Rabu, 15 Julai 2009

Perjuangan mahasiswa?. persoalan yg perlu difikirkan...

Buku Potret Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad tulisan Ust Riduan Mohd Nor ini sangat dianjurkan untuk dibaca oleh semua yang bergelar mahasiswa... Buku ini menceritakan dengan penuh lengkap dan berfakta tentang episod-episod perjuangan mahasiswa dekad demi dekad, bermula dekad 60an sehinggalah ke alaf baru ini yg menyaksikan perjuangan mahasiswa semakin lama semakin lesu!!

Bermula pada dekad 60an yang menyaksikan gerakan pelajar yg mempunyai kebebasan penuh.. Suasana politik negara yg tidak menentu dengan berlakunya konfrontasi Indonesia dan peristiwa 13 mei 1969, telah banyak mempengaruhi ideologi perjuangan mahasiswa. Gerakan Kebajikan, Penubuhan Kelab Sosialis, Peristiwa Hamid Tuah, Demonstrasi Membantah Russia dan Demonstrasi Anti Tunku, adalah di antara siri-siri perjuangan mahasiswa di dekad ini yg turun menyelami setiap nadi perjuangan masyarakat dan negara.. Dengan adanya satu2 universiti Malaya pada ketika itu.. mahasiswa dilihat sebagai golongan cerdik pandai dan terpelajar yg menggalas harapan dan kepercayaan masyarakat utk mendepani masalah mereka..

Dekad 70an pula mempotretkan kegemilangan perjuangan mahasiswa yang ketika itu betul-betul menjadi harapan dan sandaran rakyat. Mahasiswa ketika itu dilihat sebagai kelompok yang bukan sahaja diakui dari segi intelektual dan kepintaran mereka, malah dilihat telah menjuarai isu-isu dan pembelaan kepada rakyat terbanyak. Buku ini menceritakan dengan lengkap Peristiwa Baling 1974 yg telah menjadi rekod paling cemerlang yg pernah dicapai oleh gerakan mahasiswa kerana ia telah menyatukan seluruh jalur ideologi merentasi sempadan kaum dan agama.

Dekad 80an pula mencatatkan dikotomi hitam - putih dalam perjuangan mahasiswa. Persaingan fikrah dan perebutan pengaruh di antara proislam dan pronasionalis, Masuknya Anwar ke dalam Umno, Generasi Haraki dan Fenomena Haji Hadi, Pemugaran isu-isu seperti: Isu Afganistan, Membantah Tindakan kejam Israel di Shabra dan Shatila, Bantahan konsert2, Isu Purdah dan pemecatan Lufti, Bantahan serangan terhadap Libya, Isu Pengangguran siswazah, dan pelbagai isu lagi telah mewarnai perjuangan gerakan mahasiswa pada dekad ini.

Manakala perjuangan gerakan mahasiswa di dekad 90an pula lebih bersifat merakyat.. Pencerobohan Institut Berakan Kuala Terengganu, Kisah Bosnia yg diratah musuh, Peristiwa berdarah di Masjid Ibrahimi Hebron di Palestine, Ops Kriket Israel 4 April 1997, Membantah Kerinchi Link, dan zaman reformasi 1998 menambahkan lagi pelbagai episod yg menyelubungi gerakan mahasiswa negara.. Kesimpulanya dekad2 ini menyaksikan golongan mahasiswa memainkan peranan dalam mendepani isu-isu realiti masyarakat, dan suara mereka didengar dan perlu diambil perhatian oleh masyarakat...

Perjuangan mahasiswa kemudiannya meniti episod di alaf baru yang suram. Penulis cuba berkongsi dengan kita pandangan beliau mengenai faktor-faktor kemerosotan gerakan mahasiswa awal alaf baru. Tekanan kerajaan , Tekanan HEP, Budaya selesa pelajar dan pensyarah, Kurang penghormatan dari masyarakat, dan peranan media adalah diantara faktor-faktor yg dikenal pasti...

Ehm aku menghabiskan buku ini dalam sehari! dek kerana terpegun dan ingin mengetahui episod demi episod perjuangan mahasiswa yg selama ini mungkin aku terlepas pandang atau pun kerana sikap 'aku tidak pedulisme' diri aku sendiri.. Aku tidak menyangka yg generasi2 mahasiswa sebelum aku begitu jauh perbezaannya dengan generasi aku... Persoalan yang berlegar difikiran aku sekarang.. 'Perjuangan Mahasiswa'; apa yang perlu diperjuangkan???. Persoalan ini sangat baik jika diperdebat dan didiskusikan dengan lebih lanjut dan mendalam.. Ianya mungkin mengundang pelbagai reaksi dan jawapan yg sama-sama kita perlu ditekuni.. Terus terang, aku sendiri masih keliru dan belum berani menyatakan pendirian terhadap persoalan ini!!

Kesimpulannya, sengaja aku berkongsi buku ini dgn sahabat-sahabat semua agar sekurang-kurang nya persoalan yg sama dapat difikirkan mengenai perjuangan mahasiswa.. Adakah perjuangan kita sekadar bertungkus lumus untuk lulus ujian.. ataupun jauh dari itu... sama-samalah kita fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan