Putera Akhirat adalah org yg mempertahankan kebenaran Islam, sedia menghindari dan memerangi segala yg berbentuk mungkar dan maksiat. Putera akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yg sebenar serta amalan yg bersumberkan syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.
Ahad, 29 Mac 2009
Berbasikal sambil menikmati alam ciptaan Allah di Bogor...
Alhamdulillah semalam, 28mac09; aku, zafran, cheng, fathul, bagak, hana, enab, fika dan intan dapat join Ukrida Bicycle Community ke Bogor... Campur dengan beberapa staf TU dan staf ukrida kampus 1 yang lain, semua sekali 20 org. Kami berkumpul di kampus 1 dan mula bergerak menaiki truk marinir ke bogor.. Ternyata khabar angin yg mengatakan kami berbasikal KE bogor, tak jadi. huhu selamat... kalau tak abis r..
Kitorang bersiap-siap, pasang bendera dan buat persediaan yg lain sebelum memulakan cycling..
Semangat2!.. get ready to start the cycling.. Rencana awal utk berbasikal di Kebun Raya Bogor terpaksa dibatalkan kerana speda tidak dibenarkan utk dibawa masuk ke dalam Kebun Raya Bogor. Plan B; Pak Bambang (teman Pak Bagus di Bogor) memutuskan utk berbasikal ke satu lokasi Air Terjun di Bogor..
Hai.. baru separuh jalan dah pancit! huhu mana tak nya, jalan berbukit turun naik, nak patah gak kaki ni rasanya. Kami rehat jap depan kedai ni; mengatur plan seterusnya...
Cheng, Fathul dan bagak sedang berbincang dgn Pak Bagus... hehe; fathul semangat nak teruskan cycling, Cheng semangat nak mandi air terjun, Pak Bagus dah tak larat dan nak ajak patah balik...
Ehm tahu r camera power, habis serata alam di fotonya... zafran2; btw aku nak gambo camera ko ek... hehe.
Tabik spring aku kat mas ini; hehe dia ternyasar lak sampai ke atas. lama gak kitorang tunggu dia patah balik. Korang tengok speda dia! huhu walaupun hanya berbasikal tua yg takde break, tapi mas ini jauh ke depan meninggalkan kitorang.. sampai tak sedar yg lain semua dah berhenti di belakang.. huhu lupa lak nak tanya nama dia.
Hehe perjalanan bermula setelah hampir setengah jam kami berhenti; cadangan cheng diterima. Kebetulan ada lori kecil milik kedai perabot berhampiran tempat kami berhenti. Setelah nego kitorang setuju utk sewa lori tersebut 2 buah Rp100k. Hehe basikal dgn org2 skali diangkut ke lokasi air terjun tu... Nasib baik tak ikut plan fathul; kalau tak jangan harap r nak sampai ke atas. Mana tak nya; jauh giler dengan jalan turun naik... dekat 15menit kut baru sampai tempat air terjun tu..
Alhamdulillah sekitar jam 12.30pm, kami tiba dilokasi air terjun tu.. Subhanallah; indah sungguh ciptaan Allah. Sejuk dan nyaman serta tenang menikmati khazanah Allah yg maha luas ini. Sekali sekala lari dari hiruk pikuk kota Jakarta dan stdy di kampus, memang sangat menenangkan jiwa..
Ehm best gak dapat makan kat tepi air terjun ni.. sedap giler.. Rasa nak mandi je terus, tapi tak plan lak sebelum ke sini tadi...
Sempat r aku ambil gambar kat sini, huhu hari macam nak hujan; jam dah hampir pukul 1.30pm. So kitorang siap2 untuk segera berspeda pulang ke kota Bogor.. Hehe time ni lah yg paling best; buat kata enab, berspeda tapi tak kayuh... best giler turun bukit tu, laju macam naik motor lak rasanya. Dah r break basikal aku yg belakang tak ok.. risau gak mulanya... kena pakai break kaki sekali... Apapun kat sini memang team work kami serombongan kelihatan.. masing2 saling bantu membantu agar semuanya dapat selamat sampai ke kota bogor. Hampir sejam gak lah kitorang meluncur turun... hehe best3x...
Alhamdulillah semua selamat sampai, Pak bagus dan member dia yg lain tak join kitorang ke air terjun, dorang tak larat. So dorang tunggu kami kat kebun Raya Bogor. Jam 2.30 kami mula bergerak pulang setelah abis makan aiskrim durian.. hehe.. Penatnya jangan cerita r... ni pun aku baru je bangun' setelah tidur hampir 12 jam! dari jam 8.30pm semalam, bangun jap solat subuh dan tidur lagi...
Ok abis pasal berbasikal, buat teman2 dan adik2 junior yg lain; insyaAllah next trip bulan mei, berbasikal di Ancol. Jom r join ramai2, dan kalau boleh korang join je mana2 aktiviti kampus yg ukrida buat. bercampur gaul dengan member dari Indonesia, baru dapat banyak pengalaman!..
Ehm pasni kena qado balik stdy.... k salam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hah qada' balik study tu.. dr suzan tu ajak laju tau..smlm abis satu iktat.. lebih baik dgr recording dia.. byk dia ckp dlm kelas..and tambahan2 lg..
BalasPadambaru aku faham status enab..haha
syg la xdpt msuk kebun raya..cntik tmpt tu.. tp air terjun tu pn cantik gak (hehe air terjun umah aku pn cantik gak..hehe)
k jom stdy! chaiyuk!
wah gle semangat da tulis blog. tu la best btol turun bukit, berangin sampai terbang topi aku. huhu..
BalasPadamweh, ape ade gambo senget tu.perbetui la sket.sakit tengkuk aku nak teleng2.
BalasPadam