Jumaat, 25 Disember 2009

Politik oh politik...

Salam buat semua...
Lama tak update blog, bukannya apa agak malas skit.. lebih2 lagi masa koas ni.. Alhamdulillah sekarang dah minggu ke-8... lagi 2 minggu aku habis stase Bedah di Purwakarta. InsyaAllah lepas ni sambung interna di RSUD Koja..


Sebenarnya dalam kepala ni masih banyak yg aku risaukan terutamanya dgn family aku di rumah.. Kes tuduhan rasuah ayah aku sampai sekarang tak selesai2... seminggu dua ni, hari-hari ayah aku turun naik makamah.. keluar jam 8am, balik 6pm.. tak tahu lah, dari jauh hanya doa yg dapat aku berikan.. buat ayah aku, semoga Allah beri kekuatan kepada dia utk terus berjuang dan tetap yakin dgn janji Allah. Mungkin ada hikmahnya dengan semua episod yg berlaku ini dan mungkin itu ujian dari Allah utk ayah aku..

Sebagai anak, pasti setiap hari aku akan doakan utk mereka... terutamanya bila berhadapan dgn ujian seperti ini.. Tak tahu la nak cakap, aku rasa tak ada apa yg perlu disesalkan... Menyesal kerana berpolitik?? Menyesal kerana memilih haluan kiri??( jd pembangkang).. Menyesal kerana tak menerima je tawaran2 yg lumayan??.. Aku yakin semua ini telah di atur dan dirancang oleh Tuan yg empunya dunia ini... Dia maha mengetahui akan segala sesuatu.. dan pasti sesekali Dia tidak akan menzalimi hambanya...

Kerana kuasa dan kekayaan manusia sanggup melakukan apa sahaja... mungkin aku juga akan berada di kondisi yg sama!! jika niat dan tujuan hanya utk kehidupan dunia semata-mata... Dosa dan pahala sudah tidak menjadi pertimbangan.. maruah dan prinsip perjuangan di gadaikan.. hanya kemewahan dan kekuasaan yg menjadi pertimbangan..

Terus terang.. memang aku agak minat pasal politik.. setiap hari aku akan luangkan masa aku utk mengikuti perkembangan politik di blog2 dan website.. tak keterlaluan jika aku katakan yg hampir semua episod dan warna warni parti politik di Malaysia aku ikuti.. Mungkin ramai org anggap aku sokong pembangkang @ Pakatan Rakyat, kerana ayah aku org PKR... aku tidak menafikannya! cuma aku nak beritahu yg aku juga mempunyai prinsip dan keyakinan diri.. kerana aku bertanggungjawab di hadapan Allah swt nanti... aku bertanggungjawab terhadap apa yg aku sokong!!

Aku rasa sudah tiba masanya utk kita semua.. terutamanya teman2 segenerasi dengan aku.. utk memikirkan semula pendekatan kita terhadap apa sahaja isu dan masalah yg timbul.. Ketaksuban membuta tuli, retorik dan ampu mengampu sudah tidak ada tempatnya lagi.. Yang benar perlu dinyatakan benar dan sebaliknya. Keadilan dan hak perlu diletakkan di tempat yg sewajarnya...

Aku orang melayu, aku org islam dan aku juga org Malaysia yg berbangga dengan negaranya!! Dan insyaAllah aku juga ingin menaikan maruah org melayu dan Islam!! Tapi bagaimana?? Adakah cukup dgn aku turun berarak dan berdemonstrasi mempertahankan 'Ketuanan Melayu'?? Adakah cukup sekadar membantah pembinaan kuil dan penggunaan ayat Al-quran oleh bukan Islam utk mempertahankan Islam?? Adakah cukup dgn aku berbangga mempunyai masjid kristal yg hebat, Majlis musabaqah dan maal hijrah yg besar2an.. sedangkan yg lebih utama yg di tuntut agama sangat jauh dari yg dilaksanakan?...

Bagi aku.. jika ketuanan melayu dan agama Islam yg kita perjuangkan.. kita perlu berusaha seoptimal mungkin utk membuktikan yg org melayu dan Islam hebat2.. Doktor-doktor dan jurutera muslim yg hebat dan bertaqwa.. kita perlu buktikan sistem Islam dan budaya melayu itu adalah yg terbaik.. dan semua ini bermula dgn diri kita!..

Benda ini yg aku faham bila memperkatakan tentang politik, dan aku sudah semakin bosan dan capek bila memikirkan episod demi episod politik di Malaysia sekarang.. Tapi aku tetap yakin, semuanya pasti ada hikmahnya dan sudah di atur oleh Allah swt... Moga Allah sentiasa membimbing dan menunjukan kita jalan yg benar utk mencari keredhaannya... Amin.

1 ulasan:

  1. Salam akhi,
    Ana kagum tgk enta tulis ni sejak 2009 lagi. Semoga dimudahkan untuk istiqomah dan berjuang.

    BalasPadam