Salam buat semua..
Alhamdulillah tadi baru balik dari jalan2 cari sponsor untuk majalah polaroid pkpmi edisi terakhir.. Ehm penat gak, dekat 8 jam keluar rumah... arghhhhhh camne ek banyak lak study tak cover lagi. Tapi best juga bila bertemu dgn org2 bussiness ni, cerita dorang membuka minda dan wawasan.. hehe, walaupun aku kurang minat bab bussiness ni, tapi bila dengar dorang cerita dan motivate macam semangat lak nak menceburi bidang ini... Tadi aku jumpa Pak adit; pegawai pembantu En Jamal; pemilik apartement di salembar. Pastu jumpa lagi satu lagi sponsor, Pak Yusuf; chairman IIUM; Kolej cabang UIA di Indonesia.. Banyak gak berkongsi pendapat dan pengalaman dengan dorang. Moga dapat jadi bekal di masa hadapan..
Tujuan aku cerita benda2 ni semua dalam blog ini; just wanna to tell u guys that this's part of ur obligation to be a leader in a organization. Berpersatuan banyak mengajar seribu satu pengalaman tentang 'real life' yg mungkin kita tidak akan dapat dalam kelas.. Macam mana kita nak deal dgn org utk cari sponsor, macam mana nak meyakinkan org tentang manfaat yg dorang akan dapat dan macam2 lagi. Bagi aku yg paling utama, bila kita terlibat dalam persatuan; kita akan dapat lebih banyak kenalan ataupun link yg mungkin satu hari bermanfaat untuk kita...
Bukannya apa, kebetulan pkp jakarta tengah nak cari calon pemimpin utk sesi yg baru.. dan ramai yg sepertinya tidak berminat utk melibatkan diri dalam kepimpinan di peringkat persatuan ini. Banyak aku tanya2, semua bagi alasan nak stdy; tak cukup masa, tak nak pening kepala, takut tak boleh laksanakan tanggungjawab dan macam2 lagi.. Aku sangat setuju kalau alasan stdy diberikan jika benar2 korang dapat buktikan yg berpersatuan menyebabkan kita tidak punya cukup masa utk stdy.. Memang stdy perlu diutamakan kerana itu tujuan utama kita disponsor oleh rakyat utk menuntut ilmu di sini.. Tapi bagi aku, semua tergantung pada bagaimana kita memanfaatkan setiap detik yg Allah berikan.. kadang2 bila terlalu banyak waktu lapang menyebabkan kita lalai..
"Ko tak boleh samakan cara ko belajar dgn aku, mungkin ko boleh bagi2kan masa; tapi aku lain".. keluh seorang sahabat.
"Saya bukan tak mahu, tapi stdy saya masih tak stabil, saya kena tumpukan pada stdy.." jawab seorang lg sahabat.
"Susah r nak pikul tanggungjawab ni, nak ke sana kemari jumpa org, turun naik kedubes, nak buat aktiviti dll, dengan masa yg sama nak stdy lagi.. mana sempat" Jawapan yg selalu diberikan bila aku tanya pasal hal2 ini..
Terus terang, itulah juga alasan2 yg sering aku bagi masa mula2 sebelum aku menyibukan diri dalam berpersatuan ini.. Dah lah time tu rasa kecewa gila sebab tak lepas masa kat KMB, so bila kat sini aku asyik fikir dan risaukan pasal stdy aku je.. that's why malas nak masuk campur dan ambil tahu pasal persatuan2 ini semua.. Tapi tak tahulah macam mana tiba2 boleh aktif dalam persatuan ini.. Kadang2 aku terfikir seolah2 keadaan yg memaksa aku memegang amanah yg sangat berat ini.. Dengan kata lain, aku bermula dengan TERPAKSA!!!!,kemudian baru timbul rasa tanggungjawab yg hendak tak nak terpaksa aku laksanakan... Lama-lama baru aku semakin sedar kepentingan aku mencari pengalaman dalam berorganisasi. Aku banyak belajar dari sini dan sebab itu kalau boleh aku sangat2 nak menggalakan sahabat2 aku, adik2 junior utk turut aktif melibatkan diri dalam berpersatuan.
Setiap kita punya wewenang untuk membuat pilihan! kita yg menentukan apa yg kita mahu pilih, dan semuanya akan menjadi bagian dari hidup kita yg pastinya akan ditanya dan dinilai oleh Allah swt. Aku hanya mampu menggalakan, mendukung dan berkongsi pengalaman terutamanya kepada seorang sahabat aku di sini yg aku nampak nilai2 leadership dalam diri dia.. again, rupa-rupanya dia juga mengulangi alasan2 yg sama seperti aku sebelum melibatkan diri dalam persatuan ini. Terkilan rasanya jika potensi yg ada tidak digilap dan dikembangkan.. Apapun life is a choice!, setiap saat dan menit kita harus membuat pilihan.. pilihan itulah yg akan membawa kita melayari kehidupan ini... Moga Allah membuka hati sahabat aku itu untuk membuat pilihan yg terbaik...
Salam.
BalasPadamBETUL3x (gaya upin n ipin) ehe
Betul, sebab sy dlu pun berat juge mahu memikul amanah ni, tapi bila dh pegang, enjoy pula.
Betul, sebab byk sgt pengalaman n ilmu yg x diajar dlm kuliah, tp leh kite grab dlm berpersatuan ni.
Betul, sebab kite leh belajar memimpin n dipimpin. Bleh belajar tukar ideas, berani bersuara n tingkatkan comm skill.
Betul, sebab sy dapat banyak kawan baru samada yg tua, sebaya maupun yg muda. Link tuk masa depan =)
Betul, memang bila berpersatuan, masa kita byk diperuntukkan tuk benda lain. Tp if kite fikir positif, masa yg diluangkan itu bukanlah satu pembaziran, malah keberuntungan. Berusaha mencari nilai dlm setiap aktiviti yg dijalankan. Bos sy pernah ckp, ’xpe, masa yg ko habiskan dgn borak2 yg x manfaat, baik ko alihkan sdikit masa tu tuk buat kerja mcm ni’ =)
Betul, sgt risau psl study dlu. Tp mcm kata bos sy, it depend on us juge. Alhamdulillah, result sem lepas sy better than any sem b4. org tanye kat sy, camne leh dpt camtu. Jawapan sy, ‘jom busykan diri. Busy buat kite guna masa yg tersgt limit tu dgn sebaiknya’. The fact is, busy telah membuatkan sy menghargai masa. Demi Masa! (surah 103)
Betul, jgn abaikan potensi yg ada dalam diri kite hanya kerana kita medical students yg kononnya hanya perlu belajar setiap masa. Belajar adalah perkara utama, tp itu x bererti kita harus mengabaikan apa yg dipanggil ’life’. Skill sebegini akan byk membantu kalian bile dh jadi dokter sebab kite kan mmg akan berkhidmat kpd masyarakat yg penuh dgn emosi dll.
Jadi, jom kite sama2 belajar memimpin dan dipimpin!
PKPMI sdg membuka jalan menggapai sejuta pengalaman. =)
# alamak akmal, terlebih sudah. Kna bukak blog sendiri kayaknya. Hehe. Penat smlm masih x hilang sebab mlm td xleh tido memikirkan apa yg dibincangkn b4 pak adit smpai. Huhu. Tq 4 dat btw. =)