Dah lama aku tak update blog ni.. bukan takde masa, cuma aku agak malas dan tak tahu apa yg nak aku tulis.. Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku melewati masa Koas ini.. tak tahu lah sama ada aku dapat memanfaatkannya sebaik mungkin atau tidak.. Yang pasti masa koas ini akan menjadi episod suka duka yg paling banyak dalam hidup aku...
Bila dah koas ni terasa 'lonely' lak. Kalau dulu ramai member2 yg boleh bergurau senda, bermasam muka dan berdiskusi, sekarang tinggal 3-4org je... Kalau dulu, boleh main futsall, makan-makan bareng, nonton di mall.. dll, sekarang balik bilik terus tidur, bangun sembahyang, pergi Nasgor, balik stdy kejap, on9 and tidur lagi... Kalau dulu leh gi taklim dan pengajian, ada acara dan aktiviti persatuan... sekarang nak gi solat jemaahpun susah.. apa lagi pengajian!! Senang cerita.. memang terasa 'lonely' giler.. Nak tak nak, inilah koas... satu episod yg perlu dilalui kepada yg bercita-cita utk menjadi doktor..
Bila dah macam ni baru terasa rindu dengan family di kampung, mama, bapak dan adik beradik yg lain.. opah, tok dan anak2 saudara... hai tak tahu lah, mungkin ini tak seberapa... bagian dari apa yg aku perlu korbankan demi cita-cita yg di kejar... lagi satu baru terasa yg aku perlukan seseorang dan hanya masa yg akan menentukannya..
Yang penting sekarang aku perlu fokus dan jelas dgn apa yg aku cari di sini.. apa yg perlu aku tahu dan kuasai.. aku perlu kejar dan garap ilmu dan skill sebanyak mungkin.. Aku perlu membuktikan pada diri yg aku akan dan mampu untuk menjadi seorang doktor yg hebat, bertaqwa dan bermanfaat untuk banyak orang.. Aku telah memilih jalan ini, dan sudah pasti aku kena melaluinya dgn berjaya..
"Ya Allah, hamba mohon tuntunan dan kekuatan dariMu.. mudahkanlah segala urusan ku.. pilihlah aku menjadi hambaMu yg sentiasa bersyukur dan bertaqwa.. jadikanlah aku manusia yg bermanfaat untuk agamaMu dan manusia terbanyak.. amin"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan