Sabtu, 26 September 2009

Tanjung Duren Sangat Best...

Jl Tg duren Selatan 2, Gang 1, No 11, RW 02, Rt 13,
11470 Jakbar Indonesia...

Kat atas ni alamat Kg aku di jakarta... huhu 4 tahun tinggal di sini... Lusa terpaksa meninggalkan Tg Duren menuju ke Koja (Jakarta Utara).. Sedih lak rasanya.. dah betah tinggal di sini.. Masjid Nurul Hikmah, warteg Ibu, Indomaret, Kedai pecel, Tomang Tol, Santa Monica, Pasar Kopro, Ken Hermawan, Patra, Futsal Arena... waaaaa

Teringat masa aku mula-mula sampai dulu, 25 ogos 2005 jam 7pm kurang lebih... aku menjejakkan kaki di kos bunga mandalika.. hehe malam tu dgn penat giler menunggu berjam2.. masuk kos, tetiba takde kipas lak!! Ish2 kalau ikutkan hati malam tu gak nak pindah... Pastu kitorang mula cari rumah kontrakan.. habis RW 02 dan RW 01 kitorang jalan.. Alhamdulilah tetiba terserempak dgn org tgh pindah barang2 rumah.. apa lagi kitorang terus tanya dan minta no telpon tuan rumah tu.. Ibu apa tah namanya, aku dah lupa lak.. dia yg bantu kami berjumpa dgn Ibu Erni.. Sekarang ibu tu dah pindah, selepas dia kena stroke..

Hehe mula2 kitorang masuk rumah.. Aku, Zaf, Cheng n tadat membeli belah barang2 rumah kat Taman Anggerik!! Peti Ais, Dapur, kipas, Water dispenser.. semua beli kat TA.. hehe maklum r time tu tak tahu nak beli kat ner.. Bila fikir2 lawak gak, beli barang2 kat TA.. Pingan mangkok kitorang titip kat Ibu kontrakan belikan... petang tu geng2 ibu kontrakan(semua chinese) dtg rumah hantar barang2.. huhu sudu, pingan, kuali, lesung batu, pisau dll semua ada.. best3. Nasib baik perabot2 kitorang tak beli kat TA gak.. kami gi Roxi, time tu dah pandai skit.. hehe...

Bila kenangkan semua macam best lak rasanya.. Teringan aku masa mula2 nak jumpa Pak RT, Ibu erni ajak kitorang gi rumah Pak Rt sebagai saksi perjanjian sewa rumah tu.. sekarang dah Pak Rt lain.. Masa tu first time rasanya kena beri duit pelincir kut hehe... teragak2 aku nak kasi... tapi nak buat macam mana.. Kos duit perlincir termasuk dalam perbelanjaan rumah r.. Masa tu rumah aku 2 tahun 36 juta, pastu dia naik 40 juta, sekarang nak perpanjang rumah dah naik sampai 47 juta!! ish3 mahal giler... tapi still ok rasanya kalau dibandingkan dgn rumah2 lain.. lagi pun Tuan rumah aku sangat menjaga rumahnya, ada rosak apa2 langsung dia baiki.. Lg satu rumah tu sejuk.. sgt best!.Ehm lusa dah kena meninggalkan rumah ini... tapi aku still kontrak di sini, cuma jadi rumah transit je r.. sementara aku nomad setiap siklus koas..

Lagi satu bestnya Tg Duren.. sebab orang2nya ramah dan baik2. Pak RW, Pak RT aku yg sgt komited, Bapak2 kat masjid Nurul Hikmah, Pak Satpam, Ibu warteg dll sgt mesra dan ramah.. Dulu aku sering main chess dan badminton dgn dorang, tu yg macam rapat skit.. tapi sejak 2-3 thn ni dah tak sempat lak nak join dgn dorang... Cuma setakat bertegur sapa je r... Pesan aku buat sahabat2 yg still di sini, masyarakat sini sangat baik, tegur sapa dan bergaul r dgn dorang.. bila hari kemerdekaan ke, Tahun baru, ramadhan dll join je aktiviti yg dorang buat.. kalau blh kita yg jd penggerak utama... secara tak langsung kita mewujudkan hubungan silraturahmi dgn masyarakat di sini...

Apapun kenangan tinggal kenangan.. yg pasti satu hari nanti aku akan bawa anak2 aku ke Tg duren lagi.. kenalkan dgn dorang tempat aku belajar dulu.. hehe hopefully bapak2 dan ibu2 di sini still blh kenal aku nanti...
Tg Duren Sangat Best!!....

Jumaat, 25 September 2009

Selamat berjuang sahabat2 ku 05 Ukrida


Sedar tak sedar Isnin ni kita semua dah nak mulakan satu lagi episod dalam pengajian kita... Padas di Koja... Suasana dan keadaan pasti berbeza, dan tentunya menuntut kita utk lebih berusaha bersungguh-sungguh. Pertama-tama aku nak ucap terima kasih pada korang semua kerana byk membantu aku selama 4 thn kita di ukrida.. dan aku nak mohon maaf kalau ada tersalah silap dan terlanjur kata pada korang semua..

Alhamdulillah Allah telah menuntun kita dan memudahkan segala urusan kita. Sekarang kita semua dah nak masuk Koas.. masing2 perlu membawa diri dan survive siklus demi siklus. Yang pasti aku harap kita semua dapat terus kompak dan saling bantu membantu untuk buat yg terbaik.. Sama-sama kita melangkah masuk koas.. dan insyaAllah sama-sama kita pulang malaysia nanti..

Yuk kita buktikan yg lulusan ukrida bukan calang2 terutama dari segi attitude, knowledge dan skills nya. Bukan pujian manusia yg kita kejar, tapi at lease respect dorang terhadap kita dek kerana ilmu dan skills yg kita ada!.. Kalau blh masa pulang malaysia nanti org kenal ukrida kerana lulusannya yg hebat2 dari segi ilmu mahupun akhlaknya... So jom kita sama2 berusaha seoptimum mungkin semasa koas ini utk mencari dan menimba ilmu dan pengalaman utk kita manfaatkan kepada manusia terbanyak...

Akhir sekali.. aku sangat mengharapkan persahabatan yg terbina selama 4 thn ini dapat berkekalan selama2nya... hehe walaupun pada awal2 semester dulu aku sepertinya mengasingkan diri... tapi terus terang aku adalah aku yg korang kenal sekarang!.. Masih sgt2 memerlukan tuntunan dan terguran jika ada salah silap... Ayuh kita berusaha dan berjuang bersungguh2 demi menunaikan amanah yg terpikul di bahu kita semua ini.. Amanah kepada Allah swt, amanah kepada emak ayah serta keluarga, amanah kepada seluruh rakyat malaysia yg memsponsor kita........

selamat berjuang sahabat2ku

Rabu, 23 September 2009

Ketika Cinta Bertasbih; Indahnya nikmat cinta dan kasih sayang Allah..




Cinta Adalah Kekuatan
Yang Mampu mengubah Duri jadi Mawar
Mengubah Cuka jadi Anggur
Mengubah Sedih jadi Riang
Mengubah Amarah jadi Rahmah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta...

Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
Aku jadi malu
Pada keterangan ku sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta...

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring di dalam lumpur..
Cinta sendirilah yg menerangkan cinta dan percintaan..

Semalam member aku ajak nonton Ketika Cinta Bertasbih 2, huhu mula2 macam malas je nak gi tengak.. sebab sebenarnya aku kurang minat nonton filem2 melayu or Indonesia ni especially bab2 cinta ni.. huhu maklumlah biasanya jalan cerita dia dah blh agak... sebab tu aku suka nonton cerita2 genre action je... Tapi semalam tetiba lak nak cuba tengak, sebab dah boring tak tahu nak wat apa dah...

Hehe terus terang filem Ketika Cinta Bertasbih ini punya kelainan dan msg yg kuat buat kita semua... Sangat best dan menyentuh perasaan!. Perasaan cinta dan kasih sayang yg dikurniakan Allah yg merupakan nikmat kepada hambanya utk menyayangi dan disayangi... Bagi aku cinta boleh jadi kelemahan dan kekuatan kepada kita.. Bukannya apa, kadang2 perasaan ini menyebabkan kita hanyut dan lupa kepada realiti jika tidak didasari dgn tujuan dan maksud Allah turunkan nikmat ini kepada kita semua...

Lagi satu, filem ini telah berjaya melontarkan satu msg yg sangat penting.... Jodoh pertemuan di tangan Allah.. satu perkara yg perlu kita semua yakini!.. Kadang2 kita seolah-olah risau dan tidak yakin dgn janji Allah ini. Kebahagian hidup hanya dari Allah swt.. Moga Allah kurniakan kita semua isteri dan suami yg soleh solehah.... Utk itu sudah pastilah kita sendiri perlu berusaha memperbaiki diri menjadi hambaNya yg juga soleh dan solehah.....

Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilfitri....




Salam Aidil fitri buat semua.. maaf zahir batin.. halal makan minum, tersalah kata, terambil hati, dan ter2 yg lainnya.. Tahun ni aku tak beraya di kampung tercinta.. huhu sedih lak rasanya... Apapun salam aidilfitri dari aku dan sahabat2 di Jakarta... Moga Madrasah Ramadhan yg lalu sedikit sebanyak berjaya mentarbiah diri kita utk menjadi hambaNya yg berTAQWA...

Perutusan 1 Syawwal dari TGNA...

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

Rabu, 16 September 2009

Setelah 4 tahun memori KMB terungkap kembali...

Sedar tak sedar dah lebih 4 tahun kita semua membawa haluan masing-masing demi mengejar cita-cita dan masa depan... yang pasti ukhuwah dan persahabatan yang terjalin tidak akan hilang begitu sahaja.. huhu tetiba lak aku teringan dengan member2 KMB especially my classmates M03B.. Korang semua sangat best!!

Bila kita semua nak buat reunion ni? ada sapa2 yg nak kawin dalam masa terdekat ni ke?? hehe... Yang penting jangan lupa jemput aku dah r....

Indahnya persahabatan jika ukhuwah yg terjalin dapat terus dikekalkan.. jarak, sempadan dan lautan tidak mampu memisahkan kenangan pahit manis yg terbina.. Sahabat2ku M03B... kita sama2 bertebaran di bumi Allah ini demi menuntut ilmu sebanyak mungkin, ayuh sama2 kita buktikan dan tunaikan amanah yg diberikan untuk menjadi doktor yg terbaik dan bermanfaat buat semua orang... aku harap nanti bila kita semuanya dah pulang ke Malaysia... kita sama2 dapat saling bantu membantu demi agama bangsa dan negara...

Ini IRP Group aku.. sama2 berjuang demi exam IB!! huhu aku n afiq lah yg paling malas... nasib baik yg lain rajin2.. hehe...

Yg bro sorang ni lak deskmate aku.. aman akbar.. hehe member aku bertikam lidah!! sedikit sebanyak mempengaruhi aku utk sering bertanya.. walaupun soalan2 yg aneh! k aman aku tak nak kalah dgn ko!! walaupun masa main chess aku sering kalah .. hehe



Lecturers KMB yg sangat best.. terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan cikgu semua... Moga Allah bimbing dan tuntun cikgu utk terus berusaha dalam rangka melahirkan lebih ramai doktor2 dan engineer yg berTAQWA...




Yang di atas ni lak.. mujahid mujahidah KMB.. terjun di medan dakwah demi membantu agama Allah.. teruskan berjalan di bumi Allah ini.. langkah demi langkah demi agama tercinta.. (naqib n naqibah KMB)



Hehe ni semua member Kelab astronomi KMB.. Aku jadi S/U je masa tu..



Terakhir member2 blok B yang sangat best.. rindu r kat korang semua.. Moga Allah pertemukan kita semua di satu masa nanti dengan tanggungjawab dan kejayaan .....

Indahnya kebersamaan bersama keluarga tercinta di kampung..


Terasa sunyi dan shahdu lak rasanya bila sorang demi sorang teman2 pulang ke kampung berhari raya... terus terang aku tak boleh nak tipu diri aku... aku sangat rindu dengan keluarga di kampung!! Bila dah merantau macam ini barulah aku terasa yg keluarga adalah segalanya... Aidilfitri yg bakal menjelang membuatkan rindu aku semakin kuat kepada keluarga tercinta...

Buat opah dan tok di kampung, moga Allah sentiasa beri kesihatan yg baik di samping setia menanti kepulangan anak cucu yg jauh merantau... InsyaAllah anak2 dan cucu cicit opah dan tok sentiasa mendoakan dan akan pulang ke kampung bagi mengembirakan tok dan opah di pagi syawal nnt.. Doakan utk kami semua...



Bila tiba syawal semua sanak saudara berkumpul di kampung.. indahnya kebersamaan dan nikmat kasih sayang yg Allah berikan.. Lemang dan rendang menjadi hidangan wajib.. Rendang mama paling sedap di dunia!! Waa rindunya...


Semua bergotong royong menyediakan juadah buat makan sekeluarga!! Mak nyah punya sambal tumis sedap!! Kuih siput makcik Tah best!!...

Shahdunya rasa hati di pagi syawal yg bahagia... Mama maafkan dosa dan salah silap akma selama ini.. InsyaAllah akma akan berusaha menjadi anak yg soleh... Jasa dan pengorbanan mama dan bapak tak mungkin dapat dibalas....



"Moga Allah beri kesihatan, menuntun dan memudahkan segala urusan mama dan bapak, bahagia dunia dan akhirat"

Rindu pada anak saudara tersayang!!

Jumaat, 4 September 2009

Satu Agama, Satu Rumpun..Satu Ramadhan.

Ramadhan semakin meninggalkan kita dengan penuh persoalan yang hanya mampu dijawab oleh diri kita sendiri... Madrasah Ramadhan yg Allah sediakan agar kita masing2 berusaha untuk memperbaiki diri demi menjadi hambanya yg bertaqwa; nampaknya masih belum mampu kita optimumkan... Ramadhan yg mengajar persaudaraan Islam, saling peduli dan menghargai terhadap sesama muslim masih belum berjaya kita hayati dengan sepenuhnya...

Aku bukan nak berceramah di sini.. cuma aku ingin menzahirkan perasaan sedikit terkilan aku dengan perkembangan dan isu mengenai hubungan dingin Malaysia dan Indonesia. Aku terkilan kerana batas sempadan dan geografi berjaya memisahkan hubungan akidah dan persaudaraan kita sesama muslim! Indahnya Islam kerana ianya merentasi bangsa, suku mahupun warna kulit. Indahnya Islam kerana persaudaraannya merentasi geografi dan sempadan! Indahnya Islam kerana kita diikat dengan hubungan akidah yg satu iaitu mengtauhidkan Allah swt walau di manapun kita berada...

Bukan tujuan aku utk mencari siapa yg salah; siapa yg benar... apa lagi utk menjawab segala isu2 yg timbul; kerana bagi aku isu yg sebenar dan paling utama adalah isu persaudaraan sesama Islam yg terbukti masih gagal dihayati oleh kita semua... Tidak perlu kita membuang masa utk berhujah sana sini mempertahankan pendirian masing2 kerana ianya bukanlah sesuatu hal yg besar dan berbaloi utk kita hujahkan! Banyak lagi batu-batu besar yg perlu kita fikirkan sebagai mahasiswa utk di utamakan.

Walaubagaimanapun, aku sangat bersetuju dengan cadangan PKPMI jakarta utk membuat pertemuan dengan wakil2 BEM (Persatuan Mahasiswa Universitas) di uni seluruh jakarta. Aku harap ianya akan menghasilkan sesuatu yg dapat bermanfaat utk semua. Cuma apa yg aku harapkan kita sedar dan dapat memahami isu yg paling utama di sini. Sebagai mahasiswa, memang tugas kita untuk memperbanyakkan diskusi dan dialog mengenai apa sahaja perkara yg dibangkitkan. Aku agak terkilan sekiranya kita sebagai mahasiswa pun terperangkap dgn persepsi dan sentimen yg dimainkan oleh media.. Kita perlu berbuat sebagai seorang mahasiswa! bukan sebagai aktivis mahupun politisi... Tak perlu kita memainkan sentimen dan membangkitkan persepsi anti Indonesia pula di kalangan mahasiswa Malaysia di sini. Malah sepatutnya kitalah yg memainkan peranan utama utk membetulkan persepsi dan pandangan masyarakat Indonesia terhadap negara kita.

Selama lebih empat tahun aku tinggal di jakarta ini... pelbagai ragam dan jenis orang yang aku jumpa. Aku akui yang masyarakat Indonesia sangat pelbagai dan hakikat yang perlu kita sedari adalah jangan terlalu memandang rendah dan meremehkan kemampuan mereka. Persepsi kebanyakan rakyat Malaysia terhadap masyarakat di sini tidak boleh di buat berdasarkan TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yg bekerja di negara kita sahaja. Masyarakat Indonesia sangat besar dan pelbagai... kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan satu atau dua peristiwa sahaja. Namun, aku akui yang kadang2 emosi mereka agak 'fragile' dan mudah dibangkitkan, terutamanya oleh media. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%, kerana bagi aku adalah wajar jika mereka sedemikian kerana pelbagai cabaran yg perlu mereka hadapi utk meneruskan kehidupan. Masyarakat di Jakarta sudah cukup utk mengambarkan realiti ini... dari yang sangat miskin sehinggalah yang sangat kaya, semuanya ada di jakarta.

Begitu juga hal nya kepada rakyat Indonesia, persepsi yang rakyat malaysia sombong dan jahat perlu diperbetulkan jika hanya berdasarkan kasus2 yg diceritakan di media2. Sekali lagi, agak malang jika kita terperangkap dengan sentimen dan persepsi yg mungkin kadang2 kita sendiri pun tidak jelas dan terikut2. Buat sahabat2 mahasiswa Malaysia di Indonesia, kita punya peran dan tanggungjawab yg besar utk menjernihkan kekusutan yg timbul. Bukan maksud aku utk kita turun menerangkan kepada semua segala isu dan masalah yg dibangkitkan; malah ada ketikanya kita hanya perlu diam dari terperangkap dengan emosi dan sentimen yg di mainkan... Cuma bagi aku sudah cukup jika kita bina dan tunjukan persaudaraan seislam dan serumpun dengan masyarakat tempatan.. Imarahkan masjid, bersilraturahmi dan bertegur sapa dengan mereka... Jaga pertuturan dan akhlak kita dengan bapak2 RW, RT, Pak Imam, Pak siak, ibu kontrakan, Bapak kos dan dll.. Ambillah peluang Ramadhan ini utk kita terus membina ukhuwah dan persaudaraan tersebut. InsyaAllah, aku yakin hanya dengan akidah dan agama sahaja yg dapat menyatukan kita semua... Moga Allah mengampuni kita dan menuntun kita agar menjadi hambanya yg bertaqwa.. amin.

Rabu, 2 September 2009

Detik demi detik Ramadhan meninggalkan kita....

Sedar tak sedar dah 11 hari Ramadhan berlalu meninggalkan kita... setiap saat dan minit berlalu tanpa menunggu kita... terus terang bagi diri aku, aku masih belum memanfaatkan kehadiran ramadhan tahun ini sebaiknya... Yang jelas, semakin hari.. semakin malas lak rasanya... "Ya Allah berilah aku kekuatan utk terus mendekatkan diri aku kepadaMu.. jangan biarkan aku terus lalai dan leka dari mengingatiMu... Hanya Engkau sahajalah tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan.."

Bila fikir2 balik, aku tertanya2 apa yg aku cari sebenarnya?? Apa yg ingin aku kejar selama ini?? Hidup menumpang di bumi Allah ini sudah hampir 24thn!!.. Siang malam aku buat dosa dan maksiat!!, aku menzalimi diri aku, aku sibuk menuntut hak aku dari Tuan punya dunia... tapi malangnya sikitpun aku tidak berusaha utk memenuhi hak2Nya...

Setiap hari aku berdoa agar Allah beri kejayaan pada aku utk menjadi seorang Doktor yg hebat dan bertaqwa, aku meminta agar Allah murahkan rezeki aku, tuntun dan tunjukan aku jalan utk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.. aku sering berdoa agar Allah mudahkan segala urusan aku utk menjadi doktor yg hebat dan terbaik!!.. aku minta itu dan ini tanpa rasa segan dan malu!! mana tak nya hari2 aku buat dosa dan maksiat... ironinya dalam masa yg sama aku terus menuntut dan memohon dari Tuan empunya dunia ini...
"Ya Allah ampunilah segala dosa2 aku selama 24thn aku hidup menumpang di bumi Mu ini"...

Ehm... sampai sekarang perasaan aku masih bercampur2... rindu pada keluarga di kampung, sedih dek kerana mensia-siakan detik2 ramadhan yg berlalu meninggalkan aku, kosong or macam tak tahu nak buat apa2 setelah melepaskan amanah dan tggjwb dalam persatuan dan yg lebih utama lagi... aku risau kerana masih tidak bersedia apa2 lg utk padas dan koas... Tak tahu lah nak buat macam mana... moga Allah beri aku kekuatan utk terus melewati episod demi episod kehidupan aku dengan lebih yakin dan bersemangat... Bila dengar lagu kat bawah ini... rasa ringan sikit kepala aku memikirkannya...




Yuk terus memanfaatkan sisa2 Ramadhan yg masih ada ini!!!