Ehm dah malas nak stdy lak malam ni... Terus terang aku agak homesick.. rindu dengan family dan kampung tercinta.. Btw aku nak share dgn sahabat2 semua tentang pengalaman aku oncall di VK. Vk tu singkatan dalam bahasa belanda, aku tak tahu penuhnya.. tapi pokoknya ruangan obgyn r...
Alhamdulillah aku berpeluang melihat 3 partus pervaginam (partus normal). Cuma ibu2 yg dimasukkan di sini mempunyai pelbagai kelainan seperti KPD (ketuban pecah dini / preterm rupture membrane), CPD (cephalopelvic disporpotion), PEB (preeklampsia berat), distocia, Placenta previa dll. Semalam ada kasus yg perlu SC, tapi takde rezeki lak nak lihat sebab doktor tak dapat dtg...
Untuk kes yg pertama, Ibu tu dah G3P2A0 (Gravid 3,Partus 2, Aborsi 0), umur dia 40thn!.. Working diagnosis: PEB + KPD, ibu tu dah masuk dari petang lagi.. dan dari petang sampai malam dia merungut-rungut sakit dgn kuat... "mama.. sakit, mama.. sakit.." huhu di ulang-ulang sampai suster tu naik marah kat dia.. agak lucu juga... tapi mungkin dia benar2 tidak tahan kesakitan tersebut.. masa tu pembukaan (effacement) dia baru 3 cm. Rencananya kalau malam tu tidak ada kemajuan juga, mungkin akan di SC. Tapi alhamdulillah setelah lebih 8 jam menderita kesakitan, akhirnya cervical effacement and cervical dilatation dia membuka lengkap; 10cm & position kepala bayi dia dah sampai houge 2...
"Ibu ngejannya yg benar... lehernya ditekuk, lihat perutnya.. giginya dirapat.. pegang kakinya.. bila udah mules.. ngejan yg keras ya.. kayak mau BAB"
"Ayo ibu semangat.. dikit lagi, kepalanya bayinya udah kelihatan tu.. yuk semangat, pasti bisa.. kasian bayinya kelamaan.. yuk ibu; bismillah" bidan2 cuba memimpin ibu itu utk mengejan (push).
Alhamdulillah segalanya berakhir setelah kepala si bayi berjaya keluar langsung di sambut oleh bidan dan di suction saluran nafas dan mulutnya.. Hehe tangisan sang bayi melega kami semua yg turut sama tegang dan berharap agar kesakitan yg ditanggung si ibu utk melahirkan segera berlalu... Setelah second stage (dari fasa aktif sehinggalah bayi dilahirkan), bayi tersebut dibersihkan dan plasenta dia dipotong; cuma di lap dengan kain sahaja, tidak menggunakan air agar vernix caseosa yg ada di kulit bayi tidak hilang. Vernix atau bahan seperti wax ini berguna utk memelihara suhu tubuh bayi agar tidak terlalu sejuk...
Masih belum selesai, sekarang masuk pada third stage; plasenta delivery... setelah dilakukan perasat kusner.. seharusnya plasenta dapat keluar dgn sendirinya.. setelah keluar, plasenta diperiksa, takut ada bahagian yg tertinggal sehingga boleh menyebabkan pendarahan yg hebat... Setelah itu, sampailah ke fase hecting (jahit) kesan robekan perineum.. Hehe boleh tak bayangkan hecting tanpa anestesi??.. sekali lagi kesakitan perlu ditanggung oleh sang ibu, demi melahirkan seorang anak!..
Sebenarnya terus terang aku sungguh kagum dengan semangat seorang lagi ibu ini.. Ibu ini juga mengalami masalah distocia.. setelah hampir sejam dipimpin oleh bidan utk mengedan, dia masih tidak mampu lagi.. kelihatannya seperti sudah keletihan.. Akhirnya setelah di konsul dgn Dr Obgyn yg bertanggungjawab, ibu itu telah dianjurkan utk di vaccum anaknya (Vaccum extraction). Dr dari IGD(ER) telah dipanggil utk melakukan vaccum tersebut.. Alhamdulillah kami sekelompok berpeluang melihat bagaimana vaccum dilakukan. selama ini hanya baca teori di buku je.. at lease kepala mesti sudah sampai houge 3..Kesan Vaccum di kepala bayi.. tapi dalam seminggu bentuknya akan kembali normal.
Kenapa aku sangat kagum dgn ibu ini... dari awal masuk sedikitpun dia tidak mengeluh kesakitan yg ditanggungnya.. walaupun dari mukanya jelas kelihatan yg dia berusaha semampu mungkin demi melahirkan seorang anak yg di nanti-nantikannya.. Sang suami dan ibunya setia menanti di luar ward dgn penuh doa dan pengharapan agar isterinya selamat melahirkan..
Aku turut sama berdoa dan mengharapkan agar Allah beri kekuatan kepada ibu tu selama proses vaccum itu berlaku.. Melihat cara doktor itu menarik anak itu keluar... risau lak aku takut anak itu terlepas jatuh ke bawah, tapi bidan dah ready utk menyambut. Alhamdulillah setelah hampir 5 minit di cuba dan diepistomi.. bayi yang bertuah itu akhirnya berjaya dilahirkan.. sekali lagi rasa terharu dan insaf dengan sendirinya datang dalam diri aku.. wajah emak di rumah segera muncul mengingatkan aku tentang besarnya jasa dan pengorbanan sang ibu yg bersusah payah mengandung dan menahan kesakitan utk melahirkan aku...
" Adik bila besar nanti jadi anak yang baik... gembirakan ibubapa yg telah byk berkorban utk kita... jadilah anak yg soleh dan solehah.. penuhi harapan mereka yg pastinya tinggi utk melihat anaknya berjaya... sekurang-kurangnya dua kegembiraan dan kebahagian yg sentiasa didambakan oleh emak ayah kita... Anaknya punya AKHLAK yg baik, dan juga BERJAYA dalam pelajaran dan kerjaya.." kalau bayi itu boleh memahami apa yg aku cakap, hal inilah yg ingin aku pesan pada dia dan juga pada diri aku...
Kesimpulannya.. pengalaman jaga malam di VK malam semalam benar2 mengingatkan aku akan kesakitan dan kesukaran yg terpaksa di tanggung oleh seorang ibu sehingga tidak ada alasan utk aku utk berbakti sebaik mungkin dan membalas jasa ibu aku... Yuk teman-teman, mari sama-sama kita berusaha utk mengembirakan dan membalas jasa ibu ayah kita dengan cuba menjaga Akhlak dan belajar sungguh2 sehingga kita boleh berjaya dalam stdy mahupun kerjaya kita kelak.... Moga Allah permudahkan..
Membaca artikel ini terasa mahu mengalir airmata
BalasPadam