Ahad, 28 Jun 2009

Bersediakah aku setelah 4 tahun belajar???


Alhamdulillah sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku bermusafir menuntut ilmu di bumi wali Songo yg penuh dengan seribu satu macam ragam dan rencah kehidupan... 25 ogos 2005, mula2 aku menjejak kaki di sini dgn penuh semangat utk mencari ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin... Walaupun dtg dengan sedikit kekecewaan kerana kurang berjaya semasa di KMB, aku tetap yakin dan berusaha utk membuktikan yg aku akan menjadi seorang doktor yg terbaik dan bermanfaat utk byk org!

Nah setelah 4 tahun belajar bersusah payah melewati exam demi exam sampailah ke exam yg terakhir aku isnin ini(29/6/09 :Forensik).. timbul pertanyaan dalam diri aku, bersediakah aku utk ke fasa yg seterusnya (Koas / clinical).. ehm kalau nak bayangkan semula macam mana susah payah nak stdy dari sem satu sampailah sem 8 ni, rasanya tak sanggup lagi kut nak ulang semula... huhu dah tak larat dah nak hafal anat, parasit, mikrob, farmako dll...

Mungkin aku nak berkongsi dengan sahabat2 semua terutamanya junior2 ukrida yg sedang dan masih lagi menempuh episod2 yg bagi aku hanya utk menguji kesungguhan dan keazaman kita utk menjadi seorang doktor... Bukan maksud aku nak kata anatomi, parasit dan mikrob yg dulu aku hafal babi buta tak penting.. tapi terus terang kalau korang tanya aku pasal benda2 tu semua, mungkin 30% je kut yg aku ingat!... Point aku kat sini (out of the box), kesungguhan korang utk berusaha menghafal dan mengingat subjek2 tu menunjukan mujahadah dan kesanggupan korang utk menjadi doktor!! Senang cakap, takde jalan pintas dan mudah!!

Cuma kalau boleh nasihat aku.. bila korang dah mula belajar subjek2 seperti PK, PA, IPD, Bedah, Obgyn dll... cubalah anggap korang dah jadi seorang doktor!! Apa yg nak aku buat bila aku dapat patient macam penyakit ini dll... tanya pada diri dan cuba bayangkan dalam dunia realiti!!.. Korang beruntung sebab berpeluang belajar dgn sistem KBK, so dah jelas dan terarah kasus dan penyakit secara klinis.. So manfaatkanlah PBL tu sebaik mungkin demi utk menjadi seorang doktor yg terbaik!, bukan demi utk siapkan dan bagi dosen check....

Buat sahabat2 seperjuangan batch 05, perjalanan kita masih jauh... jatuh bangun selama 4 tahun ini pastinya menjadi bekalan kita utk menempuh koas nanti.. yuk teruskan gotong royong dan saling bantu membantu dalam usaha kita menjadi doktor yg terbaik.. Mungkin masa koas nanti masing2 akan membawa diri, masing2 perlu compete dan survive selama 2 tahun kedepan ini.., inilah masanya kita mencari dan mengutip ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin... agar amanah dan tanggungjawab di atas bahu kita ini dapat dipenuhi dgn sebaik mungkin... Aku cuma mengharapkan kita semua dapat sama2 pulang ke malaysia dan membuktikan doktor lepasan Indonesia, khususnya ukrida.. kalau tak lebih baikpun, setidak2nya setaraf dgn doktor dari negara2 lain.. Ayuh kita buktikan yg doktor2 dari Indonesia lebih baik, agar org boleh respect dan tak pandang rendah dgn kita...

Apapun... sahabat2 semua, luruskan dan betulkan niat kita dalam menuntut ilmu.. Syariatnya kita kena yakin yg hanya Allah swt pemilik segala ilmu dan Dialah yg mengizinkan kita menuntut ilmuNya yg maha luas ini... bukan sebab buku, bukan sebab dosen dll.. So kita kena mendekatkan diri padaNya dan sentiasa bermohon dan berharap hanya pada Allah...
Sunnahtullahnya.. kita kena berusaha bersungguh2.. kerana janji Allah sapa berusaha dia pasti akan dapat!!, kita perlu mengoptimumkan cara dan usaha kita dalam menuntut ilmu...

InsyaAllah moga Allah memudahkan urusan kita dalam usaha kita mengejar cita2 dan harapan... utk menjadi seorang doktor yg terbaik, bertaqwa dan bermanfaat pada banyak orang.....



Jumaat, 12 Jun 2009

Jangan Putus Harap dgn Allah....

"Aku dah study sungguh2... tapi masih takleh gak. Memang dah nasib kut... orang lain tak stdy betul2pun boleh buat, rasa macam tak adil je, penat stdy sungguh2, tapi hasilnya tetap sama!"

" Aku dah cuba sedaya upaya dah... memang aku yg lembap kut"

" Tah r, rasanya macam dah tak mampu je nak teruskan, penat.. letih.. bosan.. dah malas nak belajar.."

Mungkin kita pernah mengucapkan kata2 seperti di atas, kita seolah-olah putus harap dek kerana segala apa yg kita buat masih tidak membuahkan hasil yg diharapkan.... Akupun kadang2 seperti terfikir adakah Allah itu adil??? Adakah Allah menepati janji yg dibuatNya?? Adakah Allah memberi ujian yg hambaNya tidak mampu melakukanNya??.. Maha suci Allah dari segala sifat2 itu!!

"Terus kenapa Allah tak nak bantu aku?, Kenapa Allah tak nak memudahkan aku menuntut ilmuNya, kenapa Allah tidak berikan hasil yg aku harap2kan.. sedangkan aku sudah berusaha sungguh2, aku sudah belajar sedaya upaya aku.. cuma mungkin nasib tidak menyebelahi aku...."

Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambaNya, Allah tak mungkin menzalimi kita, Allah tak mungkin membiarkan kita terus berduka cita dan bersedih. Yakinlah sahabatku.. segala yg Allah takdirkan itu adalah yg terbaik utk kita.. dan pasti kita mampu menghadapinya!..

Jangan sekali-kali putus harap kepada Allah!! kerana itulah yg diharapkan oleh musuh kita (syaitan)!.. Teruskan berusaha memohon keampunan dari Allah, teruskan berusaha mendekatkan diri kita kepadaNya, teruskan usaha dgn yakin yang Allah pasti akan membantu kita selagi kita masih berharap hanya pada Allah..

Yakinlah sahabatku, segala apa yg kita hadapi pasti ada hikmahnya.. yakinlah yg memberi kita ilmu itu hanyalah Allah swt... yg beri kita kefahaman dan kekuatan utk belajar hanyalah Allah swt.. yg mengatur segala sesuatu dalam hidup kita hanyalah Allah swt!!.. oleh itu marilah sama2 kita terus berusaha mendekatkan diri padaNya. Hanya Allah tempat kita mengadu dan berharap!!

Amanah yg terpikul di bahu kita memang sangat berat, harapan keluarga dan masyarakat menggunung tinggi.. malah cita-cita dan harapan yg kita kejar masih jauh dan banyak yg perlu kita lakukan.. teruskan hadapi satu persatu dgn meletakkan keyakinan dan pengharapan hanya pada Allah swt. InsyaAllah moga Allah mudahkan segala apa yg buat demi mendekatkan diri kepadaNya...

Khamis, 11 Jun 2009

Epilog diri..

Ya Allah terasa jauh sungguh diri ini dgn Mu..
Semakin hari semakin aku melupaiMu... aku sibuk dgn hari-hari aku belajar menuntut ilmu Mu yg maha luas, tapi aku lupa utk mendekatkan diri ku kepada pemilik ilmu tersebut..
Aku sibuk menelaah buku2 tebal setiap hari.. tapi aku lupa utk menyemak ayat-ayatMu buat peringatan diriKu..
Aku sering berusaha mengurangi tidur aku utk terus belajar demi masa depan hidup ku.. tapi aku masih tak mampu utk bangun dari tidur ku untuk sujud menyembahMu....

Ampuni ku ya Allah, bimbing dan tuntunlah diriku jalan menuju syurgaMu... Aku mengaku segala dosa dan maksiat yg telah aku lakukan.. hanya keampunanMu yg aku harapkan...




Kala senja itu tiba, ku termenung sendirian...
Terasa diriku ini, jauh dari rahmat Tuhan..
Dosa yg aku lakukan menerjah ruang fikiran..
Masihkah ada utk Ku keampunan???

Gelap rasa dunia ini, tanpa cahaya ilahi..
Baru kini ku sedari, jalan yg aku lalui..
Memusnah pedoman hidup..
Melempar hati ku ini, kelembah kehinaan..

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMu..
Memandu hamba Mu menuju imam..
Menginsafi diri dgn ketaqwaan dan kesabaran..

Kau terangi jalanKu menuju syurgaMu..
dan Kau tunjuki.. dgn hidayahMu..
Hanyalah kepadaMu kuhadapkan diri, mohon keampunan


Hidayah Milik Allah... Tapi kita perlu berusaha utk mendapatkannya..


Kisah menarik kehidupan Malek Noor, seorang jaguh bina badan negara yang seharusnya kita contohi. Beliau hanyut dalam kemahsyuran dan kemewahan yang dikecapi, namun akhirnya diberikan hidayah untuk kembali menyembah Allah.

Semalam masa balik warkop, Faiz cerita pasal Malek Noor kat aku... Kisah insan2 bertuah yang dipilih oleh Allah swt utk menerima hidayahnya... Kebetulan tadi aku terjumpa kisah ini dalam blog, so aku nak kongsikan dgn sahabat2 semula.

Moga Allah beri kita hidayah dan pertunjuk utk menjalani kehidupan ini... dan semoga Saudara Malek Noor terus diberikan kekuatan oleh Allah swt utk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepadaNya...

Penghijrahan Malek Noor

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@ utusan.com. my

MALEK Noor menangis ketika menceritakan segala dosa yang telah dilakukannya sepanjang merantau di Amerika dan Hong Kong.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkatheavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Jumaat, 5 Jun 2009

Buku oh Buku.. Mari baca buku....

Salam buat sahabat semua.. entry kali ini aku nak kongsi dgn sahabat semua koleksi buku2 yg aku ada.. mai r datang rumah kalau nak pinjam..

First of all, membaca memang salah satu hobi aku utk release tension or bila dah bosan stdy... dan masa yg aku paling suka membaca adalah sebelum tidur.. hehe. Terus terang aku suka baca buku2 sejarah dan bliografi.. buku yg menceritakan kisah2 dan pengalaman hidup yg mungkin boleh di jadikan pengajaran...

Kat bawah ni adalah antara buku2 yg aku dah kumpul selama hampir 4 tahun di sini, ada yg aku beli di sini, ada juga yg aku beli di Malaysia...


Ini buku koleksi Ustaz Hasrizal, buku Aku Terima Nikahnya dan Rindu Bau Pohon Tin aku dah abis baca. Sangat2 di anjurkan utk yg mahu menikah dan yg mahu menyelami kehidupan sebagai seorang mahasiswa di negara org. Rindu Bau Pohon Tin sangat menginsafkan diri.. byk yg perlu diusahakan utk menjadi seorang dai'e!

Buku2 kat atas ini pula adalah buku2 sirah kehidupan Rasullulah dan kisah perjuangan sahabat2.. Buku tulisan Abdul Latib Talip ni menyampaikan bentuk perjuangan para pejuang2 Islam, penceritaan dalam bentuk novel. Kalau dah baca, rasa macam tak sabar nak tahu ending cerita tersebut... Semangat jihad demi Islam meninggi!!!


Ini pula koleksi buku Tn Guru Nik Aziz.. Sedikit berfakta, tapi penyampaiannya sangat berhikmah seperti penulisnya..


Buku Tulisan Muhammad Yunus ini sangat memberi inspirasi, pemenang hadiah nobel ekonomi ini telah melontarkan satu idea yg sangat bernilai utk diusahakan bersama... 'Mencipta Dunia Tanpa Kemiskinan'. DVD dia pun ada juga.. Buku Rahsia Bisnes Cina ni aku baru je beli masa balik Malaysia kemarin.. tak sempat baca lg.

Yang ini pula buku berunsur politik.. sangat menarik kalau berdasarkan tajuknya lah. Sebab aku belum baca lg. Apapun politik Turki memang sangat aku minati, dari sistem Khalifah sampailah sistem sekular, sarat dgn peristiwa yg perlu kita tafakuri...

Hehe.. kalau yg ini, komfirm pasal politik.. Buku ini special skit, sebab Dr Junaidi (Pengarah MSD) hadiahkan ke aku... buku tulisan dia ni!. Penuh dgn fakta dan alasan terutama berkenaan dengan AUKU. Nantilah bila2 aku share tentang buku ini.. aku dah baca separuh, tak abis lg....

Buku2 ini tentang bliografi tokoh2.. Ibn Khaldun, Khalifah Umar Abdul Aziz... Latar belakang Aa Gym pun ada, kisah bagaimana dia boleh terjun dalam bidang dakwah...

Kalau buku ini pula... biasanya di pakai di usrah2 ataupun liqo'... At lease buku Fathi Yakan ttg Apa Ertinya Saya Menganut Islam ini perlu kita semua baca... agar jelas tujuan dan erti bila kita mengaku kita Islam...

Yang ini buku2 Hassan Al Banna dan cerita Palestin, sangat informatif dan menjelaskan ujung pangkal konflik yg tidak pernah berkesudahan ini...

Buku ini, walaupun dah lama aku beli.. tapi masih tak sempat nak baca... takpe2 blh disimpan sampai tua.. hehe.

Yang ini pula adalah DVD cerita Indonesia yg sangat best, aku beli tadi.. nak kasi family aku kat Malaysia lihat. Ehm cerita Perempuan Berkalung Sorban ini, sangat2lah aku anjurkan utk semua kaum2 hawa tonton. Kalau blh aku nak suruh sapa2 anjurkan tayangan perdana kat semua kaum2 hawa di ukrida... hehe semangat dia utk lakukan perubahan sangat2 perlu dihayati oleh sahabat2 kaum hawa semua.. hehe.

Yang ini pula DVD Ahmed dedat, Dr Zakir Naik dan Asma ul Husna ESQ.

Ni rak buku aku.. huhu tersusun kemas... adakah sebagai hiasan??? Jangan risau, buku2 boleh simpan sampai bila2, malah blh beri pada anak cucu nanti. hehe.. bab2 membeli buku ni memang hobi aku, so aku tak berkira sangat r.. tapi bab2 membaca buku ini.. insyaAllah akan diusahakan.. sebab aku hanya baca bila dah boring stdy or b4 tidur je... InsyaAllah moga bermanfaat... Aku tak mampu utk baca buku2 or kitab2 tebal (primary source), sebab kekurangan ilmu di dada. So aku lebih suka baca buku2 sekunder or yg telah ditulis oleh orang, sebab lebih mudah dan tak perlu buat tafsiran sendiri....

Yang ini pula, buku2 medic aku... tak tahu lah boleh habis baca or sekadar hiasan je... Again buku2 ini pun insyaAllah aku simpan sampai bila2....

Kesimpulannya... jangan fikir byk kali utk beli buku... baca atau tak belakang kira. sebab kalau dah tak ada, comfirm kita tak baca!! So beli je r... Kalau nak pinjam buku2 aku ni semua, sangat2 dialu-alukan.... mai je datang rumah ambil.... Moga bermanfaat buat semua....
















Allah Sang Tabib


InsyaAllah PKPMI Jakarta akan anjurkan prog Bedah buku 'Allah Sang Tabib'.

Tarikh: 12 jun 2009(Jumaat malam Sabtu)
Tempat: Masjis Nurul Hikmah, Tg Duren Selatan 3, UKRIDA.
Masa: Jam 7pm (ba'da isyak)
Pembicara: Dr H, Briliantono M. Soenarwo, SpOT, FICS, MD, PhD, MBA.
Dr Briliantono atau lebih dikenali dgn panggilan Dr Tony telah
mengabdikan diri selama 2o tahun sbg dokter, beliau praktik di Halimun
Medical Centre, Jakarta.




Aku dah beli buku ni, tapi belum habis baca lg.. baru baca skit2 je. Dr ni banyak cerita pengalaman2 dia sendiri menyaksikan kebesaran Allah dan hakikat bahawa yang menyembuhkan adalah Allah swt. Doktor sebagai asbab ataupun alat yg merupakan ahli utk menyembuhkan pasien. Hakikatnya Allah yg menyembuhkan... Sesuai dgn tajuk buku ini: 'Allah Sang Tabib"....

So aku harap, temen semua dapat meluangkan masa utk sama2 mendengar pembicaraan langsung dari Dr Briliantono ini. Menurut aku pesanan tentang hakikat yg menyembuhkan ini perlu betul2 diyakini oleh semua orang terutama kita sebagai calon Doktor muslim... Menjadi tanggungjawab kita utk mendakwahkan ataupun memberi pesanan kepada pesakit kita kelak akan hakikat ini... Yuk mari kita ramai2 datang prog ini, agar dapat sama2 ambil hikmah dan pengalaman doktor Briliantono..

Oh ya buku ini akan dijual pada malam tersebut, ada harga promosi khusus utk malam itu. Kalau kat kedai buku, harganya Rp120k, malam tu dijual dgn harga Rp100k. Oklah sahabat2 semua moga ianya bermanfaat sebagai bekalan kita dalam rangka berusaha utk menjadi doktor yg terbaik dan berTAQWA...