Sabtu, 14 November 2009

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabatku....

Alhamdulillah semua dah dapat stase koas masing-masing.. Ada yg terbang ke jogja, berlayar ke lampung, bertravell ke purwakarta, berteksi ke Husada, bermotor ke Koja.... masing2 melangkah dgn penuh iltizam dan semangat dalam mengejar cita-cita dan harapan... Kalau masa esked dulu sama-sama kita 4 tahun pergi dan balik ke FK Ukrida, sama2 bergelak ketawa dan bergurau senda... sama2 bermasam muka dan terasa hati.. sama2 buat presentasi dan tugasan... sekarang kita semua berpisah dan membawa haluan masing...

Haluan masing-masing??? Ke mana haluan tu dan kenapa haluan tu yg kita pilih? masing-masing kita punya jawapan yg pastinya berbeda-beda... Cuma yg pasti semua bersemangat utk mencari ilmu sebanyak mungkin, semua kalau boleh nak belajar skills semahir mungkin... semua punya harapan yg tinggi untuk menyelesaikan koas ini selancar dan sebaik mungkin... Ya insyaAllah kita semua akan buat yg terbaik dan akan pulang ke Malaysia nanti sebagai seorang doktor yg berkualiti dan dihormati... Kita akan pulang dgn membawa amanah yg telah sekian lama terpikul di bahu kita utk berbakti kepada masyarakat terbanyak..

Teman-teman.. sedar tak sedar amanah yg terpikul ini terasanya sungguh berat utk dilaksanakan.. biasiswa yg kita dapat ini sudah pasti akan dipertanggungjawabkan kelak.. Kita bukan sahaja bertanggungjawab kepada kerajaan ataupun sponsor kita, malah jauh lebih berat dari itu.. kita bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia... So nak tak nak, suka atau tidak.. kita dah pilih jalan ini.. kita dah pilih utk menjadi seorang doktor! dan hakikat sebenar seorang doktor itu yg perlu kita cerna dan hayati...

Nah.. mari sama-sama ambil peluang semasa koas ini utk membuat dan melatih segala persiapan yg diperlukan utk menjadi seorang doktor yg baik dan bertaqwa... Sepertinya nampak mudah.. tapi terus terang, dah hampir 2 minggu aku koas.. macam2 yg perlu kita hadapi.. Intinya persiapan EQ perlu kuat, macam2 ragam dan masalah yg akan kita hadapi... dari yg remeh temeh sampailah yg fatal! Perlu banyak sabar dan bersedia utk mengalah dan bertolak ansur... Yang penting kita tahu priority kita di mana... jika ada satu dua masalah.. mungkin tak perlu difikirkan sangat.. BATU BESAR VS BATU KECIL!!!

Ehm oklah, semoga Allah tuntun dan mudahkan kita semua utk mancari ilmuNya yg maha luas ini.. Good luck and All de best!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan