Isnin, 4 Mei 2009

Kongres Pkpmi, Imigrasi & MMC...

Lepas satu satu masalah Allah kirimkan sebagai ujian kepada kita semua.... dan yg pasti, Allah tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu utk menghadapi ujian itu.... Ehm terus terang kadang2 aku rasa down dan demotivated lak bila fikir masalah yg datang tanpa henti ni... sory lah kalau apa yg akan aku tulis ni lebih pada curhat aku kepada diri aku.. sebab itu aku namakan blog aku 'Nota Kepada Diri'...

Masalah utama yg merunsingkan kepala aku sekarang ni adalah aku masih tak boleh fokus dan buat persediaan yg baik sebelum masuk koas (clinical) ujung thn ini... Aku tak tahu sama ada hampir 4 tahun aku belajar teori ni, benar2 dapat membantu aku utk buat persediaan sebelum koas... kadang2 tertanya2 gak... apa yg aku dah belajar selama ni??? huhu cuak juga dibuatnya, macam tak tahu apa2 je...

Second, masalah2 yg aku tulis dalam tajuk entry aku ni... Kenapalah aku lak sibuk2 pening kepala utk fikirkan benda ni semua?? Kalau ikutkan hati aku, mmg malas nak fikir dah... aku datang sini nak belajar, bukan urusan aku utk fikir hal2 ini semua... tapi nak tak nak, aku kena fikirkan dan wajib fikirkan juga.... sebab dah tanggungjawab. Kalau tak mahu fikir, sapa suruh awal2 dulu terima amanah dalam persatuan. Dan aku rasa masa macam inilah sesebuah persatuan dapat dilihat bermanfaat atau tidak kepada ahlinya!... Cuma aku harap, semua ahli dapat sama2 saling membantu agar suara dan kepentingan kita semua dapat didengar dan diberi perhatian..

Aku tak berniat utk cerita satu persatu masalah kongres, imigrasi ataupun mmc dalam blog aku ini. Sebab ini bukan tempatnya... Blog ini hanya tempat aku meng'evaluasi' diri... di samping tempat aku lontarkan idea dan pendapat aku... So semua berkaitan dengan hal aku secara peribadi... bukan persatuan.

Apapun, aku dapat peluang bagaimana utk berusaha mencari jalan dan solusi yg terbaik bagi masalah2 ini... Huhu baru terasa pentingnya berada dalam jemaah or kelompok yg saling dapat membantu... Memang kita tidak akan mampu utk menyelesaikan segala benda sendirian, sebab itu memang sudah sunnahtullah... manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Takde istilah menjaga tepi kain orang, sebab kita bertanggungjawab utk saling tegur menegur dan menasihati terutamanya dalam melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar....

Yang ada kuasa : boleh menggunakan kuasanya, yg ada kelebihan dgn lidahnya: boleh melaksanakan dgn perkataannya, yg tidak berkemampuan dari kuasa dan perkataannya: boleh menggunakan hatinya..

Sama juga utk masalah ini... Yg ada kuasa, boleh gunakan saluran dan pengaruhnya.. sama ada secara diplomasi mahupun politik, Yg ada idea dan cadangan2, boleh disalurkan lewat perbincangan mahupun tulisan2 korang di blog2 dan sebagainya, dan yg tak mampu or malas nak fikir hal2 ini semua.. sebab 'aku tidak pedulisme'... aku harap korang juga dapat berperan, sekurang2nya dapat berdoa dan support member2 yg lain dalam mencari penyelesaian yg terbaik utk manfaat kita bersama....

Ok lah, aku rasa benda ini semua tidaklah terlalu rumit utk dicari jalan penyelesaiannya.. intinya kita perlu bergerak dalam jemaah... saling bantu membantu dan berkerja sama... Moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam rangka mendekatkan diri kepadaNya...

2 ulasan:

  1. 'Allah takkan bebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya' [ 2:286]

    akmal, semangat!!!! =) kami akan support dari belakang. i'll help u, iA.

    semoga segalanya dipermudahkan dan kita dapat hadapinya dgn penuh kesabaran, ketenangan dan penuh hikmah. ameen.

    BalasPadam
  2. Aku agak terharu sbb ko masih punya masa untuk pikirkan masalah kitorg sume kt sini sedangkan bleh je ko gunakan kuasa ko untuk benda2 yg menyimpang,atau pun x peduli langsung untuk concentrate kat study..tahniah sbb masih dpt maintain kecemerlangan akademik sambil memimpin dengan baik PKPMI Pusat..Thanks a lot..

    BalasPadam