Selasa, 28 April 2009

Sajak dari sahabatku Khairul Shakir...

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi

Ya Allah,
Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa,
saya gembira,
Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang

Ya Allah,
Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya,
buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
na`uzubillah,
Berpisah mati,
inshaAllah,
Pengubat hati,
do`a rabitah.

Isnin, 27 April 2009

Komen aku kepada artikel MSO..

ini artikel saudara MSO Berkenaan Hero yg tiada kuasa...

Saudara MSO.. izinkan saya komen dari kaca mata anak muda yg lahir dan membesar di Perak.... Ir Nizar memang seolah2 lahir dan bersinar dek kerana krisis rampasan kuasa di Perak...

Tapi saya percaya, sedikit pun tidak terlintas di hatinya yg dia akan di pilih oleh Allah utk memimpin rakyat perak...Bagi kami generasi muda di Perak... beliau adalah satu icon baru perjuangan rakyat menuntut kebenaran...

Oleh itu saya tidak bersetuju jika tuan MSO menyatakan yg Pas dan rakyat Perak kehilangan seorg pemimpin yg berbakat besar...

Hakikatnya saya dan ramai lagi kawan2 segenerasi dgn saya sudah mula sedar dan celik politik, hanya kerana isu rampasan kuasa ini....Realitinya mungkin benar pendapat tuan MSO yg sultan Perak tidak mungkin menerima IR Nizar sebagai MB lagi... tapi itu bukanlah keperluan utama kami... keperluan kami anak2 muda adalah seseorang yg blh dijadikan icon, contoh dan ikutan dalam perjuangan.. dan Ir Nizar adalah salah sorangnya..

Terus terang icon pimpinan politik saya sbg anak muda adalah DSAI, TGNA, DS Nizar, YB saifudin, YB salehudin Ayub, YB Yusmadi, YB Nik Nazmi. YB Nurul Izzah.. org2 inilah yg akan mewarnai pentas politik malaysia 10-20 thn akan datang....

Apapun moga saya dapat turut sama berjuang bersama2 mereka kelak demi agama dan negara kita..

- AKMAL

Ahad, 26 April 2009

Adakah Kau Lupa????

Adakah Kau lupa, kita pernah berjaya, adakah kau lupa kita pernah berkuasa...
memayungi 2/3 dunia.. merentas benua, melayari samudera...

Keimanan juga ketaqwaan rahsia mereka capai kejayaan..

Bangunlah wahai anak bangsa.. kita bina kekuatan jiwa teguh ditangan perjuangan.. Gemilang generasi yg silam.. membawa arus perubahan.. keikhlasan hati dan nurani... ketulusan jiwa mereka berjuang...

Sejarah telah mengajar kita.. budaya islam diserata dunia... membina tamadun berjaya... berubah mengangkat maruah...






Sesekali terkenang dan menghayati lagu di atas.. menyebabkan aku tertanya2 apakah yg telah aku sumbangkan demi kebangkitan agama ini??? Malah aku sendiri byk menjadi penghalang dek kerana pribadi dan akhlak aku yg masih jauh dan tidak cocok dengan Islam...

Aku berjuang datang jauh2 ke negara orang demi menuntut ilmu dan mengejar cita2 aku... Oh ya.. apa cita2 aku ek?? Ehm niat di hati nak jati seorang doktor specialist or neurologist yg bermanfaat utk byk orang... Aku bercita2 utk memiliki rumah sakit sendiri... aku bercita2 utk menjadi seorang doktor yg terbaik... aku nak orang akui ilmu dan skill yg aku ada...

Tapi... sekali lagi adakah aku lupa????? adakah aku lupa apa yg perlu aku lakukan demi kebangkitan Islam!.. Subhanallah... ampuni aku Ya Allah jika selama ini aku tidak bersungguh2 utk memperbaiki diri demi menjadi seorang mukmin yg terbaik... yang mampu menyumbang dan memainkan peranan dalam kebangkitan Islam...

Apapun... bagi aku, ladang dakwah aku adalah dalam bidang aku sebagai seorang doktor.. Aku perlu melengkapkan diri aku dengan sebanyak mungkin ilmu Allah dalam bidang kedokteran ini.. Aku perlu sesungguh mungkin utk mengobati diri dan jiwa aku, sebelum aku dapat mengobati fisik dan jiwa pesakit aku... Ya Allah bantulah aku ... janganlah engkau sibukan aku dengan perkara2 yg menyebabkan aku lupa kepada tanggungjawab aku ini.. janganlah engkau palingkan hati aku dari terus memperbaiki diri dan membantu agama mu...

Sabtu, 25 April 2009

Meshary Alarada - Farshy AlTurab Islamic Nasheed






Ayuh sahabat2 semua kita buat persiapan utk sesuatu yg PASTI!!!!... manusia yg paling bijak adalah manusia yg paling byk mengingati mati, dan membuat persiapan utk menghadapinya....

Jumaat, 24 April 2009

The Complete Human

Thanks usop for this amazing video...
For more, just visit this website


Khamis, 23 April 2009

Ape cerite DUN mike yop!!!

Dah nak masuk 3 bulan sejak krisis politik melanda negeri Perak yg aku cintai.... sampai sekarang seperti tiada penghujungnya... lepas satu episode selesai, timbul pula episode yg lain... turun naik mahkamah.. keluar masuk balai polis... turun naik bukit... jual beli camry.. derhaka sana sini... sidang media merata alam... aku benar, ko salah... aku dah menang... mohon restu rakyat... pertahankan kemenangan rakyat.... hina DUN.. Hina makamah... Hina Masjid... huhu tak larat aku nak tulis, macam2 ada... sampai aku pun pening kepala memikirkan masa depan rakyat di negeri Perak ni....

Apapun aku tetap yakin dan berharap segala yg berlaku ini mempunyai hikmah yg tidak sedikit utk kita tafakuri.. Kita merancang, Allah swt juga merancang dan pastinya perancangan Allah yg terbaik.....

Dalam menanti 7 mei ini.. macam2 andaian dan jangkaan org ramai ttg apa yg berlaku di sidang DUN Perak itu nnt... aku nak share andaian yg ditulis oleh sahabat kita ni... hehe... pening, bingung, menarik, lawak... semua ada....

Aku pastekan kat bawah ni.. nak baca lengkap di sini...

Aku ni masih takut lagilah, sebab aku rakyat marhaen. Semangat tak tinggi tara mana. Kemudian aku belek-belek lagi blog dalam internet. Rupa-rupanya ada sorang lagi. Peguam Hanifa Maidin. Dia ni bukan sekadar buat tak kesah dengan deklarasi mahkamah Persekutuan yang diumum dalam Utusan Malaysia, tapi siap tulis macam-macam hujah lagi yang mengatakan deklarasi itu nilainya satu sen. Macam-macam istilah yang dikemukakan. `Perintah certiory’lah, perintah `mandamus’lah dan entah apa-apa lagi. Selama ni aku tahu `Saya yang menurut perintah’ je. Rupa-rupanya macam-macam perintah ada.

Yang lawaknya Hanipa Maidin bukan berhujah dalam mahkamah, tapi dalam blog di internet. Hujah di mahkamah dah habis, kira macam dah tiup wisel la. Hanipa Maidin pi berhujah lagi diluar mahkamah. Tulis macam-macam dan minta sekalian rakyat Malaysia baca.
Mungkin ramai yang marah bila aku kata Hanipa Maidin macam buat lawak. Tapi yang aku lebih terkejut lagi, ada yang lebih lawak lagi. Dalam Hanipa Maidin pi berhujah di luar mahkamah tu, rupa-rupanya Dato’ Hafarizam peguam UMNO pegi sambut pulak hujah tu dan berhujah di luar mahkamah jugak. Macam-macam dia tulis, mintak rakyat Malaysia baca jugak..

Itu yang lawak tu, ibarat main bola la.. Tiba-tiba kita dengar macam bunyi wisel panjang, tanda permainan dah habis. Ada satu kumpulan bersorak kata `team’ dia menang, kemenangan bersejarah. Tapi `team’ satu lagi buat tak kisah je, terus jugak ambil bola dan gelecek-gelecek bola tu nak `score’ ke pintu gol lawan. Yang lawaknya `team’ yang mengaku menang tadi pergi patah balik jugak ke padang berebut bola tadi. Suruh jugak orang ramai tengok. Kalau dah mengaku menang, balik rumah laa, cuci kasut bola. Ini tidak, patah balik pergi berebut bola tadi.


Itu yang aku penin dan celaghu, sapa yang tiup wisel tadi? Pengadil ke penjaga garisan? Kalau pengadil yang tiup, kira settle la, tapi kalau penjaga garisan yang tiup, itu pasal la `team’ yang kononnya kalah tu selamba saja pi sambung main bola dan `team’ yang kononnya menang tu terpaksa sambung balik perlawanan. Masalahnya sapa patut jadi pengadil? Kedua-dua `team’ sudah minta supaya sekalian penonton tengok, maknanya mereka minta penonton (rakyat) jadi pengadil ke?


Patah balik pada DUN Perak. Aku cukup risau bila DUN bersidang 7 Mei nanti. Bukan apa, malam tadi aku tengok berita. Ada perlawanan bolasepak di Argentina disiarkan dalam berita malam tadi. Dihujung perlawanan, pemain-pemain bergaduh satu sama lain. Bukan pemain saja, pengadil pun tumbuk menumbuk dengan pemain. Bukan pengadil saja, penonton kat `stand’ pun turun pi balon sekali sapa yang depa tak puas hati.

Itu yang aku risau, takut peristiwa lawak sedih kat stadium Argentina tu berlaku kat DUN Perak. Maklumlah, punca-puncanya ada. YB Nizar pun ada sebut, bila DUN bersidang acara pertamanya ialah pertandingan berebut kerusi Menteri Besar dulu, sebab dia tak pernah letak jawatan Menteri Besar. Mahkamah pun tak isytihar jawatan Menteri Besar dia gugur. Lepas tu berebut tempat pulak sapa kerajaan dan sapa pembangkang. YB Hamidah dari UMNO pun ada sebut, Speaker berkuasa penuh menentukan tempat duduk ADUN.

Lepas tu apa pulak akan jadi tak tahulah. Takkan nak bawak polis dan FRU masuk dalam Dewan Persidangan. Takat letak polis dan FRU kat pintu pagar bangunan SUK boleh lah. Kalau bawak masuk polis dan FRU sekali dengan water cannon masuk dalam dewan, tu lagilah lawak.. Peristiwa sangat bersejarah.

Kalau Speaker YB Sivakumar tiba-tiba jadi Adun lompat macam 3 ekor katak tu mungkin UMNO/BN boleh kata masalah mereka selesai. Tapi dalam keadaan Pakatan Rakyat menang 4 kali pilihan raya kecil, adakah YB Sivakumar yang begitu tegas melawan BN sebelum ini akan melompat?

Entahlah, `thrill’ sungguh aku rasa DUN Perak ni.. Macam siri cerita-cerita `box office’ kat TV je..

http://suaradarigunung.blogspot.com/2009/04/dun-perak-celaghu-penin-dan-lawak.html


Hehe... jangan apa yg diceritakan ini betul2 berlaku dah lah... malu aku nak jadi org Perak lagi....

Selasa, 21 April 2009

Indahnya kebersamaan di Jalan Allah...

Aku sangat merindukan suasana seperti dalam youtube dibawah ni... ramai member2 masa kmb dulu, jealous lak lihat dorang dapat sama2 membina fikrah dan melatih diri dalam rangka menjadi pejuang2 di jalan Allah.....


Jumaat, 17 April 2009

Menjelang AGM Pkpmi Jakarta...

Alhamdulillah akhirnya PKPMI Caw Jakarta menetapkan 19/4/09, Ahad ini untuk mengadakan Mesyuarat Agung.. Selamat bermesyuarat aku ucapkan.. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Nabeih dan barisan kepimpinan Pkpmi Jakarta sesi lalu kerana telah berjaya mengemudi pkpmi dgn baik...

Sekali lagi aku nak ingatkan... persatuan wujud kerana adanya ahli-ahli yg sama-sama mendukung visi dan misi persatuan.. Oleh itu ahli adalah objek dan target kepada persatuan utk memberi manfaat sebanyak mungkin kepada mereka... Tanpa ahli yg sama2 mendokong dan bergotong-royong menjayakan misi dan matlamat persatuan, tak mungkin persatuan itu dapat berfungsi dengan optimum...

Terus terang aku lihat ramai sahabat2 semua yg semakin kurang peduli dan ambil tahu tentang persatuan pelajar; Pkpmi khususnya.... Memang di Jakarta kita boleh hidup sendiri tanpa memperdulikan hal-hal orang lain; mungkin kita hanya memerlukan persatuan dalam urusan imigrasi sahaja.. selesai masalah kitas dan ERP, kita tak perlu ambil tahu lagi hal2 lain....

"Ada program apa kat kedubes ahad ini? Tak tahu pun...."

"Malas lah nak datang, kena bayar teksi lagi.. kalau bas disediakan boleh r"

"Tak boleh datanglah... minggu depan ada exam, banyak lagi tak study ni... lagipun aku dah ada urusan lain"

"Tengoklah nanti, tak boleh janji... kalau rajin saya datang lah"

Di antara jawapan2 yg diberi bila aku tanya pasal AGM Pkpmi Ahad ini.... Mungkin aku pun akan beri jawapan yg sama jika aku tidak terlibat apa2 dengan pkpmi... cuma aku teringat apa yg sering Ust Hasrizal katakan tentang Aku tidak pedulisme yg banyak melanda terutama generasi2 seumur dengan aku... Bagi aku, kita semua sudah bergelar mahasiswa, bukan budak sekolah lagi!.. tak perlu dipaksa2, sebab masing2 boleh fikir dan membuat pilihan... Aku rasa cukup bab ini...

Kepada sahabat2 semua.. marilah sama2 kita datang dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli kepada sesebuah persatuan... marilah sama2 kita bermesyuarat dan berbincang mengenai apa sahaja masalah yg timbul terutama mengenai kebajikan dan pengajian kita.. Moga dengan kehadiran kita semua sedikit sebanyak dapat memberi idea dan pendapat untuk manfaat kita bersama...

Aku akui sebagai student medic, masa kita tak banyak utk beri komitmen kepada semua aktiviti persatuan.. tapi aku rasa tak rugi jika kita meluangkan masa separuh hari pada hari minggu ini untuk mesyuarat agong yg hanya setahun sekali... sekurang2nya kita menunjukan sikap peduli kita dan tidak hanya mementingkan diri sendiri....

Selamat bermesyuarat dan selamat memilih kepimpinan Pkpmi Jakarta yg baru utk sesi 09/10...

Rabu, 15 April 2009

Mengutip hikmah di sebalik Percutian Aku di Bali...


Hari Pertama 8/4/09

Flight pukul 1030 dari bandara sokarno hatta dan sampai di Bandara Ngurah Rai Bali jam 1330.






Hari Kedua 9/4/09
Banyak tempat yg kami pergi: Pasar Ubud, Kintamani, Goa Gajah, Tapak Siring, Besakih, Batu Bulan


Tample Tapak Siring Bila aku lihat bagaimana mereka sembahyang di tengah-tengah panas macam ni, aku rasa sangat2 bersyukur.. bertapa mudah dan indahnya Islam. Solat kita sangat mudah utk dilaksanakan jika dibandingkan dgn agama lain; Tapi malangnya solatlah benda yg paling berat utk kita laksanakan....









Penyucian diri dari segala dosa dan kesilapan yg kita lakukan di dunia... Masyarakat Hindu Bali percaya, air suci di kolam ini dapat menghapuskan dosa mereka...
Buat kita yg muslim, penyucian diri perlu dilakukan setiap saat dan minit... hanya kepada Allah kita bertaubat dan memohon keampunan..









Hehe kenangan yg penuh keinsafan... Alangkah baiknya jika mereka juga berpeluang utk mengenal Allah swt. Kesungguhan mereka dalam mengamalkan agama menyebabkan aku sangat kagum dgn masyarakat hindu di Bali.. Terus terang aku dapat melihat agama hindu dalam kehidupan seharian mereka... bukan di kuil sahaja... Islam is a way of life, bukan hanya di masjid dan surau sahaja, sama2lah kita cuba menghayatinya...







Temple Besakih
Menurut Mas Nengah yg menjadi tourist guide kami, Besakih adalah pusat ataupun kuil utama di Bali.. Kalau macam agama kita, seperti di Kaabah di Kota Mekah..
Setiap waktu pasti ada penganut agama hindu bersembahyang di sini walaupun tengah malam.

Kebetulan semasa kami datang sini, ada perayaan keagamaan Hindu yg disambut 10 tahun sekali... Memang sangat besar kuil ini...

Menziarah kuil sambil mensyukuri nikmat iman dan Islam yg diberi... Moga satu hari nanti hidayah dan nur islam akan sampai di sini..



Batu Bulan: Tarian Kecak Masyarakat Bali

Tarian Kecak ini mengisahkan bagaimana seorang suami Prince Ramayana berusaha utk menyelamatkan isterinya sita dari diculik oleh King Rahwana dengan mengunakan kuasa jahat. Setelah berusaha melawan kuasa jahat tersebut, akhirnya Prince Ramayana berjaya menyelamatkan Sita...
Kasih sayang seorang suami kepada sang isteri berjaya menewaskan kuasa jahat.... 'The Power of Love'



Hari ketiga 10/4/09
Hari ini kami ke Nusa Dua utk water sports, Shopping ole-ole di Krisna, Tanah Lot.


Nusa Dua

Kat sini kami semua main water sport; aku main Parasailing Rp70k, Fly Fish Rp150k... hehe best giler!! gayat gak aku mulanya.. tapi ok r, best3....

Cheng, faiz, zafran, fathul dan atiqah gi scuba diving.. hehe aku tak berani r, dah le tak pandai berenang... lagipun nak save budget.. Scuba mahal sgt lak 300k termasuk bergambar di dalam laut..



Tanah Lot

Sambil menanti sunset yg tak kunjung tiba..
Tanah lot ni pun sangat cantik pemandangan dia, senang cakap antara tempat yg wajib pergi lah bila datang Bali...
Sungguh, aku menjadi saksi kepada kebesaran dan keindahan ciptaan Allah...







Waktu ini air surut, so boleh lah turun sampai sini....















Hari keempat 11/4/09
Hari ini kami ke Uluwatu, Goa Lawah dan Jinbaran


Uluwatu

Kat sini lawa giler clift dia, sangat mengkagumkan alam ciptaan Allah.
Katanya kat sini Kuil yg penuh dengan monyet.. hehe, tapi masa kami datang monyet tak banyak sangat lak, tapi yg bestnya dapat lihat life aksi olimpik monyet terjun dalam kolam mandi. hahaha....






Lepak di pinggir clift menikmati pemandangan yg sangat cantik dan tiupan angin yg menyegarkan!..












Goa Lawah

Kalau di Uluwatu tadi temple yg banyak monyet, kat Goa Lawah pula banyak kelelawar...

Malangnya kami tak dapat masuk gua sebab ada upacara keagamaan...









Aku perhatikan setiap tempat yg cantik dan seperti ada sesuatu yg luar biasa, pasti ada kuil di situ... Nah naluri semulajadi manusia yg ingin menyembah sesuatu yg hebat dan luar biasa... Semua keindahan dan kecantikan tempat2 itu adalah tanda2 kebesaran Allah swt. So pada Nya sahajalah yg layak kita sembah...






Jinbaran

Dinner beramai-ramai di Bali Beach Cafe...
Kat sini kami makan seafoods, boleh lah tahan.. kena bayar Rp90k seorang...

Sangat best sekali sekala makan ramai-ramai macam ni, kat tepi pantai lak tu... hehe nanti aku nak bawa isteri dan anak2 aku makan kan sini suatu hari nanti... hehe.









Menikmati sunset sambil menunggu makanan siap....













Alangkah riang dan gembiranya member2 aku ni. Mana tidaknya, pergi Bali lupa segala hiruk pikuk dan study di Jakarta... Tapi lepas ni mati r kitorang, sebab exam beratur menunggu.....










Hari kelima
Hari ini hari terakhir kami melawat, kami per Lovina dan Berdugul.

Lovina
Jam 2am kami sudah bergerak naik Bas dari hotel, sebab perjalanan ke Lovina mengambil masa hampir 2 jam.
Kat sini kami melihat dolffin yg sangat byk di sini.. hehe pengalaman yg sangat menarik, selama ini aku hanya tengak kat zoo dan TV je, skang dapat tengok life!.






Jauh gak nak ketengah laut tu, sampai ada yg tertidur atas kapal!..

Tapi semuanya gembira dan puas dapat melihat dolffin...














Bedugul

Ini destinasi terakhir kami...
Kat sini kawasan tanah tinggi, sejuk macam kat Bandung... Di sini ada satu danau atau tasik yg sangat menenangkan jiwa...

Kalau korang perasan, bangunan yg belakang aku itu ada kat wang kertas Rp50k....










Seperti yg aku katakan tadi, masyarakat Hindu di Bali sangat mengamalkan agama mereka... Malah anak2 kecil macam ini pun sudah mula dididik utk mengamalkan agama dan tradisi mereka....















Alhamdulillah.. terasa sungguh bila sangat susah untuk mencari masjid di Pulau Bali ini...

Setelah puas keluar masuk kuil... bila dapat solat kat masjid ini, sangat menenangkan jiwa mensyukuri dan menafakuri kebesaran ilahi...

Aku harap masyarakat minoriti Islam di sini dapat menghidupkan dan mengimarahkan masjid ini sebagai mana masy Hindu di Bali mengimarahkan kuil2 mereka....









Hari Keenam 13/4/09
Hari ini hari terakhir kami di Pulau Bali, so aktiviti bebas...


Pantai Kuta
Pagi tu kami menghabiskan masa mandi manda di Pantai Kuta, Jam 12 check out dan terus ronda2 Kuta untuk ambil gambar di Pantai dan memorial Bom Bali. Selepas tu jam 3 bas dah tunggu utk ke Spa dan terus ke bandara... Flight pukul 9pm








Memorial Bom Bali 2003

Orang yg dituduh melakukan pengeboman ini sudah pun dijatuhi hukuman gantung... cuma iktibar dan kesan dari pada peristiwa ini perlu kita perlajari...

Sesungguhnya Islam itu agama perdamaian, penuh dengan kasih sayang sesama manusia... Masih banyak yg kita perlu lakukan utk memberitahu masyarakat agama lain yg Islam bukan agama yg menggalakkan keganasan....







Pulang Ke Jakarta

Setelah penat dan poket kering selama 6 hari 5 malam, akhirnya kami pulang ke Jakarta dengan seribu satu kenangan pahit dan manis... yang pasti akan kami cerita dan kenang di masa hadapan....

Kebersamaan percutian bersama kawan2 seperti ini sangat best... insyaAllah next time kita pergi Bromo di Malang ....

Kita Manusia Terpilih

Kita manusia terpilih yg diberi pilihan utk memilih arah tuju kehidupan kita....


Selasa, 14 April 2009

Lorongkan laluan Perubahan Diri

Bila aku baca artikel dari saifulislam.com ini, seperti ada sesuatu yg sangat penting buat kita semua.. terutama bagi anak2 muda islam yg penuh semangat utk berjuang membela agama tetapi kadang2 lupa kepada realiti semasa...
Aku sangat terkesan dgn apa yg dikomentarkan... perubahan bermula dari diri sendiri. Kita diberi pilihan utk berubah.. dan kita bertanggungjawab utk membenarkan dan menyahut perubahan ini... Ayuh sahabat semua sama kita berusaha memperbaiki diri...

Aku paste kan di sini... utk artikel lengkap klik di sini.

BERUBAH MANHAJ ILMU

Dalam soal ilmu, isunya berbangkit juga.

Ketika saya tiba di Jordan, saya tidak Salaf, tidak juga Khalaf. Hanya insan biasa.. seperti kebiasaan yang ada.

Saya dan rakan-rakan menadah kitab mengaji Syarah Ibn Aqil dan Kutaib Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah setiap hari selepas subuh. Di peringkat itu, saya mengukuhkan kefahaman saya tentang apa yang telah saya pelajari semasa di Malaysia. Mengemaskan hujah-hujah dan cara berfikir sebagai seorang Khalaf tanpa pernah mendefinisikan diri sebagai Khalaf.

Tetapi walaupun ketika itu saya kira saya seorang yang selesa dengan manhaj Khalaf, syukur Alhamdulillah saya tidak mencaci Salaf. Saya tidak bernafsu besar membongkar dan mengumpul hujah bagi menentang lawan, kerana semasa saya mendalami manhaj Khalaf, saya mendalaminya kerana mahu menyembah Allah, bukan kerana mahu menyembelih Ibn Taimiyah.

Walaupun saya amat kasih dan cinta kepada guru yang mendidik saya itu, ia tidak sampai saya mengikat diri kepada peribadinya. Penghormatan dan kasih sayang saya kepada Ustaz Ahmad al-Kaf adalah setinggi-tinggi kasih sayang seorang murid kepada gurunya.

makanbertalam.jpg

Bersama Ustaz Ahmad al-Kaf di sebelah kiri saya

Sebab itulah, apabila Ustaz Ahmad al-Kaf menegur kemungkaran segelintir pelajar dan mereka mahu membelasah beliau, saya tidak teragak-agak bersama rakan yang lain untuk mempertahankan Ustaz Ahmad al-Kaf, walaupun terpaksa mengangkutnya lari di malam hari.

Tetapi proses pengajian itu berterusan. Selepas satu demi satu subjek di universiti diambil, dan atas keterbukaan diri yang saya syukuri, saya memberanikan diri mengkaji pula aliran Salaf.

Saya percaya, isu ini sensitif. Maka untuk mengkaji dan memahami tentang seseorang atau sesuatu topik, maka jangan mulakan kajian dengan membaca komen penyokong atau komen musuh. Pergi kepada hasil kerjanya sendiri.

Apabila saya mahu memahami tentang Ibn Taimiyah, saya mulakan dengan meneliti kitab-kitab karangan Ibn Taimiyah. Bermula dengan kitab sekecil Ubudiyyah, hinggalah kepada Minhaj al-Sunnah, saya bertemu dengan Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang sejahtera. Memang ada satu dua tempat yang keras dan kasar, tetapi apabila terkenangkan ganasnya jiran-jiran Arab di sekeliling rumah saya, maka saya boleh berusaha memahami dan bertolak ansur pada pendekatan Ibn Taimiyah kepada manusia di zamannya. Pendekatan tidak jadi masalah, tetapi fakta yang dikaji untuk jadi penentu.

Semasa kita kecil, kita mungkin berdendam sehari dua apabila ayah mencubit kita yang bermain hujan. Tetapi semasa kita menjadi ayah, tanpa sedar kita melakukan perkara yang sama semasa anak kita bermain hujan. Ia soal pendekatan… lain zaman, lain caranya, lain umur, lain kaedahnya.

Saya tidak membaca kitab-kitab musuh Muhammad bin Abdul Wahhab atau kitab-kitab pemuja dan pemujinya. Tetapi saya pergi kepada kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri.

Alhamdulillah, saya boleh bertenang.

Apabila saya semakin selesa (saya tidak guna istilah ’saya rasa semakin betul”) dengan manhaj Salaf, saya menoleh ke belakang dan Alhamdulillah jika saya mahu beralih manhaj, saya tidak ada luggage yang terbeban di dalam sirah hidup. Maka saya berubah dengan tenang. Kasih sayang saya kepada guru-guru yang mendidik manhaj Khalaf, tidak terusik walaupun sedikit. Malah saya dapat memahami apa yang mereka fikirkan dan saya berubah tanpa perlu bermuka-muka.

SALAFI VERSI CELUPAR, KHALAFI VERSI ‘LASER’

Malang sekali ada sebahagian kita yang semasa bermanhaj Salaf, dia seorang yang celupar. Habis semua orang dibid’ahkannya. Berapa ramai insan yang dilukakannya. Dan dirinya tidak pernah mahu meneliti betul atau salah sikap begitu, kerana beralasan bahawa semuanya dibuat kerana Allah!

Subhanallah… Maha Suci Allah dari kecelaan akhlak si makhluk.

Tiba-tiba dirinya tersedar bahawa dia telah terlalu banyak melukakan orang. Dan dengan pertimbangan yang sungguh tidak rasional, dia menyalahkan manhaj Salafnya itu sebagai punca dirinya berlaku buruk. Dia berubah menjadi Khalaf tetapi dengan lidah yang terpaksa ditajamkan, menyerang golongan Salaf dengan cara yang tidak berhikmah, demi untuk menjustifikasikan perubahan dirinya. Ramai sungguh x-Salafi yang saya temui sedemikian rupa.

Begitu juga bagi yang Khalaf…

Sebab itulah saya pesan, selagi kita masih hidup, selama itu jugalah kita akan menempuh perubahan. Sama ada berubah ilmu, berubah sikap, berubah gaya, apa sahaja… Itu fitrah namanya. Apakah segala-gala yang saya putuskan hari ini sudah muktamad? Mungkin ya, mungkin tidak. Andai ada lagi perubahan yang mahu dibuat, saya menyediakan diri untuknya, di jalan abdi saya kepada-Nya.

Ketika membaca kisah hidup Imam Syafi’e, Abu al-Hasan al-Ashaari, malah terutamanya riwayat hidup Abu Hamid al-Ghazzali, mereka menempuh pelbagai peringkat perubahan diri dan manhaj… sesuai dengan challenge vs. response.

Maka lapangkanlah jalan di liku-liku usia agar perubahan diri tidak dikhianati.

MENGUBAH SIKAP TERHADAP SESAMA KUMPULAN ISLAM

Mungkin atas sifir yang sama, mereka yang agar senior di dalam PAS, IRC dan ABIM sukar untuk mencari damai. Dalam hal ini juga manusia itu boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sebab itulah jangan kita terlalu mencederakan lawan. Sampai satu masa, kita mungkin perlu berubah. Mungkin tidak mengubah jemaah, tetapi mengubah sikap terhadap sesama jemaah.

Sudah binasa umat kita dimakan hedonisma dan maksiat yang menggila. Kezaliman makin melampau, dan setiap kita lemah untuk pergi ke medan sendirian. Di peringkat kepimpinan, kesedaran telah ada untuk saling bekerjasama. Tetapi di peringkat yang lain, sukar benar untuk kita berlapang dada.

Mengapa?

Kerana semasa kita di kumpulan A, kita sangat rakus mencederakan kumpulan B dan C. Semasa kita di kumpulan B, kita membina kejayaan dengan memijak dan mengkhianati kumpulan A dan C. Maka kita telah menyulitkan perubahan.

Apabila tiba masa kita bekerjasama, kita sukar berlapang dada. Kerana luggage kita berat dengan perbuatan silam.

Maka bagi generasi amilin Islam yang baru, bersederhanalah…

Izinkan diri untuk menempuh perubahan dari satu usia ke satu usia, kerana ia sebahagian dari proses kematangan Bani Insan.

ABU SAIF@www.saifulislam.com
68000 Ampang
[versi awal 1 Disember 2007]

Ready for the next trip!!!

Alhamdulillah setelah 6 hari 5 malam liburan di Bali, kami selamat sampai ke jakarta dengan seribu satu kenangan pahit dan manis.. Boleh dikatakan lebih separuh tempat wisata di Bali kitorang pergi.. Badan dah penat, poket dah kering...

InsyaAllah nanti aku upload gambar n cerita trip kami kat sana dalam blog ini. Sekarang aku nak curhat ataupun meluahkan isi hati yang sangat2 risau for our next trip... hehe EXAM!!!. Internal medicine n opthalmology, 22 & 23 april 09.. Banyak benda tak baca and cover lagi.. Macam tak sempat je rasanya.. engine kereta dah sejuk lah, dek kerana angin pantai Kuta yg nyaman, nak panaskan balik punya lah lambat.. minyak kereta pula dah kering dan menyuap disinari cahaya sang suria di Bali.. hehe. So aku kena isi minyak dan panaskan engine cepat2, selepas tu terus masuk gear 5!...

Waktu semakin mempet, tugas dan tanggungjawab semakin banyak, semangat semakin menurun, ehm macam mana r ek... " Ya Allah berilah kekuatan kepada aku utk belajar sungguh2 demi mencapai cita-cita aku menjadi seorang manusia yg bermanfaat utk banyak org...". Mohon doanya.....

Khamis, 9 April 2009

Update blog dari Kuta Beach Bali...

Salam semua..
Dah penat turun naik tample, pastu round bali naik motor, then aku singgah jap warnet kat sini. Saja nak tahu perkembangan kabinet baru DS Najib... ternyata tiada yg blh diharapkan, sebab masih byk muka2 lama.. apapun utk berlaku adil, kita bagi perluang kepada kabinet baru ini...

Aku nak cerita pasal percutian kami di Bali.. hari ini baru hari pertama, dah byk tempat kitorang pergi... turun naik tample menyaksikan keunikan masyarakat bali.. Apa yg blh aku katakan.. masyarakat sini sangat religious!!! mereka sangat mengamalkan agama mereka, dari anak kecil sampai lah org dewasa.. semua tekun dan seolah2 berbangga menunjukan dan mengamalkan agama hindu mereka.. Sangat3 kagum!!

Tapi sangat3 sedih gak, sebab mereka tidak mengenali Tuhan mereka yg sebenar; Allah swt. Tuhan sekalian langit dan bumi; yg maha kuasa atas segala sesuatu.. Moga sinar islam dapat dikembangkan di sini.. Ada banyak gambar yg best2 dan menarik yg aku nak kongsikan dengan korang, tapi susahlah nak upload kat warnet ni.. nanti lah bila pulang jakarta aku uploadkan...

Banyak tempat dan pantai2 menarik kat sini... huhu baru hari pertama, banyak duit dah nak abis!! huhu.. besok kitorang nak jalan2 di pantai2 dan pulau lak... tgk r, kalau sempat aku cerita lagi kat blog ni... nak balik dah ni. besok pagi2 bas dah tunggu for next trip!.

k doakan kami sehat dan kuat iman ek.. hehe bukannya apa banyak sangat penyuci mata kat sini... huhu. K take care semua.

Salam rindu dari Pantai Kuta, Bali.. 10.50p.m wib

Surat Tok Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming..

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS

http://misabah.blogspot.com/