"Aku buat kerana aku yakin dan percaya dgn apa yg aku rasa, dan aku yg akan bertanggungjawab di atas keyakinan aku, malah aku bersedia berhadapan dgn akibat dari keyakinan itu sama ada baik atau buruk!"
Setiap manusia diberi peluang oleh Allah utk membuat pilihan dan tentunya kita akan ditanya oleh Allah terhadap pilihan yg kita buat... Tentunya setiap dari kita mempunyai alasan dan jawapan yg tersendiri.. yg penting kita perlu yakin terhadap pilihan kita, walaupun mungkin tidak tepat!!
Dengan keyakinan ini aku teruskan melangkah setiap saat dan detik, kadang2 aku tak peduli apa yg org kata (walaupun sering merunsingkan fikiran), kerana aku yakin dgn pilihan aku!!.. huhu ada baik buruknya, kalau terlampau PD sangat susah gak, nanti org cakap sombong lak..
Aku sudah memilih utk menjadi doktor, dan aku percaya dan yakin yg aku akan jadi doktor yg terbaik!! Tentunya aku harus berusaha ke arah itu. Tak kiralah aku belajar di mana, kerja di mana... yg penting aku akan berusaha sebaik mungkin untuk memikul amanah dan harapan yg sgt besar ini...
Aku harus dan wajib memikirkan masa depan aku... arah tuju hidup aku setelah menjadi doktor... Adakah cukup jadi GP or nak sambung sampai specialist... Adakah aku nak kawin awal or tunggu sampai selesai jd doktor...Dengan siapa pilihan utk menjadi pasangan hidup aku... Adakah aku nak terus makan gaji di hosp kerajaan or aku nak buka klinik sendiri... Adakah aku nak bergerak dalam bidang kedoktoran shj or bidang2 lain seperti politik dan bussiness juga... Semua ini sudah mula berlegar dalam fikiran aku... dan aku harus membuat pilihan!! malah perlu berani membuat pilihan..
Walaupun semua itu sudah diatur oleh Allah swt.. tapi sekali lagi Allah beri kita peluang utk buat pilihan... tentunya aku mengharapkan taufik dan hidayah dari Tuan empunya dunia ini, Tuhan yg berkuasa terhadap segala sesuatu, Tuhan yg memiliki akan segala sesuatu... rezeki, jodoh pertemuan, hidup dan mati semua telah ditetapkan oleh Allah... so kepadaNya sahajalah aku berharap....
pndangan sy perancangan hidup mesti dibuat awal.perancangan jangka panjang dan pendek.
BalasPadam