Isnin, 11 Mei 2009

Kebenaran pasti akan datang!!!



Alhamdulillah... maha suci Allah dengan segala perancangan dan ketetapannya... akhirnya Allah zahirkan juga kebenaran di sebalik pelbagai drama keegoan dan ketamakan kuasa.... Allah berkuasa untuk beri kerajaan kepada sesiapa yg Dia kehendaki dan Dia juga berkuasa menarik semula kerajaan dari sesiapa yg dia kehendaki.... Allahu Akbar! ! !

Kalau korang baca 2 posting aku sebelum ini, memang aku sangat3 kecewa, marah dan geram terhadap segala yg berlaku... mungkin korang blh kata aku emosional, fanatik!... tapi itulah yg zahir dari hati aku ('fatwa hati' dari hati yg kotor)..... Aku blh terima dan cuba menimbangkannya dengan rasional... tapi segala fakta dan realiti yg berlaku dan kemuncaknya ketika sidang DUN 7 mei kemarin... menyebabkan aku perlu mengatakan pendirian aku tentang isu ini... Aku jemu, bosan dan muak dengan segala permainan dan kerakusan politik yg berlaku!! Apapun seperti aku katakan tadi, mungkin semua ini telah di atur oleh Allah swt dan pasti ia punya hikmah yang tidak sedikit buat kita taffakuri...

Mungkin ada yang mengatakan aku anak org pembangkang... so sebab itu pendapat aku byk ke arah pembangkang.. Kalau ayah aku or keluarga aku org sebelah sana pun, insyaAllah aku akan tetap pertahankan prinsip dan keyakinan aku... Aku sokong kerana dasar dan prinsip memperjuangkan Islam dan Rakyat! bukan kerana individu....

Berbalik kepada isu kemelut politik di negeri kelahiran aku ini... aku harap Tuanku Sultan dapat memperkenankan utk membubarkan DUN... kembalikan kepada rakyat utk memilih siapa yg layak utk memimpin mereka... Cukuplah dengan denial syndrome selama ini yg menafikan keinginan dan kehendak rakyat!.. Jika anda yakin anda diterima oleh rakyat (mohon restu rakyat).. kenapa takut utk bubarkan DUN??? Restu rakyat hanya boleh didapat lewat pilihanraya!! rakyat tidak boleh dipaksa2.. kerana mereka semua tidak lagi bodoh!....

Moga dengan pengishtiharaan mahkamah; MB Perak yg SAH adalah Ir Nizar... pihak sebelah sana dapat menerima hakikat yg kebenaran pasti akan datang, dan kebatilan pasti akan hancur!!.. Moga Allah memberi kita taufiq dan hidayah utk sentiasa memperbaiki diri dalam rangka menjadi hambanya yg beriman dan berTAQWA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan