupun sedikit. Malah saya dapat memahami apa yang mereka fikirkan dan saya berubah tanpa perlu bermuka-muka.

SALAFI VERSI CELUPAR, KHALAFI VERSI ‘LASER’

Malang sekali ada sebahagian kita yang semasa bermanhaj Salaf, dia seorang yang celupar. Habis semua orang dibid’ahkannya. Berapa ramai insan yang dilukakannya. Dan dirinya tidak pernah mahu meneliti betul atau salah sikap begitu, kerana beralasan bahawa semuanya dibuat kerana Allah!

Subhanallah… Maha Suci Allah dari kecelaan akhlak si makhluk.

Tiba-tiba dirinya tersedar bahawa dia telah terlalu banyak melukakan orang. Dan dengan pertimbangan yang sungguh tidak rasional, dia menyalahkan manhaj Salafnya itu sebagai punca dirinya berlaku buruk. Dia berubah menjadi Khalaf tetapi dengan lidah yang terpaksa ditajamkan, menyerang golongan Salaf dengan cara yang tidak berhikmah, demi untuk menjustifikasikan perubahan dirinya. Ramai sungguh x-Salafi yang saya temui sedemikian rupa.

Begitu juga bagi yang Khalaf…

Sebab itulah saya pesan, selagi kita masih hidup, selama itu jugalah kita akan menempuh perubahan. Sama ada berubah ilmu, berubah sikap, berubah gaya, apa sahaja… Itu fitrah namanya. Apakah segala-gala yang saya putuskan hari ini sudah muktamad? Mungkin ya, mungkin tidak. Andai ada lagi perubahan yang mahu dibuat, saya menyediakan diri untuknya, di jalan abdi saya kepada-Nya.

Ketika membaca kisah hidup Imam Syafi’e, Abu al-Hasan al-Ashaari, malah terutamanya riwayat hidup Abu Hamid al-Ghazzali, mereka menempuh pelbagai peringkat perubahan diri dan manhaj… sesuai dengan challenge vs. response.

Maka lapangkanlah jalan di liku-liku usia agar perubahan diri tidak dikhianati.

MENGUBAH SIKAP TERHADAP SESAMA KUMPULAN ISLAM

Mungkin atas sifir yang sama, mereka yang agar senior di dalam PAS, IRC dan ABIM sukar untuk mencari damai. Dalam hal ini juga manusia itu boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sebab itulah jangan kita terlalu mencederakan lawan. Sampai satu masa, kita mungkin perlu berubah. Mungkin tidak mengubah jemaah, tetapi mengubah sikap terhadap sesama jemaah.

Sudah binasa umat kita dimakan hedonisma dan maksiat yang menggila. Kezaliman makin melampau, dan setiap kita lemah untuk pergi ke medan sendirian. Di peringkat kepimpinan, kesedaran telah ada untuk saling bekerjasama. Tetapi di peringkat yang lain, sukar benar untuk kita berlapang dada.

Mengapa?

Kerana semasa kita di kumpulan A, kita sangat rakus mencederakan kumpulan B dan C. Semasa kita di kumpulan B, kita membina kejayaan dengan memijak dan mengkhianati kumpulan A dan C. Maka kita telah menyulitkan perubahan.

Apabila tiba masa kita bekerjasama, kita sukar berlapang dada. Kerana luggage kita berat dengan perbuatan silam.

Maka bagi generasi amilin Islam yang baru, bersederhanalah…

Izinkan diri untuk menempuh perubahan dari satu usia ke satu usia, kerana ia sebahagian dari proses kematangan Bani Insan.

ABU SAIF@www.saifulislam.com
68000 Ampang
[versi awal 1 Disember 2007]

Ready for the next trip!!!

Alhamdulillah setelah 6 hari 5 malam liburan di Bali, kami selamat sampai ke jakarta dengan seribu satu kenangan pahit dan manis.. Boleh dikatakan lebih separuh tempat wisata di Bali kitorang pergi.. Badan dah penat, poket dah kering...

InsyaAllah nanti aku upload gambar n cerita trip kami kat sana dalam blog ini. Sekarang aku nak curhat ataupun meluahkan isi hati yang sangat2 risau for our next trip... hehe EXAM!!!. Internal medicine n opthalmology, 22 & 23 april 09.. Banyak benda tak baca and cover lagi.. Macam tak sempat je rasanya.. engine kereta dah sejuk lah, dek kerana angin pantai Kuta yg nyaman, nak panaskan balik punya lah lambat.. minyak kereta pula dah kering dan menyuap disinari cahaya sang suria di Bali.. hehe. So aku kena isi minyak dan panaskan engine cepat2, selepas tu terus masuk gear 5!...

Waktu semakin mempet, tugas dan tanggungjawab semakin banyak, semangat semakin menurun, ehm macam mana r ek... " Ya Allah berilah kekuatan kepada aku utk belajar sungguh2 demi mencapai cita-cita aku menjadi seorang manusia yg bermanfaat utk banyak org...". Mohon doanya.....

Khamis, 9 April 2009

Update blog dari Kuta Beach Bali...

Salam semua..
Dah penat turun naik tample, pastu round bali naik motor, then aku singgah jap warnet kat sini. Saja nak tahu perkembangan kabinet baru DS Najib... ternyata tiada yg blh diharapkan, sebab masih byk muka2 lama.. apapun utk berlaku adil, kita bagi perluang kepada kabinet baru ini...

Aku nak cerita pasal percutian kami di Bali.. hari ini baru hari pertama, dah byk tempat kitorang pergi... turun naik tample menyaksikan keunikan masyarakat bali.. Apa yg blh aku katakan.. masyarakat sini sangat religious!!! mereka sangat mengamalkan agama mereka, dari anak kecil sampai lah org dewasa.. semua tekun dan seolah2 berbangga menunjukan dan mengamalkan agama hindu mereka.. Sangat3 kagum!!

Tapi sangat3 sedih gak, sebab mereka tidak mengenali Tuhan mereka yg sebenar; Allah swt. Tuhan sekalian langit dan bumi; yg maha kuasa atas segala sesuatu.. Moga sinar islam dapat dikembangkan di sini.. Ada banyak gambar yg best2 dan menarik yg aku nak kongsikan dengan korang, tapi susahlah nak upload kat warnet ni.. nanti lah bila pulang jakarta aku uploadkan...

Banyak tempat dan pantai2 menarik kat sini... huhu baru hari pertama, banyak duit dah nak abis!! huhu.. besok kitorang nak jalan2 di pantai2 dan pulau lak... tgk r, kalau sempat aku cerita lagi kat blog ni... nak balik dah ni. besok pagi2 bas dah tunggu for next trip!.

k doakan kami sehat dan kuat iman ek.. hehe bukannya apa banyak sangat penyuci mata kat sini... huhu. K take care semua.

Salam rindu dari Pantai Kuta, Bali.. 10.50p.m wib

Surat Tok Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming..

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS

http://misabah.blogspot.com/

Rabu, 8 April 2009

Kemenangan dari Allah di dua Bukit....

Alhamdulillah segala usaha dan penat lelah akhirnya dibalas dengan kemenangan oleh Allah. Kemenangan yg pastinya menjadi bukti yg rakyat Perak tidak menyokong rampasan kuasa dan cara kerajaan yg lama dijatuhkan!!. Aku sebagai org Perak masih menganggap MB negeri aku adalah Ir Nizar...

Penderhaka.. Boneka... Pertualang... katalah apa yg korang semua nak kata, aku yakin dan berani bertanggungjawab jika Allah tanya aku nanti kenapa aku sokong dia... Jawapannya korang tanyalah rakyat Bukit Gantang khususnya...

Tiada siapa yg kenal dan tahu siapa dia Ir Nizar sebelum dia jadi MB; tetapi Allah pilih dia jadi MB dalam keadaan parti dia minoriti dalam kerajaan Perak. Allah beri ujian dan cobaan selama 11 bulan beliau menjadi MB Perak... Dan selama itulah aku mula mengenali dan mengikuti perkembangan MB ini dengan lebih dekat... Pendek kata aku yakin dengan apa yg aku lihat dan rasa; aku sedia dipertanggungjawabkan di atas keyakinan aku itu!.

Nah DS Nizar, sekali lagi Allah beri kemenangan.. teruskan berjuang.. selagi anda membela islam dan rakyat, selagi itu kami akan menyokong anda. Tapi awas! kami juga akan menjatuhkan anda jika tujuan dan niat anda sudah menyeleweng... Moga Allah bimbing dan tuntun DS dalam menunaikan amanah yg di beri...

Selasa, 7 April 2009

Jawapan aku kepada artikel sahabat aku: 4 strategi pembangkang yg songsang dan cara mengatasinya

4 STRATERGI PEMBANGKANG YANG SONGSANG DAN CARA MENGATASINYA


Pertama, pihak pembangkang bertindak melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap media-media arus perdana dengan ‘bius’ dari lidah-lidah mereka. Mereka menginginkan rakyat supaya tidak mempercayai langsung media-media arus perdana. Hal ini sangat jelas pada ceramah-ceramah mereka. Apabila rakyat tidak mempercayai media arus perdana, maka mereka akan beralih kepada media-media pembangkang atau media yang dianggap bebas tetapi dibayangi pro-pembangkang sama ada media cetak atau elektronik...

Komen aku:

Sekarang bukan zaman 70-80-an lagi.. bukan zaman kita terima bulat2 apa sahaja hujah dan berita dari mana2 mediapun.. Rakyat terbanyak sudah pandai dan boleh berfikir.. Jika tidak mahu mereka lari dan pandang negative pada media arus perdana; menurut aku senang je.. jangan banyak mengampu dan siarkan berita dari sebelah pihak sahaja.. beri ruang kepada pihak yang satu lagi.

Siapapun dengan sendirinya akan naik muak dan bosan jika hari-hari media arus perdana menyiarkan tuduhan pada pihak pembangkang; tapi malangnya tidak beri mereka peluang utk menjawab balik di TV. Surat akhbar merekapun ditarik balik permitnya.. apa cerita ni??? Nasib baik DS Najib baru naik jadi PM, kena buat baik r; terima kasih DS Najib... So jangan salahkan rakyat utk cari input tambahan di blog2 agar mereka dapat buat penilaian dgn rasional.. Sekali lagi zaman sudah berubah....


Kedua, pihak pembangkang menanam keyakinan palsu di minda sebahagian rakyat bahawa keseluruhan sistem kehakiman dan keselamatan (polis dan FRU) adalah alat suruhan kerajaan. Apabila hakim memutuskan sesuatu yang berpihak pada kerajaan maka hakim dianggap menerima rasuah dari kerajaan. Sebaliknya, keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang adalah dianggap adil. Kalau iapun ada bukti-bukti penyelewengan hakim, adakah melibatkan semua hakim? Adakah semua anggota polis dianggap sampah? Apabila ada dakwaan terhadap pembangkang, buktinya dianggap dibuat-buat. Dakwaan terhadap kerajaan pula dianggap telah mempunyai bukti yang kukuh walaupun belum dihadapkan ke mahkamah

Komen aku:

Keyakinan kepada system kehakiman dan keselamatan sangat fatal dalam sesebuah Negara. Jika rakyat sendiri waswas, apatah lagi dengan pelabur2 asing. Sebagai catatan, banyak pelabur luar yg membuat perjanjian perniagaan mereka di negara2 luar seperti di Singapore dan Hong Kong kerana kurang yakin dgn system kehakiman di Negara kita; so siapa yg kita nak salahkan??.

Lagi pasal system kehakiman: Kes Video Linggam sampai sekarang tiada berita, kes pembunuhan monggolia tak selesai2 (aku tak membuat tuduhan; aku hanya menuntut pihak yg dituduh menyaman semua akbar2 di Perancis dan Negara lain yg membuat tuduhan; tapi sampai sekarang sunyi tanpa sebarang tindakan), Kes rasuah politik beratus-ratus tidak pernah disiasat; malah kes yg lembaga disiplin putuskan bersalahpun tidak diambil apa2 tindakan oleh SPRM.... tapi bila kes
rasuah lembu sangat cepat pula diselesaikan..

Masalah keselamatan pula: Kes Kematian Kugan dalam tahanan sampai sekarang masih misteri, Peratusan kes jenayah dan penculikan meningkat, Kes sharlinie tak tahu hujung punca.. Dana dan tenaga banyak dihabiskan untuk menjaga dan mengontrol pergerakan pembangkang. Pihak SB sepertinya sudah lari dari tugas menjaga keselamatan Negara, kepada menjaga keselamatan politik pemimpin. Aku kecewa kerana polis banyak diperalatkan utk menjaga pembangkang dari menjaga keselamatan...
Terus terang memang ada hakim dan polis yg baik; dan kepada golongan inilah yg aku harapkan utk menjalan amanah sebaik mungkin. Masih ramai yg baik, dan masih ramai yg berani dan punya prinsip... tetapi masih ramai dan banyak juga hakim dan polis yg perlu diperbetulkan... Apa jadi dengan suruhan jaya demi suruhan jaya polis dan kehakiman yg dibentuk???


Ketiga, pihak pembangkang membangkitkan isu-isu yang disifatkan mempertikai kontrak sosial. Hal ini bertujuan memenangi hati pengundi-pengundi bukan bumiputera. Tidakkah mereka sedar kontrak inilah merupakan formula dasar yang telah menyebabkan negara kita membangun dengan aman-damai tanpa sebarang perselisihan kaum yang dahsyat seperti negara-negara lain?

Komen aku:

Kontrak sosial??
Bahasa rasmi: Bahasa melayu >>> Siapa yg nak memusnahkan bahasa melayu? Apa dah jadi dgn tulisan jawi??

Agama rasmi: Agama Islam>>> Siapa yg mencipta2 Islam Hadari; agama lain politik lain, perniagaan lain, budaya dan seni lain???. Islam adalah way of life, bukan hanya sembahyang, zakat dan haji shj!!

Agong dan Sultan: DYMM Sultan2 melayu >>> Siapa yg mengubal undang2 tahun 1993 yg menafikan kekebalan raja melayu?? Siapa yg hina raja melayu dgn perkataan ‘natang’??

Boneka Cina: PR bagi tanah pada org nelayan dan petani cina miskin yg sudah hidup berpuluh tahun di tanah itu>>> Siapa kasi satu Gunung Genting pada tokeh judi Cina, Siapa kasi 22000hektar tanah di Manjung Lumut pada tokeh cina???

Sebagai org melayu memang kita perlu pertahankan hak dan keistimewaan bangsa kita sebagai pemilik asal tanah air ini.. tapi jangan sampai kita menafikan hak bangsa lain yg juga sudah berpuluh tahun hidup di Negara kita...


Keempat, pihak pembangkang memposisikan diri mereka sebagai hero kepada rakyat dan meletakkan kerajaan sebagai watak antagonis dalam pentas kenegaraan. Hal ini dilakukan dengan laras bahasa mereka yang tercermin dalam ceramah dan coretan-coretan mereka dalam media mereka. Antara contohnya ‘Tumbangnya kerajaan rakyat’, ‘Kuasa rakyat’ dan ‘Parti Rakyat’. Apabila ada kerajaan negeri mereka yang tumbang kerana ADUN beralih sokongan, slogan mereka ‘jangan musnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Apabila ada ura-ura kerajaan pusat akan beralih tangan dengan rancangan mengajak berpuluh-puluh ahli parlimen lompat parti, tidak dianggap ‘memusnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Adakah mereka ini lupa, kerajaan pusat sekarang TETAP pilihan majoriti rakyat?

Komen aku:

Rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang telah membuktikan yg rampasan kuasa menumbangkan kerajaan pilihan rakyat di tolak rakyat!. Rakyat telah memilih DS Nizar sebagai membuktikan yg majority rakyat perak tidak bersetuju dgn rampasan kuasa itu..

Masalah DSAI cuba mengambil alih kerajaan pusat dulu.. aku pun tak setuju! Alhamdulillah Allah selamatkan dgn berlakunya rampasan kuasa di Perak. Moga DSAI ambil pengajaran!! Yg rakyat tidak bersetuju dgn cara itu...


Sangat pelik pemikiran pembangkang. Saya sempat membaca satu ‘status yahoo messengger’ dari anak salah seorang ahli pembangkang yang membuat kenyataan tentang pilihanraya kecil sebagai berikut “Ya ALLAH, menangkanlah rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai”.

Komen aku:

Tak perlu cakap seorang anak ahli pembangkang! Cakap aja nama aku: Zahril akmal usaili


Siapa rakyat itu?? Pihak pembangkang dianggap rakyat? Parti kerajaan apa pula? Saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya juga rakyat Malaysia. Saya tidak rela gelaran untuk kami (rakyat Malaysia) ditempelkan sewenang-wenangnya oleh pihak pembangkang dan menganggap kerajaan sebagai musuh kami. Kerajaan sekarang tetap dari parti yang dipilih majoriti rakyat. Sepatutnya merekalah yang layak memakai gelaran itu. Jika tidak, pemikiran seperti ini tidak adil.

Komen aku:

Memang namanya manusia yg punya I/C di bumi Malaysia adalah rakyat Malaysia! Tetapi perkataan rakyat biasanya menunjukan kepada rakyat bawahan dan terbanyak!! Kemenangan dan manfaat daripada kemenangan itu harus pada rakyat terbanyak, bukan pada golongan politis shj, tak kiralah sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.. Kalau PR menang, tapi manfaatnya hanya utk kroni2 dan gol atasan shj; rakyat akan menjatuhkan PR pula.. Itu namanya makkal sakti ataupun kuasa rakyat!.


Kesimpulannya, mentaliti sebahagian rakyat yang tertipu dengan strategi-strategi songsang pembangkang perlu dipulihkan. Mungkin cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan dapat dikaji atau dipilih tindakan yang sesuai untuk mengembalikan penilaian yang tepat dari rakyat. Saya yakin, sebagai seorang Ahlus Sunnah Wal Jemaah, setiap usaha menjatuhkan kerajaan orang Islam yang stabil di sesuatu negara adalah dilarang dalam agama. Dari Ummu Salamah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda : Akan ada sepeninggalku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa yang meredhainya (akan) mengikutinya. Mereka para sahabat bertanya : Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang ? Beliau menjawab : Jangan, selama mereka masih menegakkan shalat ditengah-tengah kalian. (HR. Muslim 6/23) .

Komen aku:

Hadis ini menyatakan selama mana mereka MENEGAKKAN solat.. Alhamdulillah baru tadi Ust Muchlis di pengajian masjid Nurul Hikmah memberitahu perbezaan antara MENEGAKKAN solat dan MENDIRIKAN solat... Pertanyaan aku adakah pemimpin Negara kita benar2 menegakkan solat? Sehingga ia tergambar dalam polisi2 pemerintahan mereka?

Lagi satu; bila parlimen atau DUN sudah dibubarkan, bukankah secara automatic tidak ada kerajaan? So tak timbul masalah kita menjatuhkan kerajaan, sebab kerajaan itu memang sudah tidak ada!. Kita dalam proses mendirikan dan memilih kerajaan, so pemimpin yg beriman dan bertaqwa serta berkaliber perlu diutamakan...


Jika dalam tahap membenci kerajaan sekalipun selagi mereka mendirikan (sila cari tahu perbezaan mendirikan dan menegakkan) solat, wajib ditaati, inikan pula Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO, yang menurut pendapat saya yang kerdil ini, telah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat, dan masih ramai yang sayang dan tidak bencikan mereka. Saya yang tinggal di luar negara ini dapat melihat kemunduran yang nyata sehingga budak berusia 6 tahun telah bekerja mengutip sampah sedangkan di Malaysia, orang tua akan dihadapkan ke mahkamah jika tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Memanglah tidak ada kerajaan yang sempurna. Buatlah secara jujur dan ilmiah senarai semak dan tetapkan derajat baik dan buruk dasar dan tindakan kerajaan, timbanglah kedua-duanya ,

Komen aku:
Macam mana kita nak timbangkan kedua-duanya jika kita tak beri peluang kepada PR utk memerintah Malaysia?? Jika peluang telah diberikan, dan ternyata BN lebih baik memerintah, silakan pilih semula BN.. again gunakan kuasa rakyat utk memilih!!


kita akan dapati kerajaan Barisan Nasional antara kerajaan yang cemerlang di dunia. (harap2 cemerlang juga di akhirat kelak) Long live BN! Long live UMNO! Hail Najib!
Putera Suci

artikel lengkap sahabat aku

Isnin, 6 April 2009

Moga Allah Pilih DS Nizar....


SELAMAT MENGUNDI PAS : NIZAR

April 6, 2009 · Print This Article

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Setelah selamat hari penamaan calon, maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah ke seluruh pelusuk dan kawasan Parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan pelbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Sebagai calon, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan daripada seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari Umno-BN yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud di sepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunI kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat, terima kasih atas kepercayaan mencalOnkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS. Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat.

UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Polis dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kpada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang, selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

Calon PRK P059 Bukit Gantang Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Aku nak cepat2 Koas!!

Salam..

Hampir 4 jam kak Siti sharing dengan batch aku pasal koas, sampai dah tak tahu nak cerita apa lagi. Apapun terima kasih buat kak Siti atas segala nasihat dan pesanan buat kami semua sebelum memasuki koas. Buat teman2 tidak tahu; koas tu adalah clinical part in medical course..

Ehm dalam otak aku sekarang rasanya tak sabar nak berlumba-lumba mencari seribu satu pengalaman dan skills masa koas nanti.. huhu aku macam dah bosan dan capek stdy teori tak abis2; dah nak 4 tahun lah... tapi, aku masih risau dan rasa macam banyak lagi je aku tak tahu b4 nak masuk koas ni... Niat di hati nak cover siap2 dari A to Z sem ni... tapi agak hilang fokus gak r dengan pelbagai perkara yg memeningkan kepala especially kerenah PKPMI.. Hai kalau ikutkan hati aku, rasa nak letak jawatan sekarang je. So aku boleh fokus 100% pada stdy aku. Tapi nak buat macam mana, aku tak blh pentingkan diri sendiri je, sebab dah diberi amanah dan tggjwb..

Berbalik pada koas, apa yg kak siti cerita semalam sedikit sebanyak memberi aku gambaran dan semangat yg masa koas sangat2 memerlukan kita bersabar, disiplin, pandai bergaul dan komunikasi.. pendek cerita, nak tak nak u have to survive!!..
Benda yg paling aku terkesan ialah..

"Korang kena buat yg terbaik masa koas agar bila pulang Malaysia nanti org akan respect dan tak pandang rendah pada doktor2 dari Indonesia"

Ha a', aku sangat2 setuju!!!.. terus terang, aku ramai kawan masa KMB dulu yg stdy kat UK, Ireland, Australia dan new zealand.. Memang kadang2 rasa rendah diri dan kurang PD(percaya diri) bila bersembang dgn dorang pasal medic.. tapi nak tak nak, kita sendiri, student medic kat indonesia inilah yg perlu buktikan yg kita lebih baik dari dorang!. Paling tidak sama r... Aku terlepas peluang utk sama2 belajar dengan dorang.. tapi insyaAllah aku akan cuba yg terbaik utk buktikan yg doktor dari indonesia terbaik!!

Hehe.. senang nak cakap, tapi sangat susah utk buktikan jika tak sungguh2 dan percaya pada diri sendiri... Ok lah nak siap2 pergi Husada ni.

Sabtu, 4 April 2009

HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Salam buat sahabat semua.. maaf dlm keadaan iklim politik yg semakin hangat ini; aku tak sempat utk turut sama memberi pendapat pribadi aku... Cuma nak share dgn sahabat semua... waktu aku baca2 blog yg byk di alam maya ini, aku terjumpa dengan satu komen seorang sahabat ini... Aku tak berani nak komen banyak, sebab aku bukan ahli dalam bidang agama ni...

Cuma terus terang, aku sering menurut fatwa hati aku yg mungkin benar, mungkin salah... Korang baca dulu hujah dan dalil yg diberikan oleh sahabat kita di bawah ini... Cuma aku keliru skit... adakah negara kita benar2 melaksanakan sistem pemerintahan Islam??? seperti zaman sistem khalifah islamiah dulu sehingga hujah2 dan dalil di bwh ini perlu tafakuri??



HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid’ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid’ah mukaffirah (Bid’ah membawa kepada kekufuran) atau bid’ah mufasikkah (bid’ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid’ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid’ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

“Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah” *

*Lihat Sunan Abi’Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

“Dari Wail radiallahu ‘anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan” *

*H/R Muslim 1846.

Syara’ tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

“Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua”**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

“Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu”*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.


Aku pastekan pendapat Ust Hasrizal lak tentang masalah ini... bukannya apa setiap kali pilihanraya, pasti isu ini dibangkitkan semula oleh golongan2 tertentu.. So korang baca r dua2 pandangan, kemudian fikirkan dan pertimbangkan dengan rasional... Itu tugas kita sebagai mahasiswa, kita perlu banyak baca dan bandingkan pelbagai pendapat dan pandangan....

KEMUSYKILAN 3

Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.

Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.

Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya semula dengan betul.

Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.

Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?

Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.

Ia adalah contoh kesan structured knowledge yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.

Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan jangka masa panjang.
http://saifulislam.com/?p=1359

Jumaat, 3 April 2009

Mengejar cita-cita dan harapan...

Cita-cita dan harapan... nak tak nak setiap kita memikul satu beban dan amanah yg sangat berat dari mula-mula kita melangkah kaki utk menuntut ilmu di negara org ini... Aku juga punya cita-cita, harapan dan impian yg perlu aku capai dalam hidup aku.. Aku yakin sahabat2 semua pasti punya sesuatu yg diimpikan..

Kita sama2 merantau jauh di negara orang, meninggalkan keluarga dan teman yg tercinta hanya semata-mata utk mengerjar impian dan harapan.. Impian yg tersemat erat di dalam hati untuk menjadi seorang doktor yg hebat dan terbaik; serta harapan yg menggunung tinggi dari emak ayah dan keluarga untuk melihat kejayaan kita...

Hai bila fikir2kan balik,adakah aku mampu utk meraih cita-cita dan harapan yg sangat besar ini???. Moga Allah permudahkan...

Ayuh teman2 semua; kita mampu berbuat sesuatu utk membuktikan kita adalah yg terbaik!! Takde yg mustahil dan takde yg akan menjadi halangan jika kita berusaha sungguh2.. sempurnakan ikhtiar dan yakin dengan kejayaan hanya dari Allah.. Tuan kepada dunia dan seisinya, maha memiliki dan maha berkuasa atas segala sesuatu...

Tiada cita-cita dan harapan yg paling tinggi melainkan ingin memasuki syurganya Allah.. Moga penat lelah dan pengorbanan kita dalam mengejar cita-cita dan harapan; menjadi bagian dari ibadat kita dalam rangka mendekatkan diri pada Allah...

Selamat berjuang sahabat2ku, demi sebuah cita-cita dan harapan.........

Khamis, 2 April 2009

Selamat berjuang sahabat ku Fauzan.....

Salam perjuangan sahabatku...
Huhu sahabat yg secara tak sengaja aku kenal dia dialam maya ini..Ahmad fauzan bin ahsan azzam or crazyforg.. hehe.
Aku nak share dengan sahabat2 semua tentang mamat ni, ada sesuatu pada dia yg sangat2 aku kagumi.. hehe semangat dia kepada Islam... Dari kecil sahabat aku ni membesar di UK; umur baru 24, tapi dah ada master in computer engineering.. kami bersahabat dah lebih setahun kut.. dan aku banyak belajar dari dia... macam2 isu dan topik kami sharing dari hal2 biasa sampai lah hal2 agama.. huhu masing2 rasa semangat bila mengenangkan perjuangan yg masih panjang demi kebangkitan islam...

Kebetulan dah hampir sebulan aku lost contact dgn dia, tiba semalam dia buzz ym aku....

: insha allah ana akan terbang ke south africa.. sambung islamic studies insha allah
: how long?;
: 6-10 years.. maybe more
: Kenapa lama sangat?
:karena aku nak belajar islam betul2 dong

Subhanallah terkejut lak aku tiba2 dia kasi tahu yg dia nak blajar agama kat afrika... Hai aku lak; langsung tak nak berusaha utk belajar dan mendalami ilmu agama.. ish3

: apa yg trigger ko nak bljr agama sampai ke afrika sana tu?
: erm.. memang dari dulu i nak belajar islam kan...
: nnt abis bljr blh r tunjuk ajar agama ek
: insya allah.. 'ilm, 'amal, da'wah
: ye r, tak semua yg sanggup berkorban macam ko
: rasa terharu lak dgn semangat ko
: btw keep it on bro

: i'm nobody bro.. aku baru je nak belajar islam ni...
: u kan dah bnyk belajar kat sekolah agama

Ha a' dari tadika sampai sekolah menengah aku ambil subjek agama kat skolah... tapi sampai sekarang aku masih tak dapat menghayati islam as a way of life, dulu aku belajar hanya utk jawap ujian je.. Malu lak aku dengan si fauzan ni; dia tak pernah belajar pasal islam masa sekolah di UK dulu, tapi semangat menuntut ilmu agama dia jauh lebih hebat dari aku...


: i'm also planning to start up an online company.. software consultancy.. to support my living n studying there insha allah
: hehe.. i'm gonna be more than a sheikh insha allah
: i'm gonna be a da'iee also insha allah
: ehm amin..
: fauzan u make me feel guilty r
: i'm gonna help the muslim ummah insha allah
: from darkness into light
: y guilty bro...
: i did nothing for islam!!!!
: nah man.. that's not true...
: im stdying here just for the sake of my future!
: i thought ur gonna be a politician and da'iee right?
: i also studied computer engineering.. now i'm studying islam.. no problem ar bro
: insha allah my studying in islam will help improve me.. ameen
: insha allah i'm gonna be the next salahuddin al-ayyubi
: aku tak nak kalah dgn ko.
: hehe. that's the spirit bro
: muslims should race each other in good deeds
: ehm... but sometime i lost r
: we dunno who's winning or losing la...
: insha allah in akhirah we'll find out.. who has the bigger jannah
: huh....
: insha allah i'm gonna have a bigger one than yours, with lots of palaces n hoor 'ayn
: we can only try our best for allah, for islam, for the ummah
: ok insha allah bro, sheikh doctor akmal insha allah.. ameen
: i nak study sampai jadi mujtahid
: n i want to use my computer knowledge for islam
: subhanallah bro,..
: moga Allah bimbing dan mudahkan ko

: i already have some software ideas for islam

Sengaja aku pastekan chatting aku dgn dia tadi, aku cut mana yg penting.. memang kadang2 kita memerlukan seorang sahabat yg sentiasa mengingatkan kita dikala kita lalai; esp utk berbuat sesuai utk islam.. Terus terang, aku mengaku aku banyak berdiam diri dan hanya menjadi penonton kepada kebangkitan ummat ini... Padahal pasti nanti Allah akan tanya; apa yg aku telah sumbangkan untuk islam??? mana tak nya, diri aku sendiripun masih tak mampu menjadi testimoni kepada kehidupan dan keindahan islam...

Apapun aku akan cuba sebaik mungkin utk memperbaiki diri dan turut sama2 menyumbang kepada Islam... seperti apa yg sahabat aku cuba lakukan. Hal ini lah yg menyebabkan aku sangat kagum dengan dia, malah turut terasa tercabar dan malu bila memikirkan kesanggupan dia berkorban utk mencari ilmu jauh sampai di Afrika sana...

: ameen for both of us.. ameen
: ameen
: ok bro.. i'm gonna get back to programming now
: ok2, i'm wanna to write something about u in my blog
: talk to u later insha allah
: to share ur spirit
: dgn mbr2 yg lain.
: hehe.. ok.. tell ur readers to pray for ahmad fauzan bin ahsan azzam ok?
: insyaAllah bro...


Rabu, 1 April 2009

Life is a Choice...

Salam buat semua..
Alhamdulillah tadi baru balik dari jalan2 cari sponsor untuk majalah polaroid pkpmi edisi terakhir.. Ehm penat gak, dekat 8 jam keluar rumah... arghhhhhh camne ek banyak lak study tak cover lagi. Tapi best juga bila bertemu dgn org2 bussiness ni, cerita dorang membuka minda dan wawasan.. hehe, walaupun aku kurang minat bab bussiness ni, tapi bila dengar dorang cerita dan motivate macam semangat lak nak menceburi bidang ini... Tadi aku jumpa Pak adit; pegawai pembantu En Jamal; pemilik apartement di salembar. Pastu jumpa lagi satu lagi sponsor, Pak Yusuf; chairman IIUM; Kolej cabang UIA di Indonesia.. Banyak gak berkongsi pendapat dan pengalaman dengan dorang. Moga dapat jadi bekal di masa hadapan..

Tujuan aku cerita benda2 ni semua dalam blog ini; just wanna to tell u guys that this's part of ur obligation to be a leader in a organization. Berpersatuan banyak mengajar seribu satu pengalaman tentang 'real life' yg mungkin kita tidak akan dapat dalam kelas.. Macam mana kita nak deal dgn org utk cari sponsor, macam mana nak meyakinkan org tentang manfaat yg dorang akan dapat dan macam2 lagi. Bagi aku yg paling utama, bila kita terlibat dalam persatuan; kita akan dapat lebih banyak kenalan ataupun link yg mungkin satu hari bermanfaat untuk kita...

Bukannya apa, kebetulan pkp jakarta tengah nak cari calon pemimpin utk sesi yg baru.. dan ramai yg sepertinya tidak berminat utk melibatkan diri dalam kepimpinan di peringkat persatuan ini. Banyak aku tanya2, semua bagi alasan nak stdy; tak cukup masa, tak nak pening kepala, takut tak boleh laksanakan tanggungjawab dan macam2 lagi.. Aku sangat setuju kalau alasan stdy diberikan jika benar2 korang dapat buktikan yg berpersatuan menyebabkan kita tidak punya cukup masa utk stdy.. Memang stdy perlu diutamakan kerana itu tujuan utama kita disponsor oleh rakyat utk menuntut ilmu di sini.. Tapi bagi aku, semua tergantung pada bagaimana kita memanfaatkan setiap detik yg Allah berikan.. kadang2 bila terlalu banyak waktu lapang menyebabkan kita lalai..

"Ko tak boleh samakan cara ko belajar dgn aku, mungkin ko boleh bagi2kan masa; tapi aku lain".. keluh seorang sahabat.

"Saya bukan tak mahu, tapi stdy saya masih tak stabil, saya kena tumpukan pada stdy.." jawab seorang lg sahabat.

"Susah r nak pikul tanggungjawab ni, nak ke sana kemari jumpa org, turun naik kedubes, nak buat aktiviti dll, dengan masa yg sama nak stdy lagi.. mana sempat" Jawapan yg selalu diberikan bila aku tanya pasal hal2 ini..

Terus terang, itulah juga alasan2 yg sering aku bagi masa mula2 sebelum aku menyibukan diri dalam berpersatuan ini.. Dah lah time tu rasa kecewa gila sebab tak lepas masa kat KMB, so bila kat sini aku asyik fikir dan risaukan pasal stdy aku je.. that's why malas nak masuk campur dan ambil tahu pasal persatuan2 ini semua.. Tapi tak tahulah macam mana tiba2 boleh aktif dalam persatuan ini.. Kadang2 aku terfikir seolah2 keadaan yg memaksa aku memegang amanah yg sangat berat ini.. Dengan kata lain, aku bermula dengan TERPAKSA!!!!,kemudian baru timbul rasa tanggungjawab yg hendak tak nak terpaksa aku laksanakan... Lama-lama baru aku semakin sedar kepentingan aku mencari pengalaman dalam berorganisasi. Aku banyak belajar dari sini dan sebab itu kalau boleh aku sangat2 nak menggalakan sahabat2 aku, adik2 junior utk turut aktif melibatkan diri dalam berpersatuan.

Setiap kita punya wewenang untuk membuat pilihan! kita yg menentukan apa yg kita mahu pilih, dan semuanya akan menjadi bagian dari hidup kita yg pastinya akan ditanya dan dinilai oleh Allah swt. Aku hanya mampu menggalakan, mendukung dan berkongsi pengalaman terutamanya kepada seorang sahabat aku di sini yg aku nampak nilai2 leadership dalam diri dia.. again, rupa-rupanya dia juga mengulangi alasan2 yg sama seperti aku sebelum melibatkan diri dalam persatuan ini. Terkilan rasanya jika potensi yg ada tidak digilap dan dikembangkan.. Apapun life is a choice!, setiap saat dan menit kita harus membuat pilihan.. pilihan itulah yg akan membawa kita melayari kehidupan ini... Moga Allah membuka hati sahabat aku itu untuk membuat pilihan yg terbaik...