Isnin, 27 April 2009

Komen aku kepada artikel MSO..

ini artikel saudara MSO Berkenaan Hero yg tiada kuasa...

Saudara MSO.. izinkan saya komen dari kaca mata anak muda yg lahir dan membesar di Perak.... Ir Nizar memang seolah2 lahir dan bersinar dek kerana krisis rampasan kuasa di Perak...

Tapi saya percaya, sedikit pun tidak terlintas di hatinya yg dia akan di pilih oleh Allah utk memimpin rakyat perak...Bagi kami generasi muda di Perak... beliau adalah satu icon baru perjuangan rakyat menuntut kebenaran...

Oleh itu saya tidak bersetuju jika tuan MSO menyatakan yg Pas dan rakyat Perak kehilangan seorg pemimpin yg berbakat besar...

Hakikatnya saya dan ramai lagi kawan2 segenerasi dgn saya sudah mula sedar dan celik politik, hanya kerana isu rampasan kuasa ini....Realitinya mungkin benar pendapat tuan MSO yg sultan Perak tidak mungkin menerima IR Nizar sebagai MB lagi... tapi itu bukanlah keperluan utama kami... keperluan kami anak2 muda adalah seseorang yg blh dijadikan icon, contoh dan ikutan dalam perjuangan.. dan Ir Nizar adalah salah sorangnya..

Terus terang icon pimpinan politik saya sbg anak muda adalah DSAI, TGNA, DS Nizar, YB saifudin, YB salehudin Ayub, YB Yusmadi, YB Nik Nazmi. YB Nurul Izzah.. org2 inilah yg akan mewarnai pentas politik malaysia 10-20 thn akan datang....

Apapun moga saya dapat turut sama berjuang bersama2 mereka kelak demi agama dan negara kita..

- AKMAL

3 ulasan:

  1. SALAM. SAUDARA TERSILAP BAHASA. MANA ADA ISTILAH RAMPASAN KUASA DI PERAK. TAK ADA. BN/UMNO TAK RAMPAS KUASA PUN. WAKIL RAKYAT PKR YG PRAKTIK ILMU DI ANWAR IBRAHIM MELOMPAT PARTI. KALAU MEREKA TAK LOMPAT, BN TAK KISAH PUN... TAPI DAH REZEKI, NAK BUAT MACAMANA. MASA PEMBANGKANG MENANG, TUANKU PANGGIL SEMUA PARTI PEMBANGKANG SEBAB NAK CONFIRM BETUL KE MEREKA SEPAKAT SEBAB MEREKA BUKAN SATU PARTI MACAM BN. PAS NAK PERINTAH, ADA BERAPA KERUSI. BEGITU JUGA BILA 3 YG NAK LARI SOKONG BN, TUANKU JUMPA DULU, BUKAN BUAT SEBARANGAN. SAUDARA JANGAN EMOSIONAL SEBAB MENYANGKA SAUDARA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN. PERBETULKAN BAHASA SAUDARA. TAK ADA RAMPASAN KUASA DI PERAK... TQ BRO

    BalasPadam
  2. Thanks saudara ayob... Saya lebih islam dari org lain??? Terus terang saya masih gagal melaksanakan dan masih berusaha utk memperbaiki diri supaya akhlak dan pribadi saya cocok dgn kehendendak islam... Maaf jika perkataan rampasan kuasa itu menyinggung saudara...

    Sekarang saya nak emosional... seminggu dilaporkan hilang, tiba2 muncul bersama pimpinan BN dan ishtihar sokong BN?? Pertanyaan saya kenapa perlu menghilang????...

    Kalau rasa BN direstui oleh rakyat.. kenapa takut utk bubar DUN.. serahkah semula kuasa kepada rakyat!...
    Harap saudara ayob mamat dapat terima hakikat yg majoriti rakyat Perak menolak kerajaan BN.. ini terbukti di Bukit Gantang..... Hehe, sekarang baru saya emosional.. dan salah ke saya nak emosional???

    BalasPadam
  3. Encik Ayob pulak yang agak emosi sedikit. Takpe, orang tiada emosi tu bagai tak bernyawa la kan?

    Yang penting dalam kita menulis artikel, apa yang kita tulis tu perlu kita fahami hanyalah sebagai suatu kenyataan (lebih kepada pendapat) dan ia bukanlah fakta. Cuma ada antara kita yang silap, tulis gah komen tentang orang itu, parti ini, tapi terlupa, cerita kitapun banyak dongeng juga. Kita bahaskan pendapat dan idea kita, nak orang percaya, kitalah faktanya.

    Sekian, renungan untuk saya terutamanya.
    Insya Allah
    Wallahu 'alam

    BalasPadam