Ahad, 7 Februari 2010

Menyingkapi Kes DSAI dan DSNJ

Sudah lama aku tak update blog ni.. agak sibuk di interna koja, tapi nak tak nak.. aku ingin juga curhat dan meluahkan pendapat dan kerisauan aku terhadap apa yang telah berlaku kebelakangan ini terhadap suasana politik di negara tanah tumpah darah aku...

Sedih, malu, bimbang dan bosan... semua ada dalam kepala aku sekarang dek kerana pelbagai peristiwa yg menurut aku sangat mengganggu dan mungkin juga penuh dengan hikmah dan pelajaran disebaliknya...

Sebelum itu, aku ingin tegaskan dan menyeru kepada sahabat-sahabat seangkatan dan seperjuangan... kita perlu ambil tahu dan jelas terhadap segala sesuatu isu yang berbangkit.. Mungkin kita sibuk dengan kuliah, ujian, tugasan, pbl dll.. tapi mau tidak mau sebagai golongan yg dibayar oleh rakyat utk menuntut ilmu jauh2.. tidak adil dan tidak pantas bagi kita jika hanya memikirkan kehidupan pribadi kita sahaja tanpa mengambiltahu sedikitpun tentang perkembangan dan permasalahan yg berlaku di negara kita..

"Aku paling tak suka dengan orang politik, semuanya sama je"..

"Bosan lah ambil tahu pasal tu semua.. lebih baik buka fb, main bola ataupun nonton di mall"

"Buat apa nak buang2 waktu berdebat dan cakap pasal hal tu semua.. banyak lagi topik medic yg leh kita bincang"

Apapun masing2 ada prinsip dan keyakinan sendiri.. cuma pesan aku, setidak2nya kita ambil tahu dan baca pelbagai isu dan masalah yg berlaku dilingkungan kita.. kerana hakikatnya kita akan terjun ke dunia realiti yang pastinya menuntut kita turut serta membicarakan hal tersebut..

Berbalik kepada tujuan utama aku menulis di blog aku kali ini adalah untuk menyatakan kekesalan aku terhadap isu2 yang berlaku kebelakangan ini.. Pertama: Isu Liwat!! Aku kesal kerana kita sekali lagi akan membuang banyak masa dan perhatian terhadap isu yg bagi aku sangat memalukan negara dan rakyat kita sendiri!! Logik akal aku tidak dapat menerima seorang yg berumur 63thn meliwat seorang yg sebaya dgn aku!!, logik akal aku dan ilmu kedokteran yg aku dah belajar tak dapat memahami patophysiologi macam mana tidak boleh buang air besar selama 2 hari setelah diliwat?? Logik akal aku tidak dapat memahami kenapa org yg dulunya telah setengah mati membela diri utk lepas tuduhan tersebut.. sekali lagi melakukan hal yg sama tanpa memikirkan risiko yg dia akan hadapi??

Bukan kerana dia nya Anwar.. maka semua kita perlu bersimpati dan menyokong membabi buta!!.. tetapi kerana tuduhan ini telah memalukan bukan saja anwar dan keluarga dia.. tapi seluruh rakyat di negara kita terutamanya orang islam!!. Kita pasti ditertawakan oleh masyarakat agama lain kerana ternyata baru kemarin kita bermati-matian memperjuangkan kalimah nama 'Allah' demi agama yang kita cintai ini... tapi malangnya kita sendiri yang menghina dan mengingkari perintah Allah utk berhukum dgn hukumNya.. Sedikitpun kita tidak rasa bersalah kerana tidak memperjuangkan hukum hudud Allah terutama yg berkaitan dgn zina ini... Malah Makamah syariah menangguh-nangguh utk membicarakan kes liwat ini dengan alasan tidak mahu mengganggu proses makamah sivil!! sekali lagi kita memandang rendah hukum yg telah ditetapkan oleh Allah...

Bagi isu MB Perak yang tak pernah selesai-selesai dari dulu... Aku sebagai rakyat Perak ingin menyatakan yang aku sudah bosan!!!... Bosan dengan permainan dan kegilaan utk berkuasa, bosan dengan kepura-puraan hendak membela nasib rakyat perak.. Sedikitpun tidak merasa malu dan bersalah setelah merampas kerajaan yg sah dipilih rakyat!! kalau rasa rakyat Perak bersama dan merestui tindakan anda.. kenapa takut utk membubarkan DUN perak!! serahkan kembali permainan ini kepada rakyat utk membuat keputusan! Kenapa perlu sentiasa berada di dalam sindrom pernafian?? Aku berharap keputusan makamah 9 feb ini akan merungkai segala permasalahan yg timbul ini..

Memang aku sokong MB Nizar kerana aku yakin dan berpeluang melihat sendiri dengan mata aku pendekatan dia ketika menjadi MB Perak dulu.. Aku yakin dengan org yg dalam setiap pertemuan dgn rakyatnya tidak henti-henti mengajak orang solat dan melaksanakan perintah Allah. Aku yakin yg melayu Islam di Perak lebih terpelihara dan terbela jika MB Nizar yang memimpin negeri aku...Aku yakin yang dia akan menjadi figure penting dalam politik negara di masa depan!

Sekali lagi aku hanya ingin mezahirkan sokongan dan pendapat aku.. yg pastinya tidak akan sama dengan semua sahabat2 yg lain.. Kita boleh berbeza dan mempunyai pendapat masing2.. kerana setiap kita akan bertanggungjawab terhadap segala sokongan dan tindakan kita.. Selagi kita punya hujah dan keyakinan tersendiri utk berhadapan di masyar Allah kelak.. kita tidak perlu takut utk berbeza pendapat!! Malah itulah yg terbaik....

Semoga segala sesuatu yg terjadi ini punya hikmah yg banyak buat kita semua... dalam rangka utk menjadi hambanya yg beriman dan bertaqwa.... dan semoga Allah bagi jalan keluar yg terbaik terhadap segala permasalahan ini..