Salam buat sahabat2 semua... sambil2 me'nyepi' di dalam bilik ni, terasa nak share opinion lak tentang status ym seorang sahabat ni. 'Politik hanyalah wasilah, bukan maksud'.. Ehm sangat ringas dan padat, tapi penuh dengan seribu satu hikmah yg blh kita ambil....
Begin with the end in mind: apa maksud sebenar di sebalik semua ini??
" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)". surah Al - Fussilat: 33
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....." surah Ali-Imran :110
So the answer is DAKWAH; tapi kenapa kita perlu dakwah??? Ayat-ayat Allah di bawah ini mungkin boleh beri jawapannya kepada kita:
"Apakah patut kamu hanya percaya kepada sebahagian daripada isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu daripada kamu selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat". Al-Baqarah ayat 85
" Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan Allah menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)". at-Taubah ayat 32
" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya" Ali-Imran ayat 104
Ehm back to the titile of this entry; politik hanyalah wasilah, bukannya maksud.. sangat mendalam sekali ayat ini, ia perlukan perbincangan yg mendalam dan jujur. Btw aku hanya nak beri pendapat peribadi aku...
Bercakap soal wasilah( cara, alat, pendekatan, metode) , memang tidak dinafikan sekarang terdapat pelbagai wasilah yg digunakan oleh pelbagai kelompok dan golongan; dan yang menyedihkannya masing2 mendakwa cara mereka yg betul!..
"aku nak gi kedutaan lah, tapi nak ikut jalan yg mana ek?" tanya seorg sahabat.
"ko leh ikut Slipi, tak pun ikut Tanah abang, ehm.. ikut Roxy pun ok gak".
"Tapi mana yg tak macet dan lebih cepat sampai ek?"
"Entah lah, kadang2 ikut Slipi tak macet, kadang2 Roxy lagi ok; tapi tak tahu r... ko ikut je mana2pun asal sampai kedubes dah r"
huhu.. dialog yg sering diulang oleh perlajar Malaysia di Jakarta.
Destinasi / tujuan kita semua adalah kedubes(Kedutaan Besar Malaysia), so macam2 transport sesuai dengan kebutuhan dan kesesuaian masing2 r. Yang kaya maybe boleh naik teksi, ada yg suka naik Busway, ada yg suka bawa motor sendiri, ada yg selesa naik bas biasa sebab nak jimat wang; malah ada yg sanggup naik basikal/jalan kaki kerana keterbatasan (hehe.. ada ke yg sanggup?; better duk rumah tido, lagi bestkan).----- Sekadar anologi je:)
Sama jugalah dengan Islam, macam2 wasilah ada untuk mencapai maksud dan tujuan kita, berdakwah mencari keredaan Allah. Cuma bagi aku setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yg Allah ciptakan. Ada keterbatasan masing2. sebab itulah kita kena berada dalam group/jemaah agar boleh saling melengkapi dan menasihati... Tapi masalah lain lak yg timbul; huhu.. jemaah mana aku nak ikut??? Yang ni lain, yg tu lain lak pendekatannya... So kalau korang tanya aku, jawapan aku ikutlah mana2 jemaah yg ada, yg cocok dengan diri kita masing2; jangan paksa diri semata-mata nak jaga hati org lain!. Yang penting kita tahu apa yg kita buat dan apa yg kita ikut... jangan taklid dan taksub sampai tak tahu hujung pangkal!
Ok aku nak share pendapat aku lak tentang politik sebagai salah satu wasilah. Aku sangat bersetuju dengan politik hanyalah wasilah, bukan maksud. Bukannya apa, mungkin benda ni timbul disebabkan keghairahan kita berpolitik ditambah dengan iklim politik negara kita yg masih tidak menentu... Mungkin kadang2 kita terlepas pandang atau terlupa maksud dan tujuan utama politik tersebut. Again begin with the end in mind; aku bukan org politik, sebab aku masih student; tapi tak salah utk kita as a student utk mengambil tahu pasal politik.... selesai amanah dan tanggungjawab utk menjadi doktor yg terbaik dan bertaqwa, terpulanglah pada sahabat masing2 utk terjun dalam politik atau tidak.. So jangan takut2 dan sensitif bila berbicara tentang politik, sebab macam manapun kita tetap berbicara dalam skop seorang mahasiswa, bukan politisi....
Bagi aku, pengertian yg mudah, politik adalah kuasa dan pengaruh. Yang pentingnya di sini macam mana kita memanfaatkannya agar dapat menjadi satu alat/wasilah yg ampuh dan berkesan untuk mencapai tujuan kita.. Apa yg aku nampak di sini, persaingan utk mendapatkan kuasa dan pengaruh itu telah memberi gambaran yg buruk kepada mereka yg menggunakan wasilah ini untuk mencapai tujuan tadi... maka timbulah group2 lain yg mendakwa kuasa dan pengaruh(politik) bukan jalan yg terbaik utk mencapai tujuan. Yang kita perlukan tarbiah atau kesedaran sendiri dari semua umat islam, umat islam perlu disedarkan dari bawah utk sama2 bergerak mencapai tujuan yg diinginkan...
Nah, sekarang sudah ada 2 wasilah utama: politik dan tarbiyah. so mana yg patut kita ikut???. Satu bergerak dari atas untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh demi utk mencapai tujuan. Yang satu lagi bergerak dari bawah untuk memberi kefahaman sebenar demi mencapai tujuan yg sama.. So di sini, aku tidak nampak perbedaan ataupun perselisihan yg utama. Sebab titik pertemuannya sudah ada, iaitu tujuan yg sama utk membantu agama Allah dan mencapai keredaan Allah.
Ada masa kita perlukan tarbiah dan nasihat, ada masa kita perlukan kuasa dan pengaruh utk mencegah.. Mungkin kita perlukan baja, air dan cahaya matahari agar pokok itu boleh tumbuh dengan sempurna; tapi jangan lupa dalam masa yg sama kita juga perlukan pagar, racun dan senapang utk menghalang perosak2 yg boleh memusnahkan pokok yg telah kita baja dan siram tadi... So masing2 punya kepintingan dan tugas yg tersendiri. Cuma kita perlu fikirkan bila nak bagi baja, bila nak bagi racun....
Moga Allah swt, bimbing kita utk mencari keredhaanNya....
Putera Akhirat adalah org yg mempertahankan kebenaran Islam, sedia menghindari dan memerangi segala yg berbentuk mungkar dan maksiat. Putera akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yg sebenar serta amalan yg bersumberkan syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.
Khamis, 26 Mac 2009
Politik Hanyalah Wasilah, Bukan Maksud
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bila politik dijadikan maksud.. semua org ghairah mendapatkan kuasa.. demi kepentingan diri dan keluarga.. mana tak..ada kuasa bole bg projek.. no wonder la sampai sanggup amalkan politik uang.. asas kepada apa2 pun aspek kehidupan yg BENAR dan BETOL..ialah berasaskan agama.. belajarlah berasas kan agama, berpolitik lah berasaskan agama.. nk mandi pun! biarlah asas nya agama.. nescaya takkan tergelincir dari kebenaran malah makin dekat dengan redha Allah..
BalasPadam