Lagi seminggu genap 5 Tahun aku berada di bumi Walisongo ini.. Tepat jam 9 am 25 Ogos 2005, aku memijak bumi yg penuh dengan seribu satu macam ragam dan jenis manusia... bumi yg kaya dengan kepelbagaian budaya dan suku bangsa.. bumi yg bagi aku cukup utk mentadabbur kehebatan dan keagungan Allah swt dgn kepelbagaian kerukunan dan kehidupan hamba2nya di muka bumi ini...
Jalan Tg Duren selatan , Kecamatan Tg duren, kelurahan Grogol Pertamburan, Jakarta Barat, Indonesia.... Di sinilah aku bermusafir jauh meninggalkan keluarga dan kampung tercinta, demi mengejar cita-cita dan harapan yg pastinya menuntut seribu satu pengorbanan... Banyak yang aku belajar, selami dan hargai tentang kehidupan pahit manis di kota Jakarta yg penuh dgn pelbagai mehnah dan cabaran ini...
Bagi aku, 5 tahun di sini sudah cukup utk mengenali masyarakat Indonesia yg pastinya di antara 230 juta lebih jiwa ini terdapat pelbagai ragam dan karakter... Dari sehebat-hebat, sekaya-kaya dan sebaik-baik manusia sampailah yg sebaliknya; hingga jurang di antara yg kaya dan miskin sgt besar... Dan tentunya tidak mudah bagi negara islam yg mempunyai penduduk terbanyak di dunia ini untuk melakukan reformasi total terutamanya dari segi minda dan sosial rakyatnya... Namun aku yakin Indonesia mampu utk terus memangkin pertumbuhan ekonomi dan sosialnya yg ternyata sudah mula meninggalkan negara kita sama ada dari segi perkembangan ekonomi (FDI) maupun sistem demokrasinya...
Namun begitu, terus terang aku agak sedih dan terkilan dengan episode demi episode yang berlaku terhadap hubungan kedua negara serumpun yg menurut aku penuh dengan persamaan, keunikan dan kehebatan sejarah yg boleh dibanggakan.. Lebih-lebih lagi bila memikirkan yg hubungan persaudaraan sesama muslim pun tidak mampu menjadi ikatan yg ampuh dalam menyelesaikan segala persoalan yg timbul.... Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan geografi, sejarah dan agama yg sgt dekat yg seharusnya menjadi kelebihan bagi kedua-dua negara utk saling menghargai dan membantu.. Tapi malangnya ia tidak mampu dan mungkin telah dilupakan dek kerana isu-isu yg terus di main dan dibangkitkan terutama oleh media kedua2 negara...
Masing2 sibuk mempertahankan dan menyatakan yg kebenaran di pihak mereka sehingga mereka lupa persoalan yg lebih penting dan utama.... bagaimana kedua rakyat negara ini boleh menjadi hebat dan membina identiti tersendiri samaada dari segi ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat yg penuh dgn nilai-nilai keagamaan dan akhlak yg terpuji.. Bagaimana kita boleh membangun semula tamadun yg pernah dicatat dalam lipatan sejarah.. Kita sering hilang fokus dek kerana isu-isu yg menurut aku hanya 'batu-batu kecil' yg sering mencuri masa kita utk terus kedepan membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat terbanyak!
Tidak dapat aku nafikan yg terdapat masyarakat di sini memiliki emosi yg agak labil.. tapi mungkin tidak adil utk kita menunding jari tanpa cuba memikirkan pokok permasalahan yg sebenarnya... Kesusahan mencari rezeki dan perjuangan utk meneruskan kehidupan, penindasan dan sikap tidak pedulisme sesetengah dari kita utk saling membantu dan memberi mungkin menjadi punca kepada masalah ini. Yang kaya terus mengejar kekayaan, yg miskin terus dibiarkan tanpa pembelaan.. Persaudaraan dan nilai kasih sayang sudah lama ditinggalkan... sehingga golongan ini mudah tersinggung dan digunakan.
Buat sahabat2 aku di Malaysia.... apa yg boleh aku katakan.. jangan menilai masy Indonesia hanya dari pekerja2 mereka yg mencari rezeki di negara kita sahaja.. tidak keterlaluan aku katakan mungkin masyarakat di sini lebih banyak yg hebat2 dan pintar dari kita. Tidak adil dan tidak bijak bagi kita utk terus terperangkap dgn persepsi tanpa mencari tahu isu dan persoalan yg sebenar.. Jangan pernah berasa selesa dgn apa yg ada kerana masih byk yg perlu kita lakukan terutamanya dalam membina masyarakat yg berIMAN dan berTAQWA kepada Allah swt...
Buat temen2 di Indonesia... hanya dengan saling menghargai dan menghormati sahaja dapat merungkai segala isu dan permasalahan yg timbul. Persahabatan dan persaudaraan yg terjalin selama kita kuliah bersama menjadi bukti atas komitmen kita kedepan utk sama-sama maju dan menyumbang buat rakyat dan negara kita masing2. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memahami, menyampaikan dan seterusnya merungkaikan segala permasalahan timbul.. Dan pastinya persahabatan yg terjalin merentas sempadan negara, bangsa dan juga agama...
Terakhir,.. aku yakin dan percaya... hanya dengan persaudaraan sesama Islam dan sesama manusia sahaja mampu menyatukan kita semua... Atas dasar agama kita bersaudara, atas dasar kemanusiaan kita saling menghargai.. Moga Ramadhan yg hadir ditengah2 kita ini dapat mengeratkan tali persaudaraan di antara kita.....
Putera Akhirat adalah org yg mempertahankan kebenaran Islam, sedia menghindari dan memerangi segala yg berbentuk mungkar dan maksiat. Putera akhirat adalah org yg kehidupannya berteraskan akidah yg sebenar serta amalan yg bersumberkan syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.
Selasa, 17 Ogos 2010
Ahad, 15 Ogos 2010
Pengalaman Koass (3)
Salam Ramadhan, moga kita tetap bersemangat untuk terus memanfaatkan detik demi detik dalam bulan yg suci ini untuk mendekatkan diri dan memohon keampunan, rahmat dan redhanya Allah Swt. Cuma aku agak terkilan sedikit sebab tak dapat berpuasa bersama-sama keluarga tercinta di kampung yg tentunya mengungkap seribu satu macam memori lama... Berpuasa di kampung sgt best..., terawih, moreh, bazar ramadhan, pelita panjut, meriam, mercun... huhu terkenang zaman masa kecil dulu... Moga Allah berikan kebahagiaan dan keberkatan Ramadhan ini utk saling bersilraturahmi dan berkasih sayang di antara kita...
Kali ini aku nak share pengalaman posting ke 3 aku semasa di stase (D&V) kulit & kelamin di RS Husada.. 5 minggu yg menurut aku lumayan santai dan banyak juga ilmu2nya... Oleh kerana Husada di jakarta juga, aku tak ngekos.. tapi pulang pergi dari rumah di Tg duren.. Pengalaman pertama adalah berhadapan dgn hiruk pikuk kepanasan dan kemacetan di kota metrapolitan Jakarta yg pastinya mengajar masyarakatnya banyak bersabar dan bertolak-ansur ketika di jalanraya...
Husada adalah RS swasta, so sudah pasti patient yg datang sini kebanyakannya org yg mampu.. So di sini byk tertumpu kepada masalah kosmetik.. hehe first day.. aku rasa macam jadi asisten kerja di salon je... Tapi di sini aku belajar banyak juga, sebab seminggu ada 2x bimbingan dan 1x kelas menari!!.. Pengalaman baru r.. tapi menarik juga.. "one two cha cha".. tu je ya aku masih igt! hehe...
Kes2 rakyat berkaitan kulit seperti dermatitis, acne, Tenia versikolor (panau) dan fungal and bacterial infections. Kat sini kami belajar semua benda!! macam nak jadi specialist kulit rasanya... Habis satu buku merah FK UI tu kena baca.. dari kes2 biasa sampai r kes2 seperti vitiligo, psoriasis, keratosis, MH, SJ, Sifilis, Herpes, GO dll. Ehm menarik juga sebenarnya, tapi mungkin aku tak berapa berminat dalam bidang ini sebab tak banyak sangat tindakan.. Bekalan atau senjata utama dalam dermatology adalah Steroid!!, diagnosisnya agak mudah, tapi terapi dia yg memerlukan kesenian / skill doctor dalam menggunakan steroid dan antibiotik dll.
Ada satu pengalaman ataupun kisah yang mungkin aku blh share dgn sahabat2 di sini.. Patient yg aku ambil.. Tn L 33thn (krg lbh) datang utk kontrol genital warts (HPV)... so setelah anamnesa (history taking), aku bawa dia ke konsulen aku utk pemeriksaan selanjutnya.. setelah dilihat oleh dia, konsulen aku mengatakan yg kes ini agak aneh kerana konfigurasi warts itu tidak seperti biasanya.. kelihatan sudah membaik tetapi bentuknya seakan-akan keratosis seborroik yg ada di penis! (Keratosis seborroik jarang berada di kemaluan, biasanya di daerah terpapar sinar matahari..)..
Setelah itu, doktor aku langsung berterus terang dan mula menanyakan riwayat kebiasaan seksual pasien tersebut.. waktu ini aku tekun mendengarkan bagaimana Communication skills konsulen aku yg sgt penting dalam meyakinkan pasien utk bersetuju utk Test HIV... Setelah selesai, pasien tersebut langsung ke lab bersama2 surat pengantar utk tes CD4, leukosit dll.. Konsulen aku kata, leukosit juga sangat penting di samping CD4 utk menentukan kemampuan tubuh melawan virus HIV sekalian menentukan prognosis pasien itu... HIV tidak mematikan... yg mematikan apabila pasien itu terinfeksi dgn bakteri atau kuman lain kerana imun sistem tubuh dia lemah... So pasien yg terditeksi HIV+ perlu seoptimal mungkin menjaga diri dia dari mudah terinfeksi seperti kurangkan berada di tempat yg ramai org dll.... Selagi leukosit tubuh dia baik... virus itu akan terus dormant dan jangka hidup pasien akan lebih lama...
Petang itu, pasien tadi datang semula dengan hasil test dari lab... Aku dan member yang lain berdebar-debar menantikan hasilnya... setelah di lihat oleh konsulen aku, ternyata positif!!!.. Subhanallah, macam mana lah nak kasi tahu ke pasien tu td.. seorang pemuda yang baru saja bernikah 7 bulan terpaksa berdepan dgn kenyataan ini dek kerana kecuaian hidup muda dia.. Belum lagi memikirkan bagaimana perasaan sang isteri bila mengetahui suaminya menghidap HIV!!... Ya Allah, jauhkan lah aku dari bahaya zina dan hubungan yg tidak halal bagiku... ternyata laranganMu hanya untuk kebaikan hamba2Mu jua...
Sekali lagi, konsulen aku berjaya menenangkan dan memberi semangat kepada pemuda itu td... kami semua curi2 dengar perbualan mereka dan aku lihat permuda itu menitiskan air mata kekesalan di atas hakikat yg dia hadapi sekarang... Pengalaman ini sangat berharga buat aku di masa hadapan jika berdepan lagi dgn situasi yg sama...
Satu hal lagi yg ingin aku kongsikan adalah mengenai konsulen aku; dr Maria SpKK yg telah menunjukkan contoh tauladan yg mungkin mencabar aku utk terus berusaha tanpa penat dan jemu... Bayangkan dia praktek dari jam 9 pagi sampai jam 10-11 malam!! pasien dia ramai dan sanggup nunggu lama... Kerja dia sistematis dan teratur dan yg paling best, dr maria suka kasi kami semua makan kuih2 atau kek semasa bimbingan.. hehe... Dengan umur yg mungkin sudah melangkaui 50thn, dia masih bersemangat.. kadang2 kami yg penat!! mungkin she loves her jobs!...
Buat dr Maria, dr hendrik, dr Agustine dan dr linda... terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajaknya dalam bagian Kulit & Kelamin ini... Ilmu yg doktor berikan sangat berharga buat bekalan kami di masa depan... buat temen2: Tadat, Mega, Nico dan teman2 untar, terima kasih atas bantuan dan kerjasamanya.... InsyaAllah lepas ni aku share pengalaman aku di stase koass yg paling best setakat ini: ophthalmology RS Mata Yap jogjakarta!!! Jalan terusssssss

Jumaat, 13 Ogos 2010
Pengalaman Koass (2)
Nota Kepada Diri ini sudah lama menyepi... Tetiba terasa ingin bermonolog kembali dalam blog ini buat Nota bagi diri aku di masa depan... Pejam celik dah hampir setahun aku coass.. terakhir aku berkongsi cerita di blog ini semasa aku stase Bedah di purwakarta... Selepas itu aku stase Internal Medicine di RSUD Koja, D&V (kulit kelamin) di RS Husada, Ophthalmology di RSM Yap Jogja, O&G di RS E.Etaham Purwakarta.. dan sekarang aku stase Radiology di RS Bakti Yudha Depok..
Sebelum aku berkongsi pengalaman suka duka aku semasa coass, aku ingin menyeru kepada sahabat2 semua utk terus berusaha mengoptimal kan sebaik mungkin kesempatan Ramadhan kali ini dalam rangka memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah.. Cabaran semasa koas/HO menuntut kita kuat mental dan fisikal dalam menghadapi persoalan demi persoalan ataupun lebih tepat lagi ujian yg datang silih berganti. Ramadhan mendidik kita utk berserah dan berharap hanya kepada Allah swt. Insyaallah setiap persoalan dan ujian yg datang dapat kita hadapi jika yakin dan harap kita hanya pada Allah semata...
Kali ini aku nak sambung perkongsian aku berkenaan dengan Koas di Interna RSUD Koja... yang telah aku lewati hampir 20 minggu yang lalu.. Pertama sekali, kalau ditanya apa yang masih melekat di kepala setelah lewat 20 minggu ini?? Hehe jawapan aku dah banyak yg lupa!! mungkin 40-50% je yang masih menempel dalam kepala ni... itu pun semua kasus2 yang aku presentasikan dan hadapi selama koas di sana.
Internal / Medicine merupakan satu bagian yang sangat penting bagi seorang doktor, kerana hampir 50-60% patient datang dengan keluhan berkaitan dgn bidang ini... Demam, batuk lama, nyeri ulu hati, diare, sesak, batuk darah, nyeri dada, mual muntah dan macam2 lagi. Sign and symptoms yang sering tidak sesuai dgn apa yg ada dalam teks book menyebabkan kadang2 kita bingung sendiri utk mendiagnosa penyakit.. Kat sini lah pentingnya 'jam terbang' ataupun pengalaman dengan pelbagai kes yang kita dapat di bangsal (ward) poli dan IGD (emergency) ...
Kat sini penyakit2 rakyat yg wajib kita kuasai seperti TBC, Asma, DM, HT, DHF, Typhoid, GE, CHF dan MCI. At lease kita dapat mengarah dan tahu nak buat apa kalau patient2 dengan penyakit itu datang... Huhu kadang2 susah juga, sebab SOP ataupun protap di antara masing2 Konsulen berbeza, tapi minimal penanganan awal dan pemeriksaan lab dan diagnostik perlu kita kuasai...
Satu hal yang aku kira sangat berguna sbg bekalan buat masa depan adalah Research / Penelitian. Di Koja aku buat penelitian tentang ACT (Asthma Control Test) menggunakan questionaire dan Peak Flow Meter. Mula2 pening kepala dan rasa macam tak bermanfaat je.. tapi bila difikir2kan bagus juga, sebagai pengalaman buat aku jika nak sambung specialist nanti.
Selain itu, Koja banyak mengajar aku untuk selalu berlapang dada, sabar dan saling bertolak ansur. Sebab jika setiap hal dan isu yg aku golongkan dalam 'batu kecil' aku tanggapi, pasti aku stress dan hilang fokus!. Tak semua yg kita lakukan dapat memuaskan org lain dan begitulah sebaliknya... So berlapang dada lah untuk saling memberi dan menerima.. Mungkin ini juga realiti yg aku akan hadapi bila dah kerja nanti...
Mungkin setakat ini saja yang dapat aku kongsikan tentang stase interna aku di Koja.. Buat Konsulen2 aku yg telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar.. jutaan terima kasih aku ucapkan.. begitu juga buat teman2 seangkatan yg telah banyak membantu aku sepanjang aku di Koja.. InsyaAllah nanti posting berikutnya aku share pengalaman aku di Kulit Husada dan Mata jogja lak.. Yuk teruskan istiqomah dan meningkatkan amalan dan penghayatan kita di bulan yang suci ini.. Moga kita dapat keluar menjadi hamba Allah yang bertaqwa.. amin..

Langgan:
Catatan (Atom)