Rabu, 31 Disember 2008

Salam

Salam buat semua

Alhamdulillah niat utk memulakan tahun 2009 ni dgn blog sendiri tiba-tiba muncul. thanks to Faiz sebab ajar aku camne nak buat blog ni semua. maklumlah aku kurang ilmu skit tentang semua ni..
Btw niat aku yg paling utama utk menulis blog ini seperti tag line aku kat atas ni... Nota Buat Diri.

Nak muhasabah diri sepanjang 1429 & 2008 yg lalu rasanya terlalu byk yg nak diperkatakan dan dikongsi disini. pendek cerita terlalu banyak dosa dan maksiat yg aku lakukan kpd Allah swt. Moga Allah mengampuni aku dan terus memberi aku hidayah dan kekuatan utk meneruskan hari2 mendatang.. Yang penting aku adalah aku, yg mungkin selama ini ramai org mengenali aku apa adanya. Hanya kita yg mengenali diri kita, so berusahalah untuk menjadi diri kita apa adanya....

Sempena tahun baru hijrah n masihi ini... azam aku tetap sama, aku nak stdy sungguh2, cari ilmu sebanyak mungkin, nak buktikan aku adalah yg terbaik!, and yg paling penting aku nak jadi manusia yg bermanfaat utk semua org..

Buat sahabat2 semua, yuk mari kita terus berusaha memperbaiki diri, berusaha utk mencari cintanya Allah dan RasulNya, moga tahun mendatang ini akan menjadi titik tolak utk kita terus berusaha dan berusaha sehingga segala yg kita cita2 dan hajatkan tercapai.

Pada hari ini (hari kiamat), kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yg mereka lakukan dahulu
[yasin:65]