Selasa, 4 Ogos 2009

Profesor Dr Burhanuddin Al Helmy.. Negarawan yg dilupakan oleh sejarah!


" Di atas Robohan Kota Melaka,
Kita Dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatulah Melayu Seluruh Baka,
Membela hak keadilan Pusaka".

Alhamdulillah 2 ogos kemarin aku berkesempatan utk menyertai Seminar Pemikiran Profesor Dr Burhanuddin Al Helmy anjuran Ummah centre di Shah Alam. Perasaan aku bercampur-campur.. terharu, terkejut, bangga, dan juga sedikit terkilan apabila berpeluang menyoroti dan mengikuti liku-liku perjuangan dan pemikiran Dr Burhanudin. Malah aku juga berpeluang menemui Isteri, anak serta ahli keluarga Allahyarham...

Aku terharu kerana berpeluang mengenali dengan lebih dekat pribadi agung ini yang selama ini hanya aku kenali sebagai golongan kiri dalam buku-buku sejarah di sekolah. Aku terkejut apabila mengetahui liku-liku perjuangan Dr Burhanuddin dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air, yang selama ini mungkin dihilangkan dari catatan sejarah dalam buku teks sekolah. Aku bangga kerana rupanya masih ada tokoh negarawan yang boleh menjadi icon perjuangan buat generasi seusia dgn aku. Cuma aku sedikit terkilan dan tertanya-tanya kenapa tokoh ini tidak ditonjolkan dan diketengahkan sebagai pejuang kemerdekaan negara?

Jika benar apa yang aku dengar dari tokoh-tokoh akademik dan sejarahwan mengenai episod dan pemikiran Dr Burhanudin Al helmy, amat malang dan rugi buat generasi aku jika tidak mengetahui dan memahami pemikiran dan perjuangan yang ingin dibawa oleh Allahyarham.

Seminar ini di isi oleh Prof Madya Saliha Hj Hassan, YB Dato Kamarudin Jaffar, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim, Yb Dr Dzulkefli Ahmad, dan juga Cikgu Azmi dari Teras.. Soalan-soalan dan lontaran idea dan pendapat mereka mengenai pemikiran Dr Burhanuddin sangat-sangat membuka minda dan membantu aku memahami serba sedikit isu dan prinsip perjuangan beliau.

Aku tak berniat utk berkongsi panjang dan mungkin tak mampu utk menyampaikannya dalam artikel ini. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa perlu dikongsikan dengan sahabat semua. Untuk biografi dan serba sedikit mengenai Prof Dr Burhanuddin, mungkin sahabat2 semua boleh baca disini.

Aku tertarik dengan apa yg Dr Dzulkefli katakan dalam seminar itu mengenai ciri kepimpinan Allahyarham yang bersifat 'Situational Leadership'.. dengan kata lain kepimpinannya sesuai dengan tuntuan dan suasana semasa. Dengan pelbagai corak pemikiran ketika itu seperti Golongan Kanan (Pro-British), Gol Kiri (Pro-Jepun) dan Gol Agamawan, Prof Dr Burhanuddin mampu utk mendekati dan memimpin kepelbagaian pemikiran ini. Ini terbukti apabila beliau memimpin Putera-AMCJA yang merupakan gabungan semua kaum dan ideologi pada ketika itu utk menuntut kemerdekaan.

Suasana dan keadaan semasa menuntut bukan saja pemimpin, malah kita sebagai mahasiswa utk turut bijak dalam memahami dan mendekati sesuatu isu ataupun masalah.. Sikap Dr Burhanuddin yg digelar Al-helmy (lembut) dalam menghadapi pelbagai ideologi ketika itu serta bersedia mendengar pelbagai pendapat dan tuntutan menyebabkan beliau mampu utk memimpin kepelbagaian kelompok dalam menuntut dan mengisi kemerdekaan negara.

Apa yang aku nampak, Dr Burhanuddin tidak taksub dengan sesuatu ideologi sahaja dan beliau membenarkan dirinya dipengaruhi dengan pelbagai pendapat dan idea sehingga beliau mampu mengeluarkan pemikiran beliau sendiri... Hal ini menyebabkan beliau berpindah dari pelbagai pertubuhan dan Organisasi politik; bukan kerana 'melompat' seperti yg berlaku di negeri aku ini... tetapi beliau mencipta dan menubuhkan badan dan parti baru sebagai alat ataupun instrumen utk beliau bergerak sesuai dengan keadaan semasa utk menuntut dan mengisi kemerdekaan Tanah Air..

Selain itu, aku juga tertarik dengan Politik Dakwah Vs Politik Opportunis yang dikatakan oleh Cikgu Azmi ketika membahaskan mengenai konsep Jiwa Merdeka yang ingin dibawa oleh Dr Burhanuddin. Allahyarham menggunakan politik sebagai alat dakwah beliau kepada masyarakat. Tindakan beliau yg menyertai pelbagai organisasi politik seperti KMM, KRIS, PKMM, MATA, PUTERA-AMCJA, PRM dan akhirnya PAS membolehkan beliau masuk dan menyampaikan benih-benih pemikiran Islam sama ada secara langsung mahupun tidak langsung didalam organisasi2 tersebut. Hal ini jauh berbeza dgn politik opportunis yg semakin membimbangkan di negara kita. Kepentingan diri dan kelompok menjadi sebab dan maksud utama mereka berpolitik!.

Apa yang aku dapat perlajari secara tidak langsung bila memperkatakan hal ini ialah, dakwah dimana-mana sahaja! Dakwah bukan milik ustaz ustazah, bukan milik imam dan kiai, dakwah bukan tanggungjawab naqib dan naqibah, bukan tanggungjawab org yg tinggi ilmu agama sahaja.. Dakwah perlu bijak dan berhikmah!! Kita perlu tahu bila dan dimana utk menyampaikan dakwah secara langsung ataupun tidak... malah akhlak dan prestasi kita juga merupakan dakwah kerana orang akan menilai apa yg kita ucap dgn perbuatan kita..

Inilah yang cuba ditonjolkan oleh Prof Dr Burhanuddin secara tidak langsung, Beliau mendapat pendidikan agama sehingga dikenali sebagai ahli tassauf dan alim, beliau juga melanjutkan pelajaran sehingga PHD dalam Perubatan Homeopati sehingga menjadi pelopor dan pengasas perubatan ini di negara kita; dan lebih dari itu beliau juga menjadi tokoh perjuang kemerdekaan negara yg dikagumi oleh lawan dan kawan.

Semoga warisan pemikiran dan semangat perjuangan Allahyarham akan terus kita hayati dan jadikan iktibar. Aku tak mampu utk berkongsi banyak dengan sahabat2 semua, cuma kalau mahu kertas kerja yang dibentangkan oleh Yb Dr Kamarudin Jaffar aku boleh pinjamkan... Moga ianya bermanfaat buat kita semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan