Jumaat, 31 Julai 2009

Tunjuk Perasaan atau demonstrasi dalam perspektif Islam, satu sorotan pendapat

Pensyariatan Demonstarasi Jalanan, tunjuk perasaan


Orang2 Islam berhak untuk melakukan demonstrasi untuk meluahkan perasaan mereka dan menyatakan tuntutan yang dibenarkan oleh syarak. Ia bertujuan untuk menyampaikan kehendak mereka kepada pemegang tampuk pemerintahan dan pembuat undang2. Dengan mengadakan perhimpunan secara beramai2 ia lebih didengari oleh pihak yg berkuasa daripa suara individu. Semakin ramai yang berhimpun semakin memberi kesan kepada perlaksanaan tuntutan tersebut. Kerja2 secara berjemaah lebih berkesan dari kerja2 individu. Oleh itu Allah berfirman:


“Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)


Rasulullah saw bersabda:


المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه


Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesame mereka.” Baginda menggenggam diantara jari jemarinya.


Dalil kepada pensyariatannya adalah sesungguhnya perkara ini adalah termasuk dalam perkara adat dan hal ehwal kehidupan manusia. Asal bagi perkara sebegini adalah harus. Kaedah menyatakan:


أن الأصل في الأشياء الإباحة


“Asal hukum bagi sesuatu perkara adalah harus.”


Ini adalah merangkumi perkara adat dan muamalat sekiranya tidak ada nas yang jelas yg mengharamkannya.


Dalam hadis ada menyatakan;


"ما أحل الله في كتابه فهو حلال ، وما حرم فهو حرام ، وما سكت عنه فهو عفو ، فاقبلوا من الله عافيته ، فإن الله لم يكن لينسى شيئا. " وتلا (وما كان ربك نسيا) مريم: 64


Maksudnya: “ Apa2 yang Allah halalkan dalam Al-Quran adalah halal, apa yang Allah haramkan adalah haram dan apa yang tidak disebut ia adalah kemaafan. Terimalah kemaafan daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak sesekali melupai sesuatu. Baginda membaca ayat “Dan tuhan kamu sesekali tidak lupa.” (Maryam : 64)


Diantara perkara yang menunjukkan kepada kaedah ini adalah hadis sahih yg diriwayatkan oleh saidina Jabir ra, beliau berkata:


"كنا نعزل والقرآن ينزل ، فلو كان شيء ينهى عنه لنهى عنه القرآن."


Maksudnya: “sesungguhnya kami melakukan azal (memancutkan air mani diluar rahim isteri) dalam keadaan wahyu masih diturunkan. Kalaulah ada sesuatu yang dilarang, nescaya Quran akan melarangnya.


Ini menunjukkan apa2 yang tidak disebut wahyu adalah tidak dilarang.


Walaupun ia tidak wujud dizaman Nabi tetapi ia bukanlah bidah yg diharamkan. Dizaman selepas kewafatan Nabi saw banyak perkara2 yang baru tetapi ia bukan dianggap dalam bidah yang diharamkan. Contohnya Umar melaksanakan Kalendar hijrah dan mewujudkan penjara untk pesalah. Begitu juga sistem hisbah yg dilaksanakan di zaman selepas kewafatan Nabi saw.


Mengharamkan perkara ini kerana ia diambil dari orang kafir adalah ditolak. Ini kerana Rasulullah saw mengambil kubu dengan parit besar dari orang farsi. Baginda juga membuat cop kerna mengikut raja2 luar yg tidak menerima urusan rasmi melainkan dgn cop.


Dua Kaedah penting yg berkait


1. Maslahah Mursalah


Perkara yang kebaikan yg tidak ada zaman Nabi, tidak ada zaman sahabat, diakui oleh syara’, tidak bertentangan dgn syara’.


Para ulama menggunakan kaedah secara langsung (mazhab Maliki) dan secara tidak langsung (mazahab2 yg lain) seperti yg disebut oleh Imam Qarafi.


Demonstrasi jalanan termasuk dari termasuk dalam maslahah mursalah.


2. Lilwasail hukmul maqasid


Hukum perantara mengikut hukum tujuan. Ia seumpama tv. Ia adalah perkara yang baru. Jika digunakan untuk tujuan kebaikan maka diharuskan atau disunatkan. Jika digunakan untuk tujuan keburukan maka diharamkan.


Ini termasukalah hukum demonstrasi. Ia bergantung kepada tujuan diadakan demokrasi tersebut.


Demonstrasi atau tunjuk perasaan dalam sunnah.


Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi al-Arqam beliau berkata: “Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup?” Baginda menjawab “Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup.” Umar membalas “Sebab apa kita perlu bersembunyi. Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai.” Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi. Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah. Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq.


Hendaklah ia bebas dr perkara2 yg dilarang seperti percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, merosakkan harta orang lain, meninggalkan kewajipan yang lain dan sebagainya.


Ini adalah pandangan Dr Yusuf Qardawi dalam laman webnya qaradawi.net.

Rujukan: Laman web rasmi Dr Yusuf qardawi.

Sumber

Khamis, 30 Julai 2009

Sedutan ucapan Tun Abd Razak Ketika membentangkan Rang Undang2 ISA di Parlimen Pada 21 Jun 1960


Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu.

Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif.

Berkenaan dengan bahagian yang kedua Rang Undang-undang ini iaitu bagi melawan pengganas komunis di sempadan Siam, dan oleh sebab peperangan akan diteruskan maka terpaksalah diadakan kuasa-kuasa yang banyak sedikit pada pihak Kerajaan dan pihak tentera dan juga pihak Polis bagi menjalankan tugas mereka itu.

Oleh sebab itulah didapati bahagian yang kedua dalam Rang Undang-undang ini ada kuasa yang besar itu diberi setengah dari pihak Kerajaan dan pihak pegawai-pegawai tentera, akan tetapi kuasa itu hanya-lah boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang tertentu yang telah diisytiharkan menjadi security areas (kawasan keselamatan), dan Kerajaan hendak menjadikan di-kawasan sempadan Siam ia-itu kawasan-kawasan di sebelah utara negeri Perlis, sebelah timur negeri Kedah, di utara negeri Perak, dan sebelah barat negeri Kelantan. Kawasan yang lain tidak akan dijadikan 'security area'.

Jadi, kawasan yang kedua dalam Rang Undang-undang ini akan digunakan dalam tempat yang tersebut sahaja. Berkenaan bahagian yang pertama dalam Rang Undang-undang ini sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kuasa yang dikehendaki itu supaya hendak mencegah anasir-anasir subversif yang ada dalam Tanah Melayu ini. Dan fasal yang mustahak sekali dalam bahagian ini ialah bahagian Fasal 8 berkenaan dengan kuasa hendak mempertahankan orang yang difikirkan merbahaya kapada Keselamatan dalam Negeri.

Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.

Semenjak tahun 1957 hampir 200 orang tahanan telah dikeluarkan, bagitu juga orang yang ditahan sekarang apabila Kerajaan berpendapat mereka itu tidak lagi merbahayakan kepada keselamatan negeri dan mereka itu benar-benar taat setia kapada negeri ini, mereka itu akan dilepas dan dibebaskan dengan saberapa segera. Jadi itulah caranya Kerajaan menjalankan kuasa yang ada di dalam tangan Kerajaan pada masa yang telah lalu.

Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri.

Oleh itu, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memberi sokongan kapada Rang Undang-undang ini.- tajdid_

Sumber: Harakahdaily

Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah


Wednesday, July 29, 2009

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

Source

Isnin, 27 Julai 2009

1893 Hari Di Bawah Kezaliman ISA

Isnin, 2009 Julai 27
1893 Hari Di Bawah Kezaliman ISA

Oleh C.N.AL-AFGHANI

Mengharungi kehidupan di bawah kongkongan Akta ISA yang begitu lama,bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA. Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata. Lebih trajis lagi bila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu

Ataupun di satu ketika,sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda di pintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda di seret ke sebuah kereta lain. Tangan di gari dan anda dmaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia dimana anda ditempatkan.Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan dilokasi rahsia tersebut.Dalam setengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (KEMTA ). Tak kurang juga yang mengalami Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang di lalui oleh beratus tahanan ISA era saya keperitan ini setelah dibebaskan.

dari tahun 2001 hingga hari ini. Samada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi,Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI). Hingga ke hari ini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau 8 tahun. Saya pernah bersama mereka di KEMTA. Dr.Abdullah bekas seorang pensyarah dan saudara Mat Shah Satrey bekas pemandu teksi. Kedua-duanya terkenal dkalangan orang tahanan sebagai tahanan yang berakhlak,sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama? Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ianya satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki,tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki.Bukan atas keselamatan Negara,sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh,Dr.Abdullah amat tegas bila berhadapan dengan SB yang turun memantau tahanan setiap 6 bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-quran dan hadis . dia antara tahanan yang banyak bertukar SB,kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB. Lalu ia dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya dimemberi faedah. Ia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlela yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA(GMI).

Ramai yang beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan di zaman Pak Lah berkuasa.Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri,juga sebagai Perdana Menteri.Sifat lemah lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan,khususnya kebajikan keluarga mereka di ambil perhatian. Rupanya keadaan sebalik berlaku,malah lebih teruk dari era sebelumnya,ketika Tun Mahathir berkuasa. Pak Lah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak disamping lelaki tua. Dalam satu kes, Pak Lah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB. Isteri muda ini ditangkap dalam rumahny di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebihkurang 4 tahun.Ketika ibunya di bawa pergi ditengah malam,anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas. Anda bayangkan,bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari ia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebas dkenakan pula tahanan daerah selama 6 tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah,juga melawat suaminya di KEMTA.

Satu peristiwa berdarah dalam KEMTA yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 December 2004. Ianya berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia,Filipina dan Malaysia. Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang,Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di KEMTA. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah KEMTA ketika itu,sempat saya mengigatkan ianya jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang,bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Pagi 8 December 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging,main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebihkurang jam 9.00 pagi ,semua warder yang bertugas disemua blok (6 blok).darah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa di awasi. Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni warder tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA,segala-galanya boleh berlaku.Ringkas cerita diruangan yang terhad ini,pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mengujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih seratus UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan,merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu kesemua OT dipukul semaunya,hingga ada yang pengsan,patah jari,cedera dikepala,betis dan lain-lain anggota. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari ioo meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok,bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan. Hampir semua nya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewjarnya,begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang Malam baru sorang demi sorang.di bawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut,doktor yang merawat OT,amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Tak cukup di situ sahaja,esoknya operasi berjalan pula di lain-lain.blok.Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter. Sepanjang perjalanan itu,mereka dipukul,sepak terajang,maki hamun hingga ada yang mencabar Allah turun bantu OT. Terdapat juga warder KEMTA yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang di bawa melintasi mereka. Paling menyedihkan,terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok. Mungkin sukar untuk anda percaya,tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk dari pihak KEMTA dengan alasan mereka mendapat arahan dari KDN

Begitulah sekelumit dari segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik,adil,bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.Keadaan ini mengigatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS ,Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang,di ikat kaki tangan ,dipukul,sepak,terajang,kilas tangan dipijak sampai patah kaki,sumbat mulut lalu ditanya orang itu,sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras"

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman.Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak-pihak atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA. Bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1000 NGO membantah.Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan. kecuali pada YB Shaari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu,saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar. Ini kerana yang menguasai isu ISA ini,samada dari KDN atau Bukit Aman, terdiri dari mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI,NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah.Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini,tak akan bersuara,apatah lagi ke jalanan membuat bantahan. Terutama di saat ini,masih menjadi bualan PM baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Pak Lah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru,Najib.

Tentu kita masih ingat, 3 minggu selepas Pak Lah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggaota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang aidilfitri November 2003. Desas desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka di kambinghitamkan untuk kepentingan politik Pak Lah. Dua minggu selepas itu,saya didatangi SB dari Bukit Aman . Di antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota aunah itu. Disebutkan pada saya antaranya," cuba hang fikir,bila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka,tapi tangan isteri,anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Pak Lah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Pak Lah baik".

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI. Semasa muktamar PAS yang lalu,saya bertemu dengan Norlela,isteri Mat Shah. Menurutnya,seminggu lagi ia akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung bulan jun yang lalu. Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami tahan. Sebaik saja ditahan,rumahtangga menjadi kelam kabut.Khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya,terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka,juga kejutan anakanak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang berbagai ragam. Cuba bayangkan,bagaimana anak-anak remaja ini,khususnya kami dari KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang bulan ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami yang akan menghadapi peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM dan dipusat pengajian tinggi.

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampong kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan. Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes dimana pihak tertentu diarahkan menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.
Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan samada ketika dating ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu,akhirnya tak ada lagi sumbangan individu,kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati,lalu bantu membawa keluarga tahanan ke KEMTA seminggu sekali. Dengan halangan dari pihak tertentu,akhir terpaksa menaiki bas ke KEMTA. Lebih menderita pada isteri yang tinggal jauh seperti Johor, Negeri Sembilan,Melaka,Selangor,Kelantan,Terangganu,Pahang,Pulalu Pinang dan Kedah. Tak kurang pula dari Sabah. Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya,bila pulang dari bertemu isteri,wajahnya ceria dengan berbagai cerita baru yang dibawanya. Satu iapulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah zohor saya kebiliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah dating menemuinya sewaktu dia baru sepuluh hari melahirkan anak lelaki. Kerana yahu suami berhajatkan anak lelaki,dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia. Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya,lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke K.L. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilo meter ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan Akta ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman disebalik tabir ISA. Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang dari 10 orang,tetapi amaran dari Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan KEMTA bakal dipenuhi penghuni lagi. Seperti dikatakan,tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kua rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita,tapi buat jenerasi akan datang. Bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan. Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu,terutama perbualan talipon kami dirakam. Ada yng dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar Negara. Tak kurang pula yang ditahan passport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank. Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Perkerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan,terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutng hampir 200 ribu ringgit akibat projek ternakkan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih dari lima tahun. Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA,terutama mereka yang lebih dari 3 tahun dalam tahanan,gelora hidup keluarga merekam seharusnya mengamit simpati dari kita. Bayangkan Norlela sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta,juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, ngapa kita tidak sanggup untuk beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuan guru Nik Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu ruma,setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak. Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlela serta keluarga Dr.Abdullah,lebih jauh dari itu adalah kita bersama-sma dengan golongan yang menentang kezaliman. Dalam satu himpunan, satu langkah,satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia HAPUSKAN ISA

Sumber:http://zabidi-morad.blogspot.com/2009/07/1893-hari-di-bawah-kezaliman-isa.html

Sabtu, 25 Julai 2009

Michael Jackson - Give Thanks To Allah




Michael Jackson dibunuh untuk sekat Islam berkembang

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Khamis, 23 Julai 2009

Ukhuwah....


Persahabatan, Persaudaraan, Ukhuwah, Perpaduan... Kata2 yang sering diulang2 dimana sahaja, dan yang pasti semua org pasti menginginkannya!! Bagi aku sendiri, ukhuwah dan persahabatan menjadi kenangan2 indah dalam hidup aku.. dari form 1 aku duduk asrama sampai lah sekarang... Sahabat datang dan pergi, masing2 membawa diri menuju haluan masing2... yang tinggal sebagai tali penghubung adalah ukhuwah yg terbina selama bersama-sama berjuang dibangku sekolah mahupun kuliah...

Kehidupan sebagai pelajar ataupun mahasiswa sangat berbeza dengan kehidupan di dunia pekerjaan. "Aku rasa macam nak belajar balik je, penat r kerje ni.. tak habis2, ada je benda yg perlu diselesaikan" keluh seorang sahabat. "Aku pulak macam tak sabar2 nak kerja, dah jemu dah ngadap buku, dah lah tu poket sentiasa kering je"... Mungkin salah satu dari kedua ungkapan ini akan keluar dari mulut kita. Itulah hakikatnya, roda kehidupan dunia.. yang pasti semua kita akan menghadapinya, roda itu terus berputar, jatuh bangun, tinggi rendah menuju tujuan yg satu.. kehidupan akhirat yg kekal abadi...

Ehm sampai sekarang, dah hampir 24 tahun umur aku.... zaman persekolahan & pengajian tetap meninggalkan seribu satu kenangan pahit dan manis yang mengikat ukhuwah persaudaraan. Rasa sayang lak nak tinggalkan zaman ini.. Lepas ini, aku dah mula clinical/koas, dah mula bawa haluan sendiri, survive utk berjuang mencari ilmu sebanyak mungkin.. Masing2 dah mula memikirkan masa depan.. malah mungkin dah tak sempat nak makan dan berjalan sama2 macam dulu lagi. Nak tak nak zaman pekerjaan akan muncul... dan semua yg lalu akan menjadi kenangan dlm kehidupan. Hanya ikatan ukhuwah persaudaraan dan persahabatan sahaja dapat mengikat ini semua...

Tapi yang perlu menjadi persoalan kepada kita semua.. atas dasar apa ukhuwah dan persaudaraan ini dibina?? Jawapan kepada persoalan inilah yang akan menentukan sejauh mana ukhuwah ini dapat bertahan... Atas dasar agama, warna kulit, keturunan, bangsa, kenegerian mahupun kelompok?? Kita yg memilih jawapannya!!..

Mungkin artikel Ust Hasrizal di sini , boleh memberi jawapannya.. Alangkah indahnya ukhuwah yg terjalin dengan ikatan syahadah yang satu, tujuan dan matlamat yang satu.. untuk membuktikan Islam is the way of life, cara hidup yang terbaik yang perlu kita usahakan...

Rabu, 22 Julai 2009

Tiada ISA dalam Islam!!

“Kalau sebagai pemerintah, kalau kamu sebagai hakim, jangan kamu jatuhkan sebarang hukuman kepada orang yang datang kepadamu sebelum kamu dengar keterangan daripada kedua-dua belah pihak.” - Sabda Nabi.

ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu bentuk undang-undang yang membolehkan sesaorang itu ditahan tanpa bicara. Atau dengan lain perkataaan, kerajaan boleh menjatuhkan hukuman kepada seseorang tanpa perlu mengemukakan bukti dan tanpa perlu diadakan perbicaraan.

Kalau itulah yang maksudkan dengan ISA, maka ia jauh menyimpang dari makna keadilan yang digariskan oleh Islam. Sekaligus ia juga merupakan satu kezaliman yang dikenakan terhadap sesaorang itu tanpa memberi hak kepada beliau untuk mebela diri.

Islam telah meletakkan satu prinsip yang cukup jelas. Sabda Nabi dalam satu hadis sahih yang bermaksud: “Kalau sebagai pemerintah, kalau kamu sebagai hakim, jangan kamu jatuhkan sebarang hukuman kepada orang yang datang kepadamu sebelum kamu dengar keterangan daripada kedua belah pihak.”

Iaitu keterangan dari pihak yang mendakwa dan yang kena dakwa. Hak pendakwa ialah pembuktian. Hak yang kena dakwa ialah menafikan dengan menunjukkan bukti sebaliknya.

Itulah yang Islam pakai dan Islam tidak pernah kenal makna ISA. Dalam Islam tidak pernah ada peristiwa hukuman dijatuhkan ke atas yang dituduh tanpa perbicaraan dan tanpa keterangan. Islam tidak menerimanya kerana ianya merupakan satu kezaliman.

ISA juga merupakan satu alat yang boleh digunakan sewenang-wenang kerana ianya tidak boleh persoalkan dan orang yang dituduh mungkin teranaiya kerana fitnah tadi.

Kalau boleh difitnahkan sedemikian kepada orang dan boleh dipercayai fitnah itu kerana tidak ada perbicaraan, maka akan berleluasa kezaliman kepada masyarakat dan mereka itu terpaksa menerimanya atas nama ISA. Atas itulah maka kriteria kesaksian handaklah jelas. Orang yang kena tuduh itu disaksikan kesalahannya diberi peluang untuk membela diri. Jika dia bersalah, dapat dibuktikan kesalahannya. Jika dia benar, maka beliau dapat mempertahankan dirinya.

Islam menyatakan setiap orang yang dituduh itu pada prinsipnya tidak bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya. Kalau seseorang rakyat boleh dihukum tanpa perlu mengemukakan bukti dan diadakan perbicaraan, maka ia telah menolak prinsip ‘the person itu innocent until proven guilty’.

Prinsip ini adalah prinsip sejagat dan terima pakai oleh negara-negara maju di ceruk dunia mana sekali pun. Dengan menggunakan ISA, bererti kita adalah negara yang paling mundur dalam sistem kehakiman.

Islam tidak menerima konsep undang-undang rimba,iaitu undang-undang yang berdasarkan siapa kuat dia yang benar, siapa yang berkuasa boleh berbuat segala-galanya. Prinsip Islam ialah sesiapa yang melakukan keselahan, dia akan menerima angkubah dari perbuatannya tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Source:http://shalehudin.blogspot.com/2009/07/tiada-isa-dalam-islam.html

Rabu, 15 Julai 2009

Perjuangan mahasiswa?. persoalan yg perlu difikirkan...

Buku Potret Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad tulisan Ust Riduan Mohd Nor ini sangat dianjurkan untuk dibaca oleh semua yang bergelar mahasiswa... Buku ini menceritakan dengan penuh lengkap dan berfakta tentang episod-episod perjuangan mahasiswa dekad demi dekad, bermula dekad 60an sehinggalah ke alaf baru ini yg menyaksikan perjuangan mahasiswa semakin lama semakin lesu!!

Bermula pada dekad 60an yang menyaksikan gerakan pelajar yg mempunyai kebebasan penuh.. Suasana politik negara yg tidak menentu dengan berlakunya konfrontasi Indonesia dan peristiwa 13 mei 1969, telah banyak mempengaruhi ideologi perjuangan mahasiswa. Gerakan Kebajikan, Penubuhan Kelab Sosialis, Peristiwa Hamid Tuah, Demonstrasi Membantah Russia dan Demonstrasi Anti Tunku, adalah di antara siri-siri perjuangan mahasiswa di dekad ini yg turun menyelami setiap nadi perjuangan masyarakat dan negara.. Dengan adanya satu2 universiti Malaya pada ketika itu.. mahasiswa dilihat sebagai golongan cerdik pandai dan terpelajar yg menggalas harapan dan kepercayaan masyarakat utk mendepani masalah mereka..

Dekad 70an pula mempotretkan kegemilangan perjuangan mahasiswa yang ketika itu betul-betul menjadi harapan dan sandaran rakyat. Mahasiswa ketika itu dilihat sebagai kelompok yang bukan sahaja diakui dari segi intelektual dan kepintaran mereka, malah dilihat telah menjuarai isu-isu dan pembelaan kepada rakyat terbanyak. Buku ini menceritakan dengan lengkap Peristiwa Baling 1974 yg telah menjadi rekod paling cemerlang yg pernah dicapai oleh gerakan mahasiswa kerana ia telah menyatukan seluruh jalur ideologi merentasi sempadan kaum dan agama.

Dekad 80an pula mencatatkan dikotomi hitam - putih dalam perjuangan mahasiswa. Persaingan fikrah dan perebutan pengaruh di antara proislam dan pronasionalis, Masuknya Anwar ke dalam Umno, Generasi Haraki dan Fenomena Haji Hadi, Pemugaran isu-isu seperti: Isu Afganistan, Membantah Tindakan kejam Israel di Shabra dan Shatila, Bantahan konsert2, Isu Purdah dan pemecatan Lufti, Bantahan serangan terhadap Libya, Isu Pengangguran siswazah, dan pelbagai isu lagi telah mewarnai perjuangan gerakan mahasiswa pada dekad ini.

Manakala perjuangan gerakan mahasiswa di dekad 90an pula lebih bersifat merakyat.. Pencerobohan Institut Berakan Kuala Terengganu, Kisah Bosnia yg diratah musuh, Peristiwa berdarah di Masjid Ibrahimi Hebron di Palestine, Ops Kriket Israel 4 April 1997, Membantah Kerinchi Link, dan zaman reformasi 1998 menambahkan lagi pelbagai episod yg menyelubungi gerakan mahasiswa negara.. Kesimpulanya dekad2 ini menyaksikan golongan mahasiswa memainkan peranan dalam mendepani isu-isu realiti masyarakat, dan suara mereka didengar dan perlu diambil perhatian oleh masyarakat...

Perjuangan mahasiswa kemudiannya meniti episod di alaf baru yang suram. Penulis cuba berkongsi dengan kita pandangan beliau mengenai faktor-faktor kemerosotan gerakan mahasiswa awal alaf baru. Tekanan kerajaan , Tekanan HEP, Budaya selesa pelajar dan pensyarah, Kurang penghormatan dari masyarakat, dan peranan media adalah diantara faktor-faktor yg dikenal pasti...

Ehm aku menghabiskan buku ini dalam sehari! dek kerana terpegun dan ingin mengetahui episod demi episod perjuangan mahasiswa yg selama ini mungkin aku terlepas pandang atau pun kerana sikap 'aku tidak pedulisme' diri aku sendiri.. Aku tidak menyangka yg generasi2 mahasiswa sebelum aku begitu jauh perbezaannya dengan generasi aku... Persoalan yang berlegar difikiran aku sekarang.. 'Perjuangan Mahasiswa'; apa yang perlu diperjuangkan???. Persoalan ini sangat baik jika diperdebat dan didiskusikan dengan lebih lanjut dan mendalam.. Ianya mungkin mengundang pelbagai reaksi dan jawapan yg sama-sama kita perlu ditekuni.. Terus terang, aku sendiri masih keliru dan belum berani menyatakan pendirian terhadap persoalan ini!!

Kesimpulannya, sengaja aku berkongsi buku ini dgn sahabat-sahabat semua agar sekurang-kurang nya persoalan yg sama dapat difikirkan mengenai perjuangan mahasiswa.. Adakah perjuangan kita sekadar bertungkus lumus untuk lulus ujian.. ataupun jauh dari itu... sama-samalah kita fikirkan...

Surah Taha:20


Deskmate aku masa KMB dulu; aman akbar respond pada persoalan dalam artikel aku dibawah; berkenaan kenapa non-muslim lebih berjaya dari kita.. Ayat di atas diberi dalam menjawab persoalan itu.. sama-sama kita mentaddaburinya..

Siapa lambat dan malas akan ketinggalan!!

Dah lama aku tak tulis kat blog ni... bukannya sibuk, tapi masa cuti ni.. menjadi-jadi lak malasnya. Alhamdulillah sem 8 dapat selesai juga.. Results?? ehm tak perlu fikir kut, yang penting sekarang nak get ready for Koas!!.. dah kena fikir macam doktor dah, kalau tak tahupun kena PD(percaya diri) gak... Semalam pergi klinik dgn emak aku, tiba2 doktor pakar tu tanya aku pasal Hypertension.. huhu ada gak yang kantoi tak tahu jawab!, tapi more and less dapat r general pictures dan nyambunglah gak bila doktor tu tanya.. huhu., akmal2 bila r ko nak start ni....

Cuti lama-lama ni agak melalaikan gak r, duk rumah byk makan tido je, dah lah tu.. time inilah semua benda emak aku nak masak!.. pergi dapur je ada makanan.. hai matilah aku.. dah dekat 2 minggu cuti, buku tak pegangpun lagi!! hai bila fikir2 balik macam better gi wat sp je, boleh gak belajar sekali lagi. Nak belajar sendiri, lemah iman lak kat rumah ni.. macam2 ujian datang.. hehe..

Apapun insyaAllah masa inilah dah bezakan diri dgn orang lain!, masa inilah yg menentukan siapa yg akan beat siapa!. siapa lalai dan malas, pasti akan ketinggalan!!. Bagi aku kadang-kadang study ini macam business, all my friends are competitiors.. siapa lambat, tinggal lah jawabnya!!... Ehm tu bahasa kasarnya lah, dan itu hakikatnya dalam zaman dan dunia yang saling kejar mengejar ni.. So sapa nak survive, tak boleh harap turun dari langit!, sunnahtullahnya pun menuntut kita optimumkan usaha dan ikhtiar untuk berjaya, disamping yakin dgn segala ilmu yg datang hanya dari Allah..

Aku bukan nak timbulkan isu perkauman di sini, tapi dari dulu aku mencari jawapan.. kenapa non-muslim (aku tak sebut non-bumiputera) kebanyakannya boleh performed and cemerlang?? Sepatutnya kita yg muslim inilah yg lebih berjaya, kita sempurna sunnahtullah dan syariatullahnya.. tapi sebaliknya yg berlaku... Hai kalau aku nak jawab berdasarkan diri aku, mungkin sunnahtullah tu tak optimum kut.. Tapi kenapa?? Mungkin terlalu senang mendapatkan sesuatu, sehingga lupa utk bersyukur dan menghargainya.. Kita terlalu byk ditongkat, diberi bantuan itu ini, dijanjikan, disubsidi dan sebagainya... so semua benda kita nak mudah!! then semangat utk bersaing tu turunlah... apa adanya, janji lulus!!!

Waaaa banyak tertembak ke diri aku ni!.. ehm nak salahkan melayu mungkin boleh, tapi nak salahkan islam mmg tak boleh!! Tapi dalam konteks malaysia ni... melayu=islam, so sikap2 org melayu(aku sendiri) secara tak langsung difahami sebagai sikap dan ciri org islam!!. Senang cakap, kita sendiri tak mengambarkan islam dalam kehidupan kita!. Kita yg bakal menjadi doktor2 dan profesional islam inipun masih jauh dan gagal membawa islam dalam kehidupan kita, terutamanya dalam bidang kita!!.. Jangan lupa ini juga bagian dari jihad dan dakwah kita... kita perlu berusaha dan buktikan doktor2 islam hebat dari segi ilmu mahupun akhlaknya!..

Moga sedikit sebanyak dapat menjadi nota kepada diri aku sendiri... Siapa lambat dan malas2 akan ketinggalan!!!..