Sabtu, 4 April 2009

HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Salam buat sahabat semua.. maaf dlm keadaan iklim politik yg semakin hangat ini; aku tak sempat utk turut sama memberi pendapat pribadi aku... Cuma nak share dgn sahabat semua... waktu aku baca2 blog yg byk di alam maya ini, aku terjumpa dengan satu komen seorang sahabat ini... Aku tak berani nak komen banyak, sebab aku bukan ahli dalam bidang agama ni...

Cuma terus terang, aku sering menurut fatwa hati aku yg mungkin benar, mungkin salah... Korang baca dulu hujah dan dalil yg diberikan oleh sahabat kita di bawah ini... Cuma aku keliru skit... adakah negara kita benar2 melaksanakan sistem pemerintahan Islam??? seperti zaman sistem khalifah islamiah dulu sehingga hujah2 dan dalil di bwh ini perlu tafakuri??



HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid’ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid’ah mukaffirah (Bid’ah membawa kepada kekufuran) atau bid’ah mufasikkah (bid’ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid’ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid’ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

“Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah” *

*Lihat Sunan Abi’Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

“Dari Wail radiallahu ‘anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan” *

*H/R Muslim 1846.

Syara’ tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

“Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua”**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

“Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu”*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.


Aku pastekan pendapat Ust Hasrizal lak tentang masalah ini... bukannya apa setiap kali pilihanraya, pasti isu ini dibangkitkan semula oleh golongan2 tertentu.. So korang baca r dua2 pandangan, kemudian fikirkan dan pertimbangkan dengan rasional... Itu tugas kita sebagai mahasiswa, kita perlu banyak baca dan bandingkan pelbagai pendapat dan pandangan....

KEMUSYKILAN 3

Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.

Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.

Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya semula dengan betul.

Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.

Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?

Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.

Ia adalah contoh kesan structured knowledge yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.

Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan jangka masa panjang.
http://saifulislam.com/?p=1359

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Islam adalah agama yang ditegakkan dengan dalil dan hujah yang jelas. Dalil dalil itu difahami dengan sistem pemahaman dan amalan salafaussoleh, yaitu tiga kurun awal Islam( sahbat, tabiin, tabiuttabiin), bersesuaian dengan dengan manhaj(sistem) ahlussunnah wal jamaah. Jadi dalam menilai dalil, jangan dahulukan akal dan perasaan semata-mata, biarlah ia bersesuaian dengan hujah-hujah nakli lain yang menyokong. Kita boleh berbeza pendapat dalam banyak perkara, dalam Islam sendiri kita boleh berbeza pemahaman,tp biarlah ditegakkan dengan hujjah yg authentic bukan hanya andaian semata mata.Sebb itu, sy selalu memandang Islam ini sebagai evidence-based religion, bukan hanya ikut-ikutan dan tradisi, setiap ibadat dan amlan ada dalil yang menyokong. Dan sebb Islam itu menyeluruh,fahami dalil dengan hujjah dan ilmu yang menyeluruh juga, then nilai, bukan perasaan dan emosi. Jangan disebabkan dalil itu tak berpihak kepada kita, kita dah mula melatah. Sy galakan saudara dengar ceramah ustaz ni, die seorang ulama besar di Indonesia ini, nilai, dan hayati. Moga dapat gambaran, dr sudut dalil yang jelas dr Al-quran dan Hadith sendiri. Wallahu A'lam http://www.4shared.com/file/95312792/37f3e98c/Dialog_Daulah_Islamiyyah_-_Ust_Abdul_Hakim_Abdat.html

    BalasPadam
  3. Salam. Mungkin kritikan Ustaz Hazrizal dengan tajamnya mengulas pengarang itu kerana dia muda dan di'label' baru instant dalam memperjuangkan salafi (yg dijoloki dengan ultrasalafi). Bagaimana pula dengan ceramah2 syeikh abdul hakim amr abdat?? Yg memang melarang umat islam menjatuhkan pemerintahan orang Islam berdasarkan hadis2 tadi. Syeikh ini adalah antara panel dalam MUI(Majlis Ulama Indonesia). Dan seorang yg jauh lebih tua dan memiliki sarjana yg lebih tinggi dari Ust Hasrizal. Mungkin kalau dia tahu kewujudan kritikan Ust Hasrizal terhadap pendirian 'Ultra Salafi' ini, saya rasa Syeikh ini akan mengkritik kembali Ust Hasrizal sebagai Ust Muda yg tak matang lagi... huhu. Kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Jangan merubah maksud2 hadis suka hati dari yg zahir melainkan dengan alasan yg jelas. Apa pun kita kan saksikan di hari akhirat insyaALLAH Hasrizal Vs Ultra salafi. Kita tanya ALLAH siapa yg betul... Tahniah kepada Ustaz Hasrizal (Ahli PAS) atas kejayaan partinya... Agak2nya bila pulak Ust Hasrizal nak menggantikan tok guru??? hehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih kepada sani dan tanpa nama kerana sudi komen.... aku faham dan cuba memahami pendapat korang... aku tak benarkan, dan tak salahkan... tapi aku lebih cenderung dan yakin dengan pendapat yg lebih sederhana... itu hak aku, sebab itu yg aku yakin... buat sahabat2 yg lain terserahlah masing2, sekali lg kita perlu lihat dari sudut pandang mahasiswa...

    BalasPadam
  5. Oh ya kepada tanpa nama; letak je nama sebenar, kita terbuka utk saling memberi dan menerima pendapat... lagi satu tak perlu nak highlightkan yg ust hasrizal itu ahli parti mana, niat memberi pendapat ko sepertinya sudah lain.. Apapun terima kasih atas pendapat ko tentang isu ini...

    BalasPadam
  6. Insya Allah, masih ramai yang berpegang pada quran dan al-hadith berdasarkan pegangan salafussoleh dan generasi seterusnya. Jangan kerana rasakan diri kita ada hujah (dalil), kitalah paling benar. Sedangkan orang lain pun ada hujah dan dalilnya juga yang belum kita ambil peduli.

    Saya tak rasa ustaz hasrizal kritik kerana orang tu muda dan baru. Kalau cakap macam tu, kitapun tergolong dalam golongan taksub (dan taklid dll) la ek. Lihat sosok peribadi semata-mata.

    Sekadar pendapat. Post ni pasal feqh, jadi serahkan pada ahlinya.. Silakan.. =)

    Wallahu 'alam

    BalasPadam