Selasa, 7 April 2009

Jawapan aku kepada artikel sahabat aku: 4 strategi pembangkang yg songsang dan cara mengatasinya

4 STRATERGI PEMBANGKANG YANG SONGSANG DAN CARA MENGATASINYA


Pertama, pihak pembangkang bertindak melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap media-media arus perdana dengan ‘bius’ dari lidah-lidah mereka. Mereka menginginkan rakyat supaya tidak mempercayai langsung media-media arus perdana. Hal ini sangat jelas pada ceramah-ceramah mereka. Apabila rakyat tidak mempercayai media arus perdana, maka mereka akan beralih kepada media-media pembangkang atau media yang dianggap bebas tetapi dibayangi pro-pembangkang sama ada media cetak atau elektronik...

Komen aku:

Sekarang bukan zaman 70-80-an lagi.. bukan zaman kita terima bulat2 apa sahaja hujah dan berita dari mana2 mediapun.. Rakyat terbanyak sudah pandai dan boleh berfikir.. Jika tidak mahu mereka lari dan pandang negative pada media arus perdana; menurut aku senang je.. jangan banyak mengampu dan siarkan berita dari sebelah pihak sahaja.. beri ruang kepada pihak yang satu lagi.

Siapapun dengan sendirinya akan naik muak dan bosan jika hari-hari media arus perdana menyiarkan tuduhan pada pihak pembangkang; tapi malangnya tidak beri mereka peluang utk menjawab balik di TV. Surat akhbar merekapun ditarik balik permitnya.. apa cerita ni??? Nasib baik DS Najib baru naik jadi PM, kena buat baik r; terima kasih DS Najib... So jangan salahkan rakyat utk cari input tambahan di blog2 agar mereka dapat buat penilaian dgn rasional.. Sekali lagi zaman sudah berubah....


Kedua, pihak pembangkang menanam keyakinan palsu di minda sebahagian rakyat bahawa keseluruhan sistem kehakiman dan keselamatan (polis dan FRU) adalah alat suruhan kerajaan. Apabila hakim memutuskan sesuatu yang berpihak pada kerajaan maka hakim dianggap menerima rasuah dari kerajaan. Sebaliknya, keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang adalah dianggap adil. Kalau iapun ada bukti-bukti penyelewengan hakim, adakah melibatkan semua hakim? Adakah semua anggota polis dianggap sampah? Apabila ada dakwaan terhadap pembangkang, buktinya dianggap dibuat-buat. Dakwaan terhadap kerajaan pula dianggap telah mempunyai bukti yang kukuh walaupun belum dihadapkan ke mahkamah

Komen aku:

Keyakinan kepada system kehakiman dan keselamatan sangat fatal dalam sesebuah Negara. Jika rakyat sendiri waswas, apatah lagi dengan pelabur2 asing. Sebagai catatan, banyak pelabur luar yg membuat perjanjian perniagaan mereka di negara2 luar seperti di Singapore dan Hong Kong kerana kurang yakin dgn system kehakiman di Negara kita; so siapa yg kita nak salahkan??.

Lagi pasal system kehakiman: Kes Video Linggam sampai sekarang tiada berita, kes pembunuhan monggolia tak selesai2 (aku tak membuat tuduhan; aku hanya menuntut pihak yg dituduh menyaman semua akbar2 di Perancis dan Negara lain yg membuat tuduhan; tapi sampai sekarang sunyi tanpa sebarang tindakan), Kes rasuah politik beratus-ratus tidak pernah disiasat; malah kes yg lembaga disiplin putuskan bersalahpun tidak diambil apa2 tindakan oleh SPRM.... tapi bila kes
rasuah lembu sangat cepat pula diselesaikan..

Masalah keselamatan pula: Kes Kematian Kugan dalam tahanan sampai sekarang masih misteri, Peratusan kes jenayah dan penculikan meningkat, Kes sharlinie tak tahu hujung punca.. Dana dan tenaga banyak dihabiskan untuk menjaga dan mengontrol pergerakan pembangkang. Pihak SB sepertinya sudah lari dari tugas menjaga keselamatan Negara, kepada menjaga keselamatan politik pemimpin. Aku kecewa kerana polis banyak diperalatkan utk menjaga pembangkang dari menjaga keselamatan...
Terus terang memang ada hakim dan polis yg baik; dan kepada golongan inilah yg aku harapkan utk menjalan amanah sebaik mungkin. Masih ramai yg baik, dan masih ramai yg berani dan punya prinsip... tetapi masih ramai dan banyak juga hakim dan polis yg perlu diperbetulkan... Apa jadi dengan suruhan jaya demi suruhan jaya polis dan kehakiman yg dibentuk???


Ketiga, pihak pembangkang membangkitkan isu-isu yang disifatkan mempertikai kontrak sosial. Hal ini bertujuan memenangi hati pengundi-pengundi bukan bumiputera. Tidakkah mereka sedar kontrak inilah merupakan formula dasar yang telah menyebabkan negara kita membangun dengan aman-damai tanpa sebarang perselisihan kaum yang dahsyat seperti negara-negara lain?

Komen aku:

Kontrak sosial??
Bahasa rasmi: Bahasa melayu >>> Siapa yg nak memusnahkan bahasa melayu? Apa dah jadi dgn tulisan jawi??

Agama rasmi: Agama Islam>>> Siapa yg mencipta2 Islam Hadari; agama lain politik lain, perniagaan lain, budaya dan seni lain???. Islam adalah way of life, bukan hanya sembahyang, zakat dan haji shj!!

Agong dan Sultan: DYMM Sultan2 melayu >>> Siapa yg mengubal undang2 tahun 1993 yg menafikan kekebalan raja melayu?? Siapa yg hina raja melayu dgn perkataan ‘natang’??

Boneka Cina: PR bagi tanah pada org nelayan dan petani cina miskin yg sudah hidup berpuluh tahun di tanah itu>>> Siapa kasi satu Gunung Genting pada tokeh judi Cina, Siapa kasi 22000hektar tanah di Manjung Lumut pada tokeh cina???

Sebagai org melayu memang kita perlu pertahankan hak dan keistimewaan bangsa kita sebagai pemilik asal tanah air ini.. tapi jangan sampai kita menafikan hak bangsa lain yg juga sudah berpuluh tahun hidup di Negara kita...


Keempat, pihak pembangkang memposisikan diri mereka sebagai hero kepada rakyat dan meletakkan kerajaan sebagai watak antagonis dalam pentas kenegaraan. Hal ini dilakukan dengan laras bahasa mereka yang tercermin dalam ceramah dan coretan-coretan mereka dalam media mereka. Antara contohnya ‘Tumbangnya kerajaan rakyat’, ‘Kuasa rakyat’ dan ‘Parti Rakyat’. Apabila ada kerajaan negeri mereka yang tumbang kerana ADUN beralih sokongan, slogan mereka ‘jangan musnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Apabila ada ura-ura kerajaan pusat akan beralih tangan dengan rancangan mengajak berpuluh-puluh ahli parlimen lompat parti, tidak dianggap ‘memusnahkan kerajaan pilihan rakyat’. Adakah mereka ini lupa, kerajaan pusat sekarang TETAP pilihan majoriti rakyat?

Komen aku:

Rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang telah membuktikan yg rampasan kuasa menumbangkan kerajaan pilihan rakyat di tolak rakyat!. Rakyat telah memilih DS Nizar sebagai membuktikan yg majority rakyat perak tidak bersetuju dgn rampasan kuasa itu..

Masalah DSAI cuba mengambil alih kerajaan pusat dulu.. aku pun tak setuju! Alhamdulillah Allah selamatkan dgn berlakunya rampasan kuasa di Perak. Moga DSAI ambil pengajaran!! Yg rakyat tidak bersetuju dgn cara itu...


Sangat pelik pemikiran pembangkang. Saya sempat membaca satu ‘status yahoo messengger’ dari anak salah seorang ahli pembangkang yang membuat kenyataan tentang pilihanraya kecil sebagai berikut “Ya ALLAH, menangkanlah rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai”.

Komen aku:

Tak perlu cakap seorang anak ahli pembangkang! Cakap aja nama aku: Zahril akmal usaili


Siapa rakyat itu?? Pihak pembangkang dianggap rakyat? Parti kerajaan apa pula? Saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya juga rakyat Malaysia. Saya tidak rela gelaran untuk kami (rakyat Malaysia) ditempelkan sewenang-wenangnya oleh pihak pembangkang dan menganggap kerajaan sebagai musuh kami. Kerajaan sekarang tetap dari parti yang dipilih majoriti rakyat. Sepatutnya merekalah yang layak memakai gelaran itu. Jika tidak, pemikiran seperti ini tidak adil.

Komen aku:

Memang namanya manusia yg punya I/C di bumi Malaysia adalah rakyat Malaysia! Tetapi perkataan rakyat biasanya menunjukan kepada rakyat bawahan dan terbanyak!! Kemenangan dan manfaat daripada kemenangan itu harus pada rakyat terbanyak, bukan pada golongan politis shj, tak kiralah sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.. Kalau PR menang, tapi manfaatnya hanya utk kroni2 dan gol atasan shj; rakyat akan menjatuhkan PR pula.. Itu namanya makkal sakti ataupun kuasa rakyat!.


Kesimpulannya, mentaliti sebahagian rakyat yang tertipu dengan strategi-strategi songsang pembangkang perlu dipulihkan. Mungkin cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan dapat dikaji atau dipilih tindakan yang sesuai untuk mengembalikan penilaian yang tepat dari rakyat. Saya yakin, sebagai seorang Ahlus Sunnah Wal Jemaah, setiap usaha menjatuhkan kerajaan orang Islam yang stabil di sesuatu negara adalah dilarang dalam agama. Dari Ummu Salamah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda : Akan ada sepeninggalku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa yang meredhainya (akan) mengikutinya. Mereka para sahabat bertanya : Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang ? Beliau menjawab : Jangan, selama mereka masih menegakkan shalat ditengah-tengah kalian. (HR. Muslim 6/23) .

Komen aku:

Hadis ini menyatakan selama mana mereka MENEGAKKAN solat.. Alhamdulillah baru tadi Ust Muchlis di pengajian masjid Nurul Hikmah memberitahu perbezaan antara MENEGAKKAN solat dan MENDIRIKAN solat... Pertanyaan aku adakah pemimpin Negara kita benar2 menegakkan solat? Sehingga ia tergambar dalam polisi2 pemerintahan mereka?

Lagi satu; bila parlimen atau DUN sudah dibubarkan, bukankah secara automatic tidak ada kerajaan? So tak timbul masalah kita menjatuhkan kerajaan, sebab kerajaan itu memang sudah tidak ada!. Kita dalam proses mendirikan dan memilih kerajaan, so pemimpin yg beriman dan bertaqwa serta berkaliber perlu diutamakan...


Jika dalam tahap membenci kerajaan sekalipun selagi mereka mendirikan (sila cari tahu perbezaan mendirikan dan menegakkan) solat, wajib ditaati, inikan pula Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO, yang menurut pendapat saya yang kerdil ini, telah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat, dan masih ramai yang sayang dan tidak bencikan mereka. Saya yang tinggal di luar negara ini dapat melihat kemunduran yang nyata sehingga budak berusia 6 tahun telah bekerja mengutip sampah sedangkan di Malaysia, orang tua akan dihadapkan ke mahkamah jika tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Memanglah tidak ada kerajaan yang sempurna. Buatlah secara jujur dan ilmiah senarai semak dan tetapkan derajat baik dan buruk dasar dan tindakan kerajaan, timbanglah kedua-duanya ,

Komen aku:
Macam mana kita nak timbangkan kedua-duanya jika kita tak beri peluang kepada PR utk memerintah Malaysia?? Jika peluang telah diberikan, dan ternyata BN lebih baik memerintah, silakan pilih semula BN.. again gunakan kuasa rakyat utk memilih!!


kita akan dapati kerajaan Barisan Nasional antara kerajaan yang cemerlang di dunia. (harap2 cemerlang juga di akhirat kelak) Long live BN! Long live UMNO! Hail Najib!
Putera Suci

artikel lengkap sahabat aku

4 ulasan:

  1. ur comment is too emotional bro. be rational la

    BalasPadam
  2. Maaf kalau tanpa nama rasa jawapan aku emotional... So jawab fakta yg aku berikan... Kes saman akhbar perancis yg buat fitnah,knp sampai sekarang tak saman?.. Kes memansuhkan kekebalan raja,siapa yg memansuhkan?.. kes beri tanah pada masy cina, mana lebih baik; bagi pada cina miskin or bagi pada tokeh2 besar cina??.. Aku rasa semua tu adalah fakta.. maaf kalau tanpa nama rasa benda ini bukan fakta...

    BalasPadam
  3. wow!!!panas,panas.aku pun nak komen jg lah

    1)xde media yg btl2 bebas pun.so bc la sumer skali kalo nak, lps tu sendiri la pikir mn yg btl,mn khabar angin and mn satu spekulasi.tp aku lbh suke bc mdia arus perdana sbb aku bkn nk bc berita politik je,aku nk tau jg psal bisnes,luar negara dan setempat.bkn nk memburukkan tp based on pengalaman aku bc media lternatif ni,berita kdg2 byk berbentuk spekulasi.
    yg psal tarik lesen tu,bg aku KALAU BETUL dah lggr peraturan mmg la tindakan tarik lesen tu blh diambil sbb media2 alternatif tu tertakluk dgn peraturan2 tambahan yg WAJIB dipatuhi.

    2)komen 2-2 org ada benarnya to some extent.keputusan pelabur nk bt perjanjian atau pelaburan di dlm atau di luar negara dipengaruhi oleh byk perkara,bkn stkt sistem kehakiman shj (tp aku rs para pelabur lbh berminat dgn insentif yg ditawar atau perkara yg menguntungkan mereka berbanding sistem kehakiman).
    kes lingam rsnya dah selesai cuma aku xtau la jwpn sbb aku xb'minat nak tau.kes monggolia pun dah selesai dah,dah jth hukum pun.kes lembu tu plak rsnye x msk court pun lg walopun katanya siasatan dah selesai.cpt selesai sbb GERAK dah bg bukti.
    kes kugan tu MGKN ada kesilapan polis.rsnya tenaga polis bkn byk dihbs utk jg pembangkang ttp byk lg dihabiskan utk jg demontrasi dan rusuhan yg byk berlaku sbb politik.

    3)PPSMI mmg ptt dimansuhkan.cb memperksakan BI tp menggunkan cr yg krg sesuai.
    islam hadhari xmau komen sbb aku pun xtau ape bende tu.dan aku xsuke nk dengar citer dr org.kalo aku nak tau biarlah aku bc dr sumber aku yg aku pasti betul.
    bg aku,sultan jg manusia.bkn maksum.sultan pun perlu tertakluk pd undang2.
    psal genting,dl org tu pun bkn tokeh lg.lgpun xde sape sangka projek tu blh berjaya mcm skrg.terpulang la nak tgk perkara tu dr sudut mn.kt blh ckp tu galakan kerajaan kpd projek yg dilihat berpotensi menguntungkan kerajaan.kt jg blh ckp perkara tu habuan utk kroni2.terpulang pd diri msg2.psal tnh dkt kg baru, aku setuju dgn ape yg raja nazrin penah ckp rancangan brings.mujur la kerajaan perkenalkan felda utk tlg masyarakat melayu.psal tanah kat lumut aku xtau ape2.
    betul,kt xblh ketepikan hak2 bangsa lain.

    4)tahniah pd pas krn berjaya MENGEKALKAN kerusi yg DIMENANGI pd PRU12.1 kaw parlimen xbermaksud majoriti.bkt gantang hanya 1 drpd beberapa parlimen yg ada kat perak.
    psal perubahan kerajaan negeri,rsnya mahkamah dah putuskan keputusannya.kalo xslh aku mahkamah kt sah ikut peraturan.

    5)rsnya rakyat dpt byk sgt manfaat drpd kerajaan.even makanan pun dpt subsidi,bkn minyak je.pelajaran percuma,bantuan biasiswa/pinjaman pelajaran,khidmat penjagaan kesihatan yg SANGAT2 murah.tp xdinafikan ada org politik yg amik kesempatan.

    6)ermm...psl hadis2 ni aku xpandai.tp yg pasti islam kat malaysia stkt ni masih terjamin kedudukannya.alhamdulillah.
    rs kat perak hr tu,dun xdibubarkan.ape yg berlaku,menteri besar xdpt perkenan sultan utk bubarkan dun,so pilihan yg tggl ialah die MESTI meletak jawatan.tu ape yg aku dpt ms aku tgk rancangan hujah di tv9.(aku suke dgn cadangan penyelesaian krisis politik perak yg diutarakan slh seorang panel mlm tu.aku lupe nm die)
    setuju pemimpin berkaliber perlu di utamakan,xkira la parti ape pun.

    7)hmmm....nk pilih pemimpin ni bkn mcm eksperimen.buruk padahnya kalo slh pilih.jgn jd mcm indon atau thai,dah berpuluh atau berbelas PM tp negara masih lg xmcm malaysia.
    lg 1,kt perlu pilih pemimpin,bkn pilih parti.kalo pemimpin tu ada idea yg bgs utk negara,so pilih la die.jd pembangkang pun blh dikira berjuang utk rakyat jg dan berbakti pd negara.ape yg pntg,tunaikan tggjwb sebaiknya dan gne kuasa yg diberi sebaiknya.aku suke dgn ibrahim ali.xkire la org pggl die katak sekali pun,aku suke idea die dan prinsip perjuangan die,utk rakyat bkn utk parti.walopun die sorang2 je bebas,tp die lg bgs drpd MP sesebuah parti yg kdg2 ddk sj atau suke berbalah psal isu yg ntah ape2 dan remeh temeh dlm parlimen.

    nk pilih BN ke PR ke,tu pilihan msg2.yg pntg gnekan akal ms memilih pemimpin.

    tq.sori byk membebel.

    BalasPadam
  4. sebab apa aku kata ko emosional. sebab ko ni cepat melatah bila orang tulis apa2 wpun sket. ahaha. aku stuju ngan afifi, hal2 politik ni kita nilai melalui sudut pandangan masing2. u cant force people to accept the idea or fact.sume orang pon ada hak utk pilih parti mana yg dia suka tak kisah la ko bawak belambak crita buruk sekalipun.

    things to ponder: adakah dengan parti yang membawa nama islam dapat menjamin islamnya sesebuah negara beserta rakyatnya? saja tanya sebab aku penah dengar kata kalau kita dapat pemerintahan islam tu melalui politik tapi rakyat tak paham n tak hayati pon islam tu sendiri, dengan mudahnya kerajaan islam tu akan jatuh. sebab apa? sebab takde kefahaman kenapa perlu ikut itu n ini berlandaskan islam..rakyat memberontak, last2 naik balik krajaan yg kurang islam.

    cool bro. jangan mare nee

    BalasPadam