Jumaat, 28 Ogos 2009

Sungguh cepat masa berlalu....

Sedar tak sedar dah 4 tahun 3 hari aku bermusafir di bumi wali songo ini demi menuntut ilmu... terlalu cepat rasanya masa berlalu, dah 5 batch kat student Malaysia ukrida. Aku pula insyaAllah lepas ni dah nak mula clinical/koas.. hai penat jugak rasanya stdy lama2 ni, kadang2 jemu juga mengadap buku.. huhu aku tak dapat bayangkan jika aku perlu ulang semula episod2 selama 4 tahun kemarin.. kadang2 macam tak percaya yg aku blh lepasi ujian demi ujian yg lalu. Bukannya apa terus terang aku ni sebenarnya malassssssss!! Cuma mungkin keadaan memaksa aku utk terus berusaha semampu mungkin.. Sekarang aku semakin sedar hikmah kenapa Allah hantar aku menuntut ilmu di sini!!

Nak tak nak aku kena usaha sebaik mungkin utk membuktikan diri aku juga tidak mahu kalah dan ketinggalan berbanding sahabat2 aku yg lain, terutamanya mereka yg dapat peluang belajar ditempat2 yg hebat.. Memang pada mula aku agak down dan demotivated kerana berlajar di Indonesia (yg kebanyakan org Malaysia pandang rendah), tapi aku berani katakan setelah 4 tahun berada di sini insyaAllah kalau tidakpun lebih baik, sekurang2nya aku sama level dgn sahabat2 lain sama ada dari segi skills mahupun knowledge... So aku kena buktikan!

4 tahun ini telah banyak mengajar aku, suka duka.. pahit manis.. semuanya akan menjadi satu pengalaman dan kenangan yg pastinya menjadi bekalan utk aku di masa hadapan... Selepas ini aku kena lebih fokus lagi dalam bidang aku utk berusaha seoptimal mungkin mencari ilmu dan pengalaman sepanjang koas nanti.. Moga Allah mudahkan aku dan sahabat2 aku yg lain...

Sekadar pesanan dan nasihat buat sahabat2 adik2 junior yg sedang belajar teori, kadang2 kita tidak sedar apa yg kita belajar! exam demi exam perlu diselesaikan utk meneruskan pengajian.. siang malam kita berlajar dengan tekad utk mendapat result ataupun hasil yg terbaik. Tapi persoalan yg perlu difikirkan adakah sekadar hasil yg kita kejar?? Kalau boleh fahamilah topik dan basic sesuatu subjek itu sebaik mungkin, usahakan utk datang setiap kuliah, jangan pernah berfikir yg aku boleh belajar sendiri subjek ini... walaupun mungkin dosen yg mengajar itu agak membosankan... tetapi hakikatnya sunnah menuntut ilmu perlu berguru; dan lebih pada itu kita perlu membuktikan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu.. Lagi satu kalau boleh, banyakkan group discussions dan perbincangan sesama korang, kerana itu akan menjimatkan masa korang utk lebih memahami dan mengusai sesuatu topik tersebut...

Selebihnya, jangan lupa utk mendekatkan diri kepada tuan punya Ilmu... mohon dan pintalah dariNya. Sesungguhnya yg memberikan ilmu itu hanyalah Allah swt.. dosen, buku mahupun member adalah wasilah, hakikatnya ianya datang dari Allah swt... ambillah kesempatan ramadhan ini utk terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah, jaga solat, banyakkan membaca Al-quran dll. InsyaAllah moga Allah mudahkan segala urusan kita....

Rabu, 19 Ogos 2009

Ukhuwah dan persahabatan terbina di Kongres PKPMI...


Alhamdulillah Kongres PKPMI kali ke 36 akhirnya berjaya dilaksanakan dgn jayanya... Perasaan aku bercampur2, antara bersyukur, gembira, sedih, puas dan terharu... Bersyukur kerana semuanya dapat berjalan seperti yg dirancangkan.. gembira kerana ukhuwah dan persahabatan yang terjalin erat di sini, sedih berpisah dgn sahabat2 aku terutamanya AJK sesi yg lalu yg telah banyak membantu aku jatuh bangun dalam pkpmi pusat, puas kerana aku telah buat semampu aku sepanjang sesi kepimpinan yang lalu... dan terharu dengan komitmen dan kerjasama semua perwakilan sepanjang kongres ini berlangsung...






Kongres kali ini juga diselitkan dgn majlis perpisahan TYT Dato Zainal Abidin Zain, Duta besar malaysia di Indonesia.. Semoga Dato dan Isteri diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan..

TYT Dato duta sangat mengambil berat tentang masalah pelajar. Semoga ukhuwah dan perhubungan yg terjalin berkekalan.

Bila aku lihat gambar di atas ini, aku masih tertanya2, adakah amanah yg telah diberikan dapat aku jalan kan dgn baik.. Aku mohon maaf banyak2 pada sahabat2 semua jika sepanjang aku menerajui PKPMI pusat sesi yg lalu, terdapat pelbagai kesalahan dan kekurangan yg aku lakukan. Apapun PKPMI telah memberi peluang kepada aku utk membina keyakinan diri utk berdepan dgn realiti kehidupan di luar sana.

Barisan kepimpinan PKPMI sesi 2008-2009 yg lalu. Terima kasih sangat buat sahabat semua. Aku gembira dapat bekerja dgn korang semua dalam satu team. Korang sudah memberikan komitmen yg sangat baik. semoga apa yg kita dapat sepanjang menerajui PKPMI dapat menjadi bekalan dan nilai tambah kepada kita semua di masa hadapan. Terus terang kenangan pahit dan manis sepanjang kita bersama tidak mungkin aku lupakan... Sekali lagi terima kasih aku ucapan, semoga apa yg telah kita lakukan bersama menjadi nilai ibadah di sisi Allah swt..



Kepada sahabat2 perwakilan kongres semua, aku harap ukhuwah dan persahabatan yg terbina dapat berkekalan. Pulang ke cawangan masing-masing dan tunaikanlah amanah yg diberikan ahli sebaik mungkin. Buat yg terbaik dengan ikhlas dan penuh komitmen, disamping jangan lupa kepada tanggungjawab study kita yg perlu diutamakan. Anda semua adalah 'leaders of tomorrow'... Bagi aku, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita, kerana kita telah banyak membantu memudahkan urusan orang lain. Cari dan garap pengalaman sebanyak mungkin semasa memimpin PKPMI di cawangan masing2, kerana ia akan menjadi satu pengalaman yg amat bernilai buat kita semua. Moga Allah membimbing sahabat2 semua...

Team kepimpinan PKPMI Pusat sesi 2009-2010 yang baru. Semoga korang dapat membuat yg terbaik dan memperbaiki kekurangan yang lalui. Rancang dan laksanakanlah semampu mungkin. Yang penting kepentingan ahli terbanyak perlu diutamakan. Bukan populariti ataupun pujian yg kita cari.. tapi manfaat kepada semua yg perlu kita usahakan...


Buat Saudara Khairul Hafiz @ yoyo, YDP PKPMI Pusat yg baru dari caw bandung. Aku ucapkan tahniah dan takziah di atas amanah yg diberikan... Aku yakin ko dapat menerajui PKPMI pusat dgn lebih baik lagi.. terus berusaha utk menjalankan amanah yg diberikan sebaik mungkin. Semoga PKPMI dapat terus mengorak langkah kehadapan demi 'Memimpin Harapan Mahasiswa'

Jumaat, 14 Ogos 2009

Menjelang Kongres Pkpmi ke 36 dari YDP pkp.

Thanks for azril sebab izinkan aku upload komen ko menjelang kongres kali ini... Huhu aku pun terpaksa komen gak r. Btw alhamdulillah syukur sangat2 akhirnya amanah yang dipikul ini sampai ke penghujungnya. InsyaAllah semoga kepimpinan Pkpmi baru dapat meneruskan amanah yg diberi.

Seperti azril, yang telah dipaksa oleh aku (hehe..) utk menjadi bendahari pkp, aku pun pada mulanya dipaksa dan terpaksa oleh keadaan.. huhu tak pernahpun terfikir sebelum ini utk terlibat aktif dalam persatuan... sebab dari sekolah dulupun aku belum pernah diberi amanah seberat ini.. setakat pengawas dan pengerusi persatuan2 sekolah dulu adalah... Tapi kadang2 aku terfikir yang kita tidak akan tahu kemampuan diri kita selagi kita tidak mencuba!!.. Bagi aku, pkpmi telah banyak mengajar aku dan mendedahkan aku dengan pelbagai pengalaman dan peluang yg tidak mungkin aku dapat di dalam kelas. Dari nol dan tak tahu nak wat apa2, sampailah pelbagai idea dan perancangan hasil dari bantuan dan perbincangan dengan sahabat2 lain. Di sini, aku belajar yg organisasi ataupun jemaah yg tersusun sangat penting. Tadinya, aku kurang yakin akan kemampuan diri untuk memimpin organisasi ini, tapi dgn sokongan dan kerjasama secara berjemaah, semuanya menjadi ringan dan mudah.

Tidak mudah utk memegang amanah dan jawatan, kerana setiap apa yg kita rancang dan laksanakan pasti perlu dipertanggungjawabkan... Bukan saja dgn JPMI, malah yg paling utama dgn Allah swt. Merancang dan membuat kertas kerja tidak terlalu sukar, cuma bagi aku perlaksanaan dan kerjasama dari semua peringkat itu yg sedikit susah utk di atasi.. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan oleh sahabat2 aku dalam AJK Pkpmi pusat sangat2 membanggakan dan memuaskan hati aku. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, mungkin susah juga aku nak bergerak.

Lagi satu perkara yg aku kira penting untuk dikongsi dengan sahabat2 semua terutamanya yang aktif dalam pelbagai persatuan ataupun kelab; memang kadang2 kita bersemangat dan berkomitmen tinggi utk melakukan yg terbaik dalam menjalankan amanah yg diberi utk memimpin persatuan; tapi lebih dari itu jangan kita lupa amanah yg lebih utama dan besar lagi iaitu stdy kita. Seperti yg pernah aku kongsikan.. 'Batu Besar dan Batu Kecil'... kita kena pandai definisikan dan utamakan mengikut kondisi dan keperluan masing-masing. Selagi mana kita tahu besar kecilnya sesuatu perkara ataupun masalah itu, insyaAllah kita boleh mengutamakannya mengikut keadaan semasa.

Akhir kata, aku harap kongres kali ini dapat berjalan dgn lancar dan dapat bermanfaat utk semua.. InsyaAllah setelah melepas amanah ini nanti, aku akan cuba memfokuskan diri aku kepada persediaan utk Koas.. Dah lama tak pegang buku, macam byk benda dah lupa....

Menjelang Kongres Pkpmi ke 36 dari bendahari pkp.

Alhamdulillah, malam tadi, 13 ogos 2009, fail aku untuk semua perbelanjaan PKPMI Pusat dah di check oleh YDP Pusat, saudara Akmal dan beliau berpuas hati, hihi. Aku bukannya gembira sangat tapi agak terasa puas jugakla, memandangkan dari menerima jawatan, sampai la menyempurnakan tanggungjawab jadi bendahari ni, aku terasa sangat2 tak fun nye. Sume kerja buat cam terpaksa je adui2. Ada seorang sahabat berkata, antara kawan2 kita, ko sorang je yang sanggup pegang jadi bendahari ni dari dulu sampai sekarang. Time tu baru aku perasan, rupanya sejak sampai ukrida ni, da 3 tahun rupanya aku takde keje lain selain kira duit je hehe ( kira duit untuk orang lain pulak tu huh ). Dari bendahari rumah, UMSA sampai la PKPMI Pusat, tak tau lepas ni sanggup sambung kat mana2 lagi, hopefully da bersara dah.

Ok la, disini aku nak menceritakan pengalaman aku sikit2 je sepanjang memegang amanat ni, dari akmal approach aku, peje perubahan yang aku buat, tips2 sikit dsb. First, dekat 2- 3 hari aku dengar desas desus akmal nak jupe. Aku pon apa lagi, ada orang nak jupe, lari la ke pecel ke, TA ( taman anggrek ) ke, xsuke2 hihi. Yela, pastu jupe la jugak, mana nak lari, rumah depan masjid je time tu, n akmal offer aku tolong die jadi bendahari pusat. Time tu, aku MALASSSS. Teringat surah nisa, 4,58 dan surah al Qasas 28,26. teringat lagi hadis dari Abu Zar, katanya: aku bertanya: ”Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?” Baginda menepuk bahuku dan bersabda:”wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (riwayat Muslim).

aku baca je ayat ni, aku lebih cenderung untuk tolak, yela plus tengah pegang UMSA lagi time tu, pikir2 ape je la yang aku lebih dari orang lain dalam bab ni, abah pulak cakap (cam biasa hihi), tak payah laa, concentrate studi jee. Tapi, judgement kena tengok semua aspek, last2 aku conclude, kalau termasuk gawat darurat je aku akan terima (nak tau maksud gawat darurat tu, sambung baca perenggan bawah hehe)

Malam 2 ak jupe akmal, discuss scope keje aku, dapat la jaminan aku tak kan ditugaskan jupa orang2 besar kat kedutaan ( malas seh ), ruang lingkup kerja dari bilik aku sampai bank je (lebih2 ke tempat lain, bayar haha), orang2 yang aku berurusan seputar akmal, kak fini, kak jua, abe nash dan bendahari2 caw lain. Last sekali aku tanya soalan killer, salah jawab akmal time tu, i opt to decline the job. Simple jee, aku tanya selain aku, ko ada calon selain aku tak? ( yela, aku basic akaun time kemahiran hidup je ada, takkan takde orang lain). Senang je akmal jawab, takde. Ikut orang yang leh akmal wat keje, yang dia percaya, ada pengalaman pastu kena dekat, aku jela orangnya. Aku dalam hati, ni da masuk gawat darurat nih kalau takde orang lain, ikut sugesti dr asri dalam buku mengemudi bahtera perubahan minda page 342. Kalau xde orang yang layak, pilih yang paling kurang mudarat (yela, minimum ak xsonglap duit), aku pun terima tanggungjawab ni dengan memaksakan diri. Dalam usaha memujuk diri, terjumpa hadis ni, daripada Abu Musa r.a. katanya: aku dan dua orang lelaki daripada kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata:”Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasullullah! Seorang lagi juga berkata demikian.” Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita – cita untuk mendapatkannya. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Problem2 jadi bendahari ni yang biasa2 malas nak discuskan. Tapi, pegang prinsip ni, mudahkan orang lain yang nak guna duit dan pada masa yang sama, everything evidence based. First aku perasan problem pada claim duit, akmal nak claim duit sampai kena taip satu2, print pastu baru leh kasi aku. Bapak leceh giler, jadi aku pun mintak tulun kat kak fini wat macam UMSA, iaitu borang claim. Standardise semua claim jadinya. Standardise kat borang claim maksudnya ada sume maklumat yang diperlukan daripada nama pengclaim, jawatan die, untuk keperluan apa, tarikh, tandatangan pengclaim, resit dan tandatangan kebenaran dari kita la sebagai bendahari. Daripada buat macam bendahari yang senang sangat keluarkan duit contoh, mintak duit, kasi resit n then die terus masuk rekod ke akaun. Wat camni kelemahan die korang susah nak cek duit tu keluar untuk apa dan resit akan jadi bersepah, susah sangat nak rujuk balik. Elok2 plak time tengah malas atau time exam ke, senang sangat tertak tulis atau tulis korang sendiri tak paham. Dengan adanya borang claim, korang stapler je resit kat pojok atas borang tu (xbersepah resit n senang nak rujuk) dan satu lagi kelebihan borang claim, dapat borang tu, xyah tengok aritu pun xpe, kalau malas simpan je dulu, leh tido hehe.

Problem kedua tapi yang ni aku tak amalkan pon, tak sempat kali. Ni problem berkisar membajet duit untuk sesuatu program atau barang. Kalau bajet benda2 kita da tau takde masalah sangat, tapi kalau first time buat, contoh pkpmi ni untuk bajet buku polaroid (buku rasmi PKPMI Pusat), semua takde pengalaman dan semua xde punca camne nak start budgeting. Time meeting aritu, sume main layan je, kita bajet 5 juta, kendian sorang lagi cakap xcukup, 6 juta plak, sorang lagi 6 juta cam banyak sangat. Haha. Alhamdulillah nyaris xde problem.( xpe2, kita belajar dari kekurangan). Daripada penin2 gini, baek kita wat satu prototaip je dulu. Kita tengok satu keluaran buku pakai duit berapa, n then baru kita leh estimate untuk keluaran skala besar camne. Di samping itu kita sendiri leh menilai buku ni berkualiti x, mampu sampaikan ke objektif yang kita nak dsb. Jangan main2 dengan badgeting ye sahabat2 sekalian, daripada buku millionare next door karya Danko n Stanley menemukan bahwa ”orang2 kaya menyediakan waktu dua kali lebih banyak daripada orang kaya untuk melakukan budgeting”.

Semua orang ada kekurangan, kadang2 tersalah. Salah silap sebenarnya biasa sangat2, nama pun manusia, namun bagi para bendahari, kalau salah adui, problem besar sebab korang bermain dengan duit sebenarnya. Kalau salah dengan orang, mintak maaf je balik (susah la juga sebenarnya). Tapi kalau tersalah transfer contohnya, kena mintak maaf satu hal, nak trace balik duit tu balik pon satu kewajipan gak. Untuk lari daripada kesalahan memang tak mungkin, jadi kita pilih minimalkan kesalahan itu. Jadi make sure setiap pengeluaran yang korang buat, ada 4 mata yang recheck sebelum sebarang transaksi berlaku. Untuk ni, aku nak ucap terima kasih kat nik n lii yang selalu recheck kerja aku time transfer. Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). Pertama, bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkanya. Kedua,bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah. (Riwayat al – Bukhari dan an Nasai )

Sekali lagi tertulis panjang huhu. Doakan aku untuk kongres 15 sampai 17 ogos 2009 ni. Selalu rasa cuak sebab xde pengalaman, nak present dekat orang2 besar yang ada pengalaman lagi pulak tu. Aku selalu terasa diri ni xberfungsi, cuma mengharapkan semua berpuas hati jela. Banyak sangat kekurangan aku sahabat2, im far from my best. Cuma, kalau ada xpuas hati ke, minta maaf sangat2 dan anggap je la aku dalam proses belajar k. semoga tulisan ini ada pengajarannya sikit2 walau merepek je banyak. Special thanks to bro Akmal, kak fini, kak jua, abe nash, hanif yang bekerja secara langsung dengan aku dan yang pekerja bawah tanah lii n nik. Tq2. tata

Rabu, 5 Ogos 2009

Aku sokong Pendirian Tentang Isu Arak ini!!

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”


PENDAHULUAN

Meminum arak ataupun minuman beralkohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada si peminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.

Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “(al Maidah: 90)

Nabi Muhammad S.A.W pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

1. yang memerahnya
2. yang minta diperahkannya
3. yang meminumnya
4. yang membawanya
5. yang minta dihantarinya
6. yang menuangkannya
7. yang menjualnya
8. yang makan harganya
9. yang membelinya
10. yang minta dibelikannya


(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.

Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan UMNO Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

Semoga penjelasan ini akan mengukuhkan lagi PR di Selangor dan memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada UMNO

Selasa, 4 Ogos 2009

Profesor Dr Burhanuddin Al Helmy.. Negarawan yg dilupakan oleh sejarah!


" Di atas Robohan Kota Melaka,
Kita Dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatulah Melayu Seluruh Baka,
Membela hak keadilan Pusaka".

Alhamdulillah 2 ogos kemarin aku berkesempatan utk menyertai Seminar Pemikiran Profesor Dr Burhanuddin Al Helmy anjuran Ummah centre di Shah Alam. Perasaan aku bercampur-campur.. terharu, terkejut, bangga, dan juga sedikit terkilan apabila berpeluang menyoroti dan mengikuti liku-liku perjuangan dan pemikiran Dr Burhanudin. Malah aku juga berpeluang menemui Isteri, anak serta ahli keluarga Allahyarham...

Aku terharu kerana berpeluang mengenali dengan lebih dekat pribadi agung ini yang selama ini hanya aku kenali sebagai golongan kiri dalam buku-buku sejarah di sekolah. Aku terkejut apabila mengetahui liku-liku perjuangan Dr Burhanuddin dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air, yang selama ini mungkin dihilangkan dari catatan sejarah dalam buku teks sekolah. Aku bangga kerana rupanya masih ada tokoh negarawan yang boleh menjadi icon perjuangan buat generasi seusia dgn aku. Cuma aku sedikit terkilan dan tertanya-tanya kenapa tokoh ini tidak ditonjolkan dan diketengahkan sebagai pejuang kemerdekaan negara?

Jika benar apa yang aku dengar dari tokoh-tokoh akademik dan sejarahwan mengenai episod dan pemikiran Dr Burhanudin Al helmy, amat malang dan rugi buat generasi aku jika tidak mengetahui dan memahami pemikiran dan perjuangan yang ingin dibawa oleh Allahyarham.

Seminar ini di isi oleh Prof Madya Saliha Hj Hassan, YB Dato Kamarudin Jaffar, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim, Yb Dr Dzulkefli Ahmad, dan juga Cikgu Azmi dari Teras.. Soalan-soalan dan lontaran idea dan pendapat mereka mengenai pemikiran Dr Burhanuddin sangat-sangat membuka minda dan membantu aku memahami serba sedikit isu dan prinsip perjuangan beliau.

Aku tak berniat utk berkongsi panjang dan mungkin tak mampu utk menyampaikannya dalam artikel ini. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa perlu dikongsikan dengan sahabat semua. Untuk biografi dan serba sedikit mengenai Prof Dr Burhanuddin, mungkin sahabat2 semua boleh baca disini.

Aku tertarik dengan apa yg Dr Dzulkefli katakan dalam seminar itu mengenai ciri kepimpinan Allahyarham yang bersifat 'Situational Leadership'.. dengan kata lain kepimpinannya sesuai dengan tuntuan dan suasana semasa. Dengan pelbagai corak pemikiran ketika itu seperti Golongan Kanan (Pro-British), Gol Kiri (Pro-Jepun) dan Gol Agamawan, Prof Dr Burhanuddin mampu utk mendekati dan memimpin kepelbagaian pemikiran ini. Ini terbukti apabila beliau memimpin Putera-AMCJA yang merupakan gabungan semua kaum dan ideologi pada ketika itu utk menuntut kemerdekaan.

Suasana dan keadaan semasa menuntut bukan saja pemimpin, malah kita sebagai mahasiswa utk turut bijak dalam memahami dan mendekati sesuatu isu ataupun masalah.. Sikap Dr Burhanuddin yg digelar Al-helmy (lembut) dalam menghadapi pelbagai ideologi ketika itu serta bersedia mendengar pelbagai pendapat dan tuntutan menyebabkan beliau mampu utk memimpin kepelbagaian kelompok dalam menuntut dan mengisi kemerdekaan negara.

Apa yang aku nampak, Dr Burhanuddin tidak taksub dengan sesuatu ideologi sahaja dan beliau membenarkan dirinya dipengaruhi dengan pelbagai pendapat dan idea sehingga beliau mampu mengeluarkan pemikiran beliau sendiri... Hal ini menyebabkan beliau berpindah dari pelbagai pertubuhan dan Organisasi politik; bukan kerana 'melompat' seperti yg berlaku di negeri aku ini... tetapi beliau mencipta dan menubuhkan badan dan parti baru sebagai alat ataupun instrumen utk beliau bergerak sesuai dengan keadaan semasa utk menuntut dan mengisi kemerdekaan Tanah Air..

Selain itu, aku juga tertarik dengan Politik Dakwah Vs Politik Opportunis yang dikatakan oleh Cikgu Azmi ketika membahaskan mengenai konsep Jiwa Merdeka yang ingin dibawa oleh Dr Burhanuddin. Allahyarham menggunakan politik sebagai alat dakwah beliau kepada masyarakat. Tindakan beliau yg menyertai pelbagai organisasi politik seperti KMM, KRIS, PKMM, MATA, PUTERA-AMCJA, PRM dan akhirnya PAS membolehkan beliau masuk dan menyampaikan benih-benih pemikiran Islam sama ada secara langsung mahupun tidak langsung didalam organisasi2 tersebut. Hal ini jauh berbeza dgn politik opportunis yg semakin membimbangkan di negara kita. Kepentingan diri dan kelompok menjadi sebab dan maksud utama mereka berpolitik!.

Apa yang aku dapat perlajari secara tidak langsung bila memperkatakan hal ini ialah, dakwah dimana-mana sahaja! Dakwah bukan milik ustaz ustazah, bukan milik imam dan kiai, dakwah bukan tanggungjawab naqib dan naqibah, bukan tanggungjawab org yg tinggi ilmu agama sahaja.. Dakwah perlu bijak dan berhikmah!! Kita perlu tahu bila dan dimana utk menyampaikan dakwah secara langsung ataupun tidak... malah akhlak dan prestasi kita juga merupakan dakwah kerana orang akan menilai apa yg kita ucap dgn perbuatan kita..

Inilah yang cuba ditonjolkan oleh Prof Dr Burhanuddin secara tidak langsung, Beliau mendapat pendidikan agama sehingga dikenali sebagai ahli tassauf dan alim, beliau juga melanjutkan pelajaran sehingga PHD dalam Perubatan Homeopati sehingga menjadi pelopor dan pengasas perubatan ini di negara kita; dan lebih dari itu beliau juga menjadi tokoh perjuang kemerdekaan negara yg dikagumi oleh lawan dan kawan.

Semoga warisan pemikiran dan semangat perjuangan Allahyarham akan terus kita hayati dan jadikan iktibar. Aku tak mampu utk berkongsi banyak dengan sahabat2 semua, cuma kalau mahu kertas kerja yang dibentangkan oleh Yb Dr Kamarudin Jaffar aku boleh pinjamkan... Moga ianya bermanfaat buat kita semua..